Cari Blog Ini

Isnin, 10 November 2014

Jangka hayat barang mekap


Minat pada mekap ni sejak zaman U dulu. Suka membeli tapi tak reti apply. Kadang-kadang beli eyeshadow tu main calit-calit kat tangan je. Nama nak pakai pada muka tak berani. Tak ada keberanian langsung nak bercelak bagai. Memang senang cakap masa sekolah dan zaman belajar dulu sememeh yang dahsyat.


Jumaat, 7 November 2014

Hati-hati dengan ejen penarik kereta Kuala Selangor

Kita semua tahu ejen penarik kereta atau bahasa profesionalnya Ejen Perolehan Semula sinonim dengan gangsterism. Ramai yang berdepan dengan penarik kereta ni tak tahu nak buat apa. Biasalah bila dah kena sergah, memang blank kepala, panic, mati kutu.

Baru-baru ini husband didatangi lelaki yang mengaku penarik kereta dari Ambank.

Sabtu, 1 November 2014

Servis cuci dan kemas rumah

Malu rasanya nak bagitahu yang kita ni pemalas. Tapi itu la hakikat. Ada duit semua jadi. Rumah tunggang langgang macamana pun, kita call je panggil orang datang kemas rumah. Syok tak hidup?

Akaun instagram aku. 
Since ramai kawan-kawan bertanya lepas aku exposed pasal maid harian hari itu, aku rasa baik aku share dengan semua orang. Dulu agak berselindung sebab tak nak orang tau yang aku ni pemalas. Bukan pemalas, tak banyak masa nak mengemas. Gitu ayat cover line.

Aku tak ingat mana aku jumpa En Wan (I never knew his full name). Tapi aku dah pakai perkhidmatan diorang lebih kurang 4 tahun. Mula-mula aku call En Wan ni aku panggil Cik Wan sebab suara dia sangat halus dan bersopan santun. Ingatkan perempuan. Sampailah masa bila dia hantar helper/maid tu ke depan rumah baru aku tahu dia seorang lelaki lembut. Dulu dia hantar helper dengan kancil, sekarang dah maju dia drive wira.

Pengalaman aku dengan helper Cuci-cuci Servis ni, dulu aku skeptical tentang helper Indonesia sebab panjang tangan tapi percayalah lepas aku ambil bibik Melayu, aku TAK NAK lagi minta melayu. Sebab Melayu cuba-cuba beramah mesra tapi kerja colas. Kerja nak mengelat. Mula-mula dulu aku request melayu. Oklah dia buat kerja. Next request terus ambil dua bibik. En Wan hantar seorang melayu seorang indon. Yang melayu ni sembang dengan aku macam dah kenal lama. Dah tu bukan aku tak perasan dia mengarah yang indon tu buat itu ini. Terus aku banned helper melayu sebab sembang lebih banyak kerja tak berapa nak jalan. Lagi satu orang melayu kan agak kepochi, rumah aku sepah sibuk tanya kerja apa, sibuk sangat ke sampai tak sempat nak kemas rumah.

Lepas tu terus menerus aku ambil helper Indon. Tapi kan... Ada juga pengalaman tak berapa nak best ambil dorang ni. Ikut nasib la. Masa aku pindah rumah hari tu aku dapat bibik dalam umur lewat 30an tengah menggelitis. Mengemop rumah pun bergayut. Suruh cuci simen luar umah pandai pulak bagi alasan sakit pinggang tak boleh nak menyental.

Tapi kalau kau dapat yang rajin, kita ajak makan pun tak mahu. Yang recent bulan 10 aku pindah hari tu, bibik ni kerja dari jam 9am sampai 6pm. Kesian. So aku bagilah dress lama dengan satu beg tangan kulit yang agak outdated dan extra RM20 sebagai imbuhan.

Ada orang tanya Kajang dia pergi tak? En Wan bagitahu dia cover Kuala Selangor sahaja. Paling jauh Sekinchan, Puncak Alam, Saujana Utama, Meru dan Kapar.

Berapa bayaran dorang?? Setakat ni, area covered Kuala Selangor RM35 (termurah di pasaran), lain-lain kawasan macam Sekinchan, Meru, Puncak Alam dan sekitarnya RM45 tidak termasuk kos pengangkutan. Kalau ada yang nak try sila contact dan discuss dengan En Wan. Yang luar area cover still boleh nego ye.

Lupa nak bagitahu, waktu operasi 9am-1pm dan 2pm-6pm, satu sesi 4 jam.

Jadi pada siapa-siapa yang nak pakai perkhidmatan maid harian, boleh sms En Wan 013 639 7303. 

Andaikata korang tau mana-mana orang yang buat perkhidmatan cuci rumah yang murah-murah bagitahu aku ye. Aku risau kalau kena pindah keluar dari Kuala Selangor lepas tu tak ada tukang gaji yang boleh kemas rumah.

#oranggajiharian #maidharian #maidmurah #helper #bibik #kemasrumah #cucirumah


Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...