Cari Blog Ini

Jumaat, 26 September 2008

Balik kampung


Yeay!!!

Aku nak balik kampung dah. Aku dah start bersiul-siul lagu Balik Kampung nyanyian arwah Sudirman tu. Jom nyanyi!!

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Kalau tak ada aral melintang pada petang ini juga aku balik. Ataupun esok pagi setelah memastikan keadaan rumah dalam keadaan baik dan selamat untuk ditinggalkan.
Perjalanan mengambil masa 3.5 jam sejauh lebih kurang 380km untuk sampai ke Skudai. Aku akan kembali ke Kuala Selangor pada 7hb Oktober 2008. Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang.

Bye semua!! Semoga Syawal ini mendatangkan rasa gembira dan kesyukuran ke hadrat Illahi. Allahuakbar!!

Rabu, 24 September 2008

Duit raya

Bila dah bekerja, turn kita pula untuk bagi duit raya. Letih! Budak-budak sekarang bukan tahu bersyukur kalau kita bagi RM2. Siap cebik lagi, punya eksyennya. Ahh! Lantak, aku nak letak juga dalam sampul raya RM2. Itupun dah cukup baik aku tak bagi 50sen.

Semalam, dengan bantuan rakan sepejabat, dia ke bank untuk tukar duit. Korang tengoklah apa bank tu bagi?



Ahaks! Tahun ini aku tak tukar banyak, RM100 saja dalam not RM1. Abah kata tak perlu tukar banyak-banyak. Fuh! Selamat...


Bukan duit baru! Alasan bank sebab Bank Negara tak keluarkan duit baru lagi. Kalau ye pun duit yang pernah digunapakai, pilihlah sikit. Ini ada yang dah hitam berdaki. Tak feel langsung.




Korang nak duit raya? Nah, ambil ni buat duit tabung nanti.
Jangan lupa tempek di blog korang lagi okay?

Berbuka bersama Tersayang

Ini cerita hari Isnin hari tu sebenarnya. Aku tak sempat nak upload gambar, jadi ceritanya terpaksalah di postponed kan.

Isnin petang tu, aku dapat panggilan... invitation berbuka di Hotel Quality, Kuala Lumpur bersama yang tersayang. Haruslah terima pelawaan itu!

















Kereta mafia aku memecut dari Kuala Selangor di celah-celah kebanjiran kereta yang pulang dari kerja untuk ke KL. Korang tahu berapa minit aku buat? 1 jam beb!! Of course lah aku nak berlagak sebab time tu memang peak hour orang balik kerja. Aku redahkan jua untuk bersama tersayang.

















Aku bajet sampai pukul 7pm, tapi dah tersampai awal, aku lepak di bilik 1709. Ini view petang dari tingkat 17 sementara menunggu tersayang bersiap. Apalah.. ini pun nak snapkan?



To be exact, aku tak suka makan di hotel, sebab dahlah charge mahal, lepas tu bukan semua juadah kita boleh sumbat... rasa ralat je kalau tak dapat rasa semua. Dahlah tu, kesayangan aku dah booking meja, alih-alih person in charge kelam kabut nak letak kami di mana. Apa punya managementlah, lagi berapa minit nak azan. Akhirnya kami diletakkan se-table dengan orang yang tidak dikenali. Tapi tak disangka salah seorang yang aku tak kenali itu adalah rakan kepada kesayangan aku.




Antara panel-panel yang hadir dalam forum berbuka puasa.



Aku agak mati kutu kerana mereka membincangkan topik-topik semasa Malaysia; dari isu pendidikan, kepada politik, renovation rumah dll. Men's talk.


Jadi aku tumpukan pada MAKANAN!! Yey!

Abah kata ini ialah daging kambing biri-biri yang dipanggang. Sos pencecah ada rasa mint, daun pudina. Sedap!
Kuewtiau dan mee goreng dia marvellous, dodol pandan pun sedap tak hengat, ikan kembong bakar dan kuah asam yang mengkhayalkan, pai amenda ntah, dan kek-kek yang heaven.
Satay ayam dan daging yang besar-besar.
Aku gilakan bubur gandum!
Sup ekor yang boleh tahan sedapnya.
Ada berpuluh-puluh hidangan yang tak sempat aku makan sebab perut dah terlalu kenyang. Sedih tak dapat rasa semua. Tapi yang penting...


Aku dah lama mengidam Dim Sum, akhirnya penantianku selama ini tak sia-sia. Aku dapat juga merasa setelah hampir 5 tahun!


DIM SUM


Dengan menggunakan kuasa hikmat pantulan dari pedang setiawan, aku berjaya mengambil gambar kesayanganku yakni ABAH!!

Mesti korang ingat kesayangan hamba ialah Chenta?? Kan?

Selasa, 23 September 2008

Kad Raya untuk korang


Rules dia lebih kurang macam kena tag, bagi award tu, ini khas untuk bloggers semua.

Kad raya yang aku edit ini (terima kasih as & kartunis UBI) istimewa untuk mereka yang sentiasa mengunjungi blog ini, untuk lalats dan langaus, mereka yang tersenarai dalam bloglist dan mereka yang pernah menghantar short message dalam chatbox aku tu. Nak hantar kad raya versi dolu-dolu dah malas, sebab nak beratur beli stem lagi, dll. Jadi kepada korang semua, silalah menempek ke dalam blog masing-masing.
Pecah kaca, pecah gelas,
Sudah baca, harap balas.


Lagi 7 hari nak raya yey!
Pesanan ini telah di auto-publish kan pada 21hb Sept 2008

Ahad, 21 September 2008

Di atas bumbung kereta (Kisah Benar)


Akibat tidur lewat semalam, aku bangun pun agak lewat. Dalam pukul 1pm lebih aku buka grill pintu nak ambilkan minyak panas dalam kereta untuk As sebab dia secara tiba-tiba demam kura-kura. Tapi niat aku terbantut, bila aku terpandang sesuatu di atas bumbung kereta. Sebungkus plastik yang terburai isi perutnya.

Cis, ini mesti kerja beruk sakai ni lagi!!
Tapi bila aku pergi close-up, aku naik seriau pula, sebab tengok plastik tu berikat dihujung dan terkoyak seperti saja dikorek. Mulalah panik, fikir bukan-bukan. Siapalah yang busuk hati ni? Bulan-bulan puasa macam ni pun nak buat onar?

Aku panggil As, dia pun cuak nak pegang, apatah lagi aku? Aku call Chenta untuk dapatkan bantuan, tapi dia tak pickup. Aku call mak pula, tapi aku kena tarbiah kejap.

Mak: Awak ada cakap apa-apalah tu sampai orang sakit hati.Aku: Mana ada, saya baik je.
(Aku berpura-pura baik sedangkan mak dah tahu aku sememangnya laser)
Mak: Awak bawa kereta laju-laju sampai orang cari awak kot?Aku: Ish... Tak kan sampai nak baling-baling benda atas bumbung kereta? Bodoh tu! Kak ngah takut mak...
Mak: Baru tahu takut. Baca ayat 3 Qul selalu.


Memang itu yang selalu mak pesan. Mak suruh aku masukkan bungkusan plastik tu ke dalam plastik yang lain untuk dibawa kepada yang lebih arif. Jangan dipegang. Tapi aku tak buatpun.

Aku call Chenta lagi. Tapi dia macam layan tak layan je. Sedih aku, time aku cuak macam ni dia tak respon pun. Aku paksa dia datang juga suruh tengok. Bila dia datang dia cakap "Buang je lah". Wah?! Senang macam tu je? Dia pegang selamba lepas tu cium bau plastik tu dan kemudiannya buang. Dia pun balik. Semudah ABC.

Kejap lagi aku nak hantar kereta pergi basuh. Tapi apakah dalam plastik itu? Nak cakap bihun basi, macam tak betul. Mengikut mata aku dan As, kami nampak batuan halus seperti pasir dan daun-daun serta dahan-dahan kering. Tapi aku tengok ada juga daun kucai dalam plastik tu. Confuse!



Pesanan dari aku untuk lalats dan seangkatannya:
Aku tak suka cara melayu purba, main hantar-hantar barang. Kalau ko betul ada masalah dengan aku, CONFRONT dengan aku. Jangan main aci nyorok macam ni. Pengecut!!
Kita bersemuka macam orang dewasa, bukan komplot-komplot dengan orang tua, atau makcik-makcik sihir untuk puaskan kehendak ko.
Tapi kalau kera-kera tu yang buat, memang diorang dah berjaya takutkan aku.
Dulu-dulu aku selalu main rebut-rebut roti dengan kera-kera yang pecah masuk rumah aku dulu. Now, payback time.

Menangis sehingga menitis air hidung

Menjelang Syawal ini, hari ini TV3 mempersembahkan drama tangkap leleh berjudul Ihsan menerusi Slot Cerekarama, which is dah pernah ditayangkan masa Maulidur Rasul dulu. Masa cerita tu ditayangkan aku tak alert sangat.

Drama hebat ini dibarisi oleh pelakon-pelakon yang agak popular seperti Dynaz, Kuza, Kartina Aziz, Zefrul Nordin, Zamarul Hisham, Abu Bakar Juah dan Kismah.

Dah lama aku tak menangis sampai keluar hingus ini kerana punyalah terlalu beremosi. Malunya aku pada housemate aku tu.

Drama ini mengajar kita erti keinsafan ini mengisahkan bagaimana si anak menerima balasan di dunia dan azab ketika menghadapi sakratulmaut sebab mengabai dan menderhaka terhadap ibu sewaktu hayatnya. Itulah, ko kurang ajar lagi dengan mak ko!

Aku banyak buat salah kat mak aku. Tak sabar nak balik kampung.
Masa kecil dulu sangatlah jahat. Semoga mak mengampunkan aku yang derhaka ini.

Sabtu, 20 September 2008

Amukan berbuka puasa

Hari ini hari Sabtu.

Apa kena mengena dengan hari Sabtu?

Pukul 5pm Chenta telefon untuk booking meja di Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram. (Tempat aku buat birthday suprise untuk Chenta)

Hampir 7pm, kami sampai.

Arghh.. Tak ada parking, banyak kereta dan mostly Viva memenuhi bahu jalan.

Aku ke kaunter, "Meja atas nama A****?"

Budak kaunter tunjukkan arah. Kami duduk. Memang di situ meriah dengan orang. Mungkin geng-geng Vivaonwersclub. Yang selebihnya tak pasti.

Tunggu punya tunggu, dah azan maghrib. Waktu berbuka. Tapi hidangan kurma dan buah-buahan tak sampai lagi. Aku dah panas. Lantas ke meja kaunter untuk komplen. Masih tiada feedback.

Marah aku semakin membuak-buak. Chenta kata sabar. Mana boleh sabar, bukan kita tak booking awal-awal tadi. Aku ke kaunter. Budak kaunter cakap, sebab kami lambat booking. Lambat apa kejadahnya?

Akhirnya Chenta ke kaunter pula. Chenta cakap pada budak kaunter tu, "kalau tak siap lagi order, kitorang balik dulu".

"Nanti dulu. Kejap lagi sampai lauknya".

Malang sekali aku hari ini, dahlah lewat dapat makanan, buah kurma tak disertakan. Makanan pula dah sejuk. Maknanya makanan tu dah dimasak tapi lupa nak dihidangkan. Huh, tak kesampaian nak beromantiko dengan Chenta.

Masa kami buat bayaran, aku sedikit sound pada budak itu, tapi Chenta halang niat murniku itu. Langsung menaikkan rasa tak puas hati dalam diri.

Akhirnya masing-masing angin tak betul. Aku benci keadaan macam ini!!

Jumaat, 19 September 2008

Padan muka!!


Tahniah kepada Bahagian Teknologi Maklumat KPDNHEP kerana anda berjaya merealisasikan impian saya untuk mem-block laman friendster.

Kenapa saya terlalu gembira??!

Kerana saya tahu warga KPDNHEP ramai yang tidak membuat kerja oleh kerana sibuk dengan friendster, contoh sibuk yang saya maksudkan create layout baru, masukkan lagu ke dalam page layout, upload gambar baru, usha gambar friendster's owner yang lain lepas tu kutuk-kutuk, dan sebagainya.

Saya suka laman friendster dah kena block. Harap lepas ini block -> Mudah.com.my, Tagged, Facebook dan sebagainya yang boleh mendatangkan leka dan lalai sewaktu bekerja.

Mesti pula korang pertikaikan tentang saya menggunakan masa pejabat untuk update blog. Salah okey??!! Semua ini saya buat auto-publish dari rumah. Masa siang saya sibuk dengan kerja luar ataupun mengemaskinikan fail-fail unit saya. Saya memang sibuk di pejabat.

Jadi harapan saya supaya pihak BTM block lagi laman-laman yang tak berkaitan.

Ku bahagia...

Rabu, 17 September 2008

That is sooo Me!!

Dear friends,

Currently i've been very busy. As i read to Rieha's about this quiz, i think it show the real me. I may not updating this blog at the moment until i find some really free time to babbling.

As for now... here is it, the result of the quiz.



Your Blogging Type is Unique and Avant-Garde




You're a bit ... unusual. And so is your blog.

You're impulsive, and you'll often post the first thing that pops in your head.

Completely uncensored, you blog tends to shock... even though that's not your intent.

You tend to change your blog often, experimenting with new designs and content.


See ya!

Khamis, 11 September 2008

11 Sept - Kebetulan atau suratan takdir?


Korang tahu ini tarikh apa?? Bukan aku ajak untuk memperingati insiden 11 Sept di Amerika tu. Grand tak title post aku hari ni? Sebenarnya tak ada kaitan pun dengan WTC ni. Aku ada pengumuman baru lagi nak dibuat.


Aku nak bagitahu... yang aku... macam dah TAK ADA APA-APA IKATAN HATI DENGAN CHENTA lagi. (mesti melompat gembira lalat-lalat yang dengki dengan aku tu, eh lalat berterbangan... bukan melompat.)
Hidup perlu diteruskan.


Well, aku akan bercerita tentang semalam bila ada kelapangan. Nanti-nantilah.


My emotion currently not stable.

Pengumuman


I've got running nose today. Sangat teruk.

I tak dapat update blog lagi.

Tunggu i sihat.

Sekian, harap maklum.

Rabu, 10 September 2008

Pengintai bersiri

Dia tau aku penat.

Dia mengintai aku sebab aku separuh mati menahan gatal digigit nyamuk bawah meja ini. Nyamuk di sini sebesar ayam.

Atau sebenarnya dia mengintai untuk melihat saki baki makanan tadi.

Aku dah kekenyangan.

Nak balik tidur.

90% done according to plan. ~sigh for satisfaction...

I'm too exhausted to update blog. Esok saja lah.


BY THE WAY.....
I'M HAPPY TODAY!!

Happy Birthday Dear!!




Cuba teka birthday siapa yang aku nak celebrate sangat ni??

Cepatlah teka....!!



5...
4...
3...
2...
1...
Korang kena teka ok?



Hari ini aku tak sempat nak update apa-apa cerita sebab dari pagi dah hectic semacam. Banyak sangat kerjanya sampai macam-macam jadi.

Cerita aku semalam tentang pakcik tu, tak sangka hari ini dia terus berdesup datang ke pejabat. Nampak sangat aku garang bercakap dalam telefon. Tapi aku suka fast-response yang diberi oleh pakcik tersebut. Kalau sempat aku bercerita lagi tentang pakcik itu.

Macam tak sempat nak update cerita lama-lama. Ni pun baru sampai rumah, nak siap-siap mandi untuk pergi berbuka.... dan sambut hari tua seseorang!!

Selasa, 9 September 2008

Tak ada rezeki nasi dagang

Hari ini aku agak buntu. Aku nak buat surprise birthday kepada seseorang tapi seolah-olah masa tak mengizinkan. Otak aku cramp nak mencari idea.

Tapi sebenarnya aku nak cerita pasal Param. Hahaha baru aku tahu Param itu ialah Pasar Ramadhan. Itu pun aku terbaca dalam blog siapa entah. Hari ini aku agak mengidam untuk makan nasi dagang. Aku round-round dalam pasar tersebut. Aku nampak tepung pelita, beli banyak-banyak. Sejak tiga hari aku berpuasa ni, hajat nak berjimat, tapi tak boleh mesti habis RM10 juga sehari.

Aku jalan seorang je, Chenta entah ke mana. Tapi sampai bila nak bergantung pada dia? Aku pun buat ketat jalan sorang-sorang. Ada orang ngorat?! Aku tak peduli, dalam hati aku cuma chenta bulatku seorang, biarpun dia ada angin senggugut kadang-kadang. Apa yang aku melalut ni?

Ok sambung cerita nasi dagang tadi. Tempat yang aku suka beli tu memang tak menang tangan, ramai sangat. Sebab lauk pauk dia best. Orang pantai timur masak kan sedap. Aku tercongok lah depan meja yang penuh lauk pauk tu.


Kak, nasi dagang satu!

Akak tu kerling je kat aku, lepas tu sambung bubuh nasi-nasi yang di order customer. Sebab ramai sangat kan?! Dia puasa, mesti letih sangat tu. Tak pe lah, aku diam lagi, bagi dia settle customer yang lain, aku jeling dalam periuk belanga tu, macam boleh buat 4 bungkus lagi nasi dagang.


Kak, nasi dagang satu!
Selit satu makcik ni potong line, "dik, nasi dagang dua!" Aku dah cuak, macam tak sempat je ni. Datang lagi kawan kakak kedai tu, "bungkuh kawe so" dia tunjuk kat nasi dagang tu lagi.

Kak, nasi dagang satu!
Tapi dia tak dengar, dia bagi balance satu bungkus lagi pada customer vogue yang beli lauk pauk dia yang sangat banyak. Yang tinggal serdak-serdak nasi itu saja. "Nasi dagang, dah habis la dik".
"Tak pe lah kak, nasi ni satu" Aku tunjuk pada nasi kerabu walaupun aku tak teringin pun nak makan. Nak cover malu la, dah tercongok lama tadikan?

On the way balik, aku terserempak pula dengan As, aku patah balik masuk dalam param tu. Saja syok-syok nak main pusing-pusing dalam tu sambil nak menghabiskan masa. Yang si As ni blur tak tahu nak beli apa, tu yang pusing sampai tiga kali dalam param tu. Sampai ada kawan aku cakap "Tinggi betul nafsu awak". Mana taknya, tengok kat tangan dah banyak plastik beg makanan.

Tiba-tiba Chenta call. Aku dah beli banyak-banyak baru dia nak pelawa makan di kedai masakan siam. Rupa-rupanya dia ada meeting dengan business partner dia, Chenta ajak join sekali. Maka... bersantaplah aku hari ini dengan nasi putih, sup ekor, telor bungkus, ikan kerapu/siakap goreng ala-ala thai dan masam manis.

Makanan yang aku beli di Param tadi? Buat sahur je lah kalau tak basi lagi.

Tag ramadhan

Sebenarnya tag adalah aktiviti orang tak ada kerja. Aku penat melayan tag. Tag dari Rieha yang sedang kurus tu pun tak terjawab lagi. Tag yang mana? Yang dulu-dulu tu lah. Ada masa aku jawab ok? Aku layan tag ini pun sebab dia cuma minta copy and paste. Senang kerja.


Bagaimana caranya:
1. Copy gambar di atas lalu posting di blog anda
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka
4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tag

PEMBERI TAG:

1. along arman
2. lianadeq
3. a.t.i.e
4. ann
5. yati
6. http://viruspadu.blogspot.com/
7. lilred799.blogspot.com
8. rillys.wordpress.com
9. http://puerile82.blogspot.com/
10.http://syimalicious.blogspot.com

Haaaa... Apalagi sahabat-sahabatku di DALAM BLOGLIST KU itu... silalah mengambil giliran untuk meng-tag ke dalam blog anda.

Gila punya annoyed!


Sebagai seorang "kerani" yang menapis dokumen-dokumen perlesenan, aku selalu hilang sabar bercakap dengan orang-orang yang pelat berbahasa melayu ini, tak kiralah bangsa cina, india atau melayu sendiri.

Terlebih dahulu aku nak minta maaf sekiranya ada yang terasa, bukan niat dihati nak mencerca. Aku pun orang melayu juga. Tadi aku buat satu panggilan pada seorang melayu di Sg Besar. Melayu yang aku maksudkan ialah melayu jawa yang pekat likat. Mak aii, macam nak naikkan suara saja pada pakcik tu, aku cuma nakkan lesen pendaftaran syarikat (SSM), macam-macam pakcik tu pusing. Aku pun pelik, faham ke tidak dengan bahasa aku ni? Susah sangat ke nak cakap lesen SSM ada pada dia.

Setelah memberi sedikit pengenalan...
Aku : Pakcik boleh tolong faks kan SSM?

Pakcik :...anu, udah bagi sama pejabat, dua kali datang pejabat...itu hari anak bagitahu
Sangat huru-hara. Dia tak faham aku nak apa sebenarnya. Dan aku pun tak faham apa yang dia nak sampaikan. Dari tadi macam blur. Aku agak dia baru bangun tidur kot.

Aku : Pakcik, setiap perniagaan mesti ada SSM; pendaftaran perniagaan. Saya cuma nakkan lesen itu, borang D tu...baru boleh saya sediakan permohonan untuk dihantar ke Shah Alam.

Pakcik : Tengoklah kalau jumpa, kena cari dulu. Mahu tanya anak dulu.

Aku : Oklah pakcik, kalau boleh saya nak secepat yang mungkin. Assalamualaikum
Aku dah tak larat nak bersoal-jawab. Tak ke mana pun nanti. Arrghh! Marah dalam hati siapa yang tahu. Pelanggan kena layan baik-baik, walaupun tadi ada juga ter-naikkan suara. (Sorry lah pakcik.) Karang tak pasal-pasal masuk sms dalam paper tentang kebiadapan layanan pekerja pejabat ni. Tapi kita kan manusia, it's beyond our control sebenarnya. Dugaan... dugaan...

Syima... please remain CALM otherwise buka puasa je lah.. sebab pahala puasa dah tinggal sikit...

Isnin, 8 September 2008

Chenta yang unpredictable


Chenta G.I.L.A...

Maksud aku tu, bukan aku cinta gilakan dia sangat. Aku memang sayang sama dia. Tapi... hari ini dia berperangai Gila. Benci betul!

Jangan lah buat saya kecundang dibawah pohon rendang yang tak berbuah.

Siapa yang tak betul ni? You are soooooo UNPREDICTABLE!!

Lapaq ayaq!!!


SEDAPNYA....

Punch card



Ini bukan punch card pejabat aku. Nak pinjam gambar ni sat untuk cerita hari ini.


Seperti yang telah aku katakan, aku sekarang pengidap penyakit MALAS. Aku susah nak bangun pagi, dalam erti kata lain malas nak bangun pagi. (Huh? tak dak wife material langsungkan?? Patutlah sampai la ni tak dak sapa nak kawin)

Bila dah lambat bangun pagi, dah tentu lambat masuk pejabat, maka punch card pun kosong. Biasanya ada orang yang faham tolong punchkan untuk aku, tapi hari ini dia dah tak buat kerja itu lagi. Aku marah ni!!

Nanti dulu! Mengetip kad perakam waktu orang lain adalah salah mengikut pekeliling penjawat awam. Am i right?

Tapi kalau bos pun suruh orang lain PUNCHkan, adakah salah kalau anak buah mengikut? Bak kata pepatah yang ada ketam tu. Siapa ingat? Aku pun tak berapa nak pasti, bagai ibu ketam menyuruh anak-anak berjalan lurus. Lebih kuranglah tu. Walaupun bos acapkali berbuat demikian, isunya di sini, DIA PERNAH BUAT.
Bagaimana berkesannya kaedah mencatatkan waktu kakitangan ini sejak perlaksanaannya mengikut:
(a) bilangan orang kakitangan yang didapati datang ke kerja lewat atau pulang awal;
(b) bilangan orang kakitangan yang tertangkap mencatat waktu bagi rakan sekerja mereka.
Siapakah yang memeriksa kad-kad kedatangan pekerja; apakah kekerapan tugas ini dilakukan?
Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa terdapatnya sebilangan kakitangan Kerajaan yang melakukan punch card mereka selepas itu mereka ini keluar dan pergi ke kantin minum beberapa lama, selepas itu barulah mereka menjalankan tugas.

Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kepong DAP (3hb Julai, 1987)

Sistem kad perakam waktu adalah amat berkesan. Berhubung dengan masalah mengetip kad orang lain, sejauh ini masalah ini dapat dikawal dengan adanya peraturan-peraturan yang sedia ada dalam sistem ini di mana seorang pegawai perlu dilantik untuk bertugas setiap hari bagi mempastikan semua peraturan termasuk larangan tidak boleh mengetip kad orang lain dipatuhi. Pegawai bertugas juga adalah dipertanggungjawab untuk memeriksa setiap kad setiap hari. Di samping itu pegawai bertugas perlu menyediakan laporan harian, mingguan dan bulanan yang antara lain melaporkan bilangan kakitangan yang datang lewat dan pulang awal dengan sebab-sebabnya. Tindakan disiplin hanya akan diputuskan oleh Ketua Jabatan sama ada orang yang kadnya telah menjadi merah pada hari yang berkenaan wajar dikenakan disiplin ataupun tidak kerana sistem pentadbiran adalah berjalan dengan baik dan mengambil kira beberapa aspek seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya. Mengenai dengan ada orang pergi punch kad, kemudian pergi ke tempat lain, urusan ini adalah diawasi oleh Ketua-ketua Jabatan yang berkenaan. Jabatan-jabatan di Malaysia ini sangat banyak dan setiap orang menyimpan rekod ini dan pihak agensi pusat hanya akan meminta bila dirasakan perlu sahaja. Tetapi kalau sekiranya Yang Berhormat hendak mengetahui, maka kita akan membuat survey ke seluruh jabatan-jabatan yang bertabur di seluruh negara untuk mengetahui kes ini sekiranya ada. Mengenai dengan adakah mereka yang bertugas untuk mengawal, kemudian dia sendiri pergi minum, kes ini belum lagi sampai kepada pengetahuan pihak pentadbiran.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Dato' Dr Mohamed Yusof bin Haji Mohamed Nor(3hb Julai, 1987)
Tipu! Tipu! Siapa nak laporkan sampai ke peringkat atasan? Sebab di sini tak ada pun macam tu. Dan aku berani bet, banyak tempat lagi yang macam ini.Tindakan disiplin memang akan diputuskan oleh bos. Tapi kalau orang tu pandai menempek, mengedik, buat manja-manja sikit, suara-suara gatal sikit (untuk perempuan)... lepas punya.

Lim Kit Siang cakap kalau mahu kakitangan-kakitangan Kerajaan lebih berdisiplin, sangat mustahak bahawa pemimpin-pemimpin Kerajaan membuat satu contoh kepimpinan melalui teladan.

Lu pikir la sendiri.

Sebenarnya aku marahkan orang lain, tiba-tiba bos pun masuk sekali. Jiwa kacau betul!

Ahad, 7 September 2008

I'm proud to be Malaysian Blogger

Aku kena tag oleh Signora Izan dah lama dah. Cuma malas nak buat. Tak adalah lama sangat, baru beberapa hari. Akukan terkena deman malas sejak akhir-akhir ini. Sempena aura kemerdekaan yang masih ada lagi ini, aku nak mengotakan niat dan harapan oleh Signora Izan itu.

*begin copy*

1-Add your site(s) to the list if you're a proud Malaysian Blogger!
2-Pass this tag to as many Malaysian Blogger as you know, or if you're interested but nobody tags you, just include yourself volunteerly. Show some patriotism!
3-Once you've done posting this tag, leave a comment HERE! and you will be visited by a Malaysian local fruit, Mangosteen by the name of Mango! and added to the Master List.
4-Update list regularly to ensure every Malaysian Blogger gets equal link benefit.I am a proud Malaysian blogger :

1. mangosteenskin - Saya anak Malaysia!
2. Life is too short to be ordinary - Malaysia Tanahair Ku!
3. Sha's Love & Passion - Aku Anak Merdeka
4. A room of crazy scrapper - Merdeka!Merdeka! Merdeka?
5. Fliffy - Aku Patriotik, Sayang Malaysia !
6. Rizal
7. haniz - Merdeka Forever!
8. Prozak Nation
9. CarolPinky - Proud Malaysian!
10. Mariuca - I heart Malaysia!
11. Emila’s Illustrated Blog - Saya Anak Malaysia juga
12. Simple Life - Sam - Saya Anak Malaysia
13. Shemah's My Sweet Escape - Live, Enjoy and Love.. MALAYSIA!
14. Mariuca's Perfume Gallery - Made in Malaysia!
15. Yani-Tennitodoku-Proud to be a Malaysian-MERDEKA!
16.Bluecrystaldude from My Little Black Pot - Saya Harap Malaysia Terus Maju!
17. Apples of the eyes
18. Snapshotcap - Freedom of choice is made for you my friend :)
19. Anaheus-Malaysia is my home
20.Confessions Of A Breathing Tote Bag
21. A Great Pleasure - Malaysia is a food paradise ~ simply yummy~licious!
22. Mummy HnH - Harith and Hannah - MERDEKA 51st Celebration!!!
23. Shafie - I'm Here For U Malaysia
24. Nessa - Happy 51st Merdeka, Malaysia!
25. marvic
26. D H E A S Y A - Tanggal Tiga Puluh Satu, Bln Lapan Lima Puluh Tujuh
27. Asian Mutt International
28. Point Blank - Sokonglah Pelancongan Domestik, Malaysia Cantik Indah Nian!
29. Oyis Baby Journey - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51, Malaysia!
30. the life of a psychotic weirdo
31. Me,HubbyNKids-Hidup Malaysia !!
32. In Person..Zahiela Online- M.E.R.D.E.K.A!!!
33. Mimi-MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA
34. ealyie
35. .vanity strikes. i grew up as a Malaysian shopaholic!
36. sweet life of ladyell-Selamatkn keMERDEKAan Malaysia..AllahuAkbar!
37. ~ripples of rasp ~ - Here In My Home, Malaysia
38. IT's ME..Niniess Passion - Proud to Be Anak Malaysia!
39. Dila ~ini duniaku~ - My heart, my soul, my dreams and my life all belong to MALAYSIA...
40. YusVogue - I am Anak Malaysia Blogger
41. atune
42. Apa-Apa Je - Malaysia, Castle of Joyheart
43. mama adib
44. Better you Better world- Bangganya menjadi anak Malaysia
45. This is My Life by Osindak
46. Turn-u-Off
47. T.H -Malaysia My Home
48. A glimpse of Moi - Happy Merdeka
49. Home Sweet Home
50. ....... LadyVerde - I am bless to be Malaysian!!!.......
51. Lina's Loft - Anak Merdeka
52. Pourpres - Cubaan Menjadi Patriotik
53. Diahlicious - Buatan Malaysia :)
54. My Very First Blog - Be Thankful You're Malaysian!
55. The Ranting Cynic - I am Malaysian, mah.!
56. Lianny
57. Taf Teh
58. aRa's Official Blog - I was born in Sarawak...I grew up in Labuan...Further Study in Sabah and now i'm in Semenanjung...I'm MALAYSIAN!!!
59. Life's Roller Coaster - Beautiful Malaysia!
60. Carrot Run! – Cherish our land~
61. Speechless - Zsazsa Project
62. Shopping - Malaysia Selamat Merdeka
63. mrs. ezman64. My Life Story, something to share.. MERDEKA!!
65. Tekkaus - More WE, less ME!
66. It's a Rat's Life - Malaysian to the core!
67. Hatiku di sini - Berbanggalah kita kerana kita adalah rakyat Malaysia. Semoga keamanan terus bersama kita!!
68. Eiza - Higher than mountain, Deeper than Sea - Selamat hari Merdeka ke 51!!
69. SueGinola- i LOVE u MALAYSIA...!!!
70. ThE sToRy oF mE - Dari Perlis Sampai la ke Sabah kita sudah MERDEKA!!!!!
71. Syimalicious - Syima Expose™- Malaysia is a heaven on earth, lets keep it "safe"!! Merdeka!!
72. next....

*end copy*


Siapa aku nk tag ni huh? Aku macam tak mahu assign sesiapa, kalau korang rasa korang tak dapat lagi post ni, silakan buat. Terima kasih. Tapi aku rasa gatal sangat nak tengok reaksi mereka ini;-MEREKA YANG BERADA DALAM BLOGLIST AKU, silalah buat yeh??

Juadah berbuka



Apa yang korang nampak? Agak-agak juadah ini untuk berapa orang? Haaa... Ini bukan geng Indon atau Nepal nak berbuka puasa, ye lah tengok cuma beralaskan paper lama je kan? Ini la kehidupan orang bujang yang pemalas dengan student. Malas nak bubuh semua kuih atas pinggan sebab.... malaslah! Malas nak basuh pinggan.

Hari ini kami yang bujangan ini berbuka dengan Yong Tau Foo. Aku serik nak masak juadah berbuka. Kesian housemate aku, hampir-hampir mati tercekik dek kerana popiah goreng aku masin nak mampos. Lagi satu aku jarang beli barang dapur. Sebabnya kalau hari ini beli timun dan carrot, dekat 3 minggu baru nak masak. Kan dah tak fresh?

Chenta datang berbuka sekali tapi dia makan nasi kerabu. Ingatkan beli banyak-banyak yong tau foo dia nak jamah sekali.

Hari ini kami ter-meriah beli juadah. Hambek!! Balance makanan tadi akan di-carry-forward-kan untuk sahur. Tapi itu pun tak dapat dipastikan lagi, sebab housemate aku sedang makan secara perlahan-perlahan.

Itu sahaja laporan hari ini.

Actually hari ini ialah hari pertama aku berpuasa. YEAY!! Shhh!! Jangan cerita kat orang.

Sabtu, 6 September 2008

I miss her!!

Aku sengal.

I'm still blur. I miss her. It's been a week she went missing. Anybody saw her? Aku rasa jeles bila tengok iklan Friskies, masa Maria Tengku Sabri dukung kucing tu.
Ini masa hari pertama dia balik ke rumah aku. Masa di kedai, aku tak pasti dia ni akan jadi kucing yang comel ke tak. Comot sangatkan? Masa kecil-kecil lagi dia dah tunjuk kerajinan dia menyapu sawang-sawang bawah meja.
Masa ini kami sungguh terpegun dengan aksi akrobatik dia. Dia tidur macam-macam posisi meliang liuk. Lembut tak tulang Gurl?
Setelah beberapa lama, aku dan housemate namakan dia Gurl. Dah besar sikit tu, kalau budak tadika belajar ABC, dia pula pandai surf internet. Paling dia suka baca blog aku lah. Hahahahah. Santaikan?
Dia ni keletah melampau sangat. Tak reti duduk diam. Ada je benda nak diinvestigatekan. Pernah satu hari dia lari pecut 100 meter, tiba-tiba BANG!!! langgar cermin kabinet tv. Rasanya dia ingat boleh tembus kot sebab cermin tu clear. Akibat malu dengan kitorang dia nyorok belakang curtain sliding door.
Dulu mak tak suka dia, mak kata warna dia buruk. Puas aku yakinkan mak, Gurl comel. Adik aku Yana, tukar bagi nama Mona. Alasan dia nama Mona sinonim dengan perempuan gedik. Kucing tu dah mula menunjukkan reaksi remajanya untuk mengawan. Jadi dapatlah dia title Mona Gewdik. Tapi abah nak kasi nama dia Mak Tam, kemudian abah bertukar fikiran bagi nama ChikyLady.
Kalau kami sekeluarga balik kampung, kalau aku bawa kereta aku, dia suka duduk kat cermin depan, sebab disitu ruang lepak dia luas, boleh tengok kenderaan di depan. Best part bila dia tidur, aku drive laju pun tak sedar apa dah. Comelnya masa dia tidur...

Tapi sekarang dia dah hilang. Dia hilang sebab dia nak mengawan. Dah galak sangat. Malam tu lepas keluar, dia tak balik-balik dah. Ikut jantan mana tah. Aku marah dengan perangai sosial dia. Balik lah Mona, ramai yang rindukan kamu ni. Tapi aku suspek orang yang sorok Mona dalam rumah. Macamana dia nak balik kepangkuan keluarga? Kepada yang sorokkan kucing aku ni, lepaskanlah dia. Doa-doa insan teraniaya mudah dimakbulkan tuhan.

I EXTREMELY MISSING HER!!

Khamis, 4 September 2008

Aku dah malas


Since having a long vacation which is not very satisfied ending, I have no mood to update after all.

These are the reasons:

  1. I've been framed as a person who trying to create a problem to a mother n daughter. What a suck holiday.

  2. My workloads are going to crash my head.

  3. My Mona the cat missing in action.

  4. Toothache haunted me again... not the pocong ok?

  5. So many things in mind, I can't even think wise right now.

  6. Baju bertimbun tak dilipat lagi. Aku nak orang gaji sekarang!

  7. Famili dah sibuk-sibuk suruh baca ayat itu ini supaya jodoh cepat sampai. Nak suruh aku kahwinlah tu??!

  8. I over spent my money.

  9. There are so many mosquitos and cicak bodoh in my homie

  10. I'm sleepy




AKU SANGAT MALAS!!!

Selasa, 2 September 2008

Menyumbang suara di Kiara Box

Aku ingat Bahau ni tempat yang sunyi tak ada hiburan, memang macam satu pandangan hina la aku tengok pekan Bahau ni. Haha, tapi itu lah jangan pandang sebarang pandang. Tempat ini sedang membangun. Dari Bera tempat jin bertendang tu lebih kurang satu jam ke satu jam setengah. Jom layan gambar karaoke.





Camana boleh sampai sini?? Ada lah.... mana boleh bagi tau. Haha




Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...