Cari Blog Ini

Jumaat, 28 Mac 2014

Horny-moon??

Hai korang!!

I'm going for my honeymoon in two days. Eh not really a horny-moon la kan? Planning a year ago with some friends. Tapi tak sure jadi ikut ke tak mereka ni.Sunyi sepi je mereka ni. Hari tu bunyi-bunyi macam mereka tak nak kacau daun pengantin baru nak honeymoon. Ececeh.

Pada mulanya masa book this ticket tak tahu langsung I akan kawin tahun ni, tak sangka planning tuhan kan?


Ticket kami berdua agak mahal berbanding dengan blog yang I baca sebelum ni. Return ticket ke Phuket I dapat dalam RM66/person tapi lepas campur airport tax, fuel charge dan credit card, jadi RM458. Which mean RM229/person.

Last week, seem my En. Isdin first time nak merasa travel luar negara (asean country je pun) so I belikan meal dalam flight tu, walaupun perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam. Disebabkan masa balik dari Phuket nanti ter-shopping banyak souvenir, I beli extra 20kg bagasi which cost me RM44. Memang la kami pergi gamble backpack je, manalah tahu tetiba terborong banyak tshirt I Love Phuket tu kan? Hihihi

Tadi masa nak check in, I called En. Isdin, tanya perlu ke tak perlu insurans. Selama ni tak pernah sekali pun beli insuran mereka (Airasia Insure). Tapi memandangkan dalam 2 minggu ni berbagai cerita mengenai flight MH370 dan Malindo Air maka ku gagahkan jua membayar RM46 untuk insurans kami berdua. We never know what happen next kan? Tapi RM46 tu boleh belanja 4 x McD lunch saver tu.

Merujuk kepada beberapa blog, kalau kita check in serentak mudah-mudahan dapat seat sebelah-sebelah. Tapi kau takkan dapatlah tepi tingkap dorang. Flight ke sana kami check in sekali dapat la duduk sebelah menyebelah. MALANGnya... time nak balik nanti, my seat nun jauh di depan dia di belakang. Dah beli meal kat atas tu konon nak share-share, kalau dah jauh tempat duduknya camana nak share kan? Terpaksa bayar lagi untuk seat. Pfftt... bijak betul Airasia buat duit. Total kerugian RM604.

Well, negara Thailand sedang bergolak sekarang. Ada yang buat muka cuak dan berpesan, be safe, hati-hati tempat orang. Dah tu dikelilingi laut Andaman dan laut India. Takut juga kan? Tapi itu semua ketentuan Tuhan. Kena percaya qada dan qada Tuhan. Korang-korang yang baik hati tolong doakan kami selamat pergi dan balik bersama baby Phuket ye??

Bye!

Selasa, 25 Mac 2014

Innalilah.. #MH370

Sedih tak terkata. 
Tak dapat dibayangkan perasaan ahli keluarga penumpang dan krew MH370. 


Sebak.
Innalillahiwa innalillah hirojiun

Selasa, 11 Mac 2014

Topup burn

Peringatan untuk diri sendiri. Kalau dah pakai prepaid dan kredit balace banyak lagi sila buat topup sharing terlebih dahulu sebelum bertukar ke telco lain.

Sedihnya RM32.86 burn begitu sahaja.

Last 2 days I buat keputusan untuk tidak lagi menggunakan Maxis yang slow dan bertukar kepada UMobile yang murah itu. I terus tarik Isdin ke kaunter UMobile untuk tukar nombor pair kami. Siap isi borang then lelaki cina tu cakap dalam masa 24jam simcard baru UMobile ni dah boleh guna. En. Isdin cakap habiskan kredit cepat nanti rugi je. Macam biasa I melengah-lengahkan perkara itu dengan harapan nanti bila call customer service Maxis, mereka akan refund kredit tersebut.

Mula-mula sms masuk "We acknowledge your request to move. Thank you for being with Maxis and we hope to serve you again in the future. For further queries, please call 1800 821 123" Tapi I dengan bijaknya tak terus call.

Just now I called customer service Maxis - 1300 820 120 (credit refund). Spoke to Anita. Dia cakap once dah tukar telco all your credit balance forfeited. Melainkan sebelum tukar simcard kamu call customer service and they will assist you for topup sharing.

Damn! Padan muka I. Dan En. Isdin pun tak mahu cakap apa-apa lagi. Wuwuwuwu duit... :s walaupun sikit tapi duit tetap duit.


Selasa, 4 Mac 2014

Ahad, 2 Mac 2014

Dengan sekali lafaz, saya ialah Puan Syima


 

Yeay! Dah jadi isteri orang. Tak kan isteri beruk kot.

Ni video unofficial dari sepupu. Hebak suami saya kan? Sekali lafaz je. Tak tau lah berapa kali dok hafal skrip.

Hehe... nanti cerita lagi. #010314 #syimaisdinwedding

Bye!


*entri backdated

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...