Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Gajet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gajet. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Mac 2011

BBM contact dah hilang

PENGUMUMAN: Ok lah sayang-sayang semua, disebabkan kecuaian saya, saya telah dengan tidak sengaja meng-upgrade version BBM saya dan melangsungkan ke semua contact list hilang. Maafkan adik manis ini kerana masih jakun untuk mengexplore everything dalam berihitam saya ini. Adalah diharapkan kepada awak, awak, dan awak untuk menginvite semula saya di 22144E5. Muaaahhhh!

Sekian, terima kasih.


Setakat ini dahulu,

 

Selasa, 28 September 2010

Hilang lagi. Yang ni nak hilang bila pula??

Trauma?

Tapi tak ambil iktibar.

Yang ini aku consider sebagai habis madu sepah dibuang. Hahaha... urm, tapi nak sedih jugak. Sebabkan kecuaian dan kebodohan aku, ia berlaku lagi.

Insiden ni berlaku masa aku nak ke Alor Staq pada Jumaat lepas. Naik kenderaan awam. Serik. Tak mo lagi naik bas lompat-lompat.

Nangis kejap.

Malang aku bermula bila aku naik bas untuk ke Klang dari Kuala Selangor. Hajatnya ke Klang Sentral. Walaupun ada yang meng-offer untuk menghantar ke KL tapi aku refuse. Survival kononnya. Fakap! Sampai di Meru, bas rosak. Terpaksa switch bas. Time tu lah kejadian tu berlaku.

Seingat aku lah. Sebab aku seorang pelupa. Sama ada tercicir atau di seluk poket. Tapi kawan-kawan rapat aku cakap, aku cuai. Sebab aku yang keciciran handphone tu.

Bulky Merah yang hilang dan berada di tangan sape ntah

Yang menyedihkan aku memori 8Gb tu penuh dengan gambar Flora dan Jacob dan beberapa gambar aku yang seksi tapi tak mengancam masa depan ku. Sedih. Video Flora masa kecik-kecik dulu... semuanya hilang.

Mak cakap "Awak memang tak reti naik bas sejak kecik lagi." Tapi hidup perlu diteruskan. Dan saya serik naik bas lompat-lompat tanpa pengawasan orang dewasa. :)

Nama saya berrylicious

Ini dia penggantinya. Berrylicious aku ni sempat bersama nokia merah yang bulky aku tu selama 24jam. Lepas tu hilang.

I wonder... yang ni macamana pula tragis kehilangannya.

Ini BB pin aku: 221448E5




Setakat ini dahulu,

 



Syimalicious: Nasib baik benda lain melekat ~ ada orang cakap kat aku. Cis!

Jumaat, 16 April 2010

Lebih dahsyat dari putus cinta

Aku mati. Betul-betul mati.

Aku macam dah hilang akal.
.
.
.
.
.
.

Laptop ROSAK!!!

Kenapalah asyik aku je yang mendapat masalah? Nasib tak baik, tak ada ong langsung. Belum sampai setahun, dah dua kali claim warranty.

Itu hari sebab keyboard.

This time sebab harddisk tak boleh baca.

Shhyyytte!! All the memorable pictures GONE!!

*nak lari nangis....


Sabtu, 13 Februari 2010

Malang atau Cuai???


sebab nak main handgrip tu, habis semua list contact VIP aku

Semalam aku rasa macam ke-gampang-an berlaku pada diri aku.

Nak cari handgrip kat Tesco. Sebab rimas nak belek-belek barang sambil pegang HP, aku letak HP tu atas rak-rak display, lepas tu boleh blah menonong blah macam tu je.

Dah 15min, baru sedar HP tertinggal, itu pun kawan yang bagi tau. Lari ke rak tu, tengok, dah hilang. Confirmlah hilang... tempat public, kan?

Aku tak sedih sangat HP tu hilang. Tapi aku sedih sangat kenapa aku kerap jadi PELUPA sekarang?? Nyanyuk di usia muda? Ke ini simptom kahwin lambat? Ish....

Dua HP hilang dalam tempoh dua bulan lebih ni. Ralatnya. Memang aku careless.

HP ni hilang sehari sebelum hari jadi aku bulan November lepas. Kejadian tu berlaku di car wash. Bawa baby Hamster pergi cuci enjin, alih-alih bila salah sorang tu buat tahi sebab basahkan enjin aku sampai semput-semput enjin tu, baru aku tersedar, HP yang aku selit celah-celah pintu tu hilang.

Ini pula yang hilang recently di Tesco. Sekarang baru timbul rasa sedih, sebab inilah HP yang aku beli pair sama-sama dengan Shrek. Baru-baru ini HP ni buat perangai. Camera dia tak function, jadi aku menyumpah. Agaknya dah takdir aku kena berpisah dengan cara yang menyakitkan ni. Dan Shrek juga marahkan aku sebab dah kerap sangat aku hilang barang-barang berharga. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, lagi satu HP hilang.

Dan yang lagi merisaukan apabila segala gambar dan video panas dalam memory card tu aku tak pernah delete dan akan tersebar. Stanbylah kat Youtube nanti.

*tepuk dahi sebab cuai*








~credit to Google search untuk gambar-gambar di atas

Selasa, 1 Disember 2009

Ada pengumuman lagi...

Barangkali oleh kerana kealpaan aku untuk meng-update blog maka laptop aku telah meng-sial kan diri.

Untuk menaip barisan ayat diatas mengambil masa 10 minit kerana aku harus berlawan dengan kuasa keyboard yang suka hati keluar "]]]"

Kalau aku menaip] laju-laju akan keluarlah simbol gampang yang sekali gus merosakkan mood aku u]nt]u]k berblogging. Sangat cibai namanya. Memang rasa nak mencarut sangat. !}!}!}!}!}!}!}!}!!}~~~~@#$$$%$@#

Keyboard laptop ku yang berusia 6 bulan ini sudah lingkup. Brengset!}

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...