Cari Blog Ini

Rabu, 26 Ogos 2009

Nikah gantung

Apa yang dimaksudkan dengan nikah gantung?
Wujudkah istilah nikah gantung ini dalam Islam?
Bagaimana penerimaan masyarakat?
Apa pro dan kontra nikah gantung ini?
Ada sesiapa berani jawab?

Selasa, 25 Ogos 2009

Siapa mahu jadi femes, sila minum arak



Siapa dia ni? Kenapa selalu sangat keluar TV, keluar suratkhabar?

Aku google nama dia.

Aku baca banyak blog yang menulis tentang dia. Ada yang tak bersetuju, ada yang mengkagumi dia kerana berani menerima hukuman untuk disebat.

Pada aku itu semua tidak lebih sekadar propaganda untuk memperkenalkan diri kepada umum dengan cara yang tidak bermoral. Publish sekali saja berita dalam TV dan suratkhabar sebagai pedoman (untuk orang-orang Islam umumnya) lepas itu sebat. Tutup cerita. Tak perlu nak meleret-leret cerita sebegini.

Nak togok arak sorok-sorok tak boleh ke??


*aku dah mamai sebab mabuk ni, mabuk ubat batuk...


Ahad, 23 Ogos 2009

Demam dan puasa

Masa berlalu begitu pantas.

Sedar tak sedar dah masuk hari kedua kita berpuasa. Dan hari ini hari ke dua aku demam. Demam buat kali ke dua selepas konon-kononnya aku suspek H1N1.

Dan paling teruk demam ini telah menyebabkan aku tidak bersuara. Mujur asma tidak menyerang aku.

Aku sakit sendi-sendi. Badan aku sekejap panas, sekejap sejuk. Adakah akibat kedegilan aku menyumbat ke mulut buah mata kucing yang bos bawa ke pejabat tempoh hari? Owh kembalikan suaraku!

Disebabkan aku tak berapa sihat, aku tidak mempunyai kudrat untuk mencipta intipati blog yang best. Sebelum aku mengundur diri, izinkan aku untuk memberi ucapan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sesungguhnya aku manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan. Dengan rasa
rendah diri dan ikhlas aku memohon kemaafan sekiranya terkutuk, tercaci,
terguris perasaan sesiapa sahaja.

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.
Moga kita beroleh keberkatan dan dirahmati Allah SWT sentiasa.
Amin.

Selamat berpuasa semua!







Syimalicious: Aku demam. Ada kelonggaran dan keringanan untuk aku tidak berpuasa, kan?

Khamis, 20 Ogos 2009

'TAMIFLU' boleh membantu tapi pencegahan lebih baik

Berikutan penularan wabak H1N1 (selesema babi atau influenza A), yang sehingga petang 18 Ogos mengakibatkan 67 kematian dalam negara, ramai yang tertanya-tanya masihkah tiada ubat untuk menentang penyakit ini?

Tiba-tiba rakyat Malaysia mula bercakap tentang sejenis antiviral yang dikenali sebagai 'Tamiflu' sebagai pencetus harapan untuk menyembuhkan mereka yang dijangkiti.

Apa dia antiviral? Antiviral ialah sejenis ubat yang melawan virus dan bagi Tamiflu ia memerangi virus influenza (selesema).

BUKAN PENYEMBUH

"Tamiflu boleh memendekkan jangka masa serangan selesema, membuatkan ia tidak sebegitu teruk. Tetapi ia bukan penyembuh kerana tidak ada ubat untuk selesema.

"Antiviral Tamiflu hanya boleh membantu meredakan (demam selesema). Bila pesakit diberikan Tamiflu, ini membantu mereka agar selesema tidak menjadi semakin teruk," kata seorang pensyarah penyakit respiratori (yang enggan namanya disiarkan).

Menurut beliau, Tamiflu menghalang virus selesema 'yang cuba merebak atau menular dari satu sel ke sel-sel yang lain dalam badan manusia'. Kesannya ialah menyekat penularan virus selesema dalam badan manusia itu sendiri," Pendapat beliau dikuatkan dengan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bahawa masih belum ada vaksin yang betul-betul efektif terhadap virus yang pandemik (merebak luar kawalan).

VAKSIN DAN ANTIVIRAL

Vaksin dan antiviral adalah berbeza.

Menurut Kementerian Kesihatan, antiviral Tamiflu atau Oseltamivir (nama generik bagi Tamiflu) diambil secara oral.

Terdapat satu lagi jenis antiviral iaitu Relenza atau Zanamivir, yang diambil secara sedutan dan kedua-duanya kini digunakan untuk merawat jangkitan selesema babi dan ia bukan vaksin.

Vaksin untuk kes H1N1 masih belum ada.
WHO sememangnya menasihatkan setiap orang dewasa dan kanak-kanak yang demam teruk dijangkiti virus H1N1 diberikan antiviral seperti Tamiflu.

Ia juga perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai risiko tinggi terhadap komplikasi demam selesema.

"Mereka yang sihat atau mempunyai tanda selesema yang ringan tidak perlu diberi Tamiflu," menurut WHO dalam satu kenyataan baru-baru ini.

DAPATKAN RAWATAN

Untuk mendapatkan rawatan antiviral inluenza, Kementerian Kesihatan menasihatkan semua pesakit yang menghidap influenza dan mempunyai risiko, supaya segera pergi ke hospital atau klinik yang berdekatan.

Individu yang sakit dengan simptom influenza, tetapi tidak termasuk dalam golongan berisiko tinggi, bagaimanapun mempunyai demam yang tinggi dan berpanjangan (lebih dua hari) juga akan diberi rawatan (percuma di klinik kerajaan).

Bagi mereka yang tidak termasuk dalam golongan kedua-dua di atas tetapi menjalani ujian "rapid test" dan didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan yang menjadi teruk dalam masa 48 jam.

Simptom yang dimaksudkan ialah sesak nafas, sakit dada berterusan, kahak berdarah, ciri-birit atau muntah berterusan, berkelakuan luar biasa, keliru, kurang responsif atau rasa pening apabila berdiri.

TINDAKAN IBU BAPA

Kementerian itu mengulangi pada satu mesyuarat baru-baru ini bahawa keputusan untuk menutup sekolah, ialah pilihan terakhir jika ada yang dijangkiti, bagaimanapun ia merupakan tanggungjawab sekolah dan sekolah boleh mendapatkan nasihat pegawai kesihatan daerah jika perlu.

Bagaimanapun ibu bapa atau penjaga dinasihatkan supaya memastikan anak mereka yang mempunyai gejala penyakit seperti influenza tidak hadir ke sekolah dan mendapatkan rawatan.

Pihak sekolah pula diminta kementerian supaya membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap murid sekolah setiap hari dan merujuk ke klinik untuk rawatan lanjut.

Semua klinik dan hospital swasta dibenarkan merawat jangkitan H1N1 dan mereka tidak patut menolak pesakit yang hendak mendapatkan rawatan di premis mereka.

Mereka boleh mendapatkan bekalan antiviral daripada pembekal secara terus, asalkan ia mempunyai kemudahan bilik isolasi di mana rawatan boleh diberikan.

WHO

Menurut badan dunia ini, ada beberapa kumpulan yang dianggap sebagai mempunyai risiko tinggi terhadap komplikasi selesema H1N1. Mereka ialah:

* Kanak-kanak yang berumur bawah lima tahun, terutama yang berumur bawah daripada dua tahun.

* Mereka yang berumur 65 tahun ke atas.

* Wanita mengandung.

* Orang dewasa atau kanak-kanak yang mempunyai sakit kronik termasuk masalah paru-paru kronik seperti asma, penyakit metabolik seperti kencing manis, sakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati, dan juga beberapa penyakit sel darah.

* Orang dewasa serta kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan (sistem imun) yang rendah disebabkan pengambilan ubat atau keadaan lain seperti HIV.

* Penghuni rumah untuk warga emas atau institusi merawat pesakit kronik.

PENCEGAHAN LEBIH BAIK
Dalam pada itu langkah berwaspada seperti menjaga kebersihan badan termasuk membasuh tangan dengan menggunakan sabun dan air atau sanitiser secara kerap patut diamalkan.

Bagi menghalang orang lain daripada dijangkiti, penghidap selesema dinasihatkan memakai penutup muka dan mendapatkan rawatan segera jika ada sebarang simptom selesema.

Jauhilah tempat umum dan lokasi di mana terdapat kesesakan manusia untuk membendung penularan selesema H1N1 kerana "pencegahan lebih baik daripada perawatan".

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut jangkitan H1N1 boleh menghubungi hotline yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang di talian 03 88810222/0388810300 atau melayari laman web Kementerian Kesihatan http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my

- BERNAMA


Ini ialah ubat yang aku makan tempohari. Tamiflu ialah yang berwarna belang kuning putih itu.


Rabu, 19 Ogos 2009

Dia kawan yang SUPER Amazing!!



Dia bestfriend aku.

Dia kawan yang paling lama bertahan dengan aku.

Dia kawan yang telan baik buruk ku.

Dia kawan yang tak pernah makan kawan.

Dia kawan dunia akhirat.

Bila boleh menggila bergosip lagi?

Nak jumpa payah, bagaikan seorang di selatan, seorang lagi di utara.

Jarak rumah tak jauh tapi diri lebih akur menghirup udara di PD.

Aku terpaksa relakan sebab dikau "bakal" bukan bujangan seperti ku.



Happy Birthday Embam!(nama manja baru)
Semoga apa yang engkau impikan menjadi kenyataan.

Aku sayang ko.




Dulu, cita-cita aku ialah...

"Mak, maafkan saya.

Saya tak mampu memenuhi impian mak dan abah sebab saya adalah seorang pemalas."
Sewaktu aku dalam umur yang masih hingusan, apabila ditanya tentang cita-cita pantas aku akan mengata doktor sebagai pekerjaan yang diidamkan, selain polis dan guru.

Oleh kerana keputusan peperiksaanku cuma layak untuk menjadi biasa-biasa saja, jadi aku cuma boleh berangan untuk menjadi seorang doktor.

Biasanya doktor perempuan adalah seorang yang ayu, lembut rupa parasnya. Kalau tengok gambar dibawah, layak tak aku untuk berangan sekejap? Kasi can lah kawan...
Bingai sangat tengok gambar pembohongan ini, yang mana si pesakit boleh sengih-sengih nak cabut gigi. Kasi berangan jadi doktor gigi boleh?


Cut! Director suruh retake shoot itu balik.

Ok tak gaya pesakit dan doktor?








Syimalicious: Entry ini nak tunjuk aku pergi kerja pakai topeng! Lepas itu jadi gila sebab kena stay back untuk bilik gerakan. Mana nak beli topeng Sailormoon?

Selasa, 18 Ogos 2009

Bayar Roadtax & Driving License dengan MyEG Service

Aku seorang yang gemar explore teknologi. I trust technology so much. Tapi bos dan ayah aku tak percaya pada perubahan teknologi yang kita alami sekarang. Maksudnya disini setiap transaksi online itu tidak bermakna berjaya melainkan orang itu sendiri pergi ke kaunter dan ada resit pembayaran atau deposit wang.

Untuk orang pemalas seperti aku, kaedah "dunia dihujung jari" sangat efisien.

MyEG Services Berhad merupakan sebuah syarikat pemegang konsesi kerajaan elektronik Malaysia di bawah aplikasi Perdana MSC. Berperanan sebagai pembekal aplikasi e-khidmat yang menghubungkan pihak kerajaan, rakyat dan syarikat perkhidmatan. Semua ada. Kamu boleh check saman JPJ ataupun PDRM, renew roadtax, insurans kereta dan banyak lagi.

Cuma pemilihan insurans kereta terhad kepada 3 jenis insurans iaitu Etiqa Takaful, RHB dan MAA. Sebelum ini aku dah ada experience dengan Kurnia dan Uniasia. Sekarang aku pilih MAA. Belum try belum tahu kan?

Apa beza insurans itu semua? Secara peribadi aku pun tak pasti. Tapi menurut kawan aku, semua insurans tak best sebab kena ambil duit kita. Dia cakap insurans yang best ialah insurans yang cover kita tapi tak perlu bayaran dari kita. Boleh macam tu?

Cara untuk memohon pembaharuan lesen memandu dan roadtax. Aku gabungkan sekali.


Ini ialah form untuk renewal driving license.

Ini pula form untuk renewal auto-insurans. Setelah kamu isi semua particular, kamu klik "Hantar".

Kemudian akan tertera form untuk confirmation dan seterusnya klik "Hantar" lagi.

Selepas itu kita akan diberi pilihan untuk buat bayaran. Ikut kesesuaian, aku guna Maybank2u.

Setelah itu satu resit pengesahan bayaran akan keluar. Kalau rajin print-out, kalau tak rajin print screen saja. Ini ialah contoh e-resit untuk bayaran insurans kereta mak aku.

Dan step terakhir ialah resit penghantaran, iaitu pemberitahuan bahawa duit telah diterima dan penghantaran akan dibuat terus ke alamat yang kamu isikan dalam masa 1 - 2 hari.

Kalau tak silap aku, pembaharuan roadtax dan insurans dengan cara ini boleh dapat diskaun dari agen. Tak percaya cubalah. Mengenai cover note/ polisi insurans kereta, mereka (wakil MyEG) akan terus hantar kepada email kita dalam tempoh 5 hari bekerja.

Dengan duduk seperti tok sami di depan desktop, semua roadtax, lesen dan polisi insurans akan berada di depan mata kamu dalam peti surat kamu dalam tempoh 48jam.

Ada pertanyaan?
*Diskaun akan diberi untuk renewal roadtax, bukan insurans kereta.

Bekas apa yang ada pada badan aku tu?





Isnin, 17 Ogos 2009

Misi berhenti merokok

"Why is it so hard to quit smoking?"

Aku pun tak boleh nak jawab. Mungkin dah addict dengan nikotina tu kot. Aku tengok ayahanda aku pun payah nak berhenti merokok sehinggalah dia pencen sekarang. Senang je nampak.

Berikut adalah tips mudah untuk mereka yang ingin berhenti merokok. Kamu boleh cuba semua atau pilih salah satu, tapi ingat ia tentu tidak berjaya tanpa niat yang ikhlas.

1. Selalu Berpuasa.
Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam, jika kita selalu berpuasa, kita tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah. Amalan ini boleh juga diamalkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.

2. Berikan hadiah kepada diri sendiri.
Tetapkan satu habuan yang harus diberikan pada diri sendiri sekiranya tidak merokok untuk jangka waktu tertentu. Gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli rokok itu untuk membeli habuan yang positif untuk diri anda sendiri. Ataupun sedekahkan sahaja duit tersebut. Tentu lumayan pahala yang bakal diperolehi nanti.

3. Luangkan masa terluang bersama anak & orang tersayang.
Seperti juga ibu bapa kita, tentu kita tidak mahu anak-anak kita merokok bila mereka dewasa kelak. Untuk mencapai matlamat ini kita haruslah menjadi contoh yang positif kepada mereka. Selalunya ibu bapa secara otomatik tidak akan merokok di hadapan anak mereka, terutama anak kecil. Tabiat meluangkan masa terluang dengan anak-anak ini secara tidak langsung dapat mengurangkan malah menghentikan tabiat merokok disambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.

4. Aktif bersukan.
Individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri.

5. Sibukkan diri dengan kerja amal dan sukarela.
Kita selalu lupa dan tidak bersyukur betapa bertuahnya kita mempunyai kesihatan yang baik. Kita seharusnya mengambil iktibar dari mereka yang dijadikan tidak sempurna atau berpenyakit yang merbahaya. Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita.




Lagi tips berhenti merokok
Facts and Tips for Quitting
Ten unusual quit smoking tips
Guide to Quitting Smoking








Syimalicious: Asap ialah makanan Jin. Aku adalah sahabat Jin. Erk??!



Sumber dari Sireh & Cengkih

Feeling Italiano

Golek sana, golek sini.

Jalan sana, jalan sini. Bosan MC ni sebenarnya. Baik pergi kerja.

Godek-godek di dapur jumpa something.



San Remo La Pasta Creamy Mushroom and Onion


Masak kejap.

Masuk susu, butter, air kemudian masuk ke dalam microwave. Mudah, pantas dan pemalas.
Hanya 15minit masak, walaupun dalam direction cakap 8 min dalam microwave, but i intend nak masak lama-lama juga.



Jom makan!!




Menjadi anak sulung kepada bapa yang emosi sesuatu yang sensitif

Sejak kebelakangan, aku sering diduga oleh keadaan. Sampai kadang-kadang aku rasa tak tertanggung dengan dugaan yang datang menimpa-nimpa ini. Tapi itulah ujian tuhan. Kita tidak tahu apa yang akan mendatang. Dan aku sebagai umat yang tidak sempurna, aku juga tak terlepas dari sikap manusia yang sering mengeluh atas ujian Tuhan ini.

Agak lama aku berfikir, aku sedar bahawa peranan anak sulung bukanlah sesuatu yang senang. Pada usia lewat 20-an ni (sebenarnya aku muda lagi) aku merupakan tunjang utama/harapan keluarga atau orang tengah untuk menyelesaikan sesuatu isu yang membabitkan famili.

Nak menyesal jadi anak sulung, tapi hakikatnya kita dah buat perjanjian dengan tuhan untuk jadi anak pertama.

Anak sulung perlu jadi batu pengukur/bench mark kepada adik-adik yang lain. Kena jaga perangai supaya boleh jadi role model yang baik. Kena kerja bagus dan banyak duit. Macam itu ke anak sulung??

Argghh! Susah jadi anak sulung.

Adakah aku seorang yang gagal sekiranya tak mampu untuk mendapat kerjaya yang hebat, gaji yang superb dan akhlak yang terpuji??


****


Suatu hari bapa aku menelefon aku tapi tak berapa kedengaran suara dia. Kebetulan aku di suatu tempat yang bising dan aku terpaksa menguatkan suara. Ada perkara penting untuk diperkatakan dan kami meletakkan ganggang telefon.

15 minit kemudian.

Sampai satu SMS "Thanx for raising ur voice."

Aku jadi sedih sebab aku tak bermaksud demikian.





Ahad, 16 Ogos 2009

MI: Masuk sempadan negeri orang cari penyakit

Aku belum sembuh sepenuhnya. Cuma masih batuk-batuk.

Apa khabar la kawan aku yang lagi dua orang itu. Dengar kata pun macam batuk teruk dan badan panas dalam.

Berita selanjutnya...

Ada perkara mustahil yang menyebabkan aku mengerah mereka untuk ikut bersama. Kami menuju ke Simpang Pulai, Perak. Pada hari bekerja. Owh pada hari itu kami kerja macam kartun. Semua buat laju-laju. Tulis borang laju-laju. Marah orang laju-laju. Bawa kereta laju-laju. Semua sebab nak jayakan MI itu.

Panas terik di mana-mana sekarang. Tambah bila sampai di Ipoh, adalah kawasan lombong yang kita maklum memang panas.

Dah berjaya dalam MI itu, kami mendapat idea gila untuk naik ke Cameroon Highland.

Jeng...jeng...jeng

Daripada keperitan panas yang membahang sehinggalah sejuk sampai ke sum-sum tulang. Ceewah ayat! Memanglah CH sejuk sebab tengah hujan.



Kami posing sesudah turun dari ladang strawberry, tapi tak ladang sangat pun. Betul-betul naik atas beli jem, beli strawberry jeruk dan strawberry cream madu. Masa ni windy.

Time kaum ibu bershopping. Adui! Dalam masa 2 jam tu dah huru hara nafsu membeli ni, kamu bayangkanlah kalau diberi masa 5-6 jam. Membeli tak kot, cuci mata je.

Hujan turun amatlah lebat lepas tu. Jam pun dah menunjukkan tak lama lagi nak Maghrib. Kami berhenti makan dulu.

Dok fikir, nak ikut jalan Simpang Pulai tadi ke, turun ikut jalan Tapah? Confius. Telefon orang tersayang mintak pendapat, baik BFF aku atau sesiapa mesti suruh lalu ikut Simpang Pulai. Biar jauh tapi selamat.

Tapi kami awek gamble, tak ada hal nak try walaupun takut-takut. Kami ikut juga laluan Tapah. Aku lalu situ setelah hampir 15tahun lalu. Adventure yet scary. Ada 3-4 kali aku bertembung dengan lori ikan di selekoh jalan. Syukur tak ada apa-apa.

Menurut kawan aku, semasa menuruni ke jalan Tapah mereka terserempak sesuatu yang pink didalam kegelapan malam yang cuma bersuluhkan lampu kereta. Apakah itu??

Adakah itu punca aku/kami semua sakit setelah berada di bumi Kuala Selangor?

Ataupun mereka ini pembawa demam virus itu?

Ataupun sebab makan strawberry ini tanpa orang tersayang???



*MI : Mission Impossible



Jumaat, 14 Ogos 2009

Aku positif H1N1?

Letih betul taip cerita banyak kali. I've been trying since morning upload gambar. Jadahnya hang dan terus clear content.



Aku demam. Dapat MC dan kuarantin selama 4 hari.
.
.
.
.
.
.
Jangan buat spekulasi lagi. Baca selanjutnya...


Semalam, selepas berpenat lelah berperang dengan antibodi yang semakin lemah, akhirnya aku mendapatkan rawatan di Hospital Tg Karang. Teruk demam kura-kura aku ni. Tengahari telan Uphamol 500mg, ok kejap. Masuk petang dah start menggigil.

Terpaksalah meredah ke hospital dan sampai 8.45mlm. Sampai ke kaunter separa kritikal, aku pun cakap nafas aku wheezing konon-konon dengan harapan boleh potong queue. Langsung seorang lelaki sebesar bonzer bawa aku ke tempat untuk sedut gas/nebulizer machine. Aku tak semput, jadi aku cari helah supaya nurse datang pada aku untuk check temperature badan. Tapi tak dilayan. Dia kata lepas ni daftar di kaunter luar (zon tidak kritikal).

9.30pm. Dah selesai sedut gas aku daftar dan tunggu giliran. Masa tu mata dah melilau-lilau. Takut. Hospital tempat orang sakit. Potensi terkena jangkitan tu pasti ada. Dan aku tak pakai mask. Masa tu menggigil tak hengat. Kesan sampingan ubat sedut selama 30min dan demam aku. Serious wei, aku dah macam penagih dadah dah tapi versi gemuk. Sampai menangis sebab tak mampu tahan sakit.

~time ni tengah tunggu ubat, doktor bagi mask suruh pakai dulu~

Tengok orang. Semua bawa partner, maksud aku ada insan tersayang disisi. Mak ayah aku jauh, apatah lagi buah hati. Lagi sayu la hati aku, nangis senyap-senyap. Dalam pukul 10.45pm baru nama aku dipanggil. Gila tak? Satu jam lebih merana, mengerekot kesejukan dan kesakitan.

Doktor check guna stetoskop, tekan sana tekan sini. Dia tanya semua simptom-simptom H1N1. Aku tak pasti jadi aku cakap aku demam teruk pagi tadi dan batuk-batuk. Dia bawa aku ke suatu tempat lagi. Dia check tekak aku. Lepas tu berlalu dan kembali dengan mesin check tekanan darah. Sampai sekarang aku jahil nak baca bendaalah tu. Pastu doktor pergi lagi dan bawa termometer yang tempek kat dahi tu. Sekali dia cakap "You ada high fever ni. 39 darjah celcius"

Owh, masa tu aku dah meleleh airmata. Aku fikir aku akan mati, tinggalkan keluarga aku yang sedang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan aku. Aku nak kawin pun tak sempat. Terdengar suara kawan aku si peneman masuk ke bilik pemeriksaan "Ada tak pesakit bernama Syima?" Lepas tu jawab si lelaki yang berbaju biru "Tak ada, dia dah balik rasanya" Watdefak kan??

Doktor cakap "Kalau Nor demam lagi esok terus datang sini ok?" Owh panggil aku dengan nama Nor. Sebab agak emergency, farmasi dibuka sebab hendak nak bagi aku ubat nama Tamiflu. Itu adalah ubat precaution H1N1. Aku sampai rumah dalam 12.15pg. Amat letih dan terus tidur.

Esoknya..(yakni hari ini) aku masih bernafas, dah makan seperti orang tak pernah sakit.










Syimalicious: Ajal itu pasti. Kalau bukan hari ini, esok lusa. Tiada siapa yang tahu. Takziah buat keluarga Allahyarham Uztaz Asri Rabbani dan Param.

Harem Zadess!

Blogspot ni harem tau!!
Aku dah taip panjang-panjang lepas tu hang... lepas tu tak sempat nak save. Hilang!

Bab* betul la...

Khamis, 13 Ogos 2009

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR (KONTRAK)
DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

A. JAWATAN : Pembantu Tadbir (Kontrak)

Kementerian : Kem. Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan I

Taraf jawatan : Kontrak untuk perkhidmatan (contract for service)

Bayaran perkhidmatan : RM 1200.00 sebulan

Kekosongan : Ibu pejabat, Putrajaya

Syarat lantikan :

i. Calon-calon untuk lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 58 tahun semasa dilantik;

ii. Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;

iii. Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

iv. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan.


B. TEMPOH KONTRAK : Mulai tarikh pelantikan sehingga 31 Disember 2010


C. CARA MEMOHON:

i. Pemohon yang berminat hendaklah menggunakan Borang KPDN(SPS)
ii. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.


D. PERMOHONAN YANG LENGKAP HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA:

Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 6 (Podium 1), No.13, Persiaran Perdana
Presint 2,
62623 Putrajaya


E. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 Ogos 2009


F. PEMAKLUMAN KEPUTUSAN TEMU DUGA

i. Calon-calon yang berjaya dan menenuhi asas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga
ii. Pemohon-pemohon yang tidak layak menerima sebarang jawapan selepas 1 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya
iii. Pemohon dimaklumkan bahawa pelantikan secara kontrak ini tidak boleh
dijadikan jaminan untuk dilantik secara tetap ke dalam perkhidmatan awam.

Adakah ini cara untuk lepaskan tekanan di pejabat??










Kamu setuju??

Selasa, 11 Ogos 2009

Jom diet! Resepi kerabu suhun dan sup fishball

Hari ini buat sekian lamanya, dapurku kembali berasap. Muahaha. Ternyata memang aku perempuan yang amat malas. Adakah tabiat pemalas ini akan berubah bila berkahwin nanti?? Orang tua-tua cakap bila sudah kahwin nanti, otomatik jadi terer memasak. Betulkah?

Pada suatu hari BFF dapat terlalu banyak fishball sampai aku blank nak masak apa. Punyalah pemalas aku ini maka aku rebuskan saja 1/5 fishball yang ada dan suruh BFF cicah dengan sos. Sadiskan?

So pada malam ini aku telah memasak, ok tipu, aku telah mengimport seorang tukang masak dari Taiping yang marbeles. Kalau korang berkenan bolehlah mencuba resepi ini. Aku sekarang tengah terdampar kekenyangan seperti singa laut tatkala menulis blog ini. Nyamuk gigit badan pun tak larat nak pukul dah.

Ini ialah ingredient untuk 2 resepi. Satu resepi menggunakan fishball sebagai asas masakan dan satu lagi limau.

Macam biasa, kamu tumis minyak + bawang sehingga bau dia wangi semerbak. Kemudian masukkan air dan satu sudu kecil sos tiram (agak-agak je lah). Masukkan ubi kentang. Kalau nak buat lauk berkuah aku suka pakai ubi kentang yang kiut tu tapi leceh nak kupas kulit. Tapi aku tak bimbang sangat sebab semua itu dibuat oleh tukang masak importku. Ok kamu boleh letak carrot, lobak putih ke, ikut selera kamulah. Bila agak-agak dah empuk masukkan fishball. Bila dah agak-agak nak siap masukkan suhun, cendawan telinga kera, dan baby kailan. Tak payah lama-lama masak nanti hilang vitamin sayur tu. Settle satu hidangan. Hidangan ini tak ada nama, maka aku namakan Sup Fishball Syima. Ish! Macam tak boleh blah je nama.

Yang ini cara-cara nak buat Kerabu Suhun. Tukang masak aku ini celur ke semua bahan-bahan yang mentah satu persatu. Sementara itu tumbuk bawang putih dan lada burung (kalau rasa nak pedas, bubuh banyak-banyak cili burung tu), garam, gula, dan perahan limau secukup rasa. Kita nak bagi rasa masam-masam, pedas dan manis. Kemudian potong tomato dan bawang merah halus (ikut sedap kamu). Campur dan gaulkan hingga sebati. Kamu boleh letakkan kacang. Lagi sedap. Oleh kerana aku jarang ke dapur, maka suhun itu hancur setelah kena gaul oleh aku.

Punya la tak tahu nak kata, makan pun meniarap. Anak-anak muda adalah dilarang meniru aksi singa laut ini. Tapi apa yang aku boleh cakap... SHEDAP SHANGAT!!


Isnin, 10 Ogos 2009

Orang lain buat taik, aku yang dapat malu

Wush...! Amat malang nasib aku hari ini.

Tapi aku tak boleh cerita di sini. Banyak "b*rit ayam" yang suka memperkenankan cerita sensasi sebegini untuk pengetahuan sekutu-sekutu aku.

Tapi camanapun, kawan-kawan yang gelakkan aku akan kesusahan yang berlaku hari ini, TERIMA KASIH LAH.

Kawan-kawan yang membantu aku hari ini pun aku ucapkan ribuan TERIMA KASIH juga.

Biar tuhan yang membalas jasa murni kamu semua.












Syimalicious: Serious aku emosional sikit hari ini. Lepas ini nak tukar nama jadi syEMO. Ni mesti ada yang tambah 'K' di belakang tu nanti.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Anak itik Tok Wi

"Anak itik tok wi mandi dalam kolam, sakit apa tok wi....."

SAKIT HATI INI HALI!!!!

Aku rasa aku perlu hadir dalam kelas anger management. Aku sangat tidak pandai untuk mengkontrol emosi amarah aku. Once aku dah meletup, banyak betul bahasa indah yang terbit dari mulut ku yang munggil ni. How to control yeh?

Ambil wuduk dan baca Quran.

Betullah. Ada option lagi? Karaoke? Makan? Menangis?

Aku risau... aku ada keturunan darah tinggi. Sampai bila aku suka nak marah-marah ni??



Gula tak ada?!! Gula habis ke?!!

Ok, sekadar pemberitahuan.



Aku akan menjadi teramat sibuk bila masalah bekalan gula berlaku di Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Tak ada mood untuk berblogging.
Pesanan kepada semua: Kurangkan pengambilan gula. So bila timbul masalah tak cukup bekalan tak perlu nak meroyan. Betul tak? Dan tak menyusahkan ramai pihak.







Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...