Cari Blog Ini

Isnin, 30 April 2012

Aku dan Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Dah banyak penyakit aku rupanya. Makin meningkat usia, makin menjadi-jadi. Baru nak masuk 30 tahun. Sempat ke nak merasa duit pencen nanti.

Wooo wooo wooo merintih. Tak habis-habis merintih.

Hari ini aku tak kerja. Mood ke laut. Monday blues. Maklumlah letih travel sampai ke Kota Bharu kononnya. Sampai rumah 5am tadi. Jadi nak save cuti aku cari MC. Lagipun memang tak sedap badan. Semalam pun muntah-muntah. Berak tak lawas. Macam-macam hal.

Sepagian tidur. Tengahari baru bangun. Petang, masuk jumpa doktor. Doktor tak hensem kali ni. Pffft! Sebabkan tadi menangis beria dalam kereta (emosi kucar kacir lagi), hidung aku tertutup injap. Selsema. So bagitahu doktor, aku selesema selain susah nak berak dan kejadian muntah pagi tadi. Doktor tarik lengan aku dan ambil tekanan darah. 

Doktor kerut muka dan cakap "Adik, you selalu bangun tidur atau buat apa-apa ada pening kepala?". "Itu biasa lah doktor, selalu juga. Kenapa?", aku bersuara. "Your pressure is below 100", dia respon. Aku jeling pada pengukur tekanan tu. Alamak tak reti tengok. Tanya balik. Doktor sebut 90 tadi. 

Mulalah nak emosional. Cakap dalam hati, aku dah nak mati ke? Dah la sebelum ke klinik memang emosi tengah berombak. Menangis macam orang mati laki. Balik rumah terus terpa laptop untuk gugel menatang yang doktor tu bagi tahu tadi. 

Khamis, 26 April 2012

Duit penyelarasan gaji baru

Hari ini dah gaji kan? Alhamdullilah. Boleh overlap loan lagi. Haha. Itulah orang kerajaan. Overlap saja kerja. Makcik tahu bukan semua orang macam tu, sajalah makcik nak mendiskriminasi orang kerajaan ini.

So, dah buat apa dengan duit tunggakan tu??

Shopping! Memandangkan Flora masih dalam tempoh menyusukan anak, disamping mengurung dia di dalam rumah, maka makcik sangat bermurah hati nak beli banyak-banyak makanan beliau. Mewah tak Flora?? Pasir berak dia pun makcik beli dari jenama Purina. Nasib tak ada petshop dekat sini. Kalau tidak macam-macam makcik beli.

Perbelanjaan untuk dia saja tadi dalam RM100. Untuk makcik beli susu dengan kuewtiao instant saja. Harap-harap Flora dan keturunannya akan menghargai makcik dan menjaga makcik bila dah berumur nanti. Makcik tak kawin, jadi kena ada tempat bergantung. Sobs!

Lepas ini nak mencari sandal ke tempat kerja, itu, ini, dan macam-macam lagi.

Bye!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 22 April 2012

Jalan-jalan separuh hari kedua

Add caption

Plan yang un-sangka-able. Masuk ke daerah Kemaman. Lost interest nak patah balik ke bandar Kuantan.

Cuaca panas. Macam-macam hal berlaku. Kereta tetiba rosak, tak memberi kerjasama.

Habis basah lencun bermandikan peluh. Rupanya Kemaman ada mini zoo. Tanya orang Kuala Terengganu pun tak tahu adanya mini zoo ni.

Nanti detail aku cerita lagi. Time to sleep. Recharge energy, esok dah nak checkout.

Hari kedua siri percutian Cherating yang melemaukan.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sabtu, 21 April 2012

Foto pagi hari kedua di Cherating

Tempat yang kami menginap jauh dari bandar Kuantan. We were in the middle of Kemaman and Kuantan.

Tengah berfikiran nak ke mana ni. Haishh... Rokok dah habis sekotak.

Apa aktiviti lain ye?? Macam dilanda kebosanan ni.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ringkasan cerita Cherating semalam

Ini untuk hari pertama. Detail later.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 19 April 2012

Majlis Perpisahan dan Sambutan Hari Jadi Jan-April 2012


Hai sayangs!!

Setelah berpuluh event kecil anjuran pejabat diadakan, inilah majlis yang tengah-tengah panas lagi terus ku upload dalam blog. Tengah rajin. Dan kebosanan. Walaupun kerja berlambak. Kali ini kita meraikan pemergian untuk seorang PPH yang akan berhijrah ke KL kerana mendapat pekerjaan yang lain. Owh, rasanya cerita pasal awek ni ada aku cerita dalam tahun 2008, masa dia mula-mula kawin dulu.

Malas nak cerita panjang-panjang. Mari layan gambar.

Presentation
Cenderahati dan hadiah
Bacaan doa untuk memberkati majlis
Tisu amat penting untuk majlis-majlis macam ni untuk mengelap hingus
Diraikan memberi sepatah dua kata
Aksi sebak bermula

Salah seorang yang diraikan tak dapat hadir sebab confinement.
Email ucapan der...
Aksi kawan-kawan sepejabat. Tidur pun sempat. Hehe
Sesi pemberian cenderahati dan hadiah
Yang diraikan
The food. Siap frame lagi menu makan tu.
Mari makan. Nom...nom...nom...
Pose comel dari team perempuan. Alamak terselit tiga oghe jate
Nasib badan. Ambil gambar orang, tapi diri sendiri tak ada.
Pose ter-hensem dari saya~
Lega. Penceritaan melalui gambar sudeh... kan?? Letih lah nak karang cerita. Tengok gambar pun dah fahamkan??


until then.... bye!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...