Cari Blog Ini

Sabtu, 20 November 2010

Innalillahiwainnalillahirojiun. Adik pelakon Filem Ngangkung meninggal.

Setiap yang bernyawa akan menemui ajal, dan sesungguhnya akan disempurnakan ganjaran kamu pada hari kiamat. Sesiapa diselamatkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam jannah (taman/syurga), maka sesungguhnya dia telah beruntung. Dan kehidupan dunia tidak lain melainkan kesenangan yang memperdayakan. (Ali Imran :186)
Last day lepak bersama. Semoga roh kamu berada dikalangan orang-orang yang beriman.

Terkejut. Kaget.

Macam tak percaya apa yang disampaikan oleh Angah (Raja Lawak) tadi. Perkhabaran yang tak disangka-sangka.

Aku ke page FB beliau untuk kepastian. Semua mengucapkan salam takziah.

Gambar yang diambil dari foto FB beliau.

Aku tak pasti beliau sakit apa, tapi kata angah arwah meninggal dalam tidur. Agak sedih sebab arwah selalu bertukar-tukar pendapat dan yang paling aku ingat dia selalu remind semua orang "Women are root of all evil".

Walaupun tak rapat, tetapi mengenali dan mengetahui seseorang itu pergi meninggalkan kita semua adalah sesuatu yang menyedihkan.


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan yang bertakwa. AL-FATIHAH.

Setakat ini dahulu,

 

Khamis, 18 November 2010

Resepi Pecal Lele

Hari ni, aku mencuba resepi baru yang selalu aku singgah makan kat kedai je. Pecal lele. Aku google dalam internet resepi ni dan rata-rata menyajikan masakan ikan keli berkuah santan putih. Aku tak mau yang ini, aku mengidam rasa masakan Jawa/Indon. So, cari punya cari aku try n error dengan hasil bantuan mak, Ati dan Mimi.


Bahan-bahan untuk menggoreng ikan keli
Serbuk Lada hitam
Tepung Jagung
Sedikit garam dan kunyit
*perap selama 30 minit

Cara-cara:
Goreng secara deep fry la.

Tips: Ikan keli lain kali jangan beli besar-besar, beli comel-comel senang ratah dan sedap. Besar pun best juga tapi kena deep fry lama-lama bagi garing. Mak suka masak dengan minyak yang sikit maka goreng ikan keli selalunya akan meletup jadi masukkan asam keping untuk kurangkan letupan minyak dalam kuali.

Bahan-bahan untuk sambal pedas meletup
2 genggam ikan bilis
4 biji bawang besar
5 biji bawang putih
30 biji cili padi
5cm belacan
3 senduk kecil cili boh yang memang dah pedas
garam dan gula kabung (gula melaka)

Cara-cara:

  1. Goreng ikan bilis sampai garing
  2. Potong kasar bawang putih, bawang besar dan cili padi
  3. Goreng belacan dan masukkan bahan yang dipotong tadi dan tunggu sehingga layu. 
  4. Masak cili boh sampai agak-agak kering
  5. Tunggu semua bahan agak sejuk dan kisar kasar.
  6. Kemudian masak balik bahan yang dikisar dengan cili boh tadi dan masukkan garam serta gula kabung secukup rasa.
Tips: Masukkan daun limau purut untuk menaikkan aroma sambal pedas meletup ini.


Sambal cili dia yang memainkan peranan untuk menyedapkan makanan.

Setakat ini dahulu,

 

Ahad, 14 November 2010

Berlari-lari memegang anu dengan kemas

Rindukan celoteh ku?


Hahaha perasan. Tapi aku berterima kasih sangat pada mereka yang suka ter-klik ke blog ni. Tiap-tiap hari lebih dari 20 visitors menjenguk biarpun blog tak pernah ber-update. Semenjak berkecimpung dalam dunia fotografi, blog pun agak terabai. So, mengambil peluang untuk meng-update laju-laju memandangkan aku bercuti selama seminggu. Untuk Raya Haji tahun ini.

Mak kejut aku pagi hari ini. Beriadah setelah berkurun lama. Sejak Aidilfitri yang lepas. Babat usah cakap, dah tersembul-sembul keluar. Pukul 7am dah kena bangun. Mata terkebil-kebil nak buka payah. Lupa pula nak check in sebabnya tak dibawa berrylicious ku itu. Tempat riadah di somewhere padang rekreasi Mutiara Rini.

Layan gambar joms????~

Bila beriadah kita senang dapat kawan. Macam mak. Just nak ajak sembang-sembang. Setiap hari Sabtu, mak cakap kat situ ada Tai Chee. Tadi dorang buat senamrobik. Ramai gila orang!!
Banyak bunga-bunga yang cantik. Sayang sekali aku tak bawak ala-ala macro lense aku tu.
Mak cari tempat yang tak congested. Cantikkan view? Aku tak eksesais pun berpeluh.
See? View lagi. Buat outdoor photoshoot pun chare ni...
Aku paksa mak jadi model. Nive view kan??
Scenery lagi...
Kat sini bermacam ragam kita boleh tengok. Ada yang tertonggeng. Ada yang syok sendiri. Macam-macam ada!
This part was the cutest. Mak tertanya-tanya macamana nak guna benda ni. Even aku pun tak tau. Hahaha 
Taman permainan pun cantik buat outdoor photoshoot. 
Tajuk entry aku tak bole blah kan? Saja. Kasi gimik. Ye lah nak berjogging sambil bawak D90 aku tu, harus la pegang dengan kemas. Kan?


Setakat ini dahulu,

 

Quote of the day


Jika seorang lelaki benar benar menyintaimu, maka dia akan cuba sedaya upayanya untuk menikahimu, sebagaimana seorang lelaki tidak menyintaimu, dia akan menjauhi sedaya upayanya untuk tidak menikahimu.





(((Saya memang berdendam dengan awak... you know who you are...)))

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...