Cari Blog Ini

Selasa, 23 Februari 2010

Bila hati bermain dengan muzik. Apa maksudnya?

Hati masih terasa. Sakit. Kecewa. Tapi hidup kena buat macam biasa.

Semalam shopping barang rumah di Tesco. Tiba-tiba telinga aku tangkap satu melodi.

"Ahh... pal*t sungguh!"


Kedengaran lagu itu seperti memerli aku. Biarpun dikaji lirik itu tiada kena mengena dengan aku, tapi melodinya tetap mengamit rasa pilu aku tu.

Dengarlah...




Nanti komen yer??!






Syimalicious: Dalam mode hancusssss!

Yang baru tetap tak sama dengan yang lama

Yang lama....
Usah dikenang...



Apakan daya jodoh tak panjang.

Lihatlah betapa beratnya aku sampai ada rekahan gempa bumi di tapak tumit sandal aku. Tapi padanlah, 2 tahun dia berjasa pada aku...



Yang baru...
Hargailah ia...




Shrek in memory...




Isnin, 22 Februari 2010

Bukan mudah percintaan berakhir dengan perkahwinan

Edisi menyingkap kisah lalu~ lalalalala

AM i going to reveal everything? NO, I'm NOT!



Ini pengakuan berani mati setakat ni.

Orang kata kalau jodoh tak ke mana kan? Tapi tanpa usaha, impian tak kan jadi kenyataan.

Seronok tengok orang kawin beranak pinak.

Ok tipu saja.

Sebenarnya aku tak suka, aku benci. Aku jeles tengok kebahagiaan orang. Kenapa aku tak dapat semua tu? Kawan aku cakap... ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Tapi biasalah, orang boleh bercakap apa sahaja, because they are not in my shoes.

Aku bukan meroyan sebab kawin lewat. Tak. Bukan itu. In fact aku sangat ngeri memikirkan perkahwinan di usia muda dan bila umur baru mencecah pertengahan remaja berakhir dengan cerai berai.

Sepanjang perjalanan usia ku yang bakal menempuh alam 3 series, pelbagai kisah percintaan aku lalui. Ada contoh yang diambil dari pengalaman aku yang lepas, dan ada sesetengah dari rakan-rakan.

1. Kekasih yang mencari kesempurnaan.
Semua bercakap "Nobody is perfect". Fak!! Aku belum jumpa lagi kekasih yang menerima seseorang seadanya. Mulut saja pandai berbicara tetapi... entahlah tiada kata-kata yang sesuai buat masa ini. Contoh "Kenapa badan awak straight, tak ada cutting??" Ada juga yang tidak sedar diri ~kaki minum, ganja, pil, seks secara rambang yang mendambakan pasangan semulia Siti Khadijah atau para Nabi. Kenapa tak mahu ukur baju pada badan sendiri?

2. Kekasih yang inginkan kebaikan dari kekasihnya tetapi dengan cara hinaan dan menggungkit.
Contohnya "You ni nasib je I nak kutip, kalau ikutkan I biarkan you hidup bergelumang dosa dengan iblis-iblis tu. Dah cukup baik I terima you ni". Yes, it happened. Kau nak kekasih kau untuk berubah menjadi baik, tapi kau cari salah dia, kau ungkit kisah silam dia. Kenapa? Itukah cara untuk memotivasikan orang?

3. Kekasih yang berjanji dan bermulut manis.
Bila kita berada di alam percintaan, segala yang dilakukan semuanya indah. Kemudian terbit dari mulut si kekasih, "Saya akan mengahwini awak", "I akan terima you, sebagaimana I kenal you before this". Pada aku, kau pun patut ada timing juga nak bermulut manis. 3 tahun dengan kata-kata yang sama tapi tiada tindakan, kita pun rasa terkilan dan tertanya-tanya. Betul tak?

4. Kekasih yang mengharapkan kebaikan tapi menginginkan perkara 'Lagha'
"Sayang keluar nanti, abang tak nak tengok sayang free hair. Pakai tudung. Jangan pakai baju yang ketat-ketat". Untungnya dapat kekasih yang berakidah dan beragama macam ini. Tapi yang pelik, dia jugalah meminta untuk dicium, untuk dirangkul dan untuk ditiduri bersama. WTF?? Depan orang lain kau tunjuk kau seorang yang baik, akauntabiliti tapi bila kau berdua bersama kekasih perangai serupa seperti syaitan.

5. Kekasih yang memartabatkan kawan-kawan sehingga aku terpinggir
Kau cakap aku kekasih kau. Tapi dengan orang lain kau menafikan. Bila orang tanya kau jawab "Kami kawan saja". Pergi bertandang rumah kawan, tapi mengaku cakap pergi tempat lain. Bila reunion kawan-kawan, segan nak usung alasan tak kahwin lagi. Apa salahnya kenal kan aku pada kawan-kawan kau? Malu. Sebab aku tak semulia dan tak setanding kawan-kawan kau. Sebab aku tak bertudung.

6. Kekasih yang suka mendengar buruk kisah pasangannya.
Sebagai kekasih, baik buruk aku kenallah terima. Ada kekasih, dia dengar dan telan atau biarkan sahaja cerita buruk kita tu. TAPI ada yang bersikap ~ dia simpan sampai satu ketika OUTBURST, habis diungkitnya. Itulah senjata untuk si kekasih menghina kita. Dan amat pelik sekali, bila si kekasih selalu pesan " Jangan dengar cakap orang lain". Betul. Tapi kadang-kadang surrounding punca dia mendengar semua keburukkan kita. Sebab sifat semulajadi manusia yang tak suka tengok kesenangan orang maka timbullah cakap-cakap yang menggugat rasa sayang si kekasih.

7. Kekasih yang menjadikan alasan keluarga untuk melambat-lambatkan sesuatu yang wajib (nikah).
This is obviously a point for kekasih to skip their responsible after years berkasih-kasihan. "Mak saya minta saya cari yang lain." "Mak saya dah ada pilihan yang lain". "Adik-adik saya ramai dan masih belajar, saya kena lepaskan mereka dahulu." So, do you get my point here??

Dalam banyak-banyak kenangan, aku tersangatlah tersinggung bila sang kekasih menyatakan bahawa dia tidak yakin dengan perubahan diri aku. Perubahan yang bagaimana? Sang kekasih menyatakan betapa bacul dirinya sekiranya menerima aku yang tidak bertudung untuk menjadi sebahagian ahli keluarganya. Dan amat memalukan kerana aku tidak pernah untuk mencuba menjadi seorang perempuan yang boleh dimuliakan. Rupanya sang kekasih mengharapkan keperibadian aku seperti gadis-gadis solehah dalam sinetron Indonesia. So How??

Hampir semua hubungan-hubungan yang lepas, aku sendiri yang mengundur diri (Ada dua -tiga kali kena dumped ~ rasa LOSER sangat!). Mengundur diri bukan kerana kalah, tetapi kerana terlalu kecewa untuk melayan karenah macam bagus mereka ini. Kerana penat didustai dengan watak-watak kekasih yang pelbagai rupa.
Lebih baik single dari memeningkan kepala.




Syimalicious: Mode~berduka lara

Ahad, 21 Februari 2010

Adakah mendung bererti hujan???

Tuhan selalu menduga hamba Nya. Tapi tak pasti... adakah apa yang aku rasa dan hadapi sekarang sebahagian dari dugaanNya atau telah ditakdirkan.

Dia tak bahagia, untuk apa lagi aku menanti dan bersandiwara, kan? Susahnya... Aku ke yang make this thing complicated? Life should be easy.

I hate this feeling.




Currently, I listen to this.



Khamis, 18 Februari 2010

Selamat tinggal, nampaknya inilah kesudahannya

Aku akui kau cinta pandang pertama ku.

Aku akui kau yang paling selesa.

Aku akui kaulah yang paling setia menemani aku ~ berhujan, berlumpur dan berpanas.

Aku akui dalam banyak-banyak pilihan yang ada kau yang terbaik.


Aku cuba untuk mencari pengganti yang serupa

Pelbagai usaha aku lakukan

tapi tak berhasil


Dan aku terpaksa terima hakikat

Kau dan aku tak mungkin bersama selamanya.

Sudah tiba masa untuk aku lepaskan kau pergi.


Selamat tinggal!!




Rabu, 17 Februari 2010

Nak buat koleksi gambar mengandung tapi BOGEL

Sejak aku menyaksikan perubahan ketara pada tubuh rakan aku yang pertama kali nya mengandung, aku rasa amat teruja.

Aku tak fancy sangat dengan orang lain punya pregnancy sebab.... ada aku kesah?? LOL!

Sebab lagi satu, masa mak aku mengandung pun aku tak macam ni excited, mungkin masa tu belum feel gatal nak kahwin kan...?

Perempuan mengandung seksi kan??!

So nanti... andaikata termakbul cita-cita untuk bernikah dan mengandung, aku teringin nak bergambar sebegini untuk koleksi peribadi.

Ada tak yang berfikiran macam aku??




Sabtu, 13 Februari 2010

Malang atau Cuai???


sebab nak main handgrip tu, habis semua list contact VIP aku

Semalam aku rasa macam ke-gampang-an berlaku pada diri aku.

Nak cari handgrip kat Tesco. Sebab rimas nak belek-belek barang sambil pegang HP, aku letak HP tu atas rak-rak display, lepas tu boleh blah menonong blah macam tu je.

Dah 15min, baru sedar HP tertinggal, itu pun kawan yang bagi tau. Lari ke rak tu, tengok, dah hilang. Confirmlah hilang... tempat public, kan?

Aku tak sedih sangat HP tu hilang. Tapi aku sedih sangat kenapa aku kerap jadi PELUPA sekarang?? Nyanyuk di usia muda? Ke ini simptom kahwin lambat? Ish....

Dua HP hilang dalam tempoh dua bulan lebih ni. Ralatnya. Memang aku careless.

HP ni hilang sehari sebelum hari jadi aku bulan November lepas. Kejadian tu berlaku di car wash. Bawa baby Hamster pergi cuci enjin, alih-alih bila salah sorang tu buat tahi sebab basahkan enjin aku sampai semput-semput enjin tu, baru aku tersedar, HP yang aku selit celah-celah pintu tu hilang.

Ini pula yang hilang recently di Tesco. Sekarang baru timbul rasa sedih, sebab inilah HP yang aku beli pair sama-sama dengan Shrek. Baru-baru ini HP ni buat perangai. Camera dia tak function, jadi aku menyumpah. Agaknya dah takdir aku kena berpisah dengan cara yang menyakitkan ni. Dan Shrek juga marahkan aku sebab dah kerap sangat aku hilang barang-barang berharga. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, lagi satu HP hilang.

Dan yang lagi merisaukan apabila segala gambar dan video panas dalam memory card tu aku tak pernah delete dan akan tersebar. Stanbylah kat Youtube nanti.

*tepuk dahi sebab cuai*








~credit to Google search untuk gambar-gambar di atas

The benefits of skipping

Skipping is no longer confined to the school playground. Boxers use skipping as training before a fight and it is now incorporated into many gym classes. An excellent way to keep fit, skipping can be done anywhere, anytime.

Skipping will help improve cardio-respiratory (heart and lungs) fitness, flexibility and co-ordination. As a high-impact exercise skipping is great for building bones and a good exercise to trim hips, thighs and backsides!

Burning calories skipping


Depending on your weight and exertion level you'll burn between 70-110 extra calories in a ten minute session. 10min Skipping:

Moderate, 70kcal
Vigorous, 110kcal
Skipping: Getting started

If you haven't skipped for a long time, start by practising your timing – hold both handles of the rope in one hand and rotate it in a circular movement to your side. When the rope hits the floor, jump. Keep your jumps small to keep impact on your knees and ankles to a minimum – you only need to raise your feet about an inch off the ground. Progress to jumping over the rope once you are confident your timing is correct.

Remember,skipping is a strenuous exercise so start slowly. Try skipping for 20-30seconds, marching on the spot for 30 seconds, repeat. As your fitness improves you can increase the time you skip for.

Once you have perfected the basic move, you can make your workout more interesting by trying some of the following jumps:

  • Skip Jump - hop on one foot and kick the other foot to the front (or behind) the body, alternate legs
  • Jog Jump - alternate your feet in a jogging movement as you jump the rope
  • Hop Jump – hop on one leg for several jumps, alternate legs (start with 2 per leg and increase as you improve)
  • Jack Jump – do "jumping jacks" as you jump – one jump land with your legs apart, next jump land with them together
  • Aim to have a session three times a week.

Getting the right skipping rope for you

Skipping rope – of the correct length for your height. To check the length, stand on the middle of the rope and pull the handles upwards until the rope is taut. The handles should be in the middle of the chest. above chest level, it will need shortening. Most modern ropes come with instructions.

Cross-trainers or aerobic shoes are good as they provide stability and cushion under the forefoot.


source: http://www.fitnessvenues.com

Jumaat, 12 Februari 2010

Suka "merokok"??

Merokok banyak maksud. Tapi aku tak nak ajak kawan-kawan yang membaca blog ini untuk berfikiran lucah. Kekekeke.



Hari tu bila keluar fatwa haram merokok di Pahang berapa ramai yang pening? Ala... pening kejap je tu, sebab perkara yang dilarang itulah paling best dibuat. Betulkan?

Aku dah tak heavy macam dulu. Kalau boleh nak slow down.

Apakata kaki merokok, kita check berapa banyak kita dah habiskan duit untuk rokok yang nikmatnya sementara ni.


*ini entry saja-saja namanya....




Skipping - Kelebihan dan kekurangannya


Ramai yang sudah tahu skipping adalah salah satu cara senaman untuk membakar kalori. Bila kita dah mahir cara-cara melompat/skipping dengan coordination yang betul, tak mustahil kita boleh skipping dalam tempoh masa yang lama. Skipping ialah senaman yang menggunakan tenaga yang banyak dan kalori boleh terbakar melalui senaman ini selama 20 minit.


Sila baca seterusnya. (tak mampu nak translate...)


Rope skipping is generally considered as anaerobic type of exercise thus it is not a great exercise for burning fat directly, even though it does burn a great deal of energy. However rope jumping can be an ideal exercise for a great cardio workout to help develop higher fitness levels, and this will help develop a much better energy system allowing the body to burn fat more effectively when performing other less intense exercises. Effective weight loss doesn't always mean choosing exercise which burn fat directly, all exercises have their benefits and it is probably best to use various exercises when attempting to lose weight. This also helps maintain motivation levels because you'll never be doing the same exercises day in day out.


Positive and negative sides to losing weight by rope skipping.

Benefits of rope jumping to lose weight
  1. simple to learn
  2. low cost to buy rope
  3. increases fitness
  4. improved strength and endurance
  5. strengthens bones
  6. improves coordination and agility
  7. can be fun with friends
Negative side to skipping when losing weight
  1. injury potential for overweight people
  2. not a great overall fat burner
  3. may become boring after a few workouts

Choosing the best exercise to burn the most fat can be a hard because everyone has various fitness levels and abilities so require different needs. Weight loss may be more effective if the individual uses various forms of exercise which will boost the metabolism and help burn fat from fat cells.


source: http://www.weightlossforall.com





Isnin, 8 Februari 2010

Sempena Valentine: Kehendak atau Keperluan??

Tiap-tiap tahun orang memperkatakan ke-tidak bagus-an Hari Valentine dan akibat serta kesan menyambut hari tersebut.

Aku dah bosan perkara yang di remind berulang-ulang. Yang nak ditegur bukan budak-budak lagi kan? Tepuk dada tanya iman.

Cis! Dah rupa ostajah pula aku bermukadimah.

Sebenarnya, bila menjelang Valentine atau apa jua perayaan banyaklah tempat-tempat yang membuat offer. Yer, ini adalah cerita shopping bukan segmen agama.

Aku menemani rakan sekerja untuk membeli barang bertunang dia, masuk ke sebuah kedai jam. Aku tertarik dekat dua utas jam ni. Aku tak tengok jenama, cuma pada aku kombinasi warna dan design dia buat aku rasa best sangat.

Jam untuk lelaki. Aku suka tengok lelaki yang pakai jam kaler sebegini. Tak tau kenapa. Mungkin pada aku nampak dia bergaya ekskutif kot.



Dan aku terlah ter-ber-kenan jam Elle ni. Jam ni dah lama ke? Tak kisah lah. Rasanya harganya tak membebankan dan mampu dimiliki.
Tapi persoalannya, jam di rumah dah ada 6 buah termasuk jam dinding, patutkah aku beli lagi jam yang baru? KEHENDAK atau KEPERLUAN??
Susah betul menjadi perempuan yang bernafsu...


Ahad, 7 Februari 2010

Angah Raja Lawak minta aku jadi Isteri dia?


Kalau angah tiba-tiba ajak aku kawin??

What say you??






Syimalicious:
semua itu sekiranya "kalau"...

Jumaat, 5 Februari 2010

Rasa apakah ini...?

Hari ini mood swing.

Sekejap suka, sekejap sedih.



Hari ni rasa....

seperti rasa...

ada sesuatu perasaan...

dan rasa ingin...



MENANGIS!!!




Rabu, 3 Februari 2010

Kamu buat aku tiba-tiba sedih, Kepala Radio!



Live secara acoustic

No Surprises

A heart that's full up like a landfill
A job that slowly kills you
Bruises that won't heal

You look so tired and unhappy
Bring down the government
They don't, they don't speak for us
I'll take a quiet life
A handshake of carbon monoxide

No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
Silent, silent

This is my final fit, my final bellyache with

No alarms and no surprises
No alarms and no surprises
No alarms and no surprises please

Such a pretty house, such a pretty garden

No alarms and no surprises (let me out of here)
No alarms and no surprises (let me out of here)
No alarms and no surprises please (let me out of here)



Radiohead atau kepala radio atau ketua radio kerap menyajikan lagu yang berunsur emo leleh punya macam lagu Creep. Itu pendapat aku, tak pasti pendapat orang lain.

Sila baca entry aku yang ini sambil dengar lagu diatas.

Melayan kesyahduan di tengah malam

Mata mengantuk. Berat sangat.
Tapi hati meronta-ronta untuk meluahkan. Tapi pada siapa? Siapa yang nak dengar?

Pernah tak antara kita demam angau? Demam Cina Buta? Apa-apa saja lah, asal demam yang berkaitan dengan perasaan?

Pada hakikatnya aku benci berperasaan sebegini. Tapi ia normal. Perasaan ini salah satu proses kematangan. Kita belajar melalui kesilapan.

Tangan mengodek-godek FB. Sekejapan buka profile orang ni, sekejapan buka profile orang tu. Untuk check relationship status. Dan yang terkini;

Tak ada apa nak diherankan. Memang aku selalu bertukar-tukar status. Sekejap "Married", lepas tu "Widow" dll.

Ingat seronok ke mempunyai ketidak-stabiliti emosi? Rasa dipermainkan, diperkotak katik kan??

Ada yang bertanya, "Kenapa umur sebegini aku masih belum berumahtangga?"

"Tanya la dia"

Dia jawab, "Rasa tanggungjawab kepada keluarga. Mereka lebih penting dari dia(aku)"
Tapi semua ayat itu rekaan. Dan itu adalah khayalan aku memandangkan terlalu banyak obstacle yang perlu aku harungi.

Aku? Demoralized. Hati ku memberontak. Sampai bila aku perlu berteka teki? Patutkah aku pandang ke hadapan tanpa menoleh ke arah dia lagi?


Selasa, 2 Februari 2010

Cinta baru



saja bagi gambar gelap soih ni


Cinta pandang pertama.

Bila tengok terus jatuh hati, apatah lagi kalau dibelai...

Arrrhhhgggg! Parah! Nak cari satu macam ni juga...


Mungkin Tuhan dah perkenan doaku

Seringkali orang menyebutkan bahwa ucapan adalah doa. Apa yang terbit dari mulut, secara langsung atau tidak langsung juga adalah satu doa.

Kelmarin masa abah-and-daughters-talk, adik aku bercakap tak nak anak kalau kawin nanti. Abah membalas "Cakap la macam tu, buatnya masa tu pintu langit terbuka, Tuhan makbulkan kata-kata tu"

Aku tergumam.

Sebab aku kerapkali menyebut "AKU TAK KAN BERKAHWIN", "AKU TAK MUNGKIN BERKAHWIN", "AKU TAK NAK KAHWIN"


Owh no...! Kadang-kadang dalam emosi yang berkecamuk aku sering berkata-kata negatif. Tapi bila dalam keadaan sedar, aku berdoa untuk percepatkan jodoh aku.

Hahahaha... dah bunyi macam orang gila. Tapi serious, aku takut sebab aku selalu sangat sebut tak nak kahwin.

Berdasarkan eksperimen Kak Ell, aku yakin kata-kata aku dah memakan diri.

Camana ni???!




Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...