Cari Blog Ini

Ahad, 30 November 2008

Minor operation - The trilogy (Part 1)

Dah nak masuk hari ke lima selepas aku cabut root hari tu. Ramai yang tanya how's my tooth. Thank you. I am very grateful to know how concerned you people to me. Well dear, I have to admit, i am suffering but it much better now. Currently agak rimas dengan benang yang asyik bermain-main di dinding pipi dan lidah aku. Wound pun nak recover dah, the thing is kat gusi tu macam ada daging terlebih. Huhuhu, petanda nak baik dah kot. Tapi nak gelak besar-besar, menguap luas-luas sangatlah merana.


Lepas aku hit kereta orang dalam episod yang lepas, aku ke klinik. Then memang confirm yang aku kena buat minor surgery di Hospital Sg Buloh. Terbeliak sekejap mata aku pada doktor hensem tu. Tapi doktor kata, by hook or by crook aku wajib ke sana otherwise aku akan berterusan menanggung kesakitan. As you can see doc gave me the letter. Susah benar nak membaca tulisan doktor ni, melainkan perkataan segera yang bermaksud SEGERA! Scary.

Aku gagahkan juga melangkah kaki untuk pertama kali. Dulu masa lalu highway utara - selatan, aku cuma memandang dari jauh hospital ni. Sekarang aku menjejakkan ke sana untuk berjumpa dengan pakar. Lupa nak cakap. Aku disarankan untuk direct ke pakar. Bukan doktor-doktor biasa ni. Dalam kes macam ni Chenta nak ikut sekali. Haruslah kan? Walaupun aku tau dia nak usha nurse-nurse yang majoriti muda dan sopan.





Ahhh... prosedur kerajaan sememangnya mengambil masa. Chenta semakin bosan dan creepy menunggu giliran aku. Mana tak creepykan, pusing kepala ke kiri kanan ada gambar gigi dan surgery yang dorang buat.


Tapi agak huru-hara juga lah. Sekejap kena turun tingkat bawah. Lepas tu naik balik. Masuk bilik ini. Keluar bilik itu. Haih. Haritu di Klinik Pergigian Kuala Selangor alat x-ray mereka tak secanggih yang aku buat ini. Aku kena berdirilah ceritanya. Dan aku kena gigit something kat situ, then the machine round my head. Pengalaman tu!






Maka, setelah checkup dibuat oleh seorang doktor wanita muda lagi menawan, aku telah ditetapkan untuk dapat membuat cabutan gigi pada HARI JADI aku!! Serious aku rasa macam membazir masa. Aku ingat pergi situ terus cabut. Ada lagi appointment. Sedih siot menghitung hari, bukan nak celebrate birthday tapi nak cabut gigi.

Sabtu, 29 November 2008

BAHAYA MICROWAVE OVEN

Entry dari email lagi. Sila baca.



Microwave amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit. ..nyit... nyit dan tinggg...! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven. Kalau kita pergi ke mamak stall pun hampir semua tempat ada. Habis macamana dia nak panaskan ayam goreng dia kan?

Cara masak melawan fitrah
Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan benda ini. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Contohnya dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan. Macam lelaki menjadi perempuan dan sebaliknya.

Ketuhar pengancam nyawa
Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.

Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik
Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan
Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan
Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?


*********

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang
Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
  • Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
  • Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
  • Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
  • Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
  • Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
  • Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
  • Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
  • Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
  • Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
  • Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Fikirkan...

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan? Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa siuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penaggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

*Masalahnya microwave aku nanti nak buat apa? Takkan nak bela labah-labah buat sawang?? Pakai pun salah, tak pakai pun salah. Camana ni??

Jumaat, 28 November 2008

Kad birthday yang ke 26th lagi



Terima kasih Sayang!

Antara Teman, Sahabat, Kawan, Member, Kekasih dan Musuh

Sila baca ini dan komen aku. Memang style, sementelah aku di serang bertubi-tubi oleh lalat sampah semalam.
Betul ke tak fakta itu??!


P/S: Cik Osmet, terima kasih kerana post entry sebegini di kala lalat membuat kacau. Dikaulah "Member".

Selasa, 25 November 2008

Aku rasa femes bila kena Tag

Hahahahahaha tajuk entry tak boleh blah! Aku perasan?? Ada aku kesah lalat punya rasa?? *matilah kena hurung nanti...

Aku kena TAG lagi. Yer, hutang dengan mak budak ni pun tak bayar lagi.



This time i was tagged by hOOdedLicIOUS. Award ni dia buat khas untuk:

  1. mereka2 yang berani menyuarakan pendapat tanpa takot kena bantai dan maki hamun oleh blogger2 lain..
  2. mereka2 yang boleh dikategorikan sebagai laser @ mulut tak bertapis ..(thee hee..jangan marah ya)..
  3. mereka2 yang tak pernah hipokrit dalam penggunaan bahasa dalam setiap entry mereka..
  4. mereka2 yang selalu jadi diri mereka sendiri dan tak pernah cuba nak jadi orang lain atau pretend to be good as angle padahal teruk nak mampos..
  5. mereka2 yang sentiasa tonjolkan diri mereka sebenar dan bukan berlindung disebalik bayang2 mereka sendiri..
  6. mereka2 yang tahu kekurangan diri dan mengaku kelemahan diri mereka..dan
  7. mereka2 yang berani kerana benar..dan tak pernah takot walaupon mereka bersalah..(ade ke cam tu)..thee hee..berani kerana benar jer..sila abaikan sentence yang satu lagi tu yer..

Ini kata dia, apa kata korang? Aku tak seberani yang korang nampak. Aku penakut. Mulut je cabol. Hiks! Apa yang aku exposekan kat sini cuma 30% bahasa yang aku gunakan. Pengsan kang kalau korang dengar butir-butir bahasa 'bunga' nan indah dari aku ni.

Akhir kata : Mulut biar sial, hati mau baik. Jangan pura-pura baik, tapi perangai macam sial. Lu pikir la sendiri Nabil!!

Kad birthday yang ke 26th


Aku terharu dengan ucapan kata-kata perangsang dan ucapan hari jadi sepanjang hari ini. Aku tahu korang menghargai persahabatan. Terima kasih!

Aku menangis... olok-olok... bukan sebab terharu dengan kad birthday ni, tapi aku menangis kerana menahan kesakitan gigi yang tak terkata tapi dalam versi olok-olok. Tak rawk la menangis. Terima kasih As kerana bersusah payah dan bersekang mata untuk create kad itu. Sangat warna warni, mentang-mentanglah kita berjiran dengan En Ravi. Well, warna-warni itu perangsang untuk aku pulih dari luka kena operate tu. Thanks!

Sangat cacat untuk meng-update apa-apa lagi.

Hari Jadi. Hari kena operate

Tak ada yang mengembirakan.
Jadual operate aku hari ini sebenarnya.
Pada hari jadi aku.
Ala... tak boleh makan best-best.

Ada kelapangan, aku sambung lagi.

P/S : Kepada Jumie, tak payah la susah-susah hantar badut. Hang doa ja untuk aku.

Sabtu, 22 November 2008

Tinggal 72 jam lagi


72 jam...
masa berdetik
tik tok tik tok
ahhh... tak sabar
bahagia??
yesh! 72 jam lagi...

Cuba korang teka?

Khamis, 20 November 2008

Bila langsat menjadi BANGSAT!

A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni.

Ok, aku bagi jalan cerita, korang imagine. Korang andaikan korang berada di tempat kawan aku ni - perempuan. Ini cerita kapel. (Tak de kena mengena dengan mereka yang dah berkahwin) Status hubungan korang dengan dengan boifren, baru mencecah 2 tahun. So agaknya dalam dua tahun ni, mesti korang dah capai kata sepakat, faham memahamikan? Tapi kadang-kadang bukan semua perkara kita mampu faham.

Boifren korang suka berkawan. Memang peramah. Mana saja boifren itu pegi, pasti ada yang mengenali dia. Korang rimas tak? Itu satu hal.

Setahun yang lepas, boifren korang dah kantoi dating out dengan fat bitch. Alasan boifren, fat bitch telah ajak untuk makan-makan di rumah setelah lama tak jumpa. Tak kan nak berkawan pun tak boleh? Tapi apa yang korang rasa dalam diam-diam dia jumpa itu fat bitch? Solution - bagi tak nak mengeruhkan lagi keadaan, boifren telah berjanji tak kan buat lagi, dan tak kan jumpa itu fat bitch.

This year punya cerita, which was happen recently, boifren telah pergi berjumpa secara diam-diam lagi dengan fat bitch. Macamana kantoi lagi? Nak jadikan cerita, korang ter-tengok ada gambar fat bitch dalam handphone boifren korang. Fat bitch ni pakai tudung, in this case fat bitch free hair dan berpakaian sendat-sendat. Alasan boifren, kawan ajak makan-makan. Fat bitch masak tempoyak. Kat tempat lain mana ada tempoyak. Rupanya boifren mengidam masak tempoyak. Solution? Perkara yang sama boifren janjikan dulu.

*Untuk kedua-dua kejadian ini, tempat makan ialah di rumah fat bitch. Fat bitch dikatakan duduk menyewa dengan 3-4 penyewa-penyewa lain. Jarak rumah fat bitch itu boleh dianggarkan dalam 120km pergi-balik. Mungkin dalam 45 minit perjalanan (60km)

Persoalannya sekarang, ada ke seorang kawan biasa nak masakkan something special untuk kawannya yang lain? Bukan makan kat restoran, tapi siap masakkan!! Personally. Apa motif fat bitch itu sebenarnya? Gila hebat persahabatan diorang! Yang boifren korang ini sanggup ke sana, tempoh perjalanan 45minit - 1 jam. Sanggup makan bersama-sama teman se-penyewa yang lain yakni perempuan juga. LOGIK ke?

Selasa, 18 November 2008

Apa ada pada aku?

Aku jumpa satu website yang mengujakan aku. Ini kerja cuteaslina menggodek-godek website. Website ini mungkin bukan perkara baru bagi sesetengah korang. Meh tengok kelebihan aku. Bukan nak tayang, nak berlagak... tak ada apa pun nak dibanggakan, atleast korang tahu keistimewaan aku.



Click to view my Personality Profile page

Eight Intelligences

  • Verbal/Linguistic
    People with Linguistic intelligence are naturally good with writing or speaking and memorization.
  • Logical/Mathematical
    People with Logical intelligence are driven by logic and reasoning.
  • Visual/Spatial
    People with Visual intelligence are good at remembering images and aware of surroundings.
    Percentage: 80%
    Orang selalu cakap aku ni lupa ingatan. Tak okey? Aku pengingat orangnya. Cuma kadang-kadang je boleh misplace barang. Tapi kalau tang muka tu tak payah tipulah, aku mampu cam tapi tak boleh memorize. Kalau satu-satu tempat tu, aku mampu lagi untuk flashback, melainkan mengada-ngada tak nak ingat.
  • Bodily/Kinesthetic
    People with Kinesthetic intelligence love movement, have good motor skills and are aware of their bodies.
    Percentage : 80%.
    Walaupun aku gemuk, aku pandai menari. (*matilah, puji diri sendiri) Ye lah, at least aku tak keras kejung bila dengar muzik, masih ada lenggok sexy gitu. Korang tak tengok goyang Inul aku lagi. Hiks! Cara aku mengawal sesuatu movement, excellent. Tengok saja cara pemanduan aku, aku kan samseng atas jalan.
  • Musical
    People with musical intelligence are musically gifted and have a "good ear" for rhythm and composition.
  • Intrapersonal
    People with intrapersonal intelligence are adept at looking inward.
  • Interpersonal
    People with Interpersonal intelligence are good with people and thrive in social interactions.
    Percentage : 85%
    Aku memang friendly, mudah ramah kalau kena caranya. Kalau orang tak kenal aku dah tentu kata aku seorang yang murahan dengan sikap ramah tamah terlebih-lebih. Tapi wajahku, tetap wajah sombong tak hengat, tapi baik. Should i be in the goverment as one of the people who uphold the law?? Confuse ni.
  • Naturalist
    People with Naturalist intelligence have a sensitivity to and appreciation for nature.

Kesimpulannya, kalau aku lebih bagus dalam pengolahan interpersonal, tak sepatutnya aku bekerja dibahagian penguatkuasaan. Patutnya aku bekerja sebagai sekuriti secretary, PA, belakang tabir dengan artist ke, Media Prima or something yang mix around people. Kadang-kadang aku agak terseksa, tertekan, memberontak dan terikat dengan kerja undang-undang ini. Tapi aku dah dalam kerajaan. Dan ada kuasa walaupun tak sebesar polis. Patut tak kalau aku consider untuk tukar kerja??

Jumaat, 14 November 2008

Gigiku buat hal lagi!

Ya Rabbi!

Seksa dan bahana betul gigi macam ni. Aku ingat aku dah baik, sihat walafiat.

Kawan-kawan, inilah berita burukku. Selepas eksiden itu, aku terus ke klinik. Tak tahan lagi menanggung rindu kesakitan yang amat sangat! Sakit deliver baby macam ni kah?? Setiap jam berdenyut-denyut, ubat dah habis, terpaksa beli ubat kat luar. Ntah ubat betul ke tak.

Sampai di klinik, macam biasa menunggu no giliran. Banyak perkara berlaku. Ragam manusia. Aku tak mau cerita pasal tu, tapi nak fokus pada cerita gigi aku. Bila nombor aku dipanggil, tanpa membuang masa aku masuk. Time buka pintu je, aku nampak doktor tu,
Aku: Doktor, saya masih sakit-sakit. Rasanya makin worst!
Doktor macam blur, sebab masa periksa aku hari tu aku berpakaian kerja. Assistant dia bagi tau "Undone".
Dr: Ok, duduk. Kita periksa dulu (dengan lemah lembut)....sekejapan kemudian.... Patutlah sakit, sisa makanan banyak terselit.Aku: Saya lapar sangat doktor, mana boleh tak makan. Nak cari bubur, mana ada kedai buat. (kantoi, mesti doktor tau aku tak memasak). Saya sakit sangat ni.
Dr: Saya bius dulu.
Alamak... bius lagi!
Doktor main-main korek-korek. Korek gigi ok?? Sikit-sikit dia tekap gigi aku dengan kapas. Nampak darah. Masa tu dia rodok-rodok camana pun aku tak rasa dah. Dia keluarkan playar dia pula, cuba tarik.... tak boleh.
Dr: Awak keluar dulu, nanti saya panggil.
Kali ini aku dipanggil masuk kerana nak di Xray! Aku pun teruja nak tengok panjang mana tunggul yang tertinggal. Nah korang, aku lukiskan untuk tatapan korang.


Sila click pada gambar untuk preview yang sedap mata memandang

Slide xray dia cinonet je, tapi memberi seribu maksud. Mata aku berkelip-kelip mohon penjelasan. Aku rasa satu saja gigi yang sakit. Tapi macam ada lagi kat belakang dia.
Dr: Gigi bongsu awak dah bertindan. Itu sebab awak merasa sakit. Dia menolak akar gigi yang sedia ada kebawah.
Assistant: Minor operation.
Mata aku terbeliak. Aku tak faham, atau pura-pura tak faham.
Aku: Apa?
Assistant: O-pe-ra-tion!
Dr: Awak jangan takut, benda ni tak ada apa-apa, so saya keluarkan surat refer ke pakar. Klang atau Sg Buloh?
Aku: Saya tak faham. Saya ingat yang doktor buang ni gigi terakhir saya, my wisdom tooth. Camana boleh jadi macam ni?
Dr: Gigi bongsu awak belum tumbuh lagi. Umur awak berapa?Aku: Kalau operate boleh tak selamatkan yang bongsu?Dr: Saya rasa tak elok juga, sebab kedudukan dia dah senget macam tu, kalau operate, kita buang dua-dua sekali.
WAH!! Aku ingat dah tua bangka macam ni dah habis tumbuh gigi.

Aarrggghhhh!!

Nantikan episod seterusnya...

Rabu, 12 November 2008

Bahana sakit gigi

Member aku cakap sakit gigi memang perkara yang menderitakan. Dan aku fikir selama ini aku menjaga gigi aku dengan baik. Tapi aku silap.

Korang tau apa terjadi pada aku baru-baru ini??

AKU EKSIDEN!!!

Kejadian berlaku pada lebih kurang tengahari di depan bangunan Majlis Daerah Kuala Selangor. Konon-konon nak ambil shortcut sebab nak ke klinik gigi, tak tahu nak jadi macam ni. Memang aku tak sedar macamana aku boleh hit kereta itu. Aku berlanggar dengan kereta Iswara Sedan. Korang kena tau Iswara ialah sebuah kereta kebal buatan Proton. Kebal ke?? Aku saja reka nama baru.

Dekat T-junction tu, masa aku nak masuk selekoh kiri, fikiran melayang entah ke mana, tetiba je kereta aku terangkat. Terus berdesup jantung aku. I'm crashing the car! Mungkin tak teruk pada pandangan korang, tapi teruk poket aku sebab spare part Savvy mahal. Padan muka, siapa suruh beli Savvy kan?

Ya, aku mengaku aku salah.






Keadaan kereta aku.







Keadaan kereta mangsa.


Masa tu aku dah pun call BFF (wajiblah aku call hero aku dulu), sudahnya dua team turun. Terima kasih semua. Kawan-kawan aku yang slow talk dengan mangsa pelanggaran, dan dipersetujui RM300 aku kena bayar. Aku beranggapan untuk bayar secara installment. Kenalah sedar diri, duit bukannya adakan?






Aku paling tak boleh blah bila callman ramai-ramai kat tempat kejadian. Kecoh je wei! Ada mamat India ni bawa Satria huru-hara, dengan tangan pegang walkie talkie, turun daripada kereta "Dik, nak repair kereta ni mahal tau?" Eii... rimas aku, macam lah aku bodohkan? Takkan kerosakkan macam ni nak claim insurans?? Bangang!!

Setelah semua setel, kitorang pun bersurai. Korang nak tau? BFF dah bayarkan RM300 itu!!! Sayang gile dengan dia!

Selasa, 11 November 2008

Muka aku ke ni??

Doktor pesan, untuk sehari dua ini, aku akan mengalami bengkak dibahagian yang dia periksa. So aku bangun pagi-pagi aku terus capai handphone dan SNAP!! Hasilnya


Patutlah doktor bagi MC 2 hari. Sila abaikan muka sembab kerana baru bangun tidur. Sila abaikan kalau ada yang ternampak tahi mata atau tahi gigi aku. Terima Kasih.

Rasa macam dah tak sakit gigi dah. Alhamdullilah. Abah dan mak asyik call bagi kata-kata perangsang. Syahdu jap. Sakit gigi boleh bawa maut tau tak? Kawan abah mati sebab gigi gerahamlah. Doktor tarik camana tah, zupppp! Nyawa pun hilang. Tu yang aku takut.

Isnin, 10 November 2008

Gigi punya hal

Aku baca blog cik adik ini. Rasanya macam ramai je blogger yang sakit gigi sejak akhir-akhir ini.

Last week aku jalan-jalan cari breakfast, tiba-tiba hati terdetik nak kunjungi pusat kecantikkan gigi. Gigi pun tengah tak buat hal, so cadang-cadang nak pergi check pula kat tempat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.

Bukan apa, since aku pergi buat tampalan di klinik swasta ni, rasa macam kena tipu pula. Siap simen yang dia tampal tu main tanggal-tanggal. Aku frust. Aku nak cuba nasib kat sini pula.

Okay, seperti sedia maklum, tempat yang free sentiasa dipenuhi orang. Aku menunggu nombor sejak pukul 8.30 am tau? Itu baru tunggu nombor, belum tunggu nombor nak dipanggil pula.

Penantian itu satu penyeksaan. Dah berapa kali menguap. Aku tengok semua datang berteman. Mak temankan si anak. Isteri temankan si suami. Masuklah satu kapel ni, rasanya belum kahwin lagi, pun saling berteman. Girlfriend dia sakit gigi. Sweet je kan? Aku layan perasaan. Tiba-tiba aku sedih kenapa Chenta tak teman. Dalam melayan perasaan, aku bermesej dengan kawan aku menyatakan kesunyian tidak berteman. Poyo je ayat. Alih-alih Chenta call, dia dah ada di klinik! Dah tak sentap lagi. Suka hati!

Akhirnya nombor aku dipanggil. Pintu 2 menyaksikan aku diperiksa. Doktor dan assistant kedua-duanya lelaki, muda. Wow! Doktor periksa, bunyinya macam banyak je gigi aku yang problem. Doktor kata kena cabut. Aku trauma dengan jarum bius. Assistant kata kalau tak bersedia, jangan buat sebab urat saraf aku tengah kejang. Dia suruh tunggu kat luar. Tunggu lagi...

Aku dipanggil balik. Dibius. Kali ini aku kena 3 jarum bius je. Masa menunggu gigi kebas, perut pula berbunyi. Haih.. lupa nak makan pagi rupanya. Tepaksalah tahan.

Masa doktor cuba menarik gigi aku keluar, macam-macam jadi. Aduh! Tak dapat dibayangkan kesengsaraan itu. Chenta yang menunggu naik kesian tengok aku. Berapa kali keluar masuk pintu tu. Kesian doktor sampai berpeluh-peluh. Aku berhadapan beberapa kesulitan (wah... macam kesusahan nak beranak je?) dan akhirnya 12.30 tengahari doktor kata dah cabut tapi tunggulnya masih tertinggal di dalam. Dah kata gigi geraham. Akarnya memang kuat. Serious tak sakit masa doktor buat kerja. Smooth je, tapi aku tak larat nak nganga.

Doktor bagi MC dan ubat. Doktor pesan minggu depan datang lagi kalau ada apa-apa perubahan. Settle! Aku dah berjaya buang gigi yang bermasalah. Tapi aku sedih, aku dah tak ada gigi geraham. Aku membayangkan kesusahan yang bakal aku hadapi nanti, dah tak boleh nak kunyah KFC, nak makan best-best. Sedih.

Tapi, lepas kesengsaraanku!!!

Ahad, 9 November 2008

Morning breakfast

Sengsara wei...

Sakit gigi. Berdenyut-denyut. Makan pain killer banyak pun still tak boleh kurangkan sakit aku ni. Dah macam-macam petua aku ikut. Kumur-kumur dengan air suam bercampur dengan garam lah, bubuh ubat gigi kat tempat sakit tu lah, macam-macam.

Huuuuuu nangis!!

Hari ini bangun pagi je gigi aku dah berdenyut-denyut lagi. Letih wei! Aku nk makan ubat, tapi tak boleh makan dengan perut kosong. Korang sedih tak tengok aku cuma makan ini je. Roti dicelup bersama susu segar. Macam baby tak ada gigi makan.

As keluar beli paper tadi, dia cakap dia tak "stim" baca paper online. Kelakar betul. Dia bawa balik tomyam bungkus dan ayam goreng. Aduh! Merana lagi aku. Dia ni pandai betul alter makanan. Kalau korang datang rumah aku, merasalah maggi dia dulu. Sedap! Yang kali ni dia rebus mee Sedap tu dan campur ke dalam kuah tomyam tadi. Sedap juga!! Macamana aku tak sakit gigi? Nafsu makan aku memaksa untuk aku merasa makanan tu. Tengoklah makanan tengah hari kami.



Sangat berbeza rasanya kalau kita makan mee tomyam di kedai dengan mee sedap+kuah tomyam kedai, pun sangat berbeza kalau makan mee atau bihun instant perasa tomyam. Cuba try!!

Mengidam macam orang mengandung

Sejak gigi aku sakit ni, macam-macam aku nak makan. Dugaan betul.

Semalam aku berjalan-jalan ke blog kawan-kawan, sekali sampai kat blog kak VP aku terbaca entry dia pasal makan laksa. Adui! Terus terliur dan teringat-ingat laksa tu.

Mujurlah ada pasar malam, As memang tak pernah lepaskan peluang untuk berkunjung ke sana. Sebab dia ni hantu yong tau foo.


Ini laksa aku, masa beli dia kata ni laksa Penang, tapi tengok tak macam pun. Janji dapat makan untuk menghilangkan rasa teringin aku tu. Harga RM1.80.


Ini pulak hantu yong tau foo ni makan. Korang tau, bukan main banyak macam ni baru RM6.50. Lupa nak ambil gambar stall dia. Yang jual tu selain mak ayahnya, anak lelaki dia hensem menusuk kalbu. Tu pun salah satu sebab kenapa aku suka turut serta membeli belah di pasar malam. Heheheh...

Sabtu, 8 November 2008

Raikan blogger baru!!

Aku nak promote seseorang. Blogger baru

Selepas ini aku harap orang yang aku promote ini akan sedar diri untuk belanja aku makan benda yang besh-besh sahaja.

Akhirnya dia terkenan, mengikut jejakku untuk berblogging. Tapi dia suka merapu. Layankan kemerapuan dia ini. Lagipun budak sekolah memang tak matang lagi. Ahaks!!

Korang baca entry yang ini. Sedih woo.. Aku sampai menangis.

Ini blog officially dia. Sila klik.

Jumaat, 7 November 2008

Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!

Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.
Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.
Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.
"Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.
Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.
"Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.
"Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh," kata pesara tentera itu.
Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.
Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.
"Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat," katanya.

Petikan dari emel lagi.

Real ke ni?? Aku kerap mandi malam. Alasannya sebab keadaan cuaca yang tak menentu dan panas di malam hari. Aku terpaksa. Bukan saja-saja. Nanti tak boleh tidur.

Tak kan sampai lumpuh? Setahu aku orang yang kerap mandi malam cepat dapat paru-paru berair. Tapi keadaan memaksa untuk aku mandi malam, walaupun aku tau consenquences-nya.

Cepat-cepat, siapa tahu kebenaran yang sebenarnya??

*Aku baru mandi malam ni...

Selasa, 4 November 2008

Gemuk itu MENARIK

Aku jalan-jalan dengan Chenta di SACC Mall haritu. Masuk kedai buku. Chenta memang suka masuk kedai buku. Aku merayau-rayau.

Tiba-tiba aku terpandang satu buku/novel...


Aku pegang buku itu dan berlari-lari comey ke arah Chenta, "Abang, tengok ni!!"
Chenta tengok tajuk novel tu, dan tarik muka.

HAHAHAHAHAHA!!!

*Ala-ala bahagialah konon...

Bos mimpi aku??

Satu pagi yang menyakitkan.. (sakit sebab gigilah), aku mengadap bos untuk dapatkan perlepasan ke klinik pergigian.

Bos: Syima, semalam saya mimpikan you.
Aku: Bos ni biar betul?! (... aku dah pikir perkara karut-marut ni, dah kuning nih...)
Bos: Bagilah saya abihkan cerita dulu. Semalam saya mimpi ada orang minta you.
Aku: Lawak lah tu, nak main-main je bos ni.
Bos: Tak, betul ni dalam mimpi saya ada orang datang jumpa saya untuk urusan rasmi, selesai urusan tu dia tanyakan you.
Aku: Gilalah. Mimpi tu menipu. Dahlah bos, makin sakit gigi saya nanti...

Aku cerita pada Chenta, dia jawab "Alah, dia saja nak bercerita tu..."

Tapi...

Aku rasa macam bos cuba perli-perli aku pula!

Hish!!!

Sabtu, 1 November 2008

Tergendala sementara

Buat kawan-kawan yang budiman, bulan November agak menduga aku sedikit sebanyak. Aku mungkin tak akan berblogging untuk beberapa lama atas sebab-sebab tertentu. Mungkin juga ia berkaitan dengan hidup dan mati aku. Doakan aku selamat sejahtera dilindungi rahmat ALLAH SWT.
Aku mungkin ada buat beberapa shcedule post, maka silalah komen.

Anda boleh scroll ke bawah untuk entry terbaru,
jika ada.
T E R I M A K A S I H

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...