Cari Blog Ini

Selasa, 31 Julai 2012

Dejavu Di Kinabalu - Wujud lagi cinta begitu?

Seingat aku, selama hidup ni jarang aku follow drama melayu secara tekun. Sekarang dah masuk minggu akhir, aku baru tengok 3 episod drama ini - Dejavu Di Kinabalu (Akasia TV3).


Mulanya agak curious bila mendengar kawan-kawan sepejabat bercerita tentang drama ni. Apa yang best entah? Konon-konon tak ambil port, just buat tak tahu saja. Di mana cantiknya Tiz Zakiah ni pun aku kurang pasti. Lain orang lain selera. Aku cuma mengagumi watak lakonan dia dalam Nur Kasih dulu, yang aku rasa tak wujud pun dalam dunia ni. *negatif*

Pada aku apa yang boleh dibanggakan penggambaran drama ini keseluruhannya di Malaysia - Kundasang yang mendamaikan itu. Cantiknya subhanallah! Memang nak pergi lagi nanti. Ok, back to the topic.

Persoalan aku wujudkah lelaki dan cinta yang sebegitu?

Aduhhhh... itulah sebab aku tak suka nak tengok cerita cinta melayu yang selalu mengkhayalkan itu. Sure kena kutuk. Tapi dah kantoi, terbukti hari ini aku menonton juga.

Bazli... owh Bazli, mula-mula dah macam pasrah melepaskan Nadira, lepas itu bila Nadira meroyan minta maaf, minta kahwin dengan kau semula, kau pula tinggalkan awek yang lagi sorang tu. Kesian awek tu rasa tertipu. Jadi rebounce sudahnya. Berkecai - remuk hati awek itu. Aku boleh rasa apa yang dia rasa.

Nadira lari semula ke Bazli sebab kecewa dengan fakta Ammar pernah menyintai penderma jantung/hati Nadira. Sebab itu je? Ammar pula lembab bertindak, tak boleh ke jadi lelaki gagah terus masuk meminang? Muahahaha. Bestlah jadi Nadira, dua orang lelaki menyimpan perasaan, menyimpan hasrat hati untuk memiliki dia. Hakikatnya dia menyintai si Ammar tu. Dan si Bazli tetaplah menunggu juga. Kaya dan naif.

*Pakcik baru tengok aku lepak dengan budak laki lain terus kena hamun. Tapi si Bazli ni walaupun dah tahu Nadira tak ada hati pada dia, dia give in juga.
*Pakcik tuduh-tuduh aku ada affair dengan Din yang hakikatnya tiada apa-apa hubungan langsung. Bazli aware pasal hubungan Nadira dengan Ammar, tapi disebabkan mulianya nurani si Bazli ini, maka perbuatan itu tak pernah jadi isu.

Di sini aku rasa tipunya cerita cinta melayu ni. Realiti dalam kehidupan, bila seseorang dah tahu aweknya ada hubungan rapat dengan seorang lelaki terus ditinggalkannya plus kalau seseorang itu berduit dan ada kuasa macam Bazli. Inikan pula kalau memang bercinta. Hurmmmm... wujud lagi manusia berhati suci dan cool macam Bazli?

Wujud ke tak wujud? Apa yang aku tau, dalam komuniti kita yang wujud adalah manusia yang pentingkan diri sendiri sahaja.

Sekian.

Esok harijadi emak saya jadi saya nak cerai!!

CERAI???!


Eh! Jangan fikir bukan-bukan. Saya suka berangan, suka merapu.

Bulan puasa begini sebenarnya paling penting bila kita dalam keadaan jiwa tidak stabil, kita perbanyakan bacaan Quran, perbanyakan zikir dan mendengar ceramah-ceramah agama.

Saya tak macam itu. Liat membuat kebaikan. Sekalipun saya membuat perkara-perkara yang dirasakan baik, tetap pada pandangan orang tertentu saya adalah seorang yang jahat dan tak mahu berubah.

Dah masuk minggu ke dua, saya cuba bertabah dan sabarkan hati. Bila tiada lagi kepercayaan pada diri saya dek kenakalan tempoh hari. Mak dah pesan "Lepaskanlah. Dia cuma nak bermain-main. Tak ikhlas."

Love unconditionally. Bukan dengan meletakkan syarat.

Mak dah warning suruh cerai sebelum mak bagi tahu pada abah untuk masuk campur. Mak tahu "dia" ada niat yang tak baik bila selalu psiko diri saya sampai tiap-tiap malam menangis mengadu pada mak. Perkara akan menjadi lebih rumit. Niat saya cuma untuk share kesedihan.

Saya kena cerai juga. Permainan ini cuma akan membazir masa, jiwa dan raga. Mak cakap jenayah ini  jenayah terancang. Itu sebab saya tak diberi pilihan dan tiada peluang ke dua.

Owhhh hati, sampai bila? Kuatkah kau??? Mampukah berubah??

Saya yakin. Kesabaran seseorang ada hadnya. Tuhan juga maha adil. Biarlah diasak dengan cemuhan, saya pasti perkara yang serupa akan menimpa pada keturunannya. Saya berdosa, saya jahat, saya liar. Panggillah apa sahaja, saya telan.

Tapi ingat, what goes around comes around.


"Bila kamu berdoa & memohon sesuatu kpd Allah 
maka mohonlah dgn penuh keyakinan bahwa do'amu akan terkabul."
(HR Ahmad)


Sabtu, 28 Julai 2012

Pakcik

8 bulan 
1 minggu 
5 hari
7 Ramadhan 1433H


Memories. Just for rememberance n self-note

Jumaat, 27 Julai 2012

....

she looks so strong standing there and smiling , little do they know ... last night she cried herself to sleep.

Nak sedondon katanya

Cantik?

Mak kata cantik. Tapi macam ada yang tak kena pada mata aku. Mungkin belum jadi baju lagi kot. Aku nak merah, baru sedondon. Apa motif beli warna tak sama kalau tak mahu bagi sama-sama jadi boria masa openhouse kompleks nanti?? Verangan saja makcik ini tau.

Nak buat baju apa ni?? Baju kurung pahang lagi?



*Thank you pakcik.

Khamis, 26 Julai 2012

Trust issues

Life is hard when u think everything is about u. The truth is, no matter who u are, it's not always about u
Never lie to someone who trusts you. Never trust someone who lies to you. Nobody can tell the truth, without hurting a person or two. Nobody can tell a lie, without wondering why. -Marieke




- Chubby tipu pakcik, pakcik tipu mama. SAMA je


Isnin, 23 Julai 2012

Sampai juga parcel yang entah dari mana


Rasanya benda ini dah sampai ke pejabat masa aku pergi bercuti hari itu. Janji, dalam keadaan baik lagi. Puas hati rasanya tengok 20" monitor, selama ni pakai paling besar pun monitor14". Tak apa, balik nanti baru setup. On the way menanti CPU custom made pula.

Seronoknya hidup apabila semua benda "dihujung jari". Tekan sana tekan sini, bungkusan sampai rumah/pejabat.

*cuma nak cari suami saja tak boleh cari cara online rambang. Hmmm


Selasa, 17 Julai 2012

Merentasi sempadan sebelum bulan Ramadhan


Sekejap je pun sebenarnya. Lalalala

Walaupun flight sedikit delayed, tapi kami berjaya menaiki AK804.

Awan sedikit mendung. Mesti ada turbulence.

Semoga perjalanan kami direstui dan dirahmati tuhan. Amin.

Nak tutup roaming, kang masak kena charge melampau.

Adoi la, tetiba sakit perut...

Bye.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 13 Julai 2012

Persediaan diri tinggal tiga hari lagi

Harap-harap plan dari awal tahun sekian lama termakbul juga.
Harap-harap pada tarikh tersebut aku masih sempat bernafas untuk terbang melihat bumi Allah. Ecehh... macam jauh je nak terbang. Huhu.

Insyaallah.

Last year aku berkesempatan bercuti di Bali. Tapi... macam agak susah nak bersolat. Ok, to be frank tak berapa nak ambil tahu. Betapa tak bersedia dan kurangnya ilmu aku pada masa tu. Tak tahu kiblat di mana, azan pun tak kedengaran, nak solat jam berapa, semua tak tahu. 

Berbekal sedikit info yang aku google, aku merasakan website ini terbaik buat setakat ini untuk kita jadikan panduan waktu sembahyang, arah kiblat dan lain-lain. Aku nak share dengan semua. Ke... aku yang baru tau ni??

Ada darjah kiblat untuk setiap negara. Ada macam-macam informasi dalam laman web tu. Tapi sahih tak sahih wallahualam. Walaubagaiamanpun aku jadikan web ni sebagai guideline untuk bersolat di luar negara nanti..


Dah siap gugel waktu solat di sana. Kalau ikut kiraan jam beza sana dan sini dalam satu jam. Kita dah pukul 10malam mereka baru pukul 9malam. :) Kena study solat jamak qasar pula nanti.

Ada lagi satu nak share.


Tahu apa ini? Pinky.

Ini ialah sarung underwater untuk compact camera aku nanti. Beli kat Lelong website. Bila beli barang murah don't expect kualiti dia sebagus harga yang beribu kan? Cuba jaya je ni, kalau masuk air jugak time snorkeling nanti bye bye la Samsung SH100 aku tu.

3 hari lagi. Aku harap segalanya mengikut apa yang di plan. Insyaallah.

Khamis, 12 Julai 2012

Dah nak raya dah kita ye?

Lambakan baju kurung, kebaya, kebarung, kurung moden dan bermacam lagi di kedai-kedai pakaian buat aku rambang mata nak membeli. Nafsu oh nafsu...

Dah fikir tahun ini nak pakai warna apa?

Tema keluarga di JB untuk tahun ini tak pasti tapi macam warna purple, tapi aku tengah sibuk cari warna merah menyala. Nak bagi sedondon dengan pakcik katanya...

Baju kurung sekarang banyak yang transperant. Malas sungguh nak pakai inner.


Time lunch tadi sibuk merayau masuk kedai-kedai baju ready made ni. Butik tak semegah mana, baju mahal nak mampus.

Dari dulu lagi aku berminat dengan baju kurung potongan kurung pahang bercekak musang. Unik.

Mari menge-test. Try baju tak semestinya kena beli kan??


Lawa tak merah ni? Tapi kain tu bukan pasangan dia. Saja testing. Sarung terus, malas nak tukar baju.


Aku suka maxi/ jubah macam ni, tapi bila body katek dan plum begini sarung maxi dari jenis kain lycra terus nampak boyot macam mengandung 4 bulan. Haish... Buntot pun tak naik. Nampak flat. Yang naik tang perut. Owhh tidak!!

Kena kurus. Kena kurus. Kena kurus. Kena kurus. Banyak baju tak muat dah. Tapi bila orang ajak makan, sapedek semacam. Adehhh...


Burrppp! Kenyang alhamdullilah. Ikan siakap tiga rasa, sup ekor, telur dadar dan kailan goreng untuk berbuka hari ini.


Ahad, 1 Julai 2012

Cukup setengah tahun tanpa dia secara TOTAL




Tadi, dua kali terdengar lagu ini di radio.

Bila terdengar balik lagu ni aku jadi sebak. Semua dah berakhir. Aku dah mula untuk terima hakikat jodoh tak sampai. 


Dulu masa kerap berkaraoke dengan dia, aku suka sangat bawa lagu ni walaupun tak sampai. Haha... Konon-konon nak bagi mesej tersirat, aku nak kan jawapan. Tak lama kemudian dia pun pergi membawa diri ke kampung halaman untuk mencari perubahan which is the main reason for us to break up. I don't believe in long distance relationship.


"Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti"

Then... I start to mingle around. Flirt. Minor flirt. I enjoy it and it became habit. And him, tak ada juga jawapan. Berterusan main tarik tali. Sampai it shattered both of us punya feeling. Hati saya juga dah rosak.


Flirt. Most of the reason juga, why I cannot stay long in certain relationship. Sebab aku tak suka sesebuah perhubungan yang mengambil masa berbulan-bulan untuk strike. Serik. "Flirt" kalau ikut bahasa kamusnya ialah behave as though attracted to or trying to attract someone, but without serious intention.
Sebab apa??
For killing time only.

But what happen is, that kind of thing (flirt) tak ada lelaki pun dapat terima terutama yang tradisional sangat ni. Maka keraplah aku mendapat cacian dan hinaan serta ungkit mengungkit yang tak berkesudahan.

Kata orang apabila cacian dan makian sudah menjadi amalan harian, hati akan bertambah keras untuk menerima teguran. Hati aku dah berbalut dengan ego dan dendam.

"Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu"  

That's how I ended my relationship plus I really can't trust man anymore. Main-main lebih.

And recently, thought of sharing love with a married man could save my life, tapi tak... hal yang serupa juga terjadi. Penuh dengan kepuraan. Boys will be boys. Biarlah dimata dia aku saja yang bersalah kerana tidak jujur. Sebab dia tak kan faham apa yang pernah aku lalui.

"No relationship is worth hiding. If you have to hide your relationship to be happy... it’s not worth having"

Untuk menjadi no 2, aku mesti kuat dari segi mental. Tak boleh cemburu membabi buta. Tak boleh demand masa berjam-jam seperti couple normal used to do. Semua kena sorok. Tak boleh itu ini dan menyebabkan aku terasa macam perempuan simpanan yang haknya tidak begitu dipandang. 

Seorang pembunuh dan penzina juga mempunyai hak di mata Allah,siapakah kita sehingga terlalu taksub menilai keburukan orang lain? Hakikatnya kita juga selemah-lemah hamba Allah juga  
Aku pantang bila lelaki mengungkit. Sangat pantang. Ego menyebabkan aku nekad untuk melepaskan rasa sayang terhadap individu tersebut.

I'm free now.

Before I ended my writing... Jealousy and insecurities destroy relationships... before they even begin.

Aku simpan tweet menghina lagi mengaibkan itu sebagai wallpaper. Comelkan? Hari-hari aku akan baca dan terus membenci kau.

Buat dia yang dah sangat jauh dari aku sekarang ini, memang aku sedang mencuba untuk tidak berdendam dan membenci kamu. Enam bulan bersih tiada sebarang perhubungan dari kamu. Bersih. Harap-harap takdir juga tak kan begitu kejam untuk menemukan kita semula.

Kalau aku nak bahagia, aku kena korban banyak perkara yang menggembirakan aku. Tapi kalau sebab nak tunduk pada seorang manusia yang bersifat mendominasi tanpa cuba untuk menyelami dan memahami perasaan aku, aku rela hidup dalam bahana.

   

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...