Cari Blog Ini

Khamis, 30 Ogos 2012

No card - no piece of cake - no gift


Tak ada penghargaan. Itu saja yang boleh aku katakan...

*Driving in a jam from JB, tak adalah jam sangat but the traffic slow. But still I make an effort to see him eventhough I really damn tired. Whole day travelling.

*Kiss on the cheek. Ye lah, where got time to search for card or present after a week Cuti Raya. Pfftt!

*I played a Birthday song using piano apps, walaupun cacamerba at least it showed that I knew and I remembered his birthday, bagilah muka sikit.


Kelmarin malam, main-main dgn apps drawing I attempted to draw a simple card with a motion. Tak sempat nak tunjuk motion tu kat dia dah kena marah, kena kutuk, kena macam-macam.

Hurmm... Bahana. Perfectionist boleh membunuh aku. Aku yang silap, aku yang salah. Ralat sangat. Slip sikit terus dapat tuba. Payahlah nak tengok future dengan dia. Memang no future at all..

Dah...dah lah tu. Nak mula langkah baru, tak mahu menoleh ke belakang lagi. Bye.


Sent from Samsung Galaxy Note

Dulu... Dan hakikat...

I made this painting with 'Paint Joy' on my Android phone:-)


Gitu signature nya...


Kepala sengal, mata ngantuk, badan dah letih tapi fikiran tak tenang maka terhasillah lukisan ala Pablo Picssso. Dekat 15tahun tak melukis.
Kena bergiat semula....


*entry semalam yang tak sempat nak post semalam....

Word of the day - JIJIK


Selasa, 28 Ogos 2012

Hari raya dan harijadi mak

Benda-benda yang tak plan ni sbenarnya menarik. Sangat mengujakan.

Kebetulan my sepupu dari Port Dickson turun berjalan ke JB dan kebetulan aku dan adik aku ada misi ber-shopping di Taman U maka terbelilah kek harijadi mak. Birthday dia jatuh pada bulan puasa, anak-anak tak ramai yang boleh balik masa itu.

Mak fussy sikit pasal kek, yang tak ada tanda halal tak mahu makan. Jadi beli kek coklat di Season. Walaupun tak ada big celebration, aku pun tak ada masak-masak bagai, berkumpul macam ini sangat mengembirakan.

See, main suap-suap gitu. Reaksi muka abah bila jari dia kena gigit. Haha!

Eh, nanti seminit. Malam itu kami makan nasi ayam penyet Bibik yang sambal dia pedas menyala. Ada ke perkataan pedas menyala???

Up gambar yang ada dalam HP dulu.

Later. XoXo





My great companion

But i feel sorry for you since you have a bad owner.



True color...

Yeah! Bravo!

At last telahan aku itu betul. Banyak ragam manusia ciptaan tuhan ni.

Lelaki memang dicipta untuk bersifat tamak dan mendominasi. Bukan setakat itu, kalau bab perempuan pun tak pernah cukup satu.

Depan yang halal di rumah tu pijak semut pun tak mati. Jaga hati dan perasaan katanya.
Haih... Hebat di dunialah nampaknya. Selagi boleh aniaya orang dengan kehebatan duit, pangkat dan kuasa...

Silakan... Aku dah tahu sangat taktik murahan kau tu.

Put all the blame on me. Tuduh sana sini. Dah abih modal nak kenakan aku. Ungkit segala macam yang ada.

Terima kasih. Letih dah.

Buang masa... Bosan!

Khamis, 16 Ogos 2012

Sakit hati jua

Ingatkan bulan puasa boleh control emosi, tak mahu marah-marah. Tapi bila ada jenis manusia tak tahu nak respek orang yang berpangkat bawahan, langgar hak peribadi seseorang itu - mampukah untuk terus bersabar dan buat-buat kool?


Bangsat!


Janganlah melangkah jauh dari garisan yang dibenarkan. Aku manusia biasa. Manusia yang ada rasa.

Fuh! tinggal 2 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Sabar Syima, sabar. Susah deal dengan orang tak makan ajar. Hak dia tak boleh kacau, hak orang dia bantai semacam.

Pfft!


Rabu, 15 Ogos 2012

Tinggal 12 jam untuk kenyang dengan RM1

Hari ini nak jadi juruhebah tak bertauliah untuk Abang Burn. Kenal Abang Burn tak? Dia bukan gitaris mana-mana kumpulan rock, bukan penyair, bukan juga finalis Imam muda.

Rugi korang kalau tak kenal.

Jangan berlengah, cepat-cepat plan ke Taman Dagang punya area malam ni sebab Abang Burn buat amal jariah offer burger bakar cuma RM1. Gerai burger mana berani offer Burger Beef Cheese RM1??


Okey, jangan nak order lain. BURGER BAKAR BEEF CHEESE saja. Tapi satu orang satu burger. Tapi kalau pandai undercover try la pakai wig, mana tahu dapat lagi sebiji burger lagi. Ingat ye, offer cuma dua jam saja, berakhir pada 12.00 tengah malam. 

Nasib rumah aku jauh, kalau rumah area Ampang ke, PJ ke, memang aku terjah pergi sana. Siapa-siapa yang pergi makan di sana, tolonglah makan untuk aku ye?? Sob....


Isnin, 13 Ogos 2012

Pain


You know what hurts the most? The fact that i can't say i lost you, because apparently I never had you.



Status single - tak pening kepala

True or not?


JANGAN PERNAH MENYESAL MENGENALI SESEORANG KERANA SEORANG YANG BAIK AKAN MEMBAHAGIAKAN,YANG TIDAK BAIK ADALAH PENGALAMAN,YANG TERBURUK MEMBERI PENGAJARAN DAN YANG TERBAIK INGAT SEBAGAI KENANGAN.. =)




*source Facebook shared



Pengacara Imam Muda dengan Ustazah Pilihan

*Tukang ambil gambar parkinson
Lawatan yang tak disangka ke pejabat, ingatkan rombongan para Imam Muda Musim Ke 3 datang sekali, rupanya ahli keluarga ustaz sahaja.

Aku perasan aku selisih dengan seorang lelaki berjubah di toilet tadi, tak sangkalah ustaz ni sampai ke sini.

Hew... hew... hew...

Haruslah bergambar beramai-ramai. Kami kunun-kunun peserta ustazah pilihan gitu. LOL!

By the way, mereka ke sini sebab ada TTPM hearing, tak tahulah kes apa. Semoga pihak yang benar sentiasa dilindungi.


:')

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 12 Ogos 2012

Agenda 24 Ramadhan 1433: Malam ni juzuk ke 30

Kawan-kawan baru tapi tak ingat nama
A gift from HAWA
Moreh malam ni ialah nasi impit kuah kacang.
Maaf, gambar tak menepati topik.
Nasi Dagang untuk Iftar tadi. Nyums!

Dah khatam untuk sekali lagi.... Alhamdulillah.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 9 Ogos 2012

Iklan raya Bernas 2012, buat orang nangis




Nak termenangis tengok iklan raya tahun ni. Haaa.... memang menangis pun.

Bersyukurlah kita yang dianugerahkan pancaindera yang lengkap.

Yang masih mempunyai ibubapa, hargailah.



Rabu, 8 Ogos 2012

Agenda 18 Ramadhan 1433

Alhamdullilah, rezeki untuk hari ini
Surah Sad'
Lengang

Ramai dah balik.
Hmmm... Moreh malam ini sangat terbaik, mee goreng sedap. Habislah dietku...


Isnin, 6 Ogos 2012

Agenda 16 Ramadhan 1433 : Saya nak setiap hari adalah hari ini, boleh?

Aku rasa gembira sangat. Jarang ada perasaan yang sangat mengembirakan macam ini.
Dari pagi tadi sampai malam, setiap pergerakan seolah dipermudahkan. Alhamdullilah.

Maaflah, entry kali ini bukan hendak menunjuk-nunjuk, cuma nak share betapa bestnya feeling dikala ini.


Kebetulan semalam masa pergi solat terawih, terbaca satu memo. Dan kebetulan cuti 3 hari (Sabtu, Ahad, Isnin) yang sepatutnya aku balik JB, aku masih berada di sini - kerja. Why not give a try? Perkara yang sangat rare dalam hidup aku. Aku tak pernah solat Dhuha, tak pernah buat solat Tasbih, dan tak pernah bertadarus di masjid. Terukkan??

So aku nekad buang rasa malu, kalau tidak sampai bila pun tak belajar.



Cerita pagi tadi.
Seawal 8.30 pagi aku dah berada di perkarangan masjid. Tengok ramai perempuan-perempuan muda dan veteran menunggu di tangga masjid. Betullah kot, program Ihya' Ramadhan yang aku tengok semalam. I just sat with them lepas salam-salam, aku tanya soalan sikit, 

"Register kat mana makcik?"
"Ni haa... tengah tunggu ustaz. Tak sampai-sampai lagi"

Okay. Adakah makcik ini menjawab soalan?? Lepas itu ustaz pun sampai. Kami disuruh masuk ke dewan macam pejabat kecil di situ. Makcik yang duduk sebelah kiri aku ni asyik nak bersembang saja. Dia cerita pasal dia dapat duit raya sumbangan dari UMNO sebab dia ibu tunggal sekarang. Aku toleh kanan, ada seorang adik dalam umur awal 20an. Aku tanya dia, kenapa kita di sini. Budak itu dengan cerdiknya cakap tak tahu. Aku cool lagi. 

Seorang demi seorang nama dipanggil, aku jadi pelik. Aku tak register lagi. Tapi kenapa kena sebut nama seorang-seorang? 

Dang! Baru aku tahu itu grup ibu-ibu tunggal dan anak-anak asnaf yang nak terima sumbangan dari pihak masjid. Aku dengan control ayunya pura-pura minta izin nak ke tandas. 
*makcik amat malu sebab salah occassion hokay!!!*



30 minit dah terlepas tazkirah. Ustazah tengah menyampaikan tazkirah tentang Al Quran. Membaca satu huruf dalam Al Quran, 10 pahala tuhan bagi. Hebat. Dalam sehelai mukasurat ada berapa huruf? Ruginya tak rajin membaca. Ustazah ingatkan kita supaya perbanyakkan zikir. Zikir dan selawat yang akan membantu kita pada hari akhirat nanti. Bila di dunia kita kerap selawat dan ingat Nabi Muhammad, bagindalah yang akan bantu memimpin kita melalui titian siratul mustaqim. Ilmu ini bukan boleh jadi memori kekal kalau tak diamalkan betul tak?

Indah juga interior masjid Kuala Selangor
Lepas buat solat Dhuha, kita solat sunat Tasbih. Pertama kali buat, aku rasa menggeletar lutut menahan lenguh. Sebab tak pernah mendapat pendedahan awal tentang solat-solat sunat ni kan? Terkejut sikitlah. Itu baru baca 300 kali Tasbih, Tahmid dan Takbir. Kalau setiap pergerakkan solat kena baca 25 kali ayat Kursi? Mak cakap kalau baca ayat Kursi solat sunat ini akan selesai selepas 2 jam. Tapi semua itu ibadah yang menjanjikan pahala dan ada keistimewaan masing-masing. -Cewah, jadi ostajah Simah pula aku.... Aku tersentuh sangat hati bila Ustazah yang mengimamkan kami pagi tadi membaca doa selepas solat. Sedih. Nangis sampai tak sedar dah keluar jelly kat hidung. Mujur bawa towel kecil.

Tibalah masa bertadarus. Aku sangat malu nak mengeluarkan suara untuk membaca Quran depan orang. (kalau karaoke boleh pula hilang malu walaupun suara tak sampai note) Sebab bacaan aku masih boleh dikira "merangkak". Bacaan aku tak lancar, dengan tajwid yang tunggang langgang, tak ada lenggong taranum macam penyemak-penyemak lain. Tapi alhamdullilah sangat, aku belum buta Al Quran. Syukur, tuhan belum tarik nikmat mengenal huruf-huruf dalam Al Quran. Walaupun lambat, tapi aku berjaya habiskan 1 juz. Dah khatam untuk tahun ini. Alhamdullilah lagi...

So, I made some friends. Of course bukan baya-baya aku. Dah baya-baya mak aku. Aku nak cari kawan yang boleh mengajar aku mengaji. Tapi kelas mengaji mereka buat time waktu kerja. How lah??
Sesudah berjemaah Zohor, aku balik rumah dengan rasa satu kepuasan tidak terhingga.

Pukul 3 pengsan sampai tahu-tahu dah 6.30ptg. Makruh puasa ku.

Terawih.
Malam ke 16 Ramadhan. Kena lipat gandakan lagi perkara-perkara dan perbuatan yang baik. Dan hari ni, aku cuba buat sampai rakaat yang maksimum. Tak letih pun. Impressive! Lepas selesai solat, tengok makcik-makcik sibuk mengusung rehal dan Al Quran. Dan sekali lagi aku selamba approach makcik-makcik itu untuk join. Mengaji merangkak slow macam kura-kura belakang kira, janji nak dapatkan experience. Nak belajar tak boleh malu. Ingat!

Grup cikgu-cekgi.
Yeay, aku dapat kawan lagi. Cikgu semua. Dulu aku ban cikgu-cikgu ni, sebab... tak de sebab. Patutlah tengah-tengah baca Quran, boleh siasat aku ni anak siapa, duduk mana, kerja mana, dah kawin ke belum. Semua nak ditanya.Semua tu cikgu veteran, muda sikit dari mak aku. Dah pangkat mak-mak tapi kena panggil kakak. Tak kisahlah. Mungkin airmuka aku pun nampak dah tua juga.

Kejap lagi mereka ajak untuk join kuliah Subuh sempena ceramah perdana - Nuzul Quran dan berbuka seterusnya berjemaah Maghrib bersama. Boleh ke ni??

Kita cuba okey? Doakan kepada semangat cik Syima. Tapi sekarang pun dah nak pukul 3am. Hmmm...
Bye, mahu tidur dengan seronoknya...


Jumaat, 3 Ogos 2012

Bila pakcik tengah baik hati


Ruang tengah rumahku tiada kipas, maklumlah rumah setinggan. Tahun 2007 dulu dah punggah stor rumah Putrajaya bawa kipas dinding kononnya nak pasang, sampai ke sudah tak pasang-pasang.

Dasar suka pending kerja.

So, walaupun ada meja makan di situ, aku jarang lepak situ kerana kepanasan. Maka sempena Ramadhan mubarak ini tetiba pakcik buat surprise belikan kipas berdiri satu untuk rumah ini. Bukan tak berkemampuan nak beli sendiri, tapi memikirkan debaran bakal dipindah randahkan membuatkan aku mati akal, tak mahu men-shopping apa-apa barang lagi.

Pakcik oh pakcik, semoga ehsan pakcik buat saya dibalas dengan kemuliaan dan dimurahkan rezeki. Amin.
Thank you pakcik agamku.

*Cerita beli kipas pun nak up entry. Teruk aku ni kan?? Ke-poyo-an. LOL!

Khamis, 2 Ogos 2012

Kenang-kenangan

Makin lama kita kenal seseorang tu...makin banyak dugaannya...makin bertambah kenangan bersama dia...dan makin susah untuk melepaskannya...apatah lagi untuk melupakannya...


kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah.. 
kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah.. 
tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.. 


hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.. 
andainya hadir cinta sekadar untuk mengecewakan.. 
lebih baik cinta itu x pernah hadir.. 


kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.. 
masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.. 
hidup ini indah jika tahu menghargai.. 
tapi amat sakit jika melaluinya sambil lewa.. 

sumber dari email.




Cewahh! Berfalsampah pula kita pepagi ini. Tapi syukur pada tuhan sebab memberi peluang untuk bersama dan merasai layanan seorang kawan. Biarpun cuma 8 bulan. Banyak pengalaman dan pengajaran.

Hidup tetap perlu diteruskan.

 

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...