Cari Blog Ini

Selasa, 26 Februari 2013

Harlem Shake pengganti Gangnam Style

Jahanam... jahanam...
Aku dah tak reti nak valuekan hiburan. Makin tak faham. Lepas fenomena Gangnam Style sekarang keluar pula Harlem Shake. Terbantut nafsu nak mengemas rumah kerana gigih nak mencari info tentang kegilaan baru ini.

Aku ingatkan menatang apa - nama penulis ke, blogger ke, penari bogel ke... rupanya sejenis tarian. Sumpah annoyed!

Yes tarian okey. Tarian ini dah wujud pada tahun 1981 di New York. Aku pun belum lahir lagi. Tarian ini ialah bunga-bunga tarian "Eskista" - sila check dalam Youtube.

Siapa-siapa pun boleh menari. Pergerakan adalah bebas bukan seperti Gangnam Style yang macam naik kuda itu. Ini tarian orang mabuk dos tinggi. Sila cuba try.

Pada awalnya dalam video, mana-mana video yang aku tengok mesti ada seorang yang selalunya bertopeng/ bertutup muka naik sheikh- sorang-sorang. Tak ada siapa hirau. Lepas itu beberapa second semua join jadi bangang.


Lain-lain fakta carilah sendiri, boleh macam itu?



Sumber dari :- wikipedia dan google

Ahad, 10 Februari 2013

Jauhnya kita terpisah pakcik oii!

Mula la nak bersyahdu. Rasa sayu betul. Dahlah tak berpeluang nak menghantar dia ke KLIA.

Mujurlah tadi pakcik call. Sebelum departure jam 3pm tadi. Walaupun tak sempat nak buat penggulungan ucapan akhir kerana kredit public phone telah habis, tapi rasa lega sebab sebelum pemergian pakcik dapat dengar suara dia dulu.


Jarak kita 10,787km pakcik sayang. Sob.
Saya berdoa supaya pakcik dan grup selamat pergi dan selamat pulang. Beribadatlah bersungguh-sungguh. Gunakan peluang ini untuk doakan masa depan kita, (kalau ada). Saya ni bila nak dapat peluang sebegitu.

Tak apa. Dua minggu saja. Sekejap saja tu.


Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...