Cari Blog Ini

Jumaat, 22 Mei 2015

Misi mencari bilik sewa di Kolumpo

Hari ni husband teman pergi tengok bilik yang ke.... ke berapa tah. Kali ni kita masuk kondo pulak. Rivercity Condominium, Jalan Ipoh. Dah terbayang-bayang fasiliti gym, swimming pool. Ishh! Best tu. Sebab tak familiar dengan area Sentul, terbabas juga masuk jalan lain.

Lepas punch out dari office, kami managed sampai kondo uncle ni at almost 11pm. Kenapa uncle? Ok, dia seorang mualaf paralyzed yang tinggal sorang-sorang dekat rumah tu. Cantik rumah dia. Eh kondo dia. Memang di hias modern. So kalau jadi menyewa sini memang kena duduk serumah dengan uncle ni. Dia cakap jangan risau, memang ada penyewa lain, Chinese and Indian girls. So aku cakap nak view dulu bilik yang sewa bulanannya RM350.

So uncle tunjukkan bilik tu di laluan dapur. Masuk dapur okay? Aku dah tengok Isdin, Isdin tengok aku balik.
Ada bekas putung rokok, rambut-rambut kerinting, macam penyewa lelaki dok bilik tu.
Dah la bau kepam...
Rupanya bilik tu area dapur, kiranya bilik maid. Betul-betul muat tilam single yang murah tu. *nanges* Tak sanggup pula nak duduk dalam tu macam kucing gemuk terkurung dalam sangkar kecil. Dah la uncle tu pasang aircond, bahang panas masuk bilik. Ish, tak sanggup pulak nak duduk sini. Tapi keadaan terdesak. Camana ni yeh? En husband cakap ikut rasa hati, dia pun tau bini dia ni cerewet kang paksa-paksa dipersalahkan pula. Aku call mak, mak cakap ikut aku lah, kalau aku tahan.

View dari beranda rumah uncle. Nampak office aku, nampak KLCC, nampak menara KL
Serba salah eh. Dah la desperate ni. Tak larat nak ulang alik balik Putrajaya. Penat. Kurus nanti. Lepas tu uncle cakap kalau nak masak, boleh tapi kenapa tambah RM50 untuk guna gas masak tu. WTH! Aku bagi excuse nak balik fikir masak-masak dulu. Masa aku nak keluar dari rumah tu dia pesan, letak deposit sikit dulu kalau nak bilik tu, sebab ada perempuan India kerja bank nak masuk sangat dah rumah tu. Siap tunjuk sms perempuan tu. Bajet nak acah-acah aku supaya aku terus buat payment deposit. Tp deposit tak kan dapat balik kalau aku cancel. Boleh macam tu? Geliga betul kepala uncle ni buat duit.

Maka... keluar la kami dari rumah itu dengan satu rasa tak puas hati. So long uncle, kami cari bilik lain la nanti...


Ahad, 17 Mei 2015

Whatsapp berwajah baru

Semalam ambil telefon mak nak godek². Rindu kat Oppo. Masa tengok whatsapp mak macam teruja tengok perubahan interface whatsapp dia. Tapi sebab dah lewat malam nak meng-update jadi kita wajib mengutamakan waktu tidur. Hehe

Pagi tadi update...



Nice one!!

Ok saja update. Bye!

posted from Bloggeroid

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...