Cari Blog Ini

Sabtu, 31 Oktober 2009

Aku juga yang tak laku-laku

Pagi tadi aku tumpang kereta seorang pegawai aku untuk ke Shah Alam bagi projek pemilihan calon untuk sukan penguatkuasa kementerian.

Masa dalam perjalanan tu, dia cakap "ko dengar lagu ni, sesuai untuk ko..."


Aku selalu dengar lagu ni bila aku buka profile orang dalam friend list Tagged. Tak tahu la pula lagu ni dah mula femes di corong-corong radio. Al maklum la, radio frekuensi dalam kereta aku cuma boleh buka Hitz.fm dan Mix.fm je.

Bila kaji balik lirik dia macam khas untuk mereka yang masih tercari-cari jiwa mereka yang lagi satu which mean i'm in. Sila la rujuk lirik lagu ini.


Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

*
Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

**
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau


Back to *, **, ***

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Back to ***




Selasa, 20 Oktober 2009

Ala....

Mulai esok sampai hari Jumaat nanti aku akan merayau-rayau sekitar Ibupejabat.

Ada taklimat katanya.

Tapi berapa kali tah nak ulang-ulang perkara yang sama. Cheq dah penat.


Dah lah minggu ini minggu yang agak hectic, banyak betul benda nak kena buat. Nak tengok new baby born, nak tengok wayang, nak cari kain baju, nak itu, nak ini... haiyaa....


Siapa mahu berlibur dengan aku??


Nanti aku bagitahu aku duduk mana, hotel ke motel. Yang pasti line clear. Muahahahha (gelak syaiton)




Isnin, 19 Oktober 2009

Deko...deko...deko...

Pernah dengar iklan deko-deko celcom?

Sila nyanyi lagu itu seraya membaca entry ini.




Hari ini aku amat penat. Sakit pinggang. Berpeluh-peluh.


SEBAB...


Aku nak men-deko work-station aku. Bos yang suruh. Dia kata dia tak nak kami membontoti orang lalu lalang di belakang. Motif??!



Nampak tak aku yang mana satu?



Esok kita tengok kesudahan kerja men-deko ku. Nak tidur. Mengantuk yang amat.

Bye!




Ahad, 18 Oktober 2009

Sebelum sesi rembesan air

Semalam anak dara jiran aku, En Ravi menghadiahkan pottu untuk hiasan dahi mungkin sebab ayat-ayat manis ku memuji kecantikkan anak dara itu berpakaian tradisi.

Pagi ini sebelum aku merembeskan diri dengan peluh, aku men-try pottu itu di dahi luas ku ini.


Bulu mataku agak panjangkan? Walaupun kedudukan bulu mata itu jarang.







Ada gaya cindian?


1st time gambar gedik ku di publish untuk tontonan umum.



Sabtu, 17 Oktober 2009

"Maaf, jangan terasa"


Selamat Deepavali



Hari ini aku terima jemputan balas dari jiran sebelah rumah aku. En Ravi. Inilah pertama kali menjejak kaki untuk beraya ke rumah jiran tetangga setelah 3 tahun menetap di Kuala Selangor. Yang pelik tu, aku susah nak beramah mesra jiran-jiran melayu.

Sebab? I don't loike mulut kepochi, i suka kuih koci je.

So nampaknya diet aku akan rosak sedikit sebanyak. Aku bedal makan tosei bubuh kari kambing. Empat keping pula tu. Muruku dan kuih-kuih yang mereka hidang aku bedal semua. Paling best kuih lodeh kaum india.

Dan kenyang, belahak bagai aku minta izin nak permisi. Aku mahu ke pejabat dan pergi mencuci rambut di salon auntie. Dah selesai aku pergi kedai runcit cari roti untuk breakfast esok.

Masa menilik plastik roti satu persatu untuk menbaca kalori, then an Indian man on the way out dari kedai tu whispered to me "Kalau kurus sikit lagi mesti cantik. Kamu cantik."
Aku tercengang. Blank. Adakah mamat ini sedang flirt dengan aku?? Aku berpaling pada dia. Lepas itu dengar suara dia lagi cakap, "Betul! Kamu cantik kalau kamu kurus lagi. Maaf, jangan terasa saya cakap betul punya. Kurangkanlah makan."


Adoi! Aku mampu senyum kelat saja.

Dia tak tahu ke yang aku sedang berusaha untuk kuruskan badan? Sedih.... but i take that as a compliment. Tak perlu tunggu kawan-kawan kita cakap kita cantik... even strangers know how to appreciate my beauty. Hiks! Mati la syok sendiri...

Ini wajah aku keluar berjalan-jalan petang tadi. Tanpa secalit mekap dan pucat lesi.




Posing perasan ala-ala model Marie France Body Line. Yes, i know i gained weight..


Jumaat, 16 Oktober 2009

Bergusti dalam lumpur

Setiap Jumaat, time rehat macam ni selalunya orang (yang kerja gomen la) balik tidur ke, atau pergi cuci mata tengok kain dan macam-macam lagi.

Hari ini aku temankan my officemate pergi ambil baju tempahan dia yang jauh dalam pedalaman Tg Karang. Kiri kanan sawah terbentang. Sangat mendamaikan hati aku yang kian bercelaru.

Setelah selesai urusan pembayaran, masing-masing dah masuk kereta, kawan aku ni reverse kereta macam biasa. Aku dah terpandang kakak tukang jahit tu buat signal tangan. Aku bajet kawan aku ini nampak.

Sekali... zeeeeesssssss! Bunyi macam tayar berpusing dalam lumpur. Turun power window, sahlah tayar kiri (bahagian penumpang) dah tenggelam dalam lumpur. Kami dah panik. Kawan aku ni pun keluarlah cari kayu nak sendal pada tayar. Nak tiru dalam iklan kopi Radix yang pajero terlekat di anak sungai tu. Aku ingat sebelah je yang tenggelam, rupanya kedua-dua belah tayar tu memang dah masuk dalam lumpur.



Tak boleh juga. Aku dalam kereta take over untuk main gear kereta. Kakak tukang jahit panggil suaminya. Macam-macam usaha dah buat. Sendal kayu, korek lumpur. Semua gagal. Akhirnya aku pun turun dari kereta. Mereka ramai-ramai tolak kereta dari belakang. Push! Push! (dah rupa gaya nak beranak) Dalam cubaan tolakan ke enam baru kereta tu berjaya keluar dari lumpur.


Masa dalam usaha nak me-reverse kereta, dan mereka beramai-ramai tolak kereta dari depan, kawan aku ni kena splash lumpur habis ke baju dan tudung dia. Minta maaf la, tak sengaja. Huhuhu.

Kita kena bergambar dulu sebelum meninggalkan tempat kejadian. Sebagai kenang-kenangan.

Dah berjaya keluar dari gelanggang bergusti tu, kawan aku cakap "Kadang-kadang best juga kalau jadi macam ni."






Syimalicious: Takkan berat aku punca kereta itu terkandas?

GEMPAR: Video Lucah aku sudah tersebar?

Takut.

Takut.

Takut.

Arrghhhh! Macamana boleh tersebar?


Memang tahi palat kucing nak takut-takutkan aku dengan mensensasikan berita penyebaran video lucah aku. Setahu aku video-video kelucahan tak terlampau sangat tu semua aku dah delete awal-awal.

Ish! Nasib baik aku cool.

Cubaan mu tidak berjaya. Janganlah buat fitnah. Mungkin muka dalam video tu lebih kurang (walaupun aku sendiri tak pasti akan kewujudannya), tapi agak-agaklah bila membuat spekulasi.

Sedangkan perbuatan Soi Lek pun dimaafkan oleh partinya tak kan aku yang baik ni tak boleh diampun?

Tuhan lebih mengerti.

Khamis, 15 Oktober 2009

Masalah BIASA yang dialami oleh kebanyakan orang yang mengalami berat berlebihan

1) Anggota badan yang mengalami kadar metabolisma yang rendah. Apa yang dimaksudkan disini bila seseorang yang berlebihan berat badan akan sukar untuk melesapkan tenaga hasil dari makanan yang dihadamkannya disebabkan kadar pembakaran kalori yang rendah. Biasanya seorang yang kurus mempunyai kadar pembakaran kalori yang tinggi. Ini merupakan antara sebab kenapa kebanyakan usaha untuk menguruskan berat badan anda yang akhirnya gagal.

2)Tahap selera yang tinggi atau keinginan untuk makan yang tidak terkawal. Jarang seseorang yang kurus memahami perkara ini. Biasanya seseorang yang berlebihan berat badan akan lebih terdorong untuk menjamu selera berbanding orang yang kurus.

3)Makan bila anda dalam emosi Marah. Seseorang yang berlebihan berat badan juga dikaitkan dengan "emotional eating or craving". Kemungkinan kadar pengambilan makanan terlampau. Makan untuk mengisi keperluan emosi yang pada asasnya fisikal tidak lapar.

Wujud faktor lain yang menyebabkan kegemukan seperti faktor genetik tetapi ianya bukan sebab utama menyebabkan kegemukan. Diantara faktor lain patut dihindari oleh kita ialah terdapat makanan tertentu yang menyebabkan berat badan kita meningkat dengan cepat.

*kredit to easy2slim4u.com

Boleh tak...?

Biarpun Syawal sudah hendak ke penghujung, boleh tak kalau aku nak cerita pasal preparation raya haritu?

Kan korang tahu kadang-kadang aku ni terlalu sibuk dengan tugas-tugas peng-kerani-an? Jadi tak ada masa nak blogging. Sementara ada masa ni, boleh la kot?

Malam raya dulu mak sangat menunjuk minatnya untuk keluar bershopping. Untuk pengetahuan mak memang tak suka berjalan, dia lebih suka duduk rumah baca buku dan tengok channel AFC. Sebagai anak yang baru nak dengar cakap (dulu nakal) aku mem-follow dia, ... kalau mak aku cepat rasa letih tapi dia kuat lagi nak berjalan ke sana ke mari. Aku dah macam nak pengsan.

Mula-mula pergi Plaza Angsana, zas sana... zas sini... beli tudung, beli baju, beli kasut, beli perhiasan rumah. Belum puas pusing satu complex, abah telefon suruh balik. Abah sangat jeles mak berjalan-jalan dengan aku. Macam adik dan kakak kan?

Berbonjol-bonjol plastik aku usung. Antara muka nak bangga dan lupa diri kerana berbelanja tak ingat dunia.

Rupanya dikerah balik awal sebab lepas solat Isyak ada rombongan takbir. Sementara menunggu mereka datang kami pun tukar semua sarung bantal yang baru.

Setelah majlis selesai, mak ajak keluar balik. Huhuhu. Dahsyat sungguh rupanya bila nafsu membeli-belah membuak-buak kan? Ia menyerang tak kira umur tatkala duit memenuhi poket.




*Lagi 3 jam aku sambung entry berikutnya. Dah letih mata asyik tengok laptop.






Rumah terbuka PKNS Kuala Selangor

Ini betul-betul fast update. Makan-makan pukul 11.30pg tadi, sekarang dah upload gambar dalam blog.Tak larat nak taip panjang-panjang, perut dah sengkak.











See? Memang taksub betul aku bab-bab makan. So how am i going to lose weight?

Cakap pasal kurus ni, aku ada blog baru. Janganlah ketawa. Ini belog kesihatan gue.


Tidak ter-update kisah open house ku

Wah! Marveles ok? Apa yang marveles?

Aku ingat rumah orang bujang tak boleh meletop buat open house. Tak sangka sambutan sangat menggalakkan (maklumlah makan malam free). Tahun depan kalau ada duit lebih boleh buat lagi.

Punya la penat bercampur eksaited aku terus lupa nak snap gambar. Bila penat mengemas, memasak dan tetamu makan apa yang kita masak, kita terus lupa rasa kepenatan itu. Terapi yang baguskan?

Tapi tanpa bantuan tukang masak sebenar aku tak mampu nak settle open house ni seorang. Memang meletihkan tapi pengalaman yang best. Rugilah korang tak datang merasa kuah kacang resipi turun temurun. Aku masak sendiri ok?

Nanti aku update gambar pula, walaupun gambar ada 4 keping saja. Sekarang tak boleh nak upload sebab owner kamera (tukang masak) pergi bercuti ke Sarawak.



Rabu, 14 Oktober 2009

Panduan mengira kalori

Kategori: Kuih Muih

1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong)= 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


Kategori: Makanan Segera

1. Paha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Kategori minuman
1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2. Minuman kotak 250g = 105 kal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4. Susu tepungt anpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5. Aiskrim 2 skop= 390 kal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal
9. Keju chedar 1 keping =58 kal


Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Mudah-mudahan ini bukan diet yang suka suki

Aku selalu berangan nak kurus. Makin nak kurus makin berisi jadinya. Makan tak terkawal. Lalu membesar dengan sihat.

Jadi dengan rasmi wujudnya ruangan Misi Kurus bagi melihat potensi buat diri aku untuk memantau proses pengurangan berat badan ini.

Last time timbang (dalam lima hari lepas) berat aku ialah 69kg. Tapi akibat menjamah satu large meal McD dalam tempoh lima hari ini, berkemungkinan berat aku mencecah 70kg atau 71kg.

Alat timbang pula dah habis bateri. Tak boleh nak sahkan berapa berat sebenar aku pada ketika ini.

Nanti sambung lagi...

Sabtu, 10 Oktober 2009

Mendung di hati

Asyik rasa serba tak kena je sejak dua menjak ni. Emotional, sensitif tak bertempat. Itu tanda-tanda macam nak menopouse.

Takkan aku nak menopouse??

I've been busy all the week. Blog pun dah tak berupdate.

Previous day.
I'm just co-pilot for this community project tapi sibuk dia macam aku pulak yang core organizer.

Being a KERANI and had to manage about 250 peoples for the seminar is a big function for a small post like mine. And the seminar was collaboration with other agency. Dah tentu kita nak tunjuk jabatan kita pun bukan lah cikai sangat. Aku nakkan kesempurnaan.

But not all were into the seminar and not really participate the program. Sebabnya, how come seorang kerani nak bagi command yang proper pada rakan sepenjawatnya yang selevel or upper level or senior?

Dah tentu ada yang besar kepala, rasa macam "Eh, apsal nak arah aku macam tu? Kau dengan aku sama je" or "Pangkat aku lebih besar dari kau, kau buat la sendiri" or"Aku tua dari kau, respect la sikit".
Kenapa kadang-kadang orang tak nampak Bos yang bagi mandat untuk kita jadi ketua? Bukannya aku melobi pun. Sikit pun tak dapat duit. Susah betul nak pleased orang ni kan?

Memang dah rasa macam tak nak lagi participate or organise program since dah tak ada cooperation dari kawan-kawan. I'm a bit dissapointed and sakit hati.

Enough with that lah nanti jadi karangan SPM pula nanti.



****



My other feeling; CINTA.

Meter Cinta aku pada minggu ini menunjukkan satu keputusan yang tidak memberangsangkan.

Tekanan demi tekanan, baik dalam hal kerja atau peribadi akan menyebabkan aku TUA SEBELUM UMUR.

Owh!!! Tak boleh terima kenyataan!!!

Tapi kawan dalam FB cakap " Being single is not bad at all!!"


Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...