Cari Blog Ini

Khamis, 26 Februari 2009

Kecelaruan jantina Ver 1.0

Aku confius.

Bukan. Iya.

Mental?

Bukan juga. Iya kot? Entah!

Aku jarang buat pengakuan terbuka dan ekslusif. Kira siapa yang terbaca entry ini sudah tahu bahawa aku ada masalah dengan jantina.

To be exact and specifically, it's not only in term of gender we are talking about, I'm purposely want to talk about my split identity.

Semasa dalam kandungan-belum pasti
Abah atau mak teringin hendakkan anak lelaki. But it turned out to be me, which is obviously i got a woman's part. Tak best jadi anak sulung, perempuan pula tu.

Kanak-kanak ribena- kejantanan
Aku teringat lagi, masa darjah lima aku adalah seorang yang amat berkulit hitam kerana berjemur di tengah panas; selain kegiatan kokurikulum di sekolah, aku juga suka mengayuh basikal dan panjat pokok bersama kawan-kawan. Aku pernah saja-saja terjun berulang kali dari balkoni rumah 2 tingkat bersama adik-adik lelaki ku yang lain. Nak tunjuk siapa lagi terer.

Alam sekolah menengah - keperempuanan
Aku pelajar bermasalah. Kena pelempang dan soal siasat sebab kaler rambut dan kecapoian mulutku kerana me-laser terhadap guru. Padan muka kan? Aku juga telah menambah tindik telinga kepada 2 lubang pada setiap telinga. Ketika itu aku sudah pandai mengalter keningku serupa nyonya tua pasar pagi. Masa ini dah gatai nak berboifren. Tapi malangnya aku ditackel oleh seorang pengkid di stesen bas.

Alam remaja di U - 50% perempuan 50% tidak pasti
Ketika ini aku berikrar untuk menjadi wanita ayu pujaan lelaki seperti heroin dalam novel. Oleh kerana gaya aku pada masa itu belum meletop seperti sekarang maka tiada lelaki yang mengidamkan aku. Langsung berlaku kecelaruan, sama ada untuk bersikap tomboy-ish atau girlish. Sebab masa itu juga budak-budak engine mana ada vogue sangat pun.

Zaman ditemukan Boifren hansuang pertama
Kalau dulu aku pakai bedak baby semata-mata, tapi aku dah pandai pakai krim Safi sebagai UV protectant atenya. Aku masih mengekal elemen-elemen Islamiah kerana aku amat naive ketika itu. Bertudung dan berbaju besar gabak.

Tahun makan tahun, akhirnya aku tertanya-tanya, "Aku nak jadi apa dan siapa sebenarnya?"

Siapa boleh jawab?

Rabu, 25 Februari 2009

Tukar baju senyap-senyap

Ye...
Seperti yang anda semua sedia maklum, aku telah menukar skin pada blog ini.
Sekali lagi.

Ramai orang komplen atenye. Lambat loadinglah. Tak boleh viewlah. Blog yang informatif macam ini tak boleh selalu buat problem kan?

Kali ini aku telah memilih dari template free dari blogspot yang mana kalernya simple, tak sejuk, tak panas, tak kontroversi dan yang penting timing untuk loading page ini tidak selembab dulu.

Marilah kunjungi blog aku yang ilmiah, vogue, tapi serba busuk longkang.
* Gambar biar nampak macam real konon-konon body aku tapi yang pasti itu google punya. Tapi apa relevan gambar itu dengan entry ini?

P/s: Jangan malu, jangan segan segala pujian dan kritikan akan diambil kira untuk penambahbaikan blog dan identiti owner blog ini.

Isnin, 23 Februari 2009

Whatta....?

Since after several entries did hit my blog, viewed hundred times, readers came from all over Malaysia, i decided to do something about it.

Demi menjaga nama baik seseorang, i have too...

Dia malu.

Benci!

Should i UNDISCLOSED this blog from pervert silent readers?




P/S: Sila tinggalkan email address anda untuk saya meng-invite anda di kemudian hari.

Jumaat, 20 Februari 2009

Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?

Hari Jumaat ialah penghulu hari. Jadi kita perlu bersopan santun diatas jalan raya. Macam biasa, ini ialah hidangan kopi cap pes dari email aku untuk korang manfaatkan.

Baju baru inikan lebih ladies sikit, jadi entri-entri mau ada kick ilmiah gitu.


****

Cerita sekadar renungan...

Ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik pintar, baikhati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat memberi perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".

"Lantas?!", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?". Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".


****

Kesimpulan: Sudah diketahui maksud daripada cerita itu?

Nobody's perfect. Jadi jangan mensia-siakan apa yang sudah ada di hadapan kita,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, Tak kiralah kita ni lelaki ke perempuan ke... Kalau kita mahu mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di mata orang lain??

Rasa-rasanyer sama juga dgn yang dah berkahwin... Redhalah dgn apa yang ada..belum tentu yang baru tu dapat memenuhi citarasa kita..yang lama dah tentu kita kenal buruk baik nya..just improve ourselves..dan sama-sama membetulkan kesilapan dan kekurangan diri masing-masing..learn thru our mistakes...

Wallahuallam...

Notakaki: Statement diatas bukan statement aku, kopi cap pes. Tapi aku sependapat dengan orang itu. Hargailah pasangan kita. Jangan tunggu bila dia dah pergi baru kita merasai kehilangannya.

Khamis, 19 Februari 2009

Underworld: Rise of the Lycans versi Syima

Since aku dah tengok cerita ini, aku amat teruja dengan kehidupan seorang vampire berchenta pula dengan werewolf hensem.

Jap... seorang ke seekor? Sebab dia boleh buat anak dan beranak, penjodoh bilangan dia adalah seoranglah kan?

Ok, sambungan cerita tadi, aku nak bagitahu bahawa AKU TAK MENYESAL tengok cerita Underworld. Chenta yang blur-blur pasal cerita ini pun kusyuk mengadap screen. Hangpa dah tengok ka?


Bukankah sebelum masuk wayang aku bersiar-siar sambil memakan aiskrim? Saja nak kasi korang loya tengok pose aku yang ala-ala vampire+werewolf tak jadi. TaDaa!

Matilah... aku dah sengaja expose gambar reporter aku. Do you know her?

Minta maaflah, lupa nak snap gambar As dan Chenta hatiku. Sampai rumah dah almost 2am. Perut dah berbunyi, maka tiada istilah berdiet di tengah malam. Sangat sadis ok?

Rise of Syima

Memang buruk perangai. Bila dah lapar tak ada makna nak sopan-sopan. Kata kat rumah bujang.

Notakaki: Rambutku memang rawk SUCK-SES!
Notakaki 2: Aku dan Chenta telah bersungguh-sungguh mencari DVD dan menonton movie Underworld 1 dan 2 sekaligus. Shiok habis!!

Rabu, 18 Februari 2009

Aiskrim UNDERWORLD

Have you ever heard about this ice cream? I already tasted it!



Celah mana nak jumpa aiskrim Underworld tu? Tak pasal-pasal Nestle sue aku sebab memandai tukar nama aiskrim ni. As cakap aiskrim ini sedap, so i just give it try.

Camana datang Underworld tu?

Nak jadi cerita, (dua minggu lepas) kepala tengah ting-tong, Chenta ajak aku pergi tengok OngBak II. Kami keluar merempat berempat. Sampai TGV Bukit Raja, orang packed la sangat. Yang cerdiknya kami tak booking pun, main terjah je. Tanya dekat kaunter, OngBak full. Aku tengok muka Chenta, dia dah hilang mood. Takkan nak patah balik Kuala Selangor? Gila penat! I twist to Underworld. Masing-masing tak confidence cerita itu best ke tidak.

Gamble.

Tengok tiket lagi satu jam waktu tayangan, itu timbul idea pergi makan aiskrim dulu.

THE END.

PPH should read this

Majlis Harga Negara: Tingkatkan Keyakinan Pengguna
Mastura bt Mohd Zain
Pegawai Penyelidik

03/03/2008
Tidak lama dulu negara dilanda masalah kekurangan minyak masak. Di kebanyakan kedai mahupun pasaraya tiada minyak masak di rak, yang ada hanyalah makluman berkenaan ketiadaan bekalan beserta dengan maaf dari pembekal. Apa sudah jadi, ramai yang bertanya. Bukankah negara kita pengekspot minyak sawit terbesar dunia? Kekurangan bekalan minyak masak pada masa itu sedikit sebanyak telah menjejaskan perniagaan industri makanan sehinggakan terdapat restoran-restoran yang bercadang membatalkan beberapa sajian sekiranya masalah itu berterusan.

Menyedari betapa pentingnya masalah ini diatasi, Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Majlis Harga Negara pada 9 Januari lepas. Tanggungjawab Majlis ini antara lain untuk memantau, menasihati dan menyelia dasar harga, struktur pasaran persaingan , kecekapan dalam skim subsidi serta pencegahan terhadap ketidakadilan bagi pihak kerajaan. Majlis ini juga akan bertanggungjawab membendung pakatan sulit perdagangan yang menjejaskan bekalan dan harga barang keperluan serta perkhidmatan.

Dengan itu, kewujudan Majlis Harga Negara adalah bagi memastikan harga barang keperluan dan kenaikannya sentiasa dibuat mengikut garis panduan kerajaan serta mengatasi masalah kekurangan bekalan secara lebih berkesan. Sehubungan dengan penubuhan Majlis ini, tiga langkah telah diumumkan bagi menjamin kestabilan harga, kecekapan sistem bekalan dan pengedaran barangan pengguna. Langkah-langkah tersebut adalah mewujudkan Pusat Panggilan Kebangsaan, Stok Simpanan Kebangsaan dan kumpulan pakar bagi meneliti isu serta dasar berkaitan pengedaran, pengeluaran dan cara menentukan harga.

Pusat Panggilan Kebangsaan ini akan beroperasi 24 jam agar pengguna dapat membuat aduan berhubung masalah bekalan atau harga pelbagai barang keperluan supaya tindakan segera boleh diambil oleh unit penguat kuasa. Semua maklumat dan aduan yang diterima pusat panggilan itu disalurkan kepada Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna atau kementerian lain yang berkaitan untuk tindakan susulan.

Sikap pengguna itu sendiri penting di sini. Sesiapa jua yang berhadapan dengan masalah kenaikan harga barang keperluan atau masalah bekalan disarankan terus membuat aduan dan jangan tunggu orang lain. Aduan atau maklumat adalah penting kerana penguatkuasa mampu bertindak atas aduan pengguna. Tanpa aduan atau rungutan orang awam, pihak berkuasa atau agensi penguatkuasaan akan mengabaikan isu tersebut. Kita juga berharap akan sentiasa ada orang yang menjawab panggilan, serta tindakan susulan yang cepat dan memuaskan diambil oleh pihak yang berkenaan. Jangan sampai pengguna berputus asa terhadap keberkesanan pusat panggilan yang disediakan .

Stok simpanan pula bertujuan memastikan bekalan barangan sentiasa cukup dan harganya stabil. Antara barang yang akan dijadikan stok seperti beras, gula dan minyak masak. Menyimpan bahan makanan sebagai stok simpanan memerlukan pembinaan atau gudang penyimpanan. Ini tentu melibatkan perbelanjaan yang besar, jadi siapakah yang akan menanggung perbelanjaan itu, kerajaan atau syarikat pengimpot/pengeluar seperti Bernas? Pengalaman Lembaga Padi Negara(LPN) sebelum diambil alih PadiBeras Nasional Berhad(Bernas) pernah mewujudkan stok padi yang disimpan di gudang LPN di Kedah, yang akhirnya menjadi rosak dan berkulat. Ini bermakna kaedah menyimpan dan pengagihan barang ke pasaran perlu cekap bagi memastikan barang yang disimpan sentiasa selamat dimakan. Oleh itu beberapa pertimbangan perlu diambil kira sebelum melaksanakan Stok Simpanan Kebangsaan. Bagi beras, ciri seperti cuaca juga penting bagi musim penanaman padi, permintaan beras dunia dan sebagainya.

Stok Simpanan Kebangsaan akan memasukkan barang keperluan sahaja. Timbul persoalan samada pengwujudan stok simpanan itu akan menyebabkan kenaikan harga barang lain yang tidak termasuk dalam senarai stok simpanan. Juga terdapat kebimbangan samada tekanan inflasi akan bertambah berikutan permintaan meningkat bagi barang keperluan yang akan dibeli kerajaan dalam jumlah besar untuk dijadikan stok simpanan.

Masalah kekurangan bekalan juga mungkin bukan disebabkan bahan tidak mencukupi, tetapi kerana sikap peniaga yang rakus ingin mengaut keuntungan berlebihan. Berdasarkan laporan, terdapat penyalahgunaan minyak masak antara pihak industri yang sepatutnya membeli pada harga pasaran, dan pengguna isi rumah yang menikmati harga subsidi. Subsidi minyak masak contohnya, hanyalah bagi faedah mereka yang berpendapatan rendah/pengguna biasa, namun pengilang juga boleh mendapatkan bahan itu pada harga sama di pasar raya. Begitu juga dengan gas memasak. Di restoran-restoran mereka memakai tabung gas kecil yang harganya diberikan subsidi sedangkan mereka sepatutnya menggunakan tabung gas besar dengan harga industri. Jadi masalah pembelian barang subsidi dengan jumlah besar oleh pengilang/peniaga perlu ditangani terlebih dahulu sebelum melaksanakan stok simpanan.

Sebenarnya masalah peniaga tamak/rakus ini tidak pernah selesai. Bagi peniaga golongan Islam disaran agar jangan semata-mata mengejar keuntungan sehingga kebajikan pelanggan terabai. Jauhkan dari perbuatan menyorok barang, yakni ihtikar kerana menyorok adalah dilarang Rasulullah. Pengguna akan teraniaya apabila terpaksa membayar lebih untuk barang keperluan apabila terdapat kegiatan menyorok barang. Peniaga golongan Islam juga perlu jujur dan bercakap benar kerana peniaga yang jujur akan dibangkitkan pada hari kiamat bersama para nabi, orang yang benar, para syuhada dan orang yang soleh. Para peniaga sepatutnya merebut peluang untuk mendapat keistimewaan tersebut. Rasulullah juga mengingatkan peniaga yang tidak jujur akan dibangkitkan sebagai orang yang zalim.

Bercakap berkenaan kekurangan bekalan, perhatian juga perlu diberikan mengenai kedatangan rakyat dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand yang kerap datang dan membeli belah di sini. Rakyat Singapura, contohnya hanya perlu menyeberang ke Malaysia dan balik pada hari yang sama untuk mengisi tangki minyak kereta dan membeli barang keperluan yang lebih murah di sini. Mereka membawa balik barang-barang keperluan asas seperti gula dan tepung yang harganya telah disubsidikan, dan akhirnya kita kekurangan barang-barang keperluan tersebut.

Oleh itu pemeriksaan di sempadan seharusnya diperketatkan lagi untuk memastikan barang keperluan tidak dibawa keluar dari negara ini. Walaupun mungkin jumlah yang dibawa balik itu adalah sedikit, ia sepatutnya tidak dibenarkan kerana yang penting sekarang bekalan mencukupi untuk pengguna tempatan. Kekurangan barang keperluan seperti minyak masak baru-baru ini lebih dirasai di kawasan berhampiran sempadan negara jiran dengan jumlah permintaan meningkat berbanding biasa. Penguatkuasaan lebih ketat dan kerap penting untuk memastikan masalah tidak berterusan.

Akhirnya, penubuhan Majlis Harga Negara ini bukanlah jaminan bahawa harga barang akan turun kerana tujuan utamanya adalah memastikan bekalan mencukupi dan harga stabil bagi kepentingan pengguna. Cuma kita berharap selepas ini peniaga tidak akan mudah untuk menaikkan harga barang sewenang-wenangnya akibat tekanan dari pihak berkuasa. Peniaga golongan Islam diseru mencontohi Rasulullah sebagai saudagar sehingga baginda digelar Al-Amin, bermakna yang jujur/benar.

Notakaki: Syan, Oneminutesilent, Anis, etc - Thank you for your comments, I am aware what were you doing, i'm not saying ALL, but certain people do not get what i mean.

Selasa, 17 Februari 2009

My worst hair ever

I admit, i got curly hair and did rebonding-thingy to my hair which is not original. Yeah... atleast i admit it.

I cut my hair...
This picture was taken right after i woke up. Sangat macam #%$^&*

... and it's of no surprise that I don't like it.


I have to wait for my hair calms down, or it grows 6 inches. Whatever comes first.

*sigh*

But the main thing is I WANTED to cut it.

At least it'll grow back, and that now I know the cut is not for me!

Notakaki: Siapa ada wig? Nak pinjam. Kalau boleh nak rambut ala-ala Marilyn Monroe.

Isnin, 16 Februari 2009

Entri tak boleh blah


Versi Valentine.


Bersamamu aku merasakan kedamaian yang tak terhingga....

aku bahagia...



Notakaki: Sila muntah semua.

Ahad, 15 Februari 2009

Nak tukar baju pun payah ke?

Lelah. Panik. Sakit Hati.

Since aku dah bercita-cita untuk menukar blogskin aku yang entah ke berapa ntah, aku berikrar untuk buat yang secantik mungkin. Tapi...

Aduyai, penat betul nak mengecik-kecikkan mata membaca coding-coding tu. Nak ubah sana, nak transfer menatang itu, sangat menguji kesabaran. Aku terpaksa mem-private-kan blog selama 24jam lebih untuk tukar baju.

Skin aku dah 80% complete tapi ada CACAT lagi. Macam dah sampai roh malas.

Aku dah fed-up. Silap-silap skin ini bertahan seminggu sajork. Tengoklah nanti.

Siapa yang pandai pasal coding-coding sila angkat tangan? Aku nak upah tolong bikin kasi cantik sikit.

Aku terkilan kerana kali ini skin aku agak terencat.

Jumaat, 13 Februari 2009

Teman tukar baju?

Apa korang fikir bila baca title post di atas??
Jujur lah...Kalau malu nak cakap, meh bisik di telinga aku.

Ok, actually this post is for telling you that i need a new blogskin. Sedang mencari-cari yang free template. Nak buat sendiri macam tak pandailah pulak. Nak tunggu si BOONto, macam lambat lagi turn aku. Sebab aku ada request blog template dari dia.

Buat masa ini mungkin cari yang free blog template je. Lagi pun skin yang sedia ada macam berunsur panas; merahkan? Agak-agak terpetik cerita sensasi, pembaca-pembaca yang tak rasional meroyan. Merahkan hot? Tapi tak macam blog merah Kak Red, dia dah femes.

Warna apa cantik? Hitam yang gothic dan penuh misteri? Putih yang suci? Biru yang tenang? Ungu yang romantik? Hijau yang menyegarkan? Atau pink yang manja?

Got any idea?

Khamis, 12 Februari 2009

Roti-licious : Butterscotch

Sempena nama URL aku, syimalicious, aku nak bercerita tentang kegemaran baru aku iaitu roti-licious. Ini bukan sebarang roti, bak kata aku roti ini sekali makan hendak lagi. Tak percaya, korang try la.

Dulu mak pernah cakap, kalau nak diet, makanlah roti ini waktu lunch. Dan kalau aku ikut cakap mak aku dulu, mungkin aku tak setembun sekarang. Ini dia roti yang dulu-dulu; TOAST'EM. Mesti korang pun biasa makan, kan?

Suatu hari, semasa aku nekad untuk meringankan berat badan, aku cari roti Toast'em tu. Yang ada raisin oatmeal tu, sebenarnya aku suka dua-dua jenis tu. Datanglah kawan aku yang memberitahu Gardenia ada roti baru. Ada raisin tapi versi coklat. Mula-mula aku ingat macam dia ni menipulah kan, sebab dia jarang serious dalam apa jua perbuatannya. Tapi Chenta aku meng-iya-kan. Sah-sah aku pelik sebab tak pernah nampak lagi.

Demi mengisi perutku, aku gigih mencari.

Dan ini ialah kegilaanku sekarang. Kalau dulu lepas balik kerja, lapar macamana pun buat rentung makan maggi je. Sekarang, biarpun harganya RM4.00 aku sanggup pergi mencari.



Chenta dan housemate dia suka versi coklat ni. Tapi ai, no, no, no. Rasa dia pahit sikit walaupun ber-kismis, tapi itu tekak aku yang merasa. But ai loike this one, BUTTERSCOTcH. Bunyi pun dah ala-ala very the english kan?


Sedap! Berlemak! Empuk! Dan yummy!



Untuk lebih maklumat sila layari roti-licious.

Notakaki: Aku rasa mereka patut bagi aku imbuhan sikit sebab aku promo product dia.

Jom main makeup-makeup

P/S: Jumie, akak amek link yang hang taruk dalam YM masuk dalam blog ni tao??

Untuk siapa-siapa yang berminat untuk dapatkan khidmat tukang makeup separa profesional (bakat semulajadi) di sebelah utara Malaysia bolehlah melayari blog beliau. Aku mengagumi bakat dia. Malangnya aku masih belum diperkenankan yang dipertua ayahanda untuk bernikah jadi tak boleh nak hire beliau.

Untuk membuang masa dan menilai bakat seni korang dalam dunia solekan silalah klik di sini.

Rabu, 11 Februari 2009

Dey phari-ya, please show some gratitude!

Maaf kerana tajuk post ini tiada kaitan dengan penceritaan. Sila abaikan.

Kalau kamu adalah bos atau mengetuai sesuatu kumpulan, antara semua yang tersenarai ini siapa yang akan kamu pilih untuk bekerja dengan kamu?
  • yang cantik dan manis berbicara tapi tak tahu buat kerja (zero knowledge)

  • yang manis berbicara tapi makeup bercapuk dan kerjanya seperti melepaskan batuk di tangga

  • yang gemuk dan mulut berpuaka tetapi kerja SUPERB!

  • yang gemuk dan lembab tapi boleh buat kerja (lambat pick-up)

  • talam dua muka yang manis berbicara dan tahap kerja yang memuaskan

Sila nyatakan mengapa kamu membuat pilihan tersebut?


Notakaki: Manis berbicara bermaksud mengampu tahap guna air-cond dah.

Jumaat, 6 Februari 2009

Serious, aku amat sibuk

Maaf semua.

Aku semacam sibuk sampai tak boleh nak update.
Jiwa aku meronta-ronta untuk meng-update blog. Tetapi tenaga aku kurang memuaskan sejak kebelakangan ini. Bila ye aku nak update?

Laporan berduyun-duyun nak kena handle. Orang gila kuasa macam aku ni kena tunjuk bijak menguruskan masa ye tak? Tapi malangnya, sesudah sampai ke rumah, tenaga aku sudah mencapai nyalaan warning seperti minyak kereta yang kehabisan.

Maka aku ingin menoktahkan penulisan aku kerana otakku agak jam pada hari ini.

Sekian, harap maklum.

Rabu, 4 Februari 2009

Gimik Politik U dengan kepala babi

Babi lagi!
Seperti semua yang sedia maklum, dah beberapa kali cerita kepala babi ini keluar di dada-dada akhbar dan berita.

Aku dah terdengar-dengar isu kepala babi di sebuah surau di UM sebulan lepas, cuma was-was sumber itu tulen atau tidak. Biasanya cerita-cerita sensasi macam ini akan muncul dalam saluran-saluran utama media massa. Tapi senyap je. Dan baru-baru ini, sewaktu menerjah ke blog Junaidi aku terbaca isu yang hangat diperkatakan tetapi tak mendapat liputan meluas. Kenapa ye?

Haih, Palestin huru hara sebab persengketaan dua puak, Hamas dan Fatah yang menyebabkan campur tangan asing yakni Yahudi & Amerika. Tak kan U di Malaysia nak jadi macam itu juga? Nauzubillah.

Sila lah baca petikan di bawah bersama-sama.
Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.



Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh. Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).

Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.

Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,”ujar beliau.

Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.

Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan komputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.

Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini. -mahasiswakini


Kawan-kawan, jangan la kita bermusuhan sebab berlainan parti atau kelab. Jom sama-sama nyanyi lagu RASA SAYANG yeh...!!

Selasa, 3 Februari 2009

Liku-liku kehidupan

Liku-liku kehidupan.

Itulah lah tajuk yang aku rasa amat sesuai untuk entry yang lepas. Terima kasih Kak Yong atas sugesstion itu. Dan terima kasih juga pengomen-pengomen yang lain.

Aku memang suka bergambar, dan mengambil gambar. Chenta, kawan-kawan yang lain ada yang sampai pelik dengan perangai aku ini. Pelik sangat ke? Mungkin juga sebab gambat nak masuk toilet yang pelik pun aku nak snap juga, gambar kerengga dekat pokok pun nak ambil. Mungkin pelik sebab aku menangkap gambar guna hp dan kamera kompak Nikon Coolpix milik Chenta itu saja. Nak beli SLR diluar kemampuan. Boleh tak kamera itu jadi barang hantaran perkahwinan atau tunang? Boleh ke?


****


Ini petikan kata-kata hikmat yang boleh kamu lihat di ruang atas dalam blog ini - "ORANG BIJAK BERKATA". Sekadar berkongsi.


Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan.



Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian.



Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.



Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk berjaya, kalau dia "berjaya" itu bukan kejayaan tapi kebetulan.



Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup.



Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur.


Any komen on red-bold-sentence?

Ahad, 1 Februari 2009

Tahniah Dr. Wani


Gambar yang tidak berkualiti ini telah dicilok dari entry blog yang menghairahkan ini.

31 Jan 2009, tarikh yang menggegarkan hati nurani aku kerana seorang lagi kawan sekolahku telah menjadi tunangan orang.

Well, jodoh dia kan?

Aku kagum dengan perubahan dia sekarang yang begitu humble dan soft spoken walaupun dia bekerjaya sebagai seorang doktor dan ber-ayahkan Dato'. Dulu dia agak eksyen masa sekolah hingusan. Tak macam ada orang itu, asyik nak riak sampai sekarang.

Aku rasa agak ralat sedikit kerana tak dapat bersama-sama yang lain untuk meraikan kan majlis pertunangan dia. But one thing for sure, dalam kemeriahan kenduri dia, mesti dia tak tertangan melayan semua tetamu termasuk Cik Rieha dan Cik Farah.

Dalam pukul 8.30mlm semalam selepas selesai agenda* kami** di KL, aku terus ke rumah dia di Ampang. Rumah pun dah clear, semua khemah-khemah, pelamin dan perabot-perabot telah diangkat. Niat aku ke sana cuma nak bergosip menjenguk dan tengok gambar majlis itu.

Yang menawan hati aku ialah cupcake yang dihidangkan sewaktu kedatangan kami.

Shedap! Nak buat pengakuan la sikit, inilah 1st time aku tengokdengan mata sendiri dan mencuba cuppycake. Jakun kan?


Door gift yang kiut ini didatangkan khas dari Kuala Kangsar. Korang perasan tak apa yang ada dalam boxes tu? Replika strawbery yang seksi.

Tapi rupanya strawbery itu boleh dimakan. Ia adalah tart nenas yang diubahsuai menjadi bentuk buah-buahan. Ada banyak bentuk buah yang lain, tapi untuk tetamu yang bertandang Wani standardize kepada bentuk buah strawbery.


Pagi tadi, oleh kerana ada 3 orang yang amazed nak merasa 2 biji kuih itu maka kami berkongsi-kongsian.

Notakaki: Kerana aku tidak dapat pergi ke majlis itu secara live, aku telah memotong rambutku pendek tanda protes terhadap Cik Nurul Fariha Husain kerana tidak meng-alert aku awal-awal tentang majlis ini!

* Agenda itu akan diceritakan dalam masa terdekat.
** Kami merujuk kepada aku dan Chenta

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...