Cari Blog Ini

Rabu, 17 Mac 2010

Mama Cyril dan Flora

Appoinment #1

Petang Ahad lepas, aku berkesempatan ke Shah Alam untuk melihat sendiri kucing campuran Persian yang diiklankan dalam Mudah. Masa usha di Mudah.com kucing itu baru nak masuk 3 bulan. Kecil dan comel. Aku dan cingkenit sampai ke Tasik Shah Alam, seperti dijanjikan.

Ejen penjual kucing itu sedang shooting, ala student jurusan Mass-Com.

Dalam 15minit kemudian, barulah si tuan punya kucing sampai dengan kucingnya. Belek punya belek, rasanya cepat sungguh tumbesaran kucing betina ni. Dalam hati, antara hendak beli atau tidak. Bila dah besar, dah tak best gomol. Aku minta tempoh masa.

Dah besar pun dia. Dan harga dia tetap RM300 walaupun tawar menawar.

Appointment #2

Menjelang malam, ke Flora Damansara. Hajatnya masih serupa, untuk meninjau-ninjau bakal kucing peliharaan nanti. Alahai budaklah sangat mereka ini. Diusungnya kotak berisi 2 ekor anak kucing.

Tak macam mix persian sangat, tapi kelihatan 2 ekor ini sangat gebu. Betina katanya. Budak tu cakap " ini kucing yang kami sayang" mengatakan kucing berwarna kuning cair itu kepunyaan mereka. Macam kelakar je dengar. Mulanya dia nak jual warna hitam saja. RM180. Lepas tu aku request nak anak kucing jantan. Tapi tak ada. Aku tanyakan yang anak kucing mereka sayang tu tak nak jual ke? Tiba-tiba je cakap RM190, kasi up sikit dari harga si hitam tu.

Sikap tamak menjelma. Macam nak angkut dua-dua ekor tu. Biarpun bulu mereka tak boleh dipintal-pintal, janji bulu anak kucing ini gebu tak macam kucing biasa. Kalau ikut perkiraan semuanya RM370.

"Akak amek dua-dua saya bagi harga RM250"

Haruslah aku suka. Macamana diorang congak ni? Lepas dibelek-belek, si hitam itu mempunyai alat kelamin jantan. Jadi memang aku pun setuju untuk angkut dua-dua ekor.


Yeay! Macam hamster pula kan? Nanti cerita pasal shopping barang mereka pula.

Owh ye! Si hitam itu ai dan cingkenit bersetuju untuk bagi nama Cyril konon-konon kasi nampak mistik. Dan oren soft tu kami bagi nama Flora mengenangkan tempat asalnya Flora Damansara.

Tak jadi ambil kucing budak mass-com itu. Dan itu menyebabkan aku sekali gus ditabalkan mommy kepada anak kembar yang berbulu.


Anda kenal dia?

Saja hendak tunjuk kelainan. Kena ke tak kena ke dengan rupa aku, aku pakai juga tudung stail begini. Ada orang sound aku tak suka tengok toncet (sanggul) tinggi sangat. Eh, ada aku kisah?




Macam Lebonese tak?








Syimalicious: Don’t hate me because i’m beautiful, hate me because your boyfriend thinks I am.

Selasa, 16 Mac 2010

So good, must enjoy slow-slow

Banner dah tergantung lama. Kata nak dibuka di Kuala Selangor. Tapi tak buka-buka juga, apa satu renovation pun tak ada. Memainkan perasaan sungguh. Akibat teringin nak merasa, aku ke JJ Bukit Raja. Owh planning yang spontan bersama colleagues untuk menonton movie V3.

Dah tengok ke? Tapi tak mahu cerita pasal movie dulu.

Venue: Oldtown White Coffee, Bukit Raja

Mak buyung dan Cik Lily cuma minum sahaja. Mereka order Root beer Float dan Ice Blended Mocha. Dan Cingkenit order BBQ Chicken Egg Noodles.


And this is my lunch meal! Soup Egg Noodles.

Ai like mat rempit the noodles!!



Terpengaruh atau nak kurus sangat?

Semenjak Cingkenit ada Jonny dia langsung tak pandang pada endangered species dia tu. Gambar real tak ada tapi boleh rujuk pada entry ini - warna kuning. Dan itu menjadikan setahun usia bagi aku tidak menyentuh basikal aku.

Tapi Selasa minggu lepas, kami macam dapat hidayah untuk membaiki semula basikal-basikal tersebut. Aku perasan sudah tiga pasang baju kurung aku dah sendat dibahagian punggung. ~Lalalala

Cik Lily Pink meng-test basikal Cingkenit naik ke Bukit Malawati semalam, memang beliau bertenaga dan kuat untuk mendaki bukit itu dengan basikal tapi malangnya keesokan harinya BELIAU DEMAM. Mungkin disebabkan hujan lebat dan ribut petir yang jatuh di tanah Kuala Selangor.

Setelah ditimbang tara, akhirnya Cik Lily dan Iena berkenan untuk membeli basikal setiap seorang. Yang warna biru ni Cik Lily punya.

Yang warna oren ini Cik Iena punya. Grup berbasikal sudah bertambah, yeay!

Bila tengok ada absorber bagai pada basikal mereka, tiba-tiba hati seakan "Nak basikal baru juga!!!" Biarpun bukan berjenama Lerun.

Tapi nafsu seakan terkawal juga, aku tetap bersama basikal lama aku.

Nantikan perjalanan aktiviti kami tau??

Sabtu, 13 Mac 2010

Tip menghapuskan cicak

Cicak memang menggelikan. Tambah-tambah cicak gemuk yang selalu lepak beramai-ramai dibawah-bawah lampu tu. Aku terjumpa artikel semasa meng-google pasal nak bunuh cicak ni.

Dalam agamapun digalakkan kita hapuskan cicak.

Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6:

i. Dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).

ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)

iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: Dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as

iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim)

PENJELASAN

Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia). Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia. Manakala membunuh cicak kalau boleh hendaklah dengan cara yang terus dapat membunuh cicak tersebut supaya binatang tersebut tidak terseksa akibat kesakitan. (Kepada yang lebih a’rif, harap tlg perbetulkan jika ada kesilapan… Wallahua’lam.)


Horror siak gambar ni >>> credit to google

Cicak, najisnya, telurnya, dan bangkainya boleh memudaratkan manusia. Ada yang kaitkan sakit sopak dengan bangkai atau telur cicak dalam kolam air mandi atau air minum. Tak taulah betul atau tidak. Ada yang kaitkan cicak dengan keracunan salmonella. Malahan ada yang kaitkan cicak dengan tumor, kerana cicak boleh terkena serangan tumor ( benjolan-benjolan ). Pun tak tau kesahihannya.

Yang tanpa syak ialah ke mana saja cicak merayap, ia akan menyebarkan virus dan kotoran yang tersangkut pada kaki, badan dan ekornya. Banyak tempat cicak merayap, termasuklah tandas, bawah meja, belakang kabinet, celah sinki, bawah peti ais, siling, dan dinding.

Cicak juga ada sikap jahat ( dengki ). Situlah tempat sujud solat witir , situlah jadi tempat favorite dia berak. Jika situ tempat kita belajar, situlah yang dipilih jadi jamban terbukanya. Jika situ tempat letak makanan dan minuman, situ juga tempat dia bom dari atas. Sekarang kedapatan spray untuk menghindari cicak daripada menghuni rumah, agak berkesan kerana saya pernah menggunakannya. Tapi pastikan jangan spray di atas sahaja, kerana selepas itu, cicak-cicak di rumah saya berjalan di atas lantai sama macam kami sekeluarga. Agaknya gayat dah bergayut kat atas syiling.

Kenapa ada cicak di rumah?
Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Walaupun sekarang -apa yang pernah saya terserempak- ada cicak yang sudah pandai makan nasi, tapi masih lagi feberet dia makan serangga, sebab nasi putih tak enak dimakan begitu sahaja, berbeza dengan serangga.

++ TIP (1) ++ Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.

Kenapa ada serangga di rumah?
Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI, LALAT dan kalau time KELKATU keluar sarang, mereka akan berpesta makan sampai cirit-birit.

++ TIP (2) ++ Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.

Bahan apa yang cicak takut atau tak suka?
1. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!!

++ TIP (3) ++ Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.

2. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor.

++ TIP (4) ++ Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK.

3. Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak.

++ TIP (5) ++ Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA.

4. Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.

++ TIP (6) ++ Kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-pinak setelah kenyang hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.

Akhirkata
Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.

Telah curi dari sini.


Cara syimalicious:

1. Hambat cicak tu pergi ke pintu, agak-agak dia dah menyorok di engsel pintu, TUTUP pintu cepat-cepat. Dia akan mati terpenyek.

2. Sembur aerosol banyak-banyak pada dia, bila dia pening kasi ketuk bagi mampus. Tapi membazirlah kan sebab penyembur aerosol bukannya murah.

Cara Cingkenit:

1. Melastik menggunakan getah gelang. Tapi peratus ketepatan cuma 20%. Ini dia yang cakap.


Sekian...



Rabu, 10 Mac 2010

Perkara apa yang nyaman dan melazatkan? Semestinya nom nom nom

Aku memang suka makan. Jangan peliklah kenapa aku tak boleh kurus-kurus juga.

Venue: Bangi Kopitiam, Sg Buloh

Dulu saja-saja try asam laksa ni dengan shrek kat Bangi dulu. Tak sangka marveles! Aku payah sikit nak berahi dengan laksa/ asam laksa/ laksam.

Lepas tu jadi craving sentiasa. Kalau lepak Bangi Kopitiam, macam dah tak ada benda lain nak order lagi. LOL.

Ahad lepas, dek kerana mengidam aku ke Sg Buloh, kiranya jumpa sekali acik yieha. Rindu sama dia dan asam laksa.

See, happykan muka aku? Walaupun tak ada shrek di sini, aku tetap berseri sebab nak makan asam laksa. Slurp!

Ini si acik yieha embam... Hiks! Nama dia Rieha saja je jadi pelat sebut nama dia begitu. Saya amat jeles dengan beliau kerana beliau telah banyak menurunkan berat badan. Dan dia seorang pem-blog yang tegar.

Masing-masing leka main henpon. Habit kot? Di mana-mana nak godek-godek henpon tu. Sebagai blogger tegar, acik yieha cuba untuk meng-candid gambar kami berdua.


Bila both of us perasan ada lensa kamera mengarah kepada kami, automatik dua-dua pun berposing. LOL! Very funny...

"Mana weih makanan aku ni?? Perut dah berlagu. Shanghai Bun Kaya acik yieha dah sampai. Aduh..."

Aha! Makanan dah sampai. Nyummy...nyummy...!

Tengok la... camana si cengkenit bertukar menjadi monster apabila mendapat kuey tiao sup dia. Owh ye! Cingkenit ini bernama Aslina.

Jemput makan kawan-kawan. Nom...nom...nom...

Dah lapar tak pandang kiri kanan dah. Sorry!




Selasa, 9 Mac 2010

Apa jaminan kau akan tetap bersama aku?

Aku dah letih.


Penat.


Tak mahu berharap.


Izinkan aku yang mengundur diri.





Memang tiada kena mengena, tapi lagu mendayu sangat sesuai untuk melayan perasaan.



Ahad yang panik

Dalam FB status bukan main bercerita aku mengemas rumah. Ambik ko, 2 hari untuk buang sawang dan sampah bagai. Tapi tetap tak kemas sepenuhnya. Kesian anak tiri angkat aku dapat ibu tiri angkat yang penyepah.

Kalau ikut plan memang kami berdua nak keluar tengahari untuk jumpa Nemo dan Acik Yieha. Tiba-tiba tak jadi. Masing-masing ada hal. Tapi aku dan As tetap ke rumah acik yieha, saja jalan-jalan hujung minggu.

Kami berdua dah sepakat nak tengok The book of Eli di Cineleisure. Acik Yieha pula buat peel nak tengok cerita romantik je pula. Tapi kami berdua paksa acik yieha redah juga Mutiara Damansara tu.

Sekali jam ko... Dua kali pusing area Ikea nak cari parking. Baru aku teringat motor kipas baby hamster aku jahanam. Tutup ekon buka tingkap, tapi sudah terlambat. Temperature meter naik mendadak dan memuncak which is aku kena juga berhenti atau baby hamster aku tak boleh bergerak lagi.

Tekan lampu hazard. Asap berkepul-kepul. Bau hangit tak hengat. Aku cuak. Matilah kalau rosak.

Telefon minta bantuan. Haram. Friend list semua dalam henpon yang kena curi hari tu. Adalah dua tiga kerat no phone orang. Cuba call. Tapi semua tengah ada komitmen time tu. Aku ala-ala relax. Acik yieha call pomen dia. Pomen dia bagi khidmat nasihat je kat aku. Mujur tak kena caj. Yang si As sibuk main suluh-suluh torch light.

Detik-detik cemas yang tak mencemaskan.

Gambar asap yang berkepul-kepul tak sempat nak ambil. Tak bersedia pun. Ko ingat aku tahu bila nak berasap?? Bila dah parking tepi jalan tu ramai yang lalu lalang sambil mengangkat tangan mereka. Semangat 1Malaysia. Nama nak tolong hulur air tak ada.

Aku dalam panik yang tak panik sangat. Mungkin sebab badan dah melekit peluh.

Lepas berjaya mendapatkan sesorang over the telephone:<<<>>>

Aku: Rieha.. jangan risau, rescuers kita nanti akan datang dengan Sam.
Acik Yieha: Sam mana?
As: Adnan Sempit.


Acik yieha dah melompat suka.... (hahaha! Aku tipu)

Motif? Sebab PA dia cakap dorang akan lalu laluan yang sama. Eh! PA Sam tu sebenarnya tunang kawan aku. Aku tumpang minta tolong je.

Aku teruskan telefon orang-orang yang berkaitan. Sehingga orang JB dan Triang pun aku call minta bantuan. Apakah??!

Agak seperti berputus asa, tiba-tiba berhenti sebuah kenderaan bantuan dari Litrak. Yes! Aku dah tak gusar lagi!

Dorang dah tolong isikan air. Boleh balik!

So girl, next time bring at least a bottle of water and standby torch light. Kereta aku nak kena pakai 2 botol air MINERAL. Gedik sangat baby hambster aku kan??









Syimalicious: Kalau aku tunggu bantuan si PA Sam tu dah tentu pukul 3am-4am sampai rumah.

Isnin, 8 Mac 2010

Godek gedik-gedik

Ada sesiapa yang rindu kan entry merapu tak glamorous dari aku tak??

Tak ada??!

Tak apa lah... 。 ◕‿◕。

Tapi aku rindukan komen korang. Aku mati pucuk akal nak update. Bukan tak ada cerita, tapi tak ada tukang olah dan tukang taip. Letih.

Dua-tiga minggu ni macam sarat sangat. Macam-macam dalam kepala otakku. (Macam orang lain tak ada masalah kan??) Dan aku gagal untuk mengawal emosi aku. Jadi aku menyepikan diri dari dunia penulisan. Cewah!

Apa cara nak bagi aku bersemangat waja balik untuk meng-update blog?


Owh yer! Godek gedik-gedik tu datangnya dari kes beberapa hari ni aku dok tukar-tukar template. Haru biru jadinya. Aku dah bosan dengan template ni. Anda bagaimana??






Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...