Cari Blog Ini

Rabu, 29 April 2009

Kerisik Babi

Jeng... Jeng!

Aku berjaya kembali berblogging. Bukan sebab aku berjaya membuat penemuan baru tentang virus H1N1 dalam kerisik. Haha!

Jangan korang silap, walaupun aku gemar menyumpah dengan perkataan babi, aku bukanlah punca virus itu tersebar. Perkataan babi dalam diari aku bersifat sementara. Harap maklum.

Hari ini aku nak tumpang mengadu dengan korang...

... sebab kepala, minda dan jiwa sesak yang amat. Dengan kerja yang tak pernah habis, dengan tak cover habis chapter, dengan rasa menyesal tak sudah kerana tak study dari awal, aku rasa emosi dikala ini sangat meraban. 2 subjek dah lepas, 2 subjek menunggu di depan.

Minggu ini aku dihinggapi rasa yang menjengkelkan, sakit hati, dan irihati kerana perkara-perkara ni;

"Cik Syima, A dah nak menikah ni tak dapat jemputan ke?"

"Cik Syima, saya dah selamat dirisik."

"Makin hampir tarikh merisik dari pihak i, makin berdebar hati ini. Oh Tuhanku... tekadkanlah hatiku ini hanya untuk (nama dirahsiakan) yang telah Engkau temukan di dunia ini."

"Anak buah saya, perempuan, umur 26tahun. Kerja bagus. Baru-baru ini adik dia dah bernikah. Tiapkali dia balik rumah... mak dia tanya bila nak kahwin. Dia dah berkawan tapi kawan dia macam tak serius lagi. Akibat tekanan dia sambung Master. Cik Syima ni sambung belajar sebab kecewa tak kawin lagi ke?"

Ibaratkan otakku seperti hardisk.
Kalau ikut hardisk laptop 10GB (laptop refurbish), kapasiti laptop aku dah mencecah 9GB untuk membahagi semua masalah-masalah sepanjang bulan April dan Mei. Apabila aku menerima message-message tersebut aku jadi keliru untuk mengakses emosi samada untuk turut gembira atau sakit hati atau menganggap ia sebagai Spam.

Dah sampai seru kamu untuk bernikah, jagalah masjid itu baik-baik. Aku tahu kamu nak berkongsi kegembiraan. Aku gembira tapi aku tak boleh tipu diri sendiri yang aku dengki dengan rezeki kamu. Sebenarnya aku suka hidup bujang kerana aku masih bebas dari tanggungjawab. Bukan senang untuk menjadi isteri mithali. Bukan tak nak berkahwin, tapi aku rasa aku ramai sangat untuk dipilih. Huhuhuhu. Sekiranya aku tak berkahwin, harta aku adalah harta aku, dan tak perlu berkongsi dengan orang lain selain keluarga aku.

Mohon patik untuk derhaka, bukanlah maksud untuk mengaibkan tapi untuk berkongsi tentang perasaan patik ketika ini. Ampun.

...

Setelah aku membuat luahan ini secara terbuka, aku rasa emosi aku dah kembali normal dan boleh bertukar ke mode meditasi.



Syimalicious: Orang lain boleh bercuti-cutian sempena Hari Buruh, aku kena kuatkan semangat untuk menempuh "chaos-mind" 2 Mei ini.

* Title kerisik wujud kerana adanya perkataan merisik itu.

Jumaat, 17 April 2009

Telur + Terung = Makanan yang LUCAH

Hari ini seperti biasa aku meng-onlinekan diri di kala kesibukan yang tak berapa melampau di pejabat.

Seorang kawan bertanya, "Dah makan?"

Aku pun tanpa berfikir, "Dah, makan nasi, telur dan terung."

Aku berfikir sejenak, telur dan terung; macam ada kelucahan di situ lepas dia membalas dia pun suka makanan itu.

Aku terpaksa membetulkan statement, "Telur goreng dan sambal terung."

Aduyai...



Syimalicious: Aku tak dapat balas komen-komen korang sementara waktu sebab aku ada misi penting untuk menyelamatkan dunia sehingga pertengahan Mei. Sabarlah menanti aku, OK??

Selasa, 14 April 2009

Kau nak kahwin kontrak?

Kusut lagi weih!!! This is part of my conversation with my friend (that i used to hangout to play pool once i in Putrajaya 3 years ago).

What happen?

It just myself, my emosi yang tak berapa nak stabil.

Bila nya nak stabil emosi you ni??

Maybe... kawin nanti.

Apa saja la.... kalau kawin, tak emo dah...serius shit?? You ingat lepas kawin nanti hati boleh senang ke you?

Serius shit YES! I tertekan la kat sini. Ada sebab kenapa kena kawin juga!!

Ajak la bf Jawa + kampung you kawin...?

Bila masa i ada bf jawa? Pasal bf i pun you tak ingat. Bf i... mak dia ada pilihan sendiri.

Serius shit you nk kawen?? Come on la syg... Tak kan you nak suruh i ingat jantan you... kalau kawan pompuan you tu reasonable la juga... ni geng2 jantan u.. suppose to be i punya rival.. nak suruh i ingat dorang pasal apa... unless its something about you...

Rival la sangat... patutnya you kawan i, you kenalah ingat serba serbi..

Even though kalau you test me with ssomething about you pun memang i xak ingat... hahaha

Itu la yg i tk nak..

I nak je kawin sekarang... i mean... i nak tutup mulut abah i... kawen is not that grand for me dah sekarang ni... semua total bullshit crap. I tak mahu... I just nak pergi masjid, akad nikah... balik umah bang kaw2... esok pregnant... lusa deliver baby... then only my dad boleh shut up...

I pun ada terpikir macam tu...then we get divorce???

Cerai? Naper nak cerai?? Kalau ok... carry on je lah... but sex has to be phenomenal la...

I just want to keep people's mouth shut. Nak tunjuk.... "at least aku ni laku juga ok??" You mean.. eventhough you dah berbini nanti.. you still nak makan luar?? Dah kata kawin tergesa-gesa... tak mungkin ada cinta you...

Ehh! I laku je... Syg, our parents dulu kawin ada cinta-cinta ke...? Kalau pandai jaga i, tak kan la i nak makan luar syg ooi... give n take la... i pun bukan la gila suka-suka nak sakitkan hati orang... fikirlah juga, if i'm about to cheat on my wife, who'll be carryin my baby... those things la i dok basuh kat geng dat0-dato, vip semua... Dah kawin, buat cara kawin la... My dad rilek je, ok je dengan my mom... hari2 gaduh, balik umah ok je semua...

Itu dulu syg... but now it doesnt count... now you have to go through lots of upside down with your bf/gf, bercinta bagai... barulah kawin...

Kalau you tak nak, i suruh my mom carikan... Jawa ramai juga comel... Bukan nak buat apa pun, kawin, make babies... Aper lagi yang boleh buat pun.. ? Kalaulah boleh beranak dulu, baru kawin.. i rasa anak i dah 5 orang sekarang ni....

You nak i?? You serious ke babe?? I tau you bukan jenis yang serious... ok? You jenis tak puas hidup lah dear... i tau... If that so, you kena kawin dengan jawa yg jauh lagi muda dari i...

Well, true enough tapi macam i cakap tadi lah... nak shut down my dads' mouth... I have to sacrifice lah, nak buat macamana lagi?

Then..? Jawa juga pilihan you?

Dah u ingt i memain...i nk ckp aper.. u think im foolin around when i said i want u...so be it... u nk i watper.. melutut ker aper?? x dpt...

Apsal tak dapat? Kalau u serious, i bagitahu pada my mom sekarang...

Agree with my term n condition ke?? I mean.. u agree dengan my tnc ker syg??

I just understand you nak buat anak banyak-banyak... Itu je...

Tak payah banyak... seorang dulu pun ok dah... banyak-banyak siapa nak jaga?

Tell me your tnc again.... My tnc would be, after 1st baby, we get divorce... ok?

Who got the baby then?

You nak?? You ambil... kalau you tak nak i jaga... ok? But nafkah still on u... im afraid you parent will ask for the baby.

I'm sure they want the baby more than i do, but single parenting can be quite charming you know...

Hahahaha ok... then u take it..

Ok, my tnc
  1. no bersanding
  2. no all sorts of adat bullshit
  3. no photos to be printed
  4. no wedding cards
  5. no hantaran
  6. all will be on each other's expenses...

Gila! Itu i tak setuju, we do a proper wed ceremony. Nanti lagi orang berkata... Kita hidup dalam komuniti melayu kan?

Owh! you want to have only 1 baby with me, then get divorce. But you nak hantaran semua. Nahhh... Wedding reception - house basis, no hotel ballrooms. Wedding card can be change with emails...

I never ask for a grand ceremony, tapi i nak majlis cukup sifat... nanti orang berkata...

You nak semua cukup sifat.. tapi you tak nak sehidup semati dengan i... cukup sifat ker tu? kata contract for 1 baby... lebih kurang sudah...

Sebab i tau camana you punya background.. you kan nak hepi2... n i tak nampak you serious.

I can be happy with you if i want to... but im not sure whether u want to be happy with me, forever or not.

Eehh... ni sape ni?? You ke siapa? Im talking with whom right now?

I nvr said i dun want to settle down. I never said that i dont like you to be with me forever. I just didnt say things. Tapi sendiri mau ingatlah, as i said, agreed with my tnc, next week kita kawin... Well im off to work syg, you think about it ok. u rase im not serious... well im damn serious now....

Kalau i tak bagi jawapan then your mom dah ada pilihan menantu ye??

My mom will proceed after my blessing. There is no short cut here babe, when im off, im off for good, you fikir sendiri and i never said that i dont miss u at all. I just didnt say stuff... you have to get used to it....

Statement apa tu?

Erm, fikir sendiri

Mesti i selalu makan hati dengan you nanti...

Up to you nak makan hati ke jantung ke... syg i'm going now. Bye.

Macamana rasa kahwin kontrak? Aku tak mahu kejar title janda dan menjadi kegilaan suami-suami orang. Tapi hakikatnya saham janda lagi hebat kalau korang nak tahu. Bosanlah cerita pasal kawin. Aku nak senyap. Tahu-tahu je nanti, aku dah ada sepasang anak. Thrill tak?

Memang aku tempah nahas ke apa? Lepas satu kes, jadi satu kes lagi. Patah tumbuh hilang berganti. Memang aku dan dia yang dulu tak dapat restu. Dah tiga jantan lamar aku sebelum ni aku buat bodoh, sudahnya diorang dah selamat kawin. Jadi sebagai alternatif lain, patutkah aku terima terma dan syarat dalam kontrak kahwin ini? Takut pisang berbuah berkali-kali.




Syimalicious: Bila aku nak baca buku ni??!

Isnin, 13 April 2009

Andai dapat ku undurkan masa

Dah seminggu aku tak dapat baca buku. Kusut. Aku tak boleh nak fokus. Aku tak boleh nak buat apa-apa langsung.

Kali ini aku serious agak complicated.

Hendak berbicara pada siapa?

Siapa yang akan memahami?

Tentang masa depan, tentang perasaan, tentang hati. Manusia jarang untuk memberi pendapat positif. Tambah-tambah kalau orang sekeliling kita dari kalangan konservatif dan ortodok macam gampang. Arrgghhh! dan sememangnya aku ramai kawan-kawan yang tersangat konservatif yang membaca blog aku ini. Yang menunggu masa dan saat yang sesuai untuk ambush aku dengan cerita-cerita yang sensitif. So I cannot simply post my personal story here.

Babi sangat! Aku paling tak suka rasa stuck macam ini.

Babi 1000x.




Syimalicious: Babi lagi!

Jumaat, 10 April 2009

Relakan perpisahan sementara ini

Sayang, bukan maksudku membiarkan kau bersendirian.
.
.
.
Sejak dua menjak ini, hidup aku agak merumitkan -dilanda masalah dan caca merba sedikit. Apa yang aku buat serba tak kena. Aku tidur awal, tak boleh nak fokus sesuatu dengan baik, apatah lagi nak menelaah. Selalu saja aku berasa pening dan mata berpinar-pinar. Itu sebab aku buat pengumuman untuk menghilang selama sebulan lebih.

Nyanyuk. Mungkin itu panggilan yang amat sempurna untuk aku di saat ini.


Hari ini aku ada temujanji (10am), kena pergi mengurut kaki yang tempatnya tidak jauh dari pejabat aku. Min_ena menawarkan diri untuk menemani aku. Segala proses ketika mengurut berjalan dengan lancarnya. Selapas 30minit treatment, kami pulang ke pejabat.

Min_ena mendapat pelepasan untuk balik awal ke Melaka atas urusan keluarga. Aku menyambung kerja aku semula. Hari Jumaatkan masa kerjanya singkat? Dalam pukul 12.15tgh, aku berhasrat untuk balik ke rumah sewa ku.

DAN aku lupa kunci kereta aku tertinggal di atas dashboard kereta Min_ena!

Aku dah kelam kabut. Secara tergesa-gesa aku menelefon min_ena, dia juga menjerit terkejut bila mendapati kunci keretaku masih berada di dalam keretanya yang pada ketika itu dia dah sampai ke laluan lebuhraya di Putrajaya. Arrggggghhhh! Aku bertambah kusut.

My mind puzzled.

Hari Sabtu aku ada discussion di KL.
Kunci rumah aku dalam kereta.
Esok aku kena pergi mengurut lagi.
Kereta aku akan berpanas di bawah terik cahaya matahari.
Owh! Tidak!


Takkan nak suruh si Min_ena patah balik sedangkan dia lagi sejam lebih nak sampai Melaka? Jarak Putrajaya - Kuala Selangor bukannya dekat. Aku bukan seorang yang kejam.

Aku boleh batalkan semua temujanji aku yang lain, tapi kereta aku?? Aku TERPAKSA merelakan kereta aku berpanas begitu walaupun pedih hati ini melihat. Oh! Tuhan, lindungilah keselamatan beliau. Aku perlukan bantuan guard keselamatan untuk memantau beliau.




Relakan perpisahan ini. Sementara saja sayang. Setelah mendapat kunci pada Isnin ini nanti aku berjanji akan menghantar kamu ke carwash bermain air dan buih. Aku berjanji akan membawa kamu berjumpa dengan doktor tayar untuk menghilangkan bunyi cencorot pada absorber kamu. Aku akan menjaga kamu sebaik-baiknya duduk berteduh dibawah awning rumah.

The end.



Syimalicious: Walaupun kusut, aku kena berjuang juga. Kembali kepada mode meditasi.

Khamis, 9 April 2009

Cantik betul kabinet dapur rumah Najib

Tak ada maknanya aku nak cerita pasal kabinet dapur rumah orang. Hahaha.

Mesti seantero dunia dah tahu tentang pemilihan anggota kabinet bawah kepimpinan PM baru kita DS Mohd Najib Tun Abd Razak. Aku tiadalah komen yang "bernas" tentang mereka.

Entry bergambar saja jom!

Inilah suasana pejabat aku yang menanti-nanti pengumuman menteri baru kami. Macam-macam tekaan aku dengar dari mulut mereka. Dan macam-macam reaksi aku tengok. Spekulasi-spekulasi kedai kopi pun timbul apabila tiada nama Khairy tetapi Mukhriz yang tersenarai.

Anda rasa ok dengan barisan menteri-menteri baru kita? Tepuk dada tanya iman. Jangan komen lebih-lebih nanti kena reman baru tau. Komen dalam hati ok?







Kusyuk betul abang yang berbaju biru ini. Bos di belakang pun tak baginya duduk. Tsk...tsk...tsk...


Syimalicious: Dah! Dah! Sambung buat kerja.

Selasa, 7 April 2009

Episod berjumpa dengan Blogger

Ini cerita sudah basi. Dia dah up entri ini (awal bulan Mac) sejurus aku balik dari Ipoh. Aku lambat. Sebab aku malas.

Aku selalu jengah blog dia. Sekarang dia sedang sibuk menguruskan hal-hal perkahwinan pada bulan 5 ini. Hidup dia pun selalu dihinggapi lalat. Macam aku. Hahaha. Orangnya sangatlah kecil molek. Patutlah nampak muda belia walaupun sebaya aku.

Kami ditakdirkan berjumpa di Restoran Kayu Nasi Kandar Tesco Extra, Ipoh. Tak adalah nak gosip apa sangatkan. Cerita-cerita pasal kerja, pasal kahwin, pasal LALAT, pasal study. Nak borak-borak panjang masing-masing ada hal. Aku nak balik Kuala Selangor lagi.





****



Inilah Mr Boban, aku, dan Zuris. Aku doakan semoga ko gembira dan sihat sejahtera dan terselamat dari gangguan LALAT yang mahu merampas En.Boban dan kebahagiaan ko.

Ini gerai cendol yang pernah dia cerita dulu. Ramai orang maknanya sedap. Tapi aku sudah FULL ketika itu, secara tak langsung nafsu tak membuak-buak untuk merasa cendol itu. Tapi ketika aku lapar dan dahaga, teringat-ingat aku pada cendol yang sejuk dan nyaman. Bila lagi aku berpeluang ke sana untuk merasa cendol ko tu??



Syimalicious: Ini ialah blogger ke dua yang aku berkesempatan untuk berjumpa sebelum kakak yang penyayang kepada 3 orang anak yang chumel.

Isnin, 6 April 2009

Pose-pose feveret. Jangan kamu berani-berani komen


Aku suka gambar ini. Berseri. Kegembiraan. Mungkin sebab aku tengah pangku budak kecik (anak buah kawan aku) ni kot. Dia kiut.

Aku tak boleh ingat kek tiga tingkat ini. Sedap! Setiap tingkat kek tu rasa lain-lain.

Like father like son. Baby ini bila besar mesti hensem macam ayah dia.



Kakak ini mudah "masuk kepala" dengan aku. Eh! Aku yang senang "masuk kepala" dia. Dia aktif, very talkaltive, ceria, pattern macam aku (i loike!) dan yang pasti dia bakal kakak ipar kawan aku. Insyaallah.

Gambar candid yang paling best setakat ini!

Tak sangka jumpa Mis dekat sini. Dia kawan aku masa kat Unitar dulu. Ok aku tak habis dekat Unitar sebab dapat sambung tempat lain. Mis kawan baik pengantin perempuan.



Owh kalau aku bagitahu mesti ramai yang tak boleh terima hakikat. Sebab kami kalangan yang agak vogue pada hari itu ada soalan "Kamu ni pramugari ke?" Hahaha. Aku pramugari bahagian ticketing bolehlah.

Ini pun kawan masa Unitar dulu. Lia. Sekarang dia kerja dengan Kem. Pendidikan kalau tak silap aku.

Time ini panas. Aku baru lepas bersantap. Berpeluh-peluh menikmati makanan. Aku teringat-ingat ayam goreng kenduri itu. Still.



Selamat sudah kawan aku mengakhiri zaman bujangnya yang penuh onak berduri. Aku? Uih! Banyak lagi matlamat aku tak tercapai. Sabar dulu bah!


Syimalicious: Ini entri last tentang kenduri kawan aku di Ipoh. Aku janji tiada lagi entri tentang ini lagi. Sekian.

Ke Jinjang Pelamin kisah percintaan mereka 2.0

sambungan...

Aku macam malas nak cerita banyak. Mood nak update pun tak ada ni. Kita layan gambar nak?



Ini masa majlis khatam quran. Aku masih tidur-tidur ayam sebab menginaikan pengantin sampai subuh.



Majlis berarak pengantin.

Pesilat ini didatangkan khas dari Terengganu, sepupu sepapat pengantin perempuan.




Pose halal dari pasangan pengantin baru.



Bak kata seorang blogger (kak tijah kiut orang nogori), ini time makan biadap. Hahaha... haruslah ada adegan suap menyuap.


Tonggak utama majlis perkahwinan.
Tipu. Tidak berkenaan. Saja mahu expose.

Gambar kenangan dari kenalan sebelah pengantin lelaki.


Ini majlis yang tak sempat aku nak bertandang kerana aku ada kelas hari itu. Sob...sob...



Syimalicious: Inilah ciri-ciri orang dah tak ada cerita. Aku sibuk bulan April ini.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...