Cari Blog Ini

Khamis, 31 Julai 2008

Apalah nasib badan

Selama hampir dua bulan ini aku menderita penyakit kulit. Bukan kusta, bukan kayap, bukan kurap. Sebenarnya lebih kepada darah. Darah aku kotor. Kenapa aku kata darah aku kotor? Aku suspect darah aku kotor sebab badan aku selalu naik bisul-bisul chumel. Hahaha bisul pun ada chumel ke? Nak cover line sikit, sebab bisul sememangnya memburukkan keadaan kulit lebih-lebih lagi kalau ada parut besar. Sekarang sebab cuaca sini sangat panas terik, aku selalu berpeluh dan tercetuslah ruam. Tergaru-garulah jawabnya.

Kali ini dah masuk 4 kali aku berulang ke klinik. Kali ke dua hari itu dapat injection. Kali ke tiga pula dapat ubat-ubat dan pil-pil yang beraneka warna. Tapi kali ini doktor tak nak bagi apa-apa ubat. Dia tak nak bagi injection sebab kata dia menatang tu cuma boleh bertahan selama 6 jam sahaja. Ubat sapu, "sampai bila?" doktor tu cakap lagi. Dia kata probably aku ada diabetes. Haa! Sudah! Aku dah cuak. Doktor suruh masuk buat pemeriksaan gula dalam darah.

Selepas beberapa minit...

Bacaan kadar kandungan gula dalam darah aku 4.7 g/mol. Masih tahap yang okay. Alhamdullilah lah kan?? So aku pelik, apsal aku jadi macam ini? Aku cerita pada doktor kegilaan aku terhadap seafood. Doktor kata ini mungkin pemangkin utama kepada kes aku. Doktor cakap lagi, "you should avoid seafood..... and EGG!" Tapi aku nak makan apa nanti?

Aku sedih, disebabkan kealpaan aku dulu-dulu, aku dah tak boleh makan seafood, telur dan AYAM!! Uwaaa!!! Sedihnya!

Nak tak nak kena ikutlah dari tergaru-garu macam berok makyei.

Isnin, 28 Julai 2008

Makeover - Phase I

Ha... kalau blog fariha under construction, aku menghilangkan diri kerana sibuk mencari interior design baru untuk rumah sewa aku. Yes, i did makeover to my hommie.

Tiba-tiba rasa sengal, nak mengubah dekorasi rumah, sempena Aidilfitri ini. Huh?! Puasa pun belum lagi. Aku bukan hilang kerana sibuk bercinta okey? Chenta dah ada di Melaka sebab ada interview tau?

Oleh kerana perasaan berkobar-kobar nak buat transformation, aku dengan housemate aku merayau seluruh pelusuk kedai di Kuala Selangor & Tanjung Karang untuk cari permaidani baru yang murah tapi cantik. Bukan ruang tamu aku tu tak ada alas, cuma selama ini kami guna tikar rotan Sarawak, dah bosan tengok. So itulah pencetus makeover. Semalam nak beli pun takut-takut, jadi aku niat nak survey dulu. Kami bersiar-siar sampai lebam. Penat betul berjalan sekarang ini. Kenaikan berat badan yang mendadak rasanya. Dalam pukul 6pm kitorang pun balik. Banyak pula kereta yang lalu dari arah utara ke selatan (KL). Dalam kepala dah berkira-kira nak beli carpet itu. Teruja wei! Yang penting, tanpa pengetahuan siapa-siapa kecuali kami berdua, aku telah meminjam vacum office. Demi rumahku!

Proses mengemas mengambil masa yang lama, maklumlah tangan masih keras bab-bab mengemas ini lagipun kerana kitorang on and off, sekejap berhenti makan, lepas itu mengelamun berangan-angan. As lah pembantu aku yang setia bersekang mata. Akhirnya Fasa I berjaya selesai pada pukul 4am tadi. Itu dah termasuk masa mengelamun, tengok tv dan makan. Rasa teruja dan puas hati tengok perubahan suasana rumah aku. Besh!

Nanti nak cari carpet pula.

Aku tidur 3 jam saja hari ini. Ngantuk!

Jumaat, 25 Julai 2008

Berkabung

Ok, I'm back.

I just came back from BERKABUNG-period. Cis! No such thing!

I was full with other commitments. And now i'm working for Chenta's resume. He will be having an interview this coming Monday, by the way wish him luck for the sake of our future. Choy!!

But I really mad with the office's internet. Macam siput babi, lembab! Dah tu tak boleh nak upload all my widgets and pictures. Aku nak update blog pun tak ada semangat.

SIOT!!

Later.

Selasa, 22 Julai 2008

Tok Wan, kami semua akan terus merinduimu

Jumaat lepas mak dan abah menyambut 28th anniversary mereka. Baru aku tau kenduri itu sempena ulangtahun mereka selain house warming.

Abah: Hello member, selamat ulangtahun ke 28.
Saya sempat menumpang kasih sayang seorang bapa mertua selama 28 tahun.


Mak senyum je, tapi aku tahu mak berdukacita. Mak sedih. Kami terima panggilan dari Kedah lebih kurang jam 4pm, mengatakan Tok Wan iaitu ayah kepada mak aku meninggal dunia. Innalillah... Aku pun sedih juga. Aku dah tak ada Tok lagi di Kedah. Arwah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, hari yang sama kami buat kenduri kesyukuran. Al-Fatihah, semoga roh beliau aman dan berada disamping orang-orang beriman.

Jenazah arwah disimpan lebih kurang jam 10pm, jadi kalau kami rush dari Johor belum tentu pukul 10pm boleh sampai sana. Nak tak nak, kami terpaksa tunggu sehingga esoknya untuk balik ke Kedah.

Alhamdullilah, walaupun perjalanan agak jauh dalam tempoh yang panjang, dengan hujan yang lebat, kami berjaya sampai ke Kedah dengan catatan masa 8 jam. Tapi yang tak best bila ada sok-sek-sok-sek dari seorang dua adik beradik mak yang cetek pemikiran itu. How do they expect us to come back early? Lainlah kalau kami ada jet atau Concorde sendiri.

Kalau boleh kami nak balik dalam keadaan harmoni. Sebagai cucu sulung dalam famili mak harus la aku menyibukkan diri untuk mengetahui perkembangan semasa keluarga mak. Arwah Tok Wan meninggal tak sampai 24jam, tapi makcik aku yang kepo seorang tu dah sibuk-sibuk tanya pasal tanah. Aduh! Aku ingat dalam drama je kisah berebut harta ini, tapi aku dah nampak benda itu berlaku dalam famili aku juga. Aku takut. Biarlah keluarga aku sekarang tak berharta, tak perlu nak berebut-rebut kemudian hari. Aku marah. Kalau ikut mulut aku, dah lama dah makcik kepo itu. Tapi ini kes orang-orang senior.

Tok Wan, macamana kita semua nanti? Siapa yang nak tengok-tengokkan keadaan kami nanti? Siapa nak tegur kalau ada antara kami terbuat salah? Kakngah takut.


Kami semua sayang Tok Wan. Kami semua akan terus rindukan Tok Wan.

Ahad, 20 Julai 2008

Jalan-jalan cuci mata

Kronologi: Ahad / 13 Julai 2008

Hari itu aku dan BFF pergi Sogo. Yes SOGO okay?? Kami keluar dari ke-sengal-an Kuala Selangor. Alah... saja-saja nak cuci mata hajatnya. Tapi BFF cakap kalau dia masuk Sogo dia mesti dan akan beli perfume. Mati lah... Kunun-kunun nak pergi OneUtama, lepas tu tukar pula nak pergi The Curve, lepas tu tukar nak pergi Jusco Kepong, memang pening nak decide. Last-last we choose Sogo juga. Hujan yang tersangatlah hari itu, dan hampir-hampir melemahkan semangat aku selaku driver untuk ke destinasi.

Sampai KL hujan pun dah reda. Kami parking di depan Campbell. Tengoklah, tersangat sibok! Mesti sesak. Aku dah pasang niat untuk beli handbag baru . Tapi perut rasa lapar sangat. As (housemate aku) suka makan, bukan dia saja sebenarnya... kami bertigalah. Jadi dia lead kitorang naik ke food court. Gambaran dari excalator tingkat empat, macam suasana Pasar Siti Khadijah.


Kitorang rambang mata tengok makanan. Aku nampak dimsum, rasa nak makan dimsum. Tengok nasi minang, macam nak makan nasi minang. Kalau boleh nak makan semualah!! Tapi akhirnya kami sebulat suara pilih sizzling yee mee. Nyam...Nyam...


Nampak sedapkan? Memang sedap pun!



Kitorang dah kenyang. Sekarang dah boleh jalan-jalan dengan soka hati. Ada satu view yang menarik perhatian aku. As kata ini spot dia dan kawan-kawan lepak. Tenang dan menyegarkan katanya. Jadi aku berhajat mengabadikan gambar kenangan di sini. Ceh! macam tak akan datang lagi dah.


Shopacholics di Mega Sales. Macam semut hurung gula.



Sana sini offer 50%, 70%, memang gilalah. Tak tertangan nak tengok semua. Handbag berjenama pun less sampai 70%. Tapi kadang-kadang rasa macam tipu je. Kata 50% tapi harga masih ratusan. Macamana tu? Tapi masa tengah pilih-pilih beg, BFF lari. Sedih tau kena pilih beg sendiri. Tapi kemudian BFF datang balik, tolong pilihkan dan bayarkan beg aku. Soka! Soka lagi!!

Kami naik tingkat pakaian lelaki pula. BFF nak beli baju katanya. Mula-mula nak beli sehelai, lepas tu jadi dua helai okay. Tak pe lah. Duit dia kan?! Kitorang sengal, sebab aku dah tak larat berjalan lagi dah (lagi satu sebab aku dah dapat barang yang nak) kitorang bergambar lagi. Dan... beli PERFUME sekali.

End.

Jumaat, 18 Julai 2008

Weightbrige again

This thing happened last Friday which i did wrote in previous entry. Seriously I wasn't in my mood that time. Dahlah exhausted gila, tak mampu untuk update blog pun. Pendek kata, balik pengsan.

If you're one of the good and loyal readers, I'm sure you'll know about the Weightbrigde. So tak perlu nak cerita panjang-panjang.

Mana tak penat hari itu, sebab pemantauan dibuat dari satu point ke satu point. Ada tiga tempat untuk penentusahan alat timbang pada hari itu. Tambahan pula gigi tengah buat hal. Penat tahan sakit gigi.

Eh, lupa nak bagi tau, by the time you read this i already on my way back to Skudai. Ada kenduri kesyukuran and house warming malam nanti. Ini aku buat auto-publish. Terer kan? Aku tak sempat nak jengah-jengah lagi blog korang semua.

Jom tengok gambar saja.




Harus aku pun nak interprem juga. Sesi syok sendiri.


Khamis, 17 Julai 2008

Debat Anwar-Shabery


Secara personally debat kelmarin sangat mendebarkan. Aku tak nak komen lebih-lebih as I'm not into political issue so much. But i really look high upon Datuk Anwar Ibrahim as him remain calm in the historical debate ever happened in Malaysia.

Me and my housemate were confused at that moment.

Kitorang rasa hujah Shabery agak terlari dari soalan dan banyak menyentuh atau menyerang peribadi Anwar Ibrahim. And again i don't want to jugde them. Aku tak suka.
Each of them got their talent in public speaking kan? Bukan calang-calang orang.

Most of my friends said the same thing. Datuk Shabery got no point at all. ZERO. Kalau kita nak memilih pemenang, memang rata-rata akan pilih Anwar, bukan sebab simpati pada dia tapi kebijaksanaan menyusun kata-kata dan info yang padat. And he is confident with his words. Tapi, Shabery?? Siap ada ulang-ulang perkataan. Kenapa government hantar Shabery instead of Pak Lah and Najib? Another strategy? Kesian Shabery, walaupun tak declare who's winning the debate, tapi people already knew. He did mention to step down if he lose. Yes! Shabery mungkin akan meletakkan jawatan.

Frankly said I'm not at the opposite side but i salute Datuk Anwar Ibrahim!!

As for me, everybody got their hard time. Let by gone be by gone. Pada aku, kita tak patut nak terus blame seseorang kesan tindakan negatif yang pernah dilakukan. Kalau kita selalu berperang "ideologi" macam ini sampai bila pun tak ada penyelesaian. Kan elok kalau ada negotiate antara kedua belah pihak.

Aku pening dan aku takut tengok keadaan semasa di Malaysia sekarang. Aku nak pindah ke luar negaralah! Kalau negara tak aman macamana nak kahwin?

Tepuk dada tanya selera...Bila aku bercakap tentang politik...

Selasa, 15 Julai 2008

Harga yang perlu dibayar

Hari ini confirm bos tak ada.

Tapi tak boleh lepak juga, ada banyak kerja. Cuma hari ini aku masuk lewat. Jahat kan?

Masa aku masih di rumah tadi nak keluarkan kereta, aku check post box. To my suprise ada pula bil air dalam itu. Sebelum ini ramai kawan-kawan aku sibuk cakap tak payah bayar bil air dah (bil air SYABAS okehh?? bukan bil air lain-lain). Rata-rata semua ada tanda negatif. Maklumlah rumah bujang mana banyak pakai air sangat. Tak sabar aku tunggu the latest bill. Last month kalau tak silap aku bayar RM15 sebab macam ada tunggakkan.

Ini dia bil air aku yang terbaru. SYABAS telah diambil alih oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad bawah Pakatan Rakyat. Betul ke telah diambil alih? Aku tak berapa mengikuti perkembangan semasa sangat. Memang penggunaan air aku bawah 20m3 pun. Soka! Soka! RM-14.45. Mereka hutang aku lagi.

Itulah harga yang perlu dibayar. Kerajaan negeri dah memakbulkan salah satu manifesto mereka. Tepuk dada tanya selera.

Later...

Sabtu, 12 Julai 2008

Evolusi Terkini - 18sx

Hari ini tak ada mood nak update. Korang punya comment pun aku tak approve lagi. Yang pasti penat semalam tak habis lagi.

Semalam aku considered as the hectic day ever. Aku kerja macam nak mampos, terkejar ke sini, terkejar ke sana. Sampai office, kereta aku pula problem. Nasib-nasib...

Nantilah aku update. Korang tunggu ok?


***********************************


Sementara korang menunggu entri terbaru aku, aku nak korang menghayati teknologi baru tentang evolusi seluar dalam atau bahasa sopannya PANTIES. Adakah korang salah seorang peminat g-string? Sejauh mana pengetahuan korang tentang underwear korang. Hah! Aku pun tak pernah ambil kesah okehhh?? Meh kongsi bersama-sama..

Tahukah anda bahawa pada zaman 80an g string begitu popular dikalangan gadis gadis pantai. Kemudian pada zaman 90an t-back mengambil tempat. Kesinambungannya diteruskan pada zaman millenium dengan v-string. Tapi pada zaman yang hampir ke penghujung nie “string string” ini tidak diperlukan lagi. Sekarang gadis gadis ini lebih senang pakai sudip je. Kira berfesyen sambil berjimat. Kan Pak Lah suruh berjimat gitu...

Tak percaya mari kita tengok evolusi underwear wanita dibawah.(tontonan orang dewasa sahaja)


Inilah yang dipanggil g-string. Ini aku pun ada. Boleh??


Ini pula dipanggil T-back. Boleh adjust ikatan di tepi. Aku pun ada satu tapi bukan dengan tali halus macam tu. GELI!!


Yang ini pula v-string. Sangat sukar untuk orang comel macam aku pakai. Hish!


MEMPERSEMBAHKAN EVOLUSI TERBARU!!
Jeng...jeng...jeng...

INI DIA!!

C-string


Korang nak tahu lebih lanjut tapi malu nak bertanya?? Searchlah Cstring (bukan c language ye---bagi mereka yang pakar programming). Kalau tak jumpa tanya aku nanti aku bagi link dia untuk korang. Berminat untuk buka stokis menjual di Malaysia??

Khamis, 10 Julai 2008

Aku C.H.E.N.T.A Dia

Aku banyak kerja. Balik lewat sikit. Banyak fail lesen kena settle kan. Chenta temankan aku, tolong aku sekali. Itulah syok kalau boyfriend satu office, satu unit. Hua..hua..hua.. Aku tau ramai yang tak setuju dengan statement aku ni. Tapi tak kiralah, yang penting aku soka!
Tiba-tiba aku teringin sangat nak makan kek. Dapat slices pun jadilah. I'm craving for one slice of cake, maybe cuppucino or chocolate.

Aku: Abang... saya rasa macam nak makan kek.
Dia: Kek apa?

Aku: Kek apa-apalah, asalkan kek.
Dia: Jom, kita pergi cari kat kedai-kedai sini. Kedai sini-sini buka lagi?
Aku: Nak cari dekat mana?
(I was expecting we went out to klang or somewhere else. Sangat keji okehh??)

Siap-siap kemas meja, swicth off everything and lock the main office access, Chenta turun tangga terlebih dahulu meninggalkan aku. Aku sentap okeh... dia tak tunggu aku, dah lah aku penakut. Dah kata maghrib time tu... Takut hantu... Cit!


Masa nak turun tangga tu,

Dia: Awak nak kek apa?
Aku: Erm... (tgh fikir jap) coklat la kot!
Dia: Awak balik teruslah, nanti saya hantar ke rumah. Saya carilah kat mana-mana... kalau ada.

So we went seperate way, dia ke kereta dia, aku ke kereta aku which is at the back of the kompleks. Sangat takut okeh... sebab dah gelap.

Sampai rumah, i change my outfit... a few minute then, dia sampai. Jeng...jeng...jeng... Aku imagine kek itu cuma sepotong, dalam kotak yang kecil tapi... ni ha!!



Yang aku terharu sangat-sangat sebab di atas kek itu tertulis "I LOVE U" walaupun E itu cacat sikit. Terharu okeh?? Jadinya, kerana aku sayang nak makan tang perkataan itu, haruslah aku potong sikit saja. SEDAP OKEHHH??



I LOVE YOU TOO, DEAR!!
"...walaupun saya tidak pasti dengan hubungan kita, dan saya tahu abang seorang yang sangat susah untuk menzahirkan perasaan abang, tapi saya sangat bersyukur dan terharu dengan peluang untuk merasa diri dihargai dan disayangi..."

Ubat JAHAT!!


Semalam lepas balik dari jumpa doktor itu, aku dah rasa muka aku agak senget sebelah. Tapi tak ketara sangat. Yang tak best memang kebas itu lama seperti kata pembantu doktor itu. Masa itulah kalau sesiapa nak bagi penampar (pipi kiri sahaja!) aku tak rasa apa-apa pun. Dhuhal siap makan sementara menunggu aku. Kesian dia, tapi dia kawan yang ok. Thank you tau? Inilah muka aku yang dah start senget. Perasan tak?

Aku order air suam. Terasa dahaga disamping nak buang rasa pahit ubat-ubat tadi. Aku minum air tapi aku tak rasa apa-apa dalam mulut sebelah kiri ini. Sah dah cacat. Tiba-tiba terasa air dah meleleh keluar. Wah... memang dah cacat. OKU sekejapan!

Sampai pejabat, aku makan ubat as prescription. After a few moment, aku terasa mata aku macam masuk bendasing. Lari sekejapan ke restroom, titikkan beberapa air ke dalam mata. But it turned out to be worst okeh?? Ramai tegur. Fais siap tenung aku macam gadis cacat yang cantek. Boleh macam itu? Tapi aku masih boleh layan main pingpong dengan mereka. Tapi performance agak chiper lah kan sebab sebelah mata tak boleh guna 100%. Penglihatan aku terhad seperti penglihatan ayam.

I'm freaking out! I called the clinic. Mengelabah juga kakak itu. She told me to stop from taking those pills. Siap suruh aku switch ubat di klinik lain. Mampukah aku nak membayar lagi kan? Haruslah aku ignorekan sahaja. Aku dah pasang niat tak nak masuk keje hari ini.

Malam itu selepas ubat bius itu habis kesannya, gigi aku kembali berdenyut-denyut. Seksanya... Sudahnya aku terpaksa makan bubur instant yang sedap kerana gigi telah memberi tindakbalas yang menyakitkan serta menampal koyok di area rahang-pipi kiri ku.

MORAL OF THE STORY: Ubat itu tidak suit dengan darah aku kerana negative reaction happen kan? Antibodi aku lemah. Aku banyak sangat allergic. ATAU mungkin aku dari kalangan mereka yang mempunyai badan yang agak sensitif kerana perlukan belaian treatment yang mahal saja.

Mati la buat statement macam ni.... Tapi aku soka!!

Rabu, 9 Julai 2008

Toothache!!

Today, i decided to end up my misery. Ya, aku dah nekad. Aku akan pergi cabut gigi geraham aku ini. Biarlah kosong kat belakang itu. Sebab gigi geraham itu tidak memainkan peranan ketika proses bercium. Wah!! Statement aku?!



Hari ini aku ditugaskan bersama Mat Dhuhal untuk ke Pasar Awam Tg. Karang. Kami settle awal. Maka aku minta pinjamkan masa dia sikit untuk teman aku ke klinik gigi. Aku masih teringat keadaan ngilu masa doktor itu men-drilling gigi aku. Tapi sebab aku tak nak teruskan sakit aku gagahkan jua.

Doktor: You nak cabut atau tampal?
Aku: Gigi dah reput. Kalau tampal lagi i mungkin akan sakit lagi. Cabut je lah! Or you got any option?
Doktor: Ok lah, kalau you nak cabut. Cabut is RM80.Aku: Ok doktor.


Aku baring. Doktor dan pembantunya memulakan kerja-kerja mereka. Aku nganga je. Aku nampak jarum.

Doktor: Kita cucuk sikit.
Pembantu: Tahan, sakit sikit je. Nak bagi kebas. Masa cabut nanti tak rasa.


Ok, aku mengkhayalkan diri aku, tak nak terlalu fokus pada jarum itu. Nyet... dah masuk dah jarum, cuma masa masuk ubat terasa bisa sikit.

Pembantu: Kumur dulu. Kamu tunggu kat luar, nanti kita panggil.

Aku tunggu di luar sambil tangan menghantar laporan kepada Chenta. Tangan dah start mengigil siot. Mungkin reaction terhadap ubat. Atau takut lepas ini nak cabut gigi dah. Bye-bye gigi. My wisdom tooth!

Pembantu doktor tadi memanggil aku kembali. Aku dah prepared. Tapi masa doktor main cucuk-cucuk pada gigi itu, tercucuk pada saraf gigi yang bermasalah itu. Adoi! Sakitnya tak tahu nak gambarkan. Doktor cucuk ubat kebas lagi. Dia suruh tunggu di luar. Perkara ini berlangsung dekat 4 kali. Kali ke 5, doktor cucuk-cucuk lagi. Doktor macam dah kurang sabar sebab dah lima kali cucuk, saraf gigi aku masih ada deria rasa. Sudahnya...

Doktor: I nak tolong cabut gigi you, jangan tolak-tolak tangan. (masa dia cucuk saraf aku kali ke lima, aku meronta-ronta dan menolak-nolak tangan dia)
Pembantu: Tahan... Tahan (macam proses nak beranak pula)
Doktor: I tak boleh buat.
Aku: Abih tu macamana ni doktor. Sakitlah i nanti.
Pembantu: Macam ini sajalah, kita bagi kamu ubat. Kita dah cucuk lima kali tapi ubat tu tak jalan. Memang tak boleh cabut.
Doktor: You pergi specialist. X-ray. Sini tak ada buat. It cost you around Rm700. Below RM1000.
Pembantu: Sini boleh buat tapi risiko kepada kamu. Kat sini RM350. Kita matikan saraf.


Di kaunter pembayaran...

Pembantu: Makan ubat ini dulu. Abihkan semua antibiotik.
Aku: Abih kak, akak rasa saya kena buat apa?
Pembantu: Aku rasa kamu cabut je lah nanti. Kamu makan ubat ini bagi abih, lepas seminggu datang cabut.
Aku: Sia-sialah saya datang, tak cabut.Pembantu: Biasanya orang cucuk 2 kali dah boleh cabut. Akak rasa gigi kau tu dah ada nanah kat dalam. Kau makan antibiotik ini dulu. Nanti datang balik.
Aku: Berapa semua ini kak?
Pembantu: RM40
Aku: Tak boleh kurang ke?
Pembantu: Ubat kebas tu kau pakai banyak sangat. Orang lain hilang kebas dalam 1 jam, kau mungkin dalam 2 - 3 jam.

Ini ubatnya. Aku kena habiskan semua. Melayang RM40 untuk ubat antibiotik tu saja. Punah harapan aku untuk menikmati hari-hari yang ceria tanpa masalah gigi. Uwa!!

Selasa, 8 Julai 2008

Letih bangat seyh...


Pagi tadi bangun yang sangat lewat. Sedap betul tidur bila hujan kan?

Hari ini aku sakit gigi. Sangat SAKIT. Geraham buat hal lagi.

I got headache because i don't have enough time to sleep.

Kerja banyak dan aku ada tugasan luar ke Sg. Besar.

I have to submit my June's claim tommorow. Due date is on 10th. But need approval and sign by boss.

Will update later, because i wanted to share the things i bought at Sg. Besar today.

Later...

Isnin, 7 Julai 2008

Depressed


Yes. I'm quite depressed at this moment.

I'm listening to the Lite & Easy. Fm. I thought i can release a bit with the slow music playing. But I'm totally wrong. While blog hoping, I came to read their story; bloggers that just recently married and upcoming wedding to be held. Congrat to them. I am so-so envy with them.

I'm supposed happy for them, and again... i'm NOT!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...