Cari Blog Ini

Selasa, 28 April 2015

Bersyukur atau merungut?

Alhamdullilah.


Happy me. I was so excited getting this promotion. Bila dah dapat naik pangkat, mesti kena posting tempat baru. Itu normal. Ramai juga yang kerisauan kalau kena posting jauh².


Suprisingly I didn't felt anything. Yet.


Until I received the letter saying my new workplace would be in KL. Ibukota, tempat tipu daya... definitely I was shocked. Mata dah berair. I'm still new in Putrajaya and now I had to move out.






Either we really happy or we faking it.

My biggest concern was HOW AM I GOING TO SURVIVE IN A BIG CITY AND HIGH COST OF LIVING...? How?

Tapi, tengok pinggan aku...

Penuh dan berselera. HAHAHA

Sesungguh aku dalam delima.

posted from Bloggeroid

Isnin, 20 April 2015

Orang baru di Kay Ell

Masa muda² dulu selalu berangan nak jadi wanita berkarier di KL. Macam meletops sangat kalau dapat kerja di KL.

Nampaknya tuhan dah makbulkan. Tapi sekarang aku pula rasa berat nak masuk KL. Eventhough ofis aku tu tak terlalu KL, tapi nak meredah ke sana tu memang satu seksaan untuk pengguna kereta manual.



Tak tahan dengan jam, dengan jauhnya, dengan minyaknya, dengan parkingnya. Uwaaa! Nak nangis. Gaji masuk tak seberapapun tapi keluarnya.... masyaallah, laju! Tadi parking hampir 4jam pun dah RM11.

Mak teman. Mengalahkan budak register darjah satu. Hehe

Breakfast di level 23, cafe utk hotel's workers. Dengan kawan² yg diarahkan bertukar.

Pagi, biarpun keluar dari rumah jam 6.45am, masih perlu menempuh jam. Ingatkan dah awal dah.





Dapat tangguh 2 minggu untuk selesaikan tugas apa yang patut. Mei akan menyaksikan samada aku berjaya meneruskan kehidupan atau tersungkur.

Ya Allah! Syukur kepada mu kerana diberikan peluang untuk merasai semua ini. Alhamdullilah!

Ahad, 5 April 2015

1st anniversary perkahwinan kami

Gedik kau, posing kepit macam ni. Geli kan?
Tunggu la bila rajin nak update. Tengah malas ni. Nak buat review, entah bila nak rajinnya. Sampai Isdin perli aku hari tu, cerita honeymoon kat Phuket nak masuk blog lagi berapa tahun? Best tak mulut laki ku?

Haha sedangkan cerita kahwin pun tak update inikan pula cerita yang lain-lain. Blogwalking lagi la pula... kan?

Ada sapa-sapa excited nak baca cerita anniversary kami?  (peh! tak agak-agak berangan orang excited nak baca...)

 

Salam Takziah keluarga Tan Sri JJ

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Satu lagi berita kemalangan dan kematian.


Aku ucapkan TAKZIAH buat keluarga Allahyarham Tan Sri Dato Sri Jamaludin Jarjis serta 5 yang lain di atas pemergian mengejut akibat nahas helikopter di Semenyih petang semalam.

Senarai Mangsa Yang Terkorban Nahas :
1. Chris - Pilot
2. Eidiana - co pilot
3. Tan Sri Dato' Sri Jamaluddin Jarjis
4. Dato Seri Azlin - Ketua SUS YAB PM
5. Dato Tan 
6. Razkan - BG Tan Sri JJ (PDRM)

Helikopter itu membawa enam orang termasuk juruterbang dan pembantunya apabila  terhempas kira-kira jam 4.55 petang.

Empat lagi adalah juruterbang dikenali Cliff Fournier, pembantunya Eidiana, Datuk Robert Tan dan seorang pengawal peribadi kepada Jamaluddin.

Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.

Helikopter itu dikatakan jenis AS365 milik Solitaire Air Services dipercayai dalam penerbangan dari Senai ke Subang apabila kemalangan berlaku.

Sebelum itu, mereka dari Pekan kerana menghadiri majlis perkahwinan anak Perdana Menteri.

Cuaca ketika kejadian dilaporkan hujan serta angin kencang dan ada laporan mengatakan saksi melihat pesawat itu meletup di udara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendengar laporan siasatan daripada pihak-pihak berkenaan mengenai kemalangan helikopter yang melibatkan Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Dato Azlin Alias, serta 4 mangsa-mangsa lain.





credit to MMI

Sabtu, 4 April 2015

Sakitnya tuh di sini! Kereta batman calar

nangis!!
Adik whatsapp. Biasalah jadi batu api. Adik bongsu lenjan kereta.

Berderau tengok gambar. Terobek hati bila tengok cat terkoyak macam tu. Rasa nak pukul, nak maki tapi tak guna sebab benda dah jadi. My kutu babi, kumbang hitam, my baby hamster, kete jahat (banyak nama dia) dah cedera.
nangis!!
  

Cita-cita nak bawa balik Kuala Selangor belum tercapai. Sedih tau bila tuan punya kereta tak rasmi lagi dah rosak kaler ni. Black matte / cat mati ni bukannya murah!!

Aku marah ni!!

Rabu, 1 April 2015

GST oh... GST

Selamat hari GST seMalaysia.

Ini bukan April Fool. (cubit peha, tampar pipi)

Ini realiti sebab pagi tadi aku pergi cucuk duit kat ATM Meps dah kena GST. GST pertama aku, keadaan mendesak sebab aku nak renew passport.

Ini kelakar!!

Itu je nak cakap...
Bye...

 

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...