Cari Blog Ini

Jumaat, 29 Ogos 2014

Pokok atau tanaman dalam rumah

Sejak feeling-feeling nak duduk rumah sendiri ni selalu browse internet cara- cara deko rumah, Interior dan exterior. Gigih tak? Ada kawan di pejabat ni, hobi dia tanam pokok bunga ros jepun atau pukul 10. Ada masa je sibuk patah-patahkan batang bunga tu kemudian tanam semula. Senang bela kata dia.

Teringin juga nak main tanam-tanam bunga ni, tapi itu lah kerajinan ditahap yang tidak memberangsangkan. Kena selalu siram, kena selalu grooming pokok bunga tu, bubuh baja. Macam banyak kerja. 

Ada website tentang rumah yang menerangkan antara pokok, tumbuhan yang boleh dijaga di dalam rumah tanpa perlu cahaya matahari yang banyak. Tumbuhan-tumbuhan ini membantu menjaga kesegaran (air puryfiying) udara dalam rumah. Di bawah ialah antara pokok-pokok yang biasa di tanam dalam rumah mengikut kajian pada 1980an dulu.

Saya kopipes je ni. Malas pulak nak tukar bahasa. Pokok-pokok yang ada dibawah ni ada yang saya tak tahu namanya dalam bahasa melayu. Kalau sesiapa tahu tolong tinggal komen ye?



ARECA PALM
 Nama Sainstifik:
Chrysalidocarpus Lutescens
Removes:
* All tested indoor air toxins.
Benefits:
* Very popular and easy to care for plant.
* Leaves have a gracious flow that will soften the energy of any home or office space



BAMBOO PALM
Nama Sainstifik:
Chamaedorea Seifrizii
Removes:
* Benzene.
* Trichloroethylene.
* Formaldehyde.
Benefits:
* Adds a peaceful, tropical feeling to any environment.
* Most resistant to insect infestation.



BOSTON FERN
Nama Sainstifik:
Nephrolepis Exaltata "Bostoniensis"
Removes:
* Most pollutants, especially formaldehyde.
Benefits:
* Beautiful and lush, a favorite for any home or office.
* It does require attention in order to thrive.



DRACAENA JANET CRAIG
 
Nama Sainstifik:
Dracaena Deremensis Janet Craig
Removes:
* Most pollutants, especially trichloroethylene.
Benefits:
* Attractive plant, easy to grow in very little light.
* Best in Dracaenas family for removing home or office chemical toxins



DWARF DATE PALM
Nama Sainstifik:
Phoenix Roebelenii
Removes:
* Most pollutants, especially xylene.
Benefits:
* A slow grower that can reach a height of about 5 to 6 feet.
* Can tolerate low levels of light.


ENGLISH IVY 

Nama Sainstifik:
Hedera Helix
Removes:
* Most pollutants, especially formaldehyde.
Benefits:
* Another hardy, very popular plant, often used in public spaces.
* Easy to grow, very adaptable, except for high temperatures



FICUS ALII
Nama Sainstifik:
Ficus Macleilandii "Alii"
Removes:
* Most pollutants, especially formaldehyde.
Benefits:
* Easier to care for than the Ficus Benjamina, can loose some leaves while adjusting to a new space.
* There are 3 types of Ficus Alii: the standard tree, the bush and the braids (several entwined trunks.)



LADY PALM
 
 Nama Sainstifik:Rhapis Excelsa
Removes:
* Most indoor pollutants.
Benefits:
* One of the best plants to improve the indoor air quality.
* Very popular and easy to care for.



PEACE LILY
Nama Sainstifik:
Spathiphyllum sp.
Removes:
* Alcohols and acetone.
* Trichloroethylene.
* Benzene and Formaldehyde.
Benefits:
* Beautiful plant with gentle white flowers, easy to care for.
* Strong and peaceful energy.



RUBBER PLANT
Nama Sainstifik:
Ficus Robusta
Removes:
* Semua pencemaran, especially gas toksin formaldehyde.
Benefits:
* Will survive in dim light and tolerate cool temperatures.
* Excellent ability to remove toxins from any indoor environment.



Tanamlah pokok selain memberi oksigen pada kita, boleh menyerikan rumah kita sama. Kan?

Kredit http://fengshui.about.com/

Jumaat, 8 Ogos 2014

Pengalaman online shopping (blazer plussize) di Qoo10.my

Cantik tak??
sumber Qoo10.my
Dah lama mengidam nak pakai blazer. Malangnya blazer untuk awek berdada dan berbadan agam macam aku ni susah nak jumpa. Kalau ada pun mesti mahal.

Khamis, 7 Ogos 2014

Ummaland boleh gantikan Facebook?

Assalamualaikum. Hai korang.

Terbaca di blog SiHatiMerahJambu tentang laman sosial baru. Dikatakan ia akan menjadi alternatif facebook kepada umat Islam.

Tadi saya up status di FB tentang Ummaland. Mungkin ramai yang baca dan terus register account. Saya rasa ramai blogger tegar mesti dah tahu awal tentang laman sosial ini. 



Apa yang menarik tentang Ummaland, isi kandungannya berbentuk keagamaan yang menjurus kepada islamik. Ada orang bertanya kepada saya, pemilik Ummaland ini Islam ke? Wallahualam. Saya pun masih terkapai-kapai lagi. Tak baca info lebih detail lagi. 

Yang pasti di situ dia kata social network based on Islamic values.


Kosong lagi. Jangan lupa add saya.
Insyaallah, mungkin dengan laman sosial yang baru ini akan mendekatkan kita dengan kebaikan. Nawaitu yang penting. Saya pun baru je sign up itu pun masih link kan dengan facebook. Baru nak godek-godek isi Ummaland ni. Ada menu tab untuk Zakat, derma dan lain-lain yang paling menarik di menu tab Library yang mana banyak info-info yang telah kawan-kawan kita upload. Banyak lagi yang nak dikaji ni. 

Siapa yang dah register account tu, boleh la add saya nanti melalui email syima.kamal@gmail.com

Create account Ummaland


Jumpa lagi!

Rabu, 6 Ogos 2014

Kad kahwin. Apa jadi selepas kita terima kad kahwin itu?

Melihat kawan sepejabat yang tengah sibuk melekatkan setem di sampul kad jemputan perkahwinan, saya teringat saat saya dan Isdin sibuk-sibuk begitu juga.

Memikirkan hal bilangan jemputan, berapa ramai nak datang, kalau jemput datang ke tak memang sesuatu yang memenatkan. Satu teka teki.

Lima bulan dah berlalu, baru rasa terbuka hati nak buat post mortem tentang cerita kahwin saya. Itu pun mungkin berbulan lagi baru up cerita post mortem yang lain. Mihmihmih

So hari ni nak buat post mortem pasal KAD UNDANGAN PERKAHWINAN (selepas kad sampai kepada penerima)

Dulu masa dapat kad kawin kawan yang ekslusif, tebal, berat, ukiran yang unik saya macam...
"wahhhh... kaya nya depa ni... siap kad keras lagi"
"banyak betul duit allocate untuk kad kahwin. Tempah khas kat Bandung hari tu."
"Dia ni mesti kawin dengan orang besar-besar. Suami bukan calang-calang orang."
"Keluarga dia orang berduit, boleh la..."

Saya pun kumpul dan kumpul dan kumpul  dan kumpul sampai satu masa laci office penuh saya pun BUANG. Ok buang. Saya tak rasa kad-kad jemputan tu penting sehingga memenuhi ruang laci saya. Habislah semua kad-kad kahwin yang berharga RM3-RM12 sekeping itu saya campak ke dalam tong sampah.

Bila saya dan Isdin plan nak berkahwin hari tu saya memang nekad cari kad murah saja. Kalau ikutkan hati nak design sendiri lepas itu fotostat. Tapi kena ingat... air muka mak ayah kena juga kita jaga. Jadi kami memang dah sebulat suara cari kad kahwin yang paling murah dalam dunia tapi masih mengekalkan ciri-ciri kad kahwin yang ada kelas. 

So masa saya mengumumkan dalam FB dan Whatsapp untuk berkahwin dan meminta alamat-alamat untuk diposkan, ramai kawan-kawan yang pm. Tak ramaipun dalam 40-50orang sahaja. Satu sampul setem RM0.60. Disitu sahaja expenses untuk setem dalam RM300. Memang saya mengharapkan kedatangan kawan-kawan saya ni. 

Percaya atau tidak, dalam 50 keping kad yang dihantar cuma 4-5 orang yang tunjukkan muka. Serious frust. Saya bukan mengharapkan mereka datang kena bagi hadiah, saya cuma nak share rasa gembira (akhirnya aku berlaki juga) dengan mereka. Hahaha

Nampak tak permainan di situ? Mungkin 30% ada hal penting yang tak dapat dielakkan. Yang selebihnya saya assume nak tengok kad kawin saya ni cantik ke? Simple sangat ke? Kad kahwin dia ni glamour ke tak? Kad kawin dia ni up to date ke tak? Saya marah sebab kawan-kawan yang tinggal tak sampai 2 marhalah dari tempat saya buat majlis semua tak datang. Sedih tau.

Ada satu insiden seorang auntie ni berhabis sampai RM2000 untuk 300 keping kad undangan perkahwinan anak dia. Itu kira plus dengan goodies bag segala macamlah. Saya rasa macam satu pembaziran. Tapi nak buat macamana, semua orang ada nafsu, semua orang ada keinginan untuk berbuat sesuatu yang different. Semua kad kawin tu diletak dengan diamond, memang blink-blink kad kahwin anaknya.

But at the end, ke tong sampah juga akhirnya. I don't think kad kahwin itu petunjuk kelas seseorang. Betul tak?

Dengan teknologi yang segalanya di hujung jari, saya menjemput ramai kawan-kawan melalu RSVP di Facebook, melalui Whatsapp, Wechat dll. Dan sehingga kini kad kawin saya masih berbaki lebih kurang 100 keping lagi. Haha. Nak buat apa lebihan itu?

Lepas beberapa minggu majlis perkahwinan saya, beberapa kawan lama bising kerana tidak mendapat undangan. Memang saya rasa ralat dan bersalah. Di situ saya mengaku salah saya kerana saya tak betul-betul list down nama jemputan. Memang saya ada buat senarai jemputan tu tapi masih ada beberapa nama yang terlepas pandang. Rasa macam nak buat majlis sekali lagi bila jadi macam ni. 

Satu kes dalam FB, kawan saya tu jarang online FB tapi saya jemput dia melalui RSVP tu lah. Kemudian beberapa minggu tu juga dia call marah saya kenapa tak SMS dia. 

Satu lagi kes saya hari itu, kad dah bagi melalui si polan A awal sebulan dari tarikh majlis. Tapi kad tak sampai pada si polan B sebab si polan A peram (lupa kot) nak sampaikan. Situ pun silap saya juga tak call balik si penerima. Apakan daya, dalam waktu yang menekan begitu dengan nak fikir baju nikah tak siap beading, pelamin tak tau apa cerita, katering tak betul-betul konfem, bergegas booking dewan ke sana ke mari, cari barang untuk goodies bag, bunga telur tak gentel lagi... langsung jadi lupa. Saya rasa majlis kahwin saya ni macam one man show. Saya seorang je yang senak kepala fikir macam-macam. Tipu, mak saya ada membantu. Tapi itu bahana buat majlis di tempat orang.  Nanti saya cerita kalau ada masa. Mihmihmih.


Untuk B2B, nasihat saya 

  • Double check your invitation list. Check setiap pelusuk negeri saudara mara, sahabat handai korang. Dan jangan lupa call untuk tanyakan kad dah sampai ke belum atau mereka sedar atau tidak invitation through FB tu. 
  • Anggaplah 40% dari jemputan korang tu memang tak boleh nak datang. Jangan berharap, nanti keciwa macam saya.
  • Janganlah terlalu overspend untuk kad perkahwinan anda. Orang akan buang. Baik lebihkan pada makanan.


Setuju tak dengan saya? Kalau nak tambah apa-apa silakan ye...

Panasnya hati dengan MyEG!!

Dukacita betul dengan servis MyEG especially branch JOHOR BAHRU!!!

Saya bayar roadtax dan insurans kereta mak saya sebelum minggu raya hari itu 24/7. Saya estimate paling-paling busuk akan sampai pada 31/7 (Khamis) atau 3/8 (Ahad). Kita bagi chancelah depa nak cuti raya. Selalu time saya buat untuk kereta saya dan currier ke Kuala Selangor tak pernah ada masalah. Bayar hari ini, esok atau lusanya dah sampai. Yang ini roadtax & insurance kena currier ke JB. Meaning JB branch la yang akan print out dan hantarkan ke rumah.

Tunggu punya tunggu, tak ada juga.

So semalam saya call customer service MyeG. Perempuan. Saya cakap nak tahu status roadtax tu. Dia cakap penerima roadtax & insurans tu lelaki. Ada dia sebut tapi bunyi jawa sangat. Plus perempuan tu macam blur-blur. Dia akan return call ASAP tapi sampai ke malam tak ada apa-apa lagi.

Pagi ni saya call lagi Myeg. Lelaki pula jawab. Dia kata roadtax baru print semalam pukul 7pm lebih kurang. Wadefak!! Baru nak print? Saya hantar email ke helpdesk mereka pun tak ada feedback. Gerammmmm sangat dah ni!

Dah 10 kali renew roadtax dengan MyEG, 4 kali mesti sangkut dekat JB. Mesti punya. Lembab servis orang Johor ni. Bila call customer servis, mereka akan blame orang branch JB. Itu masalah korang, saya tak nak tahu, yang pelanggan tahu, bila dah bayar kita nak barang yang kita bayar tu.

Jam dah pukul 9.30am, call 07-5582106 (MyEG JB) tak ada siapa jawab. Macam ni kerja korang?

 

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...