Cari Blog Ini

Isnin, 30 November 2009

Sebuah pengorbanan, sebuah pertunangan



Sorry kengkawan, ai sibuk sejak kebelakangan ini. Tak dapat nak update blog macam biasa. Dan keletihan masih bersisa.

Tapi terimalah gambar terbaru ku yang tidak seberapa.

Sebuah pengorbanan di Aidiladha.





Rabu, 25 November 2009

Melancholic: Melangkah ke setahun lagi


Too many to say.

But i have to accept it. Sad but true. So gloomy.



Since it is my birthday, they CHEER me up and i want to show some gratitude towards them.

To my dearest shrek, THANX for the wish, and i am deep in love with you at the moment.

To my scandals, you guys made my DAY too.

To my bestest, you know when to offer ur shoulder for me to cry on. I love you so much!

Thank you...







Syimalicious: Ignore my bad english.... hahahah

Ahad, 22 November 2009

Kakak yang cacat!!






Ini antara snapshot ketika aku berwebcam dengan ahli keluarga ku, melalui Skype.


Mandi dulu ke, breakfast dulu?

Nak tanya ni, kebiasaan hari minggu korang bangun pukul berapa?

Dah tu, kalau nak pergi breakfast, korang mandi ke tak?

Aku ada satu tabiat buruk, harap-harap dah beranak pinak tak kan terbawa-bawa.

Aku tak suka mandi.

Hahaha.


Add caption




Sabtu, 21 November 2009

Customer Service TM Kuala Selangor ~ HAMPEH!!


Ok, menatang ni dah lama offer kan? Cuma baru-baru ni tergerak hati nak pergi bertanya di TMNet outlet di sini.

Dah 2thn ini aku memang pakai streamyx yang kabel berselirat di rumah. Aku nak buat pembaharuan pakai wireless pula.

Tanyalah kakak customer service ni, apa requirement untuk ambil pakej ni dan apa yang patut buat untuk tukar pakej.

Kakak ni buat muka tahi ayam, layan nak tak nak. Sakit hati gue. Dia cakap kalau nak upgrade bayar RM80 dapat modem wireless. Tapi monthly fee subscription adalah sama ~ RM60. Kalau tengok pada flyer dia, 1st year bayar RM60, 2nd year bayar RM55 and 3rd year bayar RM50.



ads ini sangat menghanjingkan Wimax


Masa installation dulu aku dah bayar almost RM350, aku fikir untuk installation yang pakej baru ni free la. Aku check balik dalam website mereka, Streamyx memang waive activation dan installation fees. Tapi kakak tahi ayam itu cakap, "Kalau kamu nak register untuk pakej ni, kamu rugilah. Sebab kena bayar fee macamana kamu install streamyx dulu". Aik? Tak ke bercanggah??

Kenapa TM tak boleh buat satu pakej yang fleksible, untur former customer yang nak upgrade pakej?

Ada siapa boleh tolong? Sebab aku kurang arif tentang pakej ini.

BTW... kakak itu memang hanjeng!!



Dah potong?!!



Ntah dimana aku perasan iklan WiMax yang super besar ni. Kat mana yer?

Aku merasa teruja untuk men-try WiMax ni, bagus sangat ke??

Bila fikir-fikir balik KUALA SELANGOR ada coverage ke?? Aku pun check.


Dan ternyata belum ada coverage lagi.

Terpaksalah SETIA bersama Streamyx.


Jumaat, 20 November 2009

Buat onar di Tesco

Semalam adalah hari sengal aku. Lepas main ping pong dan mengurut bagai, aku melepakkan diri dengan berwindow shopping di Tesco.

Hajatnya WINDOW SHOPPING saja!

Walaupun di tengah bulan, di kala kesesakan poket ~ nafsu membeli belah menguasai. Aku meraba-raba mencari berus gigi walaupun yang ada dalam toilet sekarang boleh pakai untuk sebulan dua lagi.

Sangatlah teruja melihat warna, dan jenis berus gigi yang berbaris mengikut jenama, tersusun cantik. Aku capai satu berus gigi jenama #### atas faktor ia murah. RM3.90 sahaja.

Belek punya belek, aku macam tak berahi nak membeli kerana rupabentuknya yang straight. Berus gigi sekarang kan bend sedikit dan boleh lentur?

Aku paksa berus gigi itu dilenturkan, terkuat pula power lenturan, maka praaakkkkkkkk! Bunyi patah.


kesan koyak pada kertas itu adalah bukti berus gigi itu patah

Aduyai, aku agak cuak seandainya pekerja Tesco nampak. Tengok kiri kanan line clear, aku letak balik di barisan susunan tu tapi pada jenama yang berdekatan dengan aku. Cuba teka berus gigi jenama apakah yang telah dipatahkan oleh aku??

Hahahahhaha! 10 orang macam aku dah cukup buat bahagian inventori Tesco pening kan?
Sorry, ai tak sengaja. Dan malam itu aku telah terbang sebanyak RM65 for nothing.


Khamis, 19 November 2009

Tercedera lagi!

Aku rasa aku memang dasar sendi lembik.

Ataupun badan aku tak mampu lagi menampung tumbesaran aku.

SEBAB...

Aku terpeliot lagi untuk kali ke berapa entah semasa training badminton baru-baru ini.

Aku tak mahu jadi seorang yang gemok sembab, at least biarlah gemok yang proaktif. Malang itu tidak berbau dan kasut futsal adidas baru aku itu bersagat time jatuh tu.

Hasilnya kaki ku bengkak, kembung dan lebam lagi.


Yang bulat-bulat merah tu semua bentuk lebam-lebam selepas di urut kakak urut. Yang bulat hitam tu adalah rupa kaki ku yang agak tidak sekata dan bengkak hasil balutan bandage.

Owh sampai bila aku nak berhadapan dengan masalah angkle begini?

Dan inilah penyebab aku malas untuk update blog. (wah??! apakah kesinambungan cerita kaki aku dengan malas nak update blog??)




Rabu, 18 November 2009

Asap kepul-kepul dalam kondom

Masa ni aku on the way ke Klang Sentral untuk hantar adik balik Lumut.



Mula-mula asap lite-lite je.



Makin dekat dengan kawasan perindustrian Jeram, makin hitam asap yang menutupi langit. Mendung sekejapan.

Tak sempat nak tengok apa yang berlaku, sebab nak kejar masa to catch up tiket bas.



On the way back to Kuala Selangor.



Ingatkan kilang getah buat kondom yang terbakar, rupanya kilang lain yang aku tak pasti apa. Terselamatlah kilang kondom. So, pengguna kondom ~ pasaran kondom masih ada.







Syimalicious:
Ada masalah dengan tajuk entry saya? Hahahaha

Sungguh melampau kesan lemaknya

Venue: Restoran Mamak (apatah), Pandan Mewah


Ada orang konfius, katanya blog aku ini blog jalan-jalan cari makan. Janganlah konfius pula, sememangnya tuan blog ini memang suka makan. Cuma kebanyakkan tempat yang dia pergi tak eksklusif, kalau capture gambar pun mungkin ambil masa berbulan untuk update.

But this nasi lemak, i tell you SEDAP. Eh! Tak adalah sedap sangat pun, sebab dah lama tak makan nasi lemak mamak, mungkin feel dia lain. I ate in Pandan Mewah but i can't recalled the restaurant's name.



Selasa, 17 November 2009

Kena tangkap dalam toilet

Siapa yang kena tangkap? JAIS ke yang buat serbuan?





Tajuk saja kasi gimik.

Ekceli ini adalah sambungan cerita aku pergi ke Sunway Lagoon tu.


Masa tu pun dah hujan renyai-renyai, maka ramailah yang naik ke darat untuk membersihkan badan. Toilet perempuan agak penuh, tapi penuh yang lite-lite. Macamana tu?

Dua ekor ni dah masuk shower room together-gether, aku tunggu pintu shower room lain. Fuh, tak sanggup nak tunjuk lemak-lemak perut ai yang putih dan berselulit ni. Muahahaha.

Aku masuk mandi, bila aku keluar aku expect mereka pun dah siap. Rupanya belum lagi. Sedang bersiap, memakai bedak dan celak, aku macam terpandang sesuatu.

Seperti patung.

Patung yang bogel. Tapi bergerak-gerak.

Memang betul patung itu ialah manusia.

Pergh! Ai tengok perempuan bogel live. Bukan dalam porno movie.

Siapa perempuan tu? Ai pun tak tahu, dia foreigner cuma masa terserempak dalam kolam dia bersama dengan seorang niger. Dan dia ialah seperti orang korea, atau china yang sangat tinggi seperti pemain basket ball. Ai guess she's around 6'5" kot. Memang tinggi la weih!

Budak-budak kecik dalam bilik persalinan tu terkebil-kebil tengok aksi perempuan itu menukar panties and bra. Aku pun kadang-kadang menjeling juga. Jangan cakap aku, budak cina warganegara kita pun tergamam.

Memang selamba habis. Mujur Malaysia ada adab ketimuran lagi (ada ke?). Setakat mandi laut atau pool dengan memakai bikini sahaja, aku tak heran... jangan lah terus bogel dan togel macam tu. Scary!! Tambah-tambah badan yang penuh lemak sana sini, erk! macam aku. Hehehehe




Berlibur di kota air Lagoona Sunway

Aku suka aktiviti di dalam air. Aku juga suka aktiviti yang melibatkan penyertaan kawan-kawan. Meriah sikit kan? Maka 2 weekend lepas kami telah membuat keputusan untuk pergi ke Sunway Lagoon!

Last aku menjejakkan kaki di Sunway Lagoon adalah pada usia kanak-kanak, kalau tak silap ketika masih dibangku sekolah rendah bersama-sama keluarga.

Perancangan dibuat pada Sabtu lepas, konon-konon nak bertolak seawal jam 8am. Tapi aku terjaga pukul 8.30am.


Selepas mencari parking, beratur memberi tiket, dalam 1030am kami berjaya mendapatkan tag tangan setelah menyerahkan kad pengenalan untuk harga tiket rate Malaysian. Dah awal pagi begitu dengan orang yang ramai, aku terbau macam-macam... tambah-tambah anak-anak cha-ya-nun-alip berbau semacam... euuww!

Seperti rusa masuk kampung, kami tercari-cari tempat persalinan. Jakun yang amat! Kesiankan?


Time ni kami nak bergambar, huru hara sekejap. Sebab tak ada orang, salah seorang kenalah berkorban jadi tukang tangkap gambar, tak dapek nak tangkap gamber bertiga. Datanglah seorang mat saleh. "Can I help you? I can take picture for three of you."

Aku serahkan handphone cap ayam aku. Mat saleh tu tanya, "you don't have a proper camera?" Adeh, aku dah malu. Sebab tak ada seorang pun bawa kamera melainkan handphone. Hahaha!


Berendam didalam air juga menyebabkan kami cepat lapar. Pembakaran lemak yang laju adalah punca keterpaksaan kami mencari bekalan perut untuk meneruskan lagi aktiviti berendam kami. Aku tak jangka makanan di situ mahal mencekik. Tapi normallah kan?


Nasi goreng dia memang mahal RM10, tapi boleh tahan sedap la juga. Kuewtiao pun manyak syok, RM11 (tak menyempat snap gambar sebab empunya kuewtiao pelahap sangat). Air mineral RM3, air berkarbonat RM4. Lapar punya pasal, kami redha, bayar saja lah.


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Kami pun sangat suka hati men-try semua game yang adoooo... Huh! Berani juga aku.






Next trip, kami bercadang nak men-try Extreme punya pakej. Siapa nak join??


Tonite punya supper

Venue: NLK (Nasi Lemak Kapar), Kapar


Hari ini aku ter-makan sesuatu yang berkalori tinggi.

ROTI SALAD. Pernah try?

Aku tak pasti kalau tempat lain ada. On the way back to Kuala Selangor, kami berhenti makan di NLK, which stand for Nasi Lemak Kapar.

The ingredient is Roti Canai yang dibalut bersama ketulan ayam, salad (kobis dan karot), macam ada kekacang tapi tak pasti, ada juga sedikit campuran udang kering kot, dan bawang goreng. And chili sauce plus mayonnaise as a gravy. Yummy ok?

Okeh aku tipu, tapi ketulan ayam dan salad tu adalah betul.

Sila try, sebab saya pasti anda tidak akan menyesal.





Syimalicious: Dan hari ini juga saya telah terseliuh untuk keberapa kali entah dan kena pakai bandage lagi kerana aktiviti sukan badminton pula.

Ahad, 15 November 2009

Weekend yang memenatkan



Cantik tak?


Kalau tak cantik pun, aku rasa tetap cantik juga. Hahahaha!!


Nanti update lagi.




Sabtu, 14 November 2009

Nak makeup free?

Dah jadi macam habit, bila aku merayau-rayau dalam shopping complex aku akan singgah Elianto booth or outlet.

Seronok. Aku teruja menengok pallete kaler yang berwarna-warni, pensel mata dan kening, berus-berus muka dan bermacam lagi. Lumrah perempuan kan? Yang mempunyai 9 nafsu. Sementara menunggu jam 11pm untuk movie Phobia, aku dan gegadis singgah masuk ke Elianto.

Aku men-try banyak produk. Aku suruh beauty consultant tu test di muka aku.


Mula-mula makeup aku akan dibersihkan dengan remover mereka. Rasa sticky and oily tapi sebenarnya tak. Best betul bila orang sapu-sapu berus ke muka. Rasa stim nak tido. Foundation yang dia apply tak perlu di touch up dengan bedak lagi. Sangat selesa di muka.


Dia palit eyeshadow warna hijau yang amat terang. I'm kinda afraid of that color tapi bila apply.... wow! I loike!! I loike the lip gloss too!


Maka sebagai seorang wanita yang mempunyai nafsu men-shopping, aku terbeli barang-barang yang tak memberi manafaat untuk kesihatan atau pun pengetahuan ini hampir RM110. Adakah aku telah melakukan pembaziran yang dahsyat? But i do get free for a lipstick, and make up session worth for RM80. Okay la tu kan?


Terimalah pose gedik make over kami. Hahaha!












Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...