Cari Blog Ini

Khamis, 28 Jun 2012

Cita-cita saya... KAHWIN

Tajuk entry pun dah menunjukkan aku semacam sakit jiwa. Eh tak, ini tajuk entry yang aku copy paste di blog AkuIslam.com. Kalau aku belum kena buang kerja tu maknanya emosi aku boleh dikawal lagi.

Tapi memang la sekarang ni... aku sedang bercita-cita untuk berkahwin. Kenapa nak kahwin? Tak ada isu lain ke nak cerita?

Kata skandal-skandal aku "Umurkan muda lagi? Enjoy la dulu..."

Taik kentotlah. Yang banyak cakap/guna ayat macam tu semua yang dah kahwin. Korang dah lepas fasa bujang tu, dah merasa experience tu semua pastu ada hati nak advice aku gitu. Cuba kalau korang merasa bujang sampai dah nak menopous ni? Lain tau rasa?

Kalau nak kahwin pun, (I mean kahwin yang betul-betul nikah, ada akad) aku sememangnya tak ada calon pun. Dan kalau ada pun selalu hak orang. Haih.... lelaki bujang dah pupus. 99% yang wujud dalam dunia ni nak merosakkan dan berseronok dengan puak-puak lewat usia macam aku ni. Ptui!

Maaf, emosi terganggu.



Pakcik sponsor buat rambut baru, yeay!!

dah macam sikh kan??
Nak buat gaya apa ni?? Dah bosan buat layer bodoh. Thank you pakcik. Walaupun kita selalu gaduh, tapi pakcik baik sangat dengan chubby dia...

Ngeh...ngeh...ngeh...

Itu tauke gunting rambut cakap sudah lama talak jumpa sama saya. Itu okey lagi. Kemudian dia bisik sama saya, "Itu u punya bos ka??" merujuk kepada pakcik saya. Alamak, kiut betul cakap macam tu.

Kemudian lagi dia tanya sama pakcik saya, "Bos, u sudah berapa orang bini??" Manyak comel la ini tukang gunting. Very the makcik-makcik kepoh nak gosip. Tapi saya suka tukang gunting ini sebab dia tak kikis rambut saya macam sesetengah salon. Habis semua split end.

Hasilnya, saya puas hati, pakcik pun suka. Terima kasih untuk gelak tawa hari ini.


Selasa, 26 Jun 2012

Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa

Kecewa.

Aku manusia biasa yang terlalu meletakkan harapan tinggi pada manusia lain.

Bila orang tersebut tak seperti yang aku harapkan, seriously aku frust.

Aku nak jadi seorang yang mengungkit sekarang. Terpaksa. Kalau dulu mungkin minor mengungkit sekarang aku nak mengungkit besar-besaran.

Serius hampa dengan perangai segelintir manusia.

Kelmarin, berlaku satu kesusahan yang mana kereta aku terkandas di suatu tempat jadi aku minta pertolongan beberapa kawan secara rawak untuk mengambil aku di rumah pada pagi ini. Minta tolong. Minta ihsan daripada mereka.

Tapi of course aku akan minta bantuan dari orang yang biasa kita berurusan kan?

Semalam.
Hantar sms. Tak berbalas.
Call berpuluh kali. Tak berjawab.

Ahhhh... Tak apalah, mungkin ada hal, mungkin dah tertidur. Pagi nanti cuba lagi.

Pagi tadi.
Hantar sms. Tak berbalas.
Call berpuluh kali. Tak berjawab.

Pagi tadi, tegur di pejabat. Dengan tak memandang ke muka aku dia jawab "Aku sibuk sikit. Pagi tadi tergesa-gesa."

Alasan. Cb!

Dulu masa belum berkereta, nak ke situ ke sini puas berusung. Bila dah dapat kereta aku pun tak heran.

Tapi mengenangkan kawan, aku tak kisahlah.

Dulu masa kereta jahanam, aku carikan bengkel untuk pembaikan. Berhutang. Memandangkan tauke kenal, bagi hutang tapi sampai sudah tak bayar. Tak banyak pun RM700 tu.

Tapi mengenangkan kawan, aku anggap nanti bila ada duit bayarlah tu.

Dah banyak kali bila aku dalam kesusahan manusia-manusia jenis ini hilang pentingkan diri sendiri.

Penatlah...
Malasnya berkawan kalau jenis berkira. Dan seriously bila tak berkereta ni orang rasa macam menyusahkan. Aku patah kaki.

Ini baru kesusahan tiada kenderaan, kalau tak ada duit esok? Macam sampah kot kita ni.

"Hina besi kerana karat, hina manusia kerana miskin"

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Isnin, 25 Jun 2012

Rindu dia!

Sabtu hantar pergi. Masih boleh control perasaan sayu tu.

Ahad sibuk dengan aktiviti sosial. Girls' outing. Mengenal dunia.

Isnin baru terasa kesunyian yang melampau.

Tiada siapa sambut kita balik keje di pagar atau sliding door, aku balik semuanya sunyi saja.

Flora, mommy sayang awak sangat walaupun awak menjadi sangat annoying bila awak on-heat.

Tidur malam mommy kosong, tiada geselan manja awk.

Seriously sunyi!!

:( Lebih baik layan Flora dari melayan manusia yang kononnya bertamadun tapi selalu menyakitkan hati.

Harap-harap Flora sayang aku sebagai tuannya tanpa banyak songeh kerana perasaan sayang itu tak perlu banyak terma dan syarat.

Manusia dan binatang pun ada close connection kan?

*monday blues*


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, 12 Jun 2012

RIP kesayangan Mommy dan Daddy

Tiga minggu lepas,
Time ini pakcik buat derma makan KFC, makan besar mereka hari itu
Tunggu turn, kasi lepas anak-anak dulu
Flora baca paper kejap : Let's get married?
Atik tak berhenti makan lagi
Dengki betul Mayo pada stiker dinding itu
Dah koyak. Memang kerja dialah tu

Dah hilang. Dah koyak. Tak boleh nak tampal semula
Kena jerkah, diam kejap. Aku rindu keletah dia
RIP Mayo. Saya rindu awak


Isnin, 11 Jun 2012

Maafkan saya Flora

Aku dah buat kesilapan besar dan berulang.

Maafkan aku Flora...

Kelmarin, aku dah bagi Anon si oren tengah pada satu keluarga India kawan kepada jiran aku.

Sayu hati masa menyerahkan Anon pada mereka.

Belum sempat 24jam, Anon tak bersama cikonet dua ekor itu, petang tadi aku jumpa si Mayo kesayangan mommy dan daddy mati. Dan sampai sekarang Atik tak dapat dijejaki.

Aku lupa nak kurung dua ekor itu ke dalam cage, aku lupa. Sekarang sedih aku tengok Flora dengan kantung susunya yang penuh, ke hulur ke hilir mengeow mencari anak-anaknya.

Aku rasa bersalah sangat.

Hari ini, hari yang sangat tidak menggembirakan aku. Langsung tidak.

- Pakcik dah berterus terang dengan aku.

- Anon dah ada keluarga baru.

- Mayo yang manja itu telah pergi selamanya meninggalkan aku.

- Atik belum ditemui.

Tabahkanlah hati aku. Kesemua peneman aku dikala sunyi hilang sekelip mata.

Maafkan saya, Flora...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 8 Jun 2012

Doa yang tiada tajuk

Ya Allah...
Jika cintaku padanya membuat aku terluka
Aku mohon ubatilah luka dalam hatiku
berikan aku pengganti yang lebih baik
dari dia yang membuat aku terluka seperti ini

Jika pertemuanku padanya
tidak berakhir dengan indah
aku berharap jangan engkau pertemukan
aku lagi dengan dirinya.

"Terima kasih telah memberiku kesempatan untuk menemukan seseorang yg lebih mulia & lebih baik darimu" Insyaallah...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Masa petang yang berkualiti bersama MEREKA

Hari ini balik kerja dalam keadaan kusut. Pening kepala sebab banyak kerja pending. Padan muka diri sendiri.

Jadi tak mahu melayan masalah, aku bawa Flora berjalan-jalan. Anak-anak dia dah pandai engkar arahan. Buat rentung saja bila si Flora dok ter-meow-meow panggil mereka. Geram betul mereka berlari ke sana ke mari. Takut dilanggar kereta tapi nak dikurung kesian. Aku teman mereka main panjat-panjat pokok mangga rumah orang sebelah.

Si Anon mengintai. Ada orang nak si Anon ni, nak bagi ke tak nak? Macam sedih pula...
Adorable sungguh mereka
Hidung dan bulu badan si Mayo asyik kotor sebab suka main bawah enjin kereta
Flora pantau anak-anak dia bermain
Ada budak-budak perempuan ni, lalu depan umah aku tatkala tengah rancak bersembang dengan jiran aku. Aku panggil mereka, terus capai anak kucing dalam bakul basikal salah seorang dari mereka. Ya ampun, amat comel sekali. Mata biru.
Ini Nina. Sangat fragile, lembut sana sini. Picit kuat-kuat.
Muka innocent nak minta pelempang
Abih episod cerita kucing.

****

Flora bising lapar. Dahlah tak mahu makan biskut yang aku beli hari itu. Tension! Aku dengan tak malunya tanya pada jiran aku tu nak kan nasi untuk digaul dengan makanan basah peket. Aku teringat 2 biji durian yang Nora bagi aku malam semalam. Sebagai sistem barter dan dari biar dia busuk satu rumah baik share dengan famili Ravi si jiran aku itu. Lagipun aku mana ada parang nak belah durian.

Terima kasih Cik Nora
Sesi membelah durian
Durian dah belah. Manis isinya walaupun nipis
So hari ini aku telah berjaya belajar bercakap Tamil sedikit. Tamil ke Telegu? Hantam saja.
"Sumitra, durian sapedek. Inggava!" Terjemahan : "Sumitra, ke mari makan durian." Suka anak-anak si Ravi bila aku cakap dalam bahasa mereka. Mereka kurang faham bahasa Melayu sebab memang bersekolah di pure bahasa perantaranya Tamil.

Flora pun sibuk. Selalu makan je durian. Sekarang kerek, tak layan.
Anak dara Ravi, Sumitra 15thn. Mak dia tak ada, dialah jaga adik-adik. Kesian

Owh siapa jadi fotografer aku hari ini? Anak buah si Ravi. Tentera muda yang fluent Bahasa Melayu dan cakap banyak.

Cerita pada mak, mak pesan lagi. "Hati-hati Ravi tak ada bini tu, nanti jadi apa-apa susah kang." Ish, tak mungkinlah Ravi itu bernafsu pada aku. Orangnya lurus bendul dan macam bodoh-bodoh alang. Tapi mak kata "benda itu" tidak bodoh. Baik mak.

Erm, tak kisahlah. Setuju tak kalau aku kata aku jiran yang baik?? 


Khamis, 7 Jun 2012

Penguatkuasaan Bestari katanya...

Apa nak cerita yeh? Tak ada apa sangat kot. Suka nak cerita pasal kelazatan makanan di hotel. Tapi tak semua hotel makan sedap kan?

Pagi tadi bos hantar kami beberapa orang jadi wakil cawangan. Seronok. Jalan-jalan disamping jumpa kawan-kawan cawangan lain. Tapi aku pergi seorang je. Seorang kawan lagi pergi sendiri.


Saya dengan perut monster nye telah melahap berkeping-keping sandwich
tanpa malunya. hewhewhew
Ambil gambar saja, tak tahu sedap ke tidak

Asal jumpa je pregnant yang baju oren itu. Sorg lagi asyik bersukan saja.
Saya pulak gemok sorang-sorang.

Kena tadah telinga dengar objektif dan taklimat penguatkuasaan bestari.
Kusyuk sangat pakcik ni dengar taklimat
Acara penutup: MAKAN!! Lupa nak amek gambar kambing

Cerita pun tamat. Tak de motifkan?

3 keys to Enjoy Life


Pakcik emailed me this.

Senang betul hidup ini. Habis madu sepah dibuang. Ptui!

Rabu, 6 Jun 2012

Isteri itu kuli batak & hamba abdi


I found this shared in facebook. Yang share tu semua jejantan.

Diorang tahu ke tidak fungsi isteri yang sebenar? Kalau ikut anak panah tugas-tugas seorang bini ini, aku merasakan yang buat menatang ini mesti berotak dangkal.

Ada ke house chore pun semua nak dilonggokkan pada isteri? Beranak pun isteri buat, apa lagi yang isteri tak buat? Jantan buat apa? Goyang telur??

Patutlah susah nak cari teman hidup sekarang. Kalau dah semua lelaki nak kan isteri macam ni, aku lah orang yang paling terkebelakang dalam list. Aku sungguh tak setuju dengan list rigid dan bodoh macam itu.

Tapi bukan tak ada perempuan macam ni kan?! Wujud. Mudah-mudahan perngorbanan mereka di balas dengan syurga. Untunglah merasa jadi isteri.

Tapi pokok pangkalnya, keje rumah, beli brg dapur, dll kena buat sama-sama jangan nak humban semua pada isteri. Kami bukan kuli batak suami.


Mode: meroyan dan sakit hati...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wordless Wednesday: Mari hadap durian dan air kelapa

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Must try! Restoran Ayam Kampung Tg. Malim

Pakcik suka makan. Chubby dia pun suka makan. Ngam lah tu...
Tapi di situ saja mereka ngam. Yang lain K.O.

Lupakan pasal K.O itu. Lets focus on the meals that we have masa lawatan ke Kalumpang Resort hari itu. Pakcik tak habis-habis memuji the foods here was great. Macam marveles sampai tempat lain tak ada lah. Pakcik cakap 10 tahun lepas rasanya tetap sama, tak berubah. 

Kepelikan aku sekejap, kenapa time kami sefamili duduk di Tg Malim tak tahu pun pasal kedai ini? Aku cuma tau pasal pau Yik Mun saja.


Kami masuk kedai tu tengok semua dah tak ada dalam tray tu. Tinggal kuah saja. Ingat nak ala-carte kalau dah macam gitu. Sobs. Makan nasi dengan kuah. Bukan rezeki  kot sebab kami sampai pun dah jam 3.00ptg lebih. Masa dah duduk di meja itu pakcik panggil kakak manis yang dok dalam kedai ini, nak minta kuah ayam kampung masak rendang. Tetiba kakak itu cakap ayam ada lagi. Haruslah membuntang mata kami dua, ayam kampung si pembuka selera ada lagi. Terus order 2 ketul. Kakak manis itu sorok tempat lain. Mungkin nak avoid lalat kot. Tapi dijamin kedai itu tiada lalat.

Tara!! Ini baru makan berlauk. Bukan semata kuah saja.
Udang saiz agam. Aku bukan penggemar udang. Tapi makan juga.
Ayam kampung masak rendang uolls!!
Sedap. Tak tipu
Owner kedai best friend dengan peninju Mohamad Ali rupanya
Tanda harga ada dipamerkan. Maklumlah ini sebahagian kerja makcik. :)
Nampak tudung saji itu? Kat situlah dia sorok isi lauk-pauk dia.
Gambar dari arah depan kedai tersebut.
"Satu ketul tak cukup" - Tagline kedai ini kot.

Kedai ini berhadapan dengan sebuah stesen minyak BHP yang attached dengan KFC 24jam. Di sebelah kedai di bahagian kirinya ialah sebuah sekolah menengah kalau tak silap aku nama SMK Khir Johari. Satu benda yang aku ralat sampai hari ini, aku lupa nak ambil no telefon orang dalam kedai ini. Mana tahu eso luasa ada hari nak datang lagi. Senang nak booking siap-siap. Next time la kot.

Teringat-ingat ayam kampung rendang dan ikan haruan goreng yang dimakan dengan nasi panas dan kuah masak lemak udang agam. Ya Allah... kecur air liur ambo.

Jom kita buat trip jalan-jalan pergi Sg Bil, Slim River nak?

 

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...