Cari Blog Ini

Khamis, 12 September 2013

Checklist Kahwin

Rupanya susah nak kahwin ni. Macam-macam nak kena fikir, macam-macam nak kena bayar. Tetiba ada suara halus  kedengaran, "Aku yang nak kahwin kenapa aku kena berhempas pulas mencari duit nak puaskan hati orang??" Dan tiba-tiba rasa nak marah dan tak ikhlas. Haha. Tapi lepas mengambil kira nak jaga air muka parent, aku akur jua...

Ini sebagai guideline. Tak ikut pun tak apa. Aku pun dah tinggal berapa bulan je lagi. Apa pun tak buat.

Betul ke aku nak kahwin?

Lama aku mendiamkan diri. Membiarkan blog ini keusangan. Peningkatan umur dan perubahan hormon membuatkan aku makin malas untuk berkongsi cerita dengan public.

Eh ye ke? Aku lebih teruja berkongsi cerita di alam Instagram.

Ok, berbalik kepada tajuk posting kali ini. Yes, aku akan berkahwin. (Seriously??)
Sebenarnya sampai sekarang aku masih belum percaya dengan keputusan yang aku buat ini. Betul ke??

Sebenarnya isu kahwin ni dibincangkan secara serious seminggu sebelum Aidilfitri. Keputusan yang tiba-tiba. Tapi keputusan ini belum dapat persetujuan parent aku. Rasa nervous nak bagitahu. Malu kot. Hahaha (ketawa gatal). Tapi aku dah hint-hint pada adik-adik perempuan aku. Ingat nanti balik cuti raya baru bercerita dengan mak. Mak dulu ok??

Bismillah...

update on: 20/8/2013
 

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...