Cari Blog Ini

Ahad, 29 Ogos 2010

Jangan Memilih Aku

Malam ini mungkin PMS menyerang. Aku dalam emosi tak stabil. Perhaps song can tell you.





...Jangan memilih aku
bila kau tak sanggup setia
Kau tak mengerti aku
diriku yang pernah terluka...


Dear, agak kecewa kita split up macam ni. Its my fault. Inilah akibat cuba bercinta dengan budak bawah umur. Aku benci!!!!

 

Isnin, 23 Ogos 2010

Apa dah jadi?? Renew azam lagi...

Semangat saya memang hot-hot chicken shit.

Dulu berkobar-kobar nak turunkan berat badan. Bila tengok berat badan stagnant terus rasa tak mahu berdiet. Bila berdiet, badan makin naik maka makan la seperti biasa. Sebab itu blog ini tak ada progress sebab menyampah dengan semangat yo-yo saya. Ngeee...

Pada saat saya mencipta blog khas utk monitor berat saya, berat saya adalah 70kg. Kawan-kawan lain semua menunjukkan penurunan yang positif. Saya? Bagaikan di pam-pam. Saya salahkan diri sendiri sebab tak boleh mengawal tabiat pemakanan saya.

Last July, saya menimbang kembali berat saya. Owh goddddd.....! Berat saya sudah mencecah 72kg. Angka tujuh di depan sudah cukup men-depress kan diri saya. Semenjak bulan berpuasa ini saya, dengan nafsu yang menggila saya pasrah... Saya tak ada feeling untuk menurunkan berat lagi.

Baru-baru ini saya menggagahkan diri untuk membeli penimbang berat digital yang baru di Cosway.


Sikit-sikit timbang. Sikit-sikit timbang.

Pagi tadi, dengan baju tidur nipis saya, saya naik ke atas penimbang itu. Pastu saya agak menyengihkan diri. Sengih je.

Berat saya 68.3kg. Boleh tak nak gembira?

Memperkenalkan anak jagaan saya

Saya ada blog baru.

Blog fotografi picisan.

Mungkin jarang-jarang update, mungkin selalu update. Doakan saya terus belajar dan belajar.

Baby saya


Sila klik like tanda sokongan anda.



Setakat ini dahulu,


 

Ahad, 22 Ogos 2010

Berbuka puasa - 12 Ramadhan bersama Ratu Poker

Bosan yang amat. Bangun pagi tadi hajat nak pergi pejabat.
Tapi kantoi. Gigi tak gosok, tak mandi sampai ke petang sebab mengadap FB.

Ish, dah tahap addicted teruk aku ni.

Tapi tiba-tiba Apple come with the idea untuk makan-makan di sekitar Kuala Selangor. Tapi malangnya Fariha tak available pula.

Lauk pauk biasa kami.
Nom...nom...nom... Sayur minyak oyster sauce, udang ketak goreng telur masin dan kerapu szechuan.

Oyster Omellete
Hari itu aku menerai (try) telur dadar tiram ni di restoran sebelah - Riverview, TAK SEDAP. Keras, terlebih tepung rasanya. But this one, Kuala Sungai Restaurant masak sangat.... best lah juga. Temptation kot.

Ratu poker yakni Cik Apple, Aslina dan saya yang menggedik.
We had chit chat. Gosip. Dan mabuk air kelapa also chinese tea.

Memandangkan agak susah si ratu poker datang ke Kuala Selangor indah permai ini, maka aku dan As berbesar hati berbelanja yang tidak seberapa untuk dia. Sebab aku percaya, bila kita tak kedekut, kita akan murah rezeki. Kan??!


Setakat ini dahulu,

 

Sabtu, 21 Ogos 2010

Alin+Zul Bertunang

Tarikh: 31 Julai 2010
Tempat: Seremban, N9







Macam-macam hal ~ 11 Ramadhan

Semalam, kami ada tugasan pemeriksaan tanda harga di Param Sg Besar. Alang-alang dah sampai ke sana, kami berkesempatan berbuka bersama-sama dengan seisi pejabat di Sg Hj Dorani. Antara tempat favourite bos di Dorani Bayu Resort bertempat di Restoran D'Muara. Sementara menunggu waktu berbuka, aku ada snap beberapa gambar syok-syok sendiri.

Tempat parking sampan.
Famili potrait pun ada. Candid juga la sebenarnya.
Hampir sunset. Tapi matahari terbenam kat sebelah sana nun, tak dapat nak capture sunset
Rasanya dah 4 tahun kerja di sini tak pernah miss berbuka di sini. So aku nak pomot la sikit, harga sekepala cuma RM19.90 untuk dewasa. Sangat berbaloi dari makan di hotel-hotel yang mencekik darah.

Terlalu banyak juadah. Dan tak semua aku dapat rasa, since pakai jeans ketat kat perut.
Kenyang.

Time nak balik, kawan aku rasa macam tak kena dengan kenderaan pejabat yang kami naiki. Berhenti tepi jalan, check tengok tayar depan dah kempis. Tengok pada fizikal tak ada paku, tak ada punca yang menyebabkan tayar itu pancit.


Nak buka tayar, driver original kami boleh pula simpan semua peralatan membuka tayar tu di pejabat. Adoi la... Terpaksa panggil pomen. Kami yang gadis-gadis di arah terus ke masjid untuk program seterusnya. Terawih, ceramah dan moreh.
.
.
.
Habis program di masjid, kawan aku cakap ada orang buang angin tayar Fortuner ni. Memang sah, perbuatan kianat orang. Hish, bulan puasa pun ada manusia yang macam ni.



Setakat ini dahulu,

  

Rabu, 18 Ogos 2010

Rahsia Peribadi Melalui Buah Kegemaran

Source: Email dari kawan-kawan

Semua orang mempunyai buah kegemaran masing-masing. Menurut kajian, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semuala jadi khususnya tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan.

Terdapat 7 kategori buah-buahan yang mempengaruhi kehidupan manusia iaitu:

Jenis limau contohnya oren, lemon, limau nipis dan limau barli
Kamu cenderung kepada warna2 cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan2 kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan2 kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama.

Kadangkala kamu hanya peruntukkan masa yang singkat untuk bersendirian. Kamu gemar berehat dan bersendirian hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang dengan sebaik mungkin melakukan perkara2 yang menyeronokkan kamu.


Buah2an tropika contohnya pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas
Kamu sukakan pengalaman2 yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah2an dengan pelbagai perisa
sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri daripada individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima kamu seadanya.

Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang akrab dengan kamu. Teman2 beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian tersendiri. Kamu tidak suka menunjukkan kesedihan pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.


Jenis buah ladang . Contohnya epal dan pear
Kata kuncinya ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri kamu.

Kamu cenderung berdiri atas kaki sendiri, tidak bergantung harapan kepada orang lain untuk hidup. Ramai beranggapan
kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang dimiliki. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap yang kamu lakukan.


Jenis tembikai contohnya tembikai dan tembikai susu
Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan kepada yang memerlukannya. Bagi kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati2 dalam memilih tumbuh2an yang ingin ditanam di kawasan tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik.

Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Melambangkan seorang individu yang berhati2.


Buah2an jenis beri .Contohnya blackberi, blueberi, strawberi, rasberi, cranberi, anggur dan tomato
- Kamu gemarkan party dan keseronokan. Suka menggembirakan orang lain dan mudah mendapat teman baru kerana kamu seorang yang ramah. Kamu berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman.

Bercita rasa unik hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu adalah terdiri daripada makanan2 yang berperasa lain daripada yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti ini saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpesonaliti.


Jenis kekacang .Contohnya walnut, hazel, gajus dan lain2
Seorang yang moody. Kekadang mood kamu berubah2 tanpa sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian kamu.
Sekiranya kamu yakin kamu dipihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada disekeliling kamu akan sentiasa bersikap lebih berhati2 kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan, kamu adalah individu yang setia. Sanggup mengetepikan teman2 hanya kerana ingin meluangkan masa dengan si dia. Untuk mengenali kamu, seseorang itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun, kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti berhasil jua akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

Buah2an jenis labu .Contohnya kundur
Kamu seorang yang berpandangan jauh. Bagi kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan
segala2nya melebihi dari pa yang mampu manusia lihat. Kamu sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang mampu kamu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman2. Mereka akan bergantung kepada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. 

Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran2 yang mendatang. Cenderung pada warna2 yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut. Walau apapun buah2an kegemaran anda, ia tidak semestinya sama dengan apa yang dinyatakan. Yang pastinya setiap orang mempunyai keperibadianya tersendiri.

Kamu yang mana satu??







Isnin, 16 Ogos 2010

Sampai bila agaknya??

Sampai bila aku nak jadi Syima yang Emosional?? Syima yang tak stabil moodnya? Syima yang selalu memberontak??

Sampai bila?

At this age, tipu la kalau mak ayah aku tak risau kenapa aku tak kawin-kawin lagi. Aku pun risau. Tapi dosa ke hidup sebagai ANDARTU? Jodoh belum sampai kan?

Tapi mulut orang, tambah-tambah yang jenis kawin muda tak puas enjoy ( aku tak cakap semua lah), mula lah meng-kata aku tak laku sebab aku perempuan liar, tukar jantan macam tukar baju, mulut laser tak ada siapa nak...

Eh?! Kalau tuhan kata Kun Fa Ya Kun, pelacur pun boleh end up marrying Ustaz. Kita mana tau? Geram ni, geram...... grrrr!! Janganlah cepat jatuh hukum. Kalau rezeki kau pada anak-anak, mungkin rezeki aku yang belum kawin ni lagi syok. Who knows??

Mak pun mencari ikhtiar. Bukan kata nak percaya pada orang berubat ni, tapi sekadar ikhtiar. Tanya punya tanya orang tu cakap aku kena buat dengan orang. Heh?? Apalah dendam orang tu sampai nak naya aku supaya tak kawin?? Tak mahu percaya tapi dah dua orang pengamal perubatan cakap benda yang sama. 4 tahun lama tu.... haih~

Dan mereka berkata, my current relationship won't work. Sedih tau bila kita cuba pertahankan selama 3 tahun tapi tak berhasil apa-apa. Nak nangis.Tapi tak ada kuasa yang boleh mengatasi kuasa ALLAH S.W.T

Sampai bila agaknya??


Setakat ini dahulu,

 

Khamis, 12 Ogos 2010

Makan apa semalam?

Hi semua,

Jangan marah saya.
Kemalasan melanda tahap dewa sekarang. Why aahh?? Mode menulis blog makin suram.
And well Ramadhan just in the beginning, maka ai nak ucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua orang.

So bagaimana hari pertama korang berpuasa? Perut dah boleh adapt la kot, sebab ramai yang ganti puasa last minit macam aku. Hahaha!

Berbuka apa semalam??
Juadah berbuka puasa aku pada hari pertama puasa ni agak mewah. Yang pasti aku tak serajin itu untuk memasak. Tau ngap saja. Sejak tahun lepas, setiap kali bulan puasa ada "mak" datang untuk memasak. So tahun ni repeat lagi la. Kami bercadang takkan menjejak kaki ke PARAM, ini berikutan untuk cut living cost di bulan puasa. Agak-agak boleh saving tak??

Lawanya kain saprah dia.... Sila ignore, rumah bujang memang lapik paper saja.

Lauk pauk orang bujang
And we had ayam masak merah, kangkung belacan, kerang rebus and salad timun/tomato. Best tak??

Setakat ini dahulu,

 

Jumaat, 6 Ogos 2010

Outdoor Ami dan Firdaus

Tarikh: 24 Julai 2010
Tempat: Sg Buloh
OP : Eman

Aku dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan Ami. Tapi sebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan, aku turun pada majlis yang berlangsung di sebelah lelaki.

Dikesempatan itu, memandangkan OP untuk majlis mereka iaitu En Eman amat sporting telah membenarkan aku untuk turut serta mem-fotografia outdoor kedua-dua mempelai ini.













Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...