Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Alam perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alam perkahwinan. Papar semua catatan

Ahad, 2 Mac 2014

Dengan sekali lafaz, saya ialah Puan Syima


 

Yeay! Dah jadi isteri orang. Tak kan isteri beruk kot.

Ni video unofficial dari sepupu. Hebak suami saya kan? Sekali lafaz je. Tak tau lah berapa kali dok hafal skrip.

Hehe... nanti cerita lagi. #010314 #syimaisdinwedding

Bye!


*entri backdated

Jumaat, 12 Oktober 2012

Selepas kawin, lelaki akan bertukar menjadi jantan puaka yang laparkan SEKS. Fakta.

Tadi terbaca blog Jumie, blog yang sentiasa memaparkan kehidupan sebenar, kisah suka duka perempuan. Kenal Jumie? Blogger terkenal kat Penang sana tu. Dia buat sedikit komen mengenai entry blog Ahkak Geli.

Meh sini aku quote sedikit pasal entry dalam blog beliau (blog original dari Ahkak Geli). Ini ialah keluhan sang suami yang sangap seks. Rupanya pada dia tujuan hidup berumahtangga hanyalah seks, seks, dan seks.
  • Your face are beautiful,fashionable,voluptious body and sexy even dalam T-shirt! (memuja harta orang, puii!)
  • Sejak melahirkan anak kami,dia berbadan agak gempal..perut memboyot.Tetapi apa kan daya,dia isteri saya kan.Cuma,saya sudah tidak berselera dengan dia..Setiap kali bersama,saya terbayangkan wanita lain.Sebab,kalau saya bersama denganya,saya rasa macam...lawak,mahu ketawa!Position agak susah sebab badan dia yang gempal,perut dia bergoyang-goyang,banyak sangat selulit,rupa dia macam kelakar..Tidak menaikkan nafsu saya langsung..Hanya sekadar untuk saya sebagai lelaki melepaskan nafsu..Apatah lagi bahagian bawah dia longgar ..
  • Kalau saya tiada anak, pasti saya sudah menceraikannya.. Kadang-kadang malu nak memperkenalkan dia sebagai isteri saya pada kawan-kawan.Apakan daya...Apa yang membuatkan saya lihat pada isteri saya, dia terlalu mengongkong saya, pemarah, tidak pandai bergaya, tidak expert bab-bab memuaskan nafsu saya sebagai suami dan tidak cantik.
  • Kadang-kadang juga saya terpaksa menipu isteri saya, meeting tetapi dating.. Saya tahu saya berdosa tetapi..dia tidak menjaga nafsu saya..
What the heck? Apa perasaan isteri dia kalau isteri dia baca ni?? Aku memang nak carut la lelaki sebegini. Tapi inilah fakta. Hakikat duniawi akhir zaman. Adakah semua suami berperangai palat begini? 75% yang aku jumpa memang confirm palat. Terbiasa hidup penuh alasan. Tapi ada juga aku tengok pakcik, abang, sepupu yang dah jadi laki orang yang baik-baik belaka. (ayat cover line takut dicemuh)

Semua tak bagus pasal isteri, padahal sebelum kahwin dulu kau terkocoh-kocoh tak sabar nak berbinikan dia. Tak nampak dah perempuan lain. Dia seorang paling jelita. Bila dia tak pandai nak ikut kehendak imiginasi seks kau lepas beberapa tahun kahwin, mulalah kau menyondol pada perempuan lain. Dasar babi.
**keluhan wanita yang tak berpeluang menimba pengalaman menjadi isteri

Perempuan yang selalu jadi mangsa, ialah perempuan-perempuan yang lewat usia atau desperate nak kawin. Kesiankan? Kami-kami yang tak berjodoh ni lah jadi mainan mereka.

Tapi diskus-diskus semula dengan kawan-kawan laki aku, kita tak boleh blame mereka yang lelaki ini 100%. Memang fitrah kejadian mereka tertarik dan bernafsu pada sesuatu yang cantik.

Kakak-kakak,
Dulu masa deting, boleh je sembur perfume habis setengah botol. Lipstik merah menyala 30 batu dah nampak dari jauh. Baju warna warni. Fesyen tudung lilit macam-macam. Kasut macam-macam ketinggian.

Tapi lepas kawin, kenapa kakak asyik ulang-ulang tshirt dan kain batik yang sama? Uniform yeh? Kenapa bila laki balik kerja kakak tak sambut dia depan pintu? Kakak biarkan laki akak maid yang sambut. Kenapa bila laki minta manja kakak refuse sebab malu kat anak-anak kalau tertengok?? Kalau suami ajak try buat aksi lain dari yang lain, cuba jaya lah kak, janganlah konservatif sangat asyik jadi bottom bak batang pisang. Boring kak!!

Jangan marahlah kak kalau akak berkongsi laki dengan para gadis yang tak sah taraf isteri (perempuan simpanan). Senyap-senyap akak didua, tiga dan empatkan laki akak. Bestkah begitu??

TAPI...

Sebenarnya apa yang aku nak cuba sampaikan... sang lelaki, baik boyfriend ataupun suami tak pernah kenal erti CUKUP. Tak kan tahu bersyukur sehingga kehilangan kita. Dan mereka akan sentiasa forever TAMAK.

Memang hukumnya wajib si isteri harus taat dan setia pada suami. DIULANGI... isteri. Bukan girlfriend. Tak ada dalil yang mengatakan girlfriend atau kekasih gelap wajib taat dan patuh pada perintah boyfriend. Tapi bukan bermakna bila dah kawin tu akak kena jadi lemah dan serah bulat-bulat masa depan pada suami. Bak kata Jumie, simpan sedikit untuk diri sendiri.

Dan memetik kata-kata dari blog ini, beliau berkata

"Hati hati wanita. Kahwini lah lelaki. Bukan jantan. Dan lepas kahwin, jaga kesihatan diri, jaga dalaman luaran dan penampilan. Supaya orang lelaki tak makan luar dengan alasan takde berselera nak makan kat rumah"
Kesimpulannya penampilan is number 1. Agak-agak badan akak dah macam kerbau pendek, cepat-cepatlah cari solution (ingatan untuk diri sendiri juga). Member saya ada jual SD2 Alpha Lipid tu. Dijamin kurus dengan cepat kak. Janji jangan makan benda ber-karbo. Ehh... buat promosi pulak.

Hati mau terbuka, kalau suami komplen tentang diri kita, buka mata, buka hati jangan nak cepat menjejeh airmata. Jangan cepat nak menyalak. Itu makna suami kasi chance nak suruh akak lawa. Yang suami pula, dah nak tengok bini sendiri lawa, kau fikir dengan air liur bini kau boleh beli Audrey atau Wacoal? Maintanence bangunan pun kena bayar tiap-tiap bulan tau?

Kakak, kalau abang nak bergesel depan anak-anak tak ada salahnya pun. Itu kemesraan dan keharmonian rumahtangga. Kemesraan bukan semata-mata di bilik tidur sahaja. Dekat dalam lift atau escalator pun boleh lite-lite kissing kan?? Memang lah kita ni orang ada adab, tahu malu. Bukannya aku suruh buat aksi merbahaya depan public, takat pegang tangan berjalan dalam shopping complex pun okey what??

Aku menyampah tengok married couple bila nak hantar anak pergi tuisyen pun nak minta suami hantar. Sikit-sikit telefon. Tak boleh tukar chanel kat Astro pun telefon laki. Waklu!!! Tak boleh berdikari ke hape? Wahai isteri jangan jadi lemah sangat. Bergantung pada suami 100% adalah tak rock. Kemon. Tapi itu adalah sudut pandangan aku yang masih belum berkahwin. Mungkin esok nanti aku kawin aku terus jadi macam cacat otak sampai nak pam minyak masuk dalam tangki kereta sendiri pun laki yang buat. Kononnya manja, puii!

So far, aku masih independent. Cuma menumpang sikit-sikit kasih sayang orang lain. Hahaha




Mode: Emosi terusik lalu memberontak. Dilarang meniru aksi 18SG ini. Sekian.

Rabu, 31 Disember 2008

KAHWIN UBAT TERBAIK KEMURUNGAN

New York : Satu kajian baru mendedahkan cara terbaik mengatasi masalah kemurungan ialah dengan berkahwin dan merumuskan ikatan itu walaupun kurang membahagiakan memberikan perangsang psikologi lebih baik kepada golongan tertekan berbanding mereka yang gembira.

Kajian terdahulu menyatakan faedah psikologi perkahwinan bergantung kepada sama ada ia dapat memberikan kebahagiaan kepada pasangan suami isteri.

Mengambil petunjuk dari kajian terdahulu, penuntut lepasan ijazah sosiologi di Universiti Ohio, Adrianne Frech, dan rakannya, Kristi Williams, membuat spekulasi orang yang gembira mendapat lebih banyak faedah psikologi dari perkahwinan berbanding golongan tertekan.

Dalam usaha menguji hipotesis itu, mereka meneliti contoh 3,066 lelaki dan wanita yang ditemubual dan diuji untuk masalah kemurungan sekali sama ada pada 1987 atau 1988 dan sekali lagi lima tahun kemudian.

Dalam temubual, mereka ditanya mengenai kualii perkahwinan jika sukarelawan sudah berkahwin.

Secara purata, dengan mengambil kira perbezaan dalam kemurungan, subjek yang berkahwin lebih lima tahun antara dua temubual melaporkan peningkatan psikologi dalam temubual kedua mendapat purata 3.42 mata lebih rendah pada 84 mata skala kemurungan berbanding rakan mereka yang tidak berkahwin.

Sedikit perbezaan yang mengejutkan ialah kajian yang menunjukkan orang yang murung dan berkahwin menunjukkan mereka lebih mampu meneruskan kehidupan.

Dan AKU KEMURUNGAN SEKARANG!!!

Selasa, 9 Disember 2008

Tip Goda Alam Perkahwinan (18sx!)

Ni dah tentu-tentu entry ini bukan datang dari aku. Haih, kalau aku yang mengarang bendalah ini sure aku boleh tandingi Dr HM Tuah. Biasalah kalau email forward-forward ni kan, jadi aku rasa ada baiknya aku kongsi dengan korang.

Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips. Nanti bolehlah try. Jangan baca saja, praktikkan sekali lepas ini.
  1. Cuit-cuit
    Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka.
  2. Kenyit-kenyit
    Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.
  3. Ops, maaf terpegang
    Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.
  4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air
    Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.
  5. Tersentuh tangan
    Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.
  6. Urut mengurut
    Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.
  7. Usik melalui telefon
    Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.
  8. Suapkan makanan.
    Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.
  9. Betul-betulkan rambut.
    Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.
  10. Jalan macam itik pulang petang.
    Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.
  11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan. (hah! pikiaq kot lain lah tu??!)
    Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.
  12. Ops… tuala terlepas
    Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda.
  13. Jeling-jeling
    Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhatiannya tentulah beralih pula pada anda.
  14. Gesel-gesel
    Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…
  15. Cubit-cubit
    Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya?
  16. Hembusan lembut pada telinga
    Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi
  17. Ciuman di dahi
    Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya? "Wah, mesranya pasangan tu". Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.
  18. Sembur wangian pada bilik
    Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.
  19. Tolong betulkan baju
    Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia. Bisikkan kata romantik pada telinganya. Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.
Lepas baca entry ini pasti ramai yang tak sabar-sabar untuk berumahtangga. Korang yang baca ni, wajib bacakan doa supaya aku dipercepatkan jodoh. Tak sabaq jugak nak kawin nih.

Akhirkata, Selamat berumahtangga!!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...