Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Hal kekawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hal kekawan. Papar semua catatan

Isnin, 3 Disember 2012

Friends with benefits = Fuck buddy?? Or else?

Never come across in my mind that the actual meaning for friends with benefits has something to do with sex.

Credit to Mr. Google
UrbanDictionary tell us that friends with benefits is when you don't want a serious relationship but you want him / her as your toy to fuck around with. It also can be when she / him are already in a realtionship but you like that person so he/she agrees to be your friend with benefit.

I'm not going to elaborate "this" again. Lebih kurang saja maksudnya. Penat. Bukannya orang yang ditujukan khas itu faham dengan cuma membaca. Beliau akan faham dengan sumpahan dan cerca sahaja.

Ok, back to my own fahaman.

Satu ketika dahulu, masa selalu buat kerja misi-misi khas dengan bos, beliau pernah berkata "saya berkawan dengan awak ni ada sebab. Kalau tak ada kepentingan, saya tak buang masa begini." Tet~~! Maksudnya kawan = friend, kepentingan / faedah = benefit. Alahhhh lebih kurang juga maksudnya. Kalau tidak mendatangkan kepentingan pada beliau masakan beliau boleh nak rapat dengan aku. Walaupun... no sex at all. But still aku dikatakan berkepentingan. Friend FOR benefit la kot kan??

Tapi wujudkah istilah bersahabat semata-mata keikhlasan hati? Wujud lagi kah?

Note to self. - Umur dah menginjak 30thn, pada aku no such thing berkawan tanpa ada kepentingan sesuatu.  Orang cuma akan rapat dengan kita bila berkehendakkan sesuatu.

Menaip dan memaksa otak untuk generate perkataan pada masa hati membenci cuma akan menambahkan kekacauan minda sahaja. Aku sangat membenci kehidupan 6 bulan lepas. Menyimpan rasa marah pun tak elok, memakan diri. Baru sekarang terasa untuk meluahkan.

Nak contoh? Banyak sangat contoh. Kalau aku publish dalam blog, seolah-olah aku mengaibkan diri sendiri juga. Aku pun banyak dosa.

Cuma baru-baru ini aku tersangatlah TERKILAN. Dan dari situ aku belajar lagi, umur bukan petunjuk kematangan seseorang. Dan berpelajaran tinggi bukan jaminan untuk seseorang itu berwasatiah dan berhati suci.

Meminta pertolongan dari kawan yang bermotifkan berkepentingan ini amat menyakitkan hati. Dia akan okay bila kau ikut kehendak dia - yes, according to his plan. Tapi bila kau tak ikut rentak dia, dan bila kau tiba-tiba seek for him/her advice masa itu juga dia kata kau pergi lah cari orang lain kalau nak minta tolong. Sial tak?

Kecik besar kecik besar je aku tengok makhluk macam ni.

Semoga kawan aku itu bertabah. Sebab aku tak mampu bertabah mengawal rasa hati yang nak menghamun orang sebegini. Knock! Knock! Wake up... (ketuk dahi beliau) Tolong jadi dewasa sikit please. You acting like a child. Benda macam ini professional lah sikit.

Nanti bila-bila masa yang akan datang sampailah sms/email apa jua cara saluran untuk dia menghamun aku kembali. Dah biasa.

Credit to Mr Google

Friend FOR benefit? Or Friend WITH benefit?

Khamis, 19 April 2012

Majlis Perpisahan dan Sambutan Hari Jadi Jan-April 2012


Hai sayangs!!

Setelah berpuluh event kecil anjuran pejabat diadakan, inilah majlis yang tengah-tengah panas lagi terus ku upload dalam blog. Tengah rajin. Dan kebosanan. Walaupun kerja berlambak. Kali ini kita meraikan pemergian untuk seorang PPH yang akan berhijrah ke KL kerana mendapat pekerjaan yang lain. Owh, rasanya cerita pasal awek ni ada aku cerita dalam tahun 2008, masa dia mula-mula kawin dulu.

Malas nak cerita panjang-panjang. Mari layan gambar.

Presentation
Cenderahati dan hadiah
Bacaan doa untuk memberkati majlis
Tisu amat penting untuk majlis-majlis macam ni untuk mengelap hingus
Diraikan memberi sepatah dua kata
Aksi sebak bermula

Salah seorang yang diraikan tak dapat hadir sebab confinement.
Email ucapan der...
Aksi kawan-kawan sepejabat. Tidur pun sempat. Hehe
Sesi pemberian cenderahati dan hadiah
Yang diraikan
The food. Siap frame lagi menu makan tu.
Mari makan. Nom...nom...nom...
Pose comel dari team perempuan. Alamak terselit tiga oghe jate
Nasib badan. Ambil gambar orang, tapi diri sendiri tak ada.
Pose ter-hensem dari saya~
Lega. Penceritaan melalui gambar sudeh... kan?? Letih lah nak karang cerita. Tengok gambar pun dah fahamkan??


until then.... bye!

Isnin, 13 Februari 2012

Seorang lagi naik pelamin


"Barang siapa yang berkahwin sebelum aku, maka setakat itu sahaja lah persahabatan kita"~Syimalicious

Haha!

Gila meroyan apa aku ni?

Jumaat, 3 Februari 2012

Jambangan bunga dari secret admirer

Mak, Abah! Anakmu yang tua ini dapat bunga. Orang hantar ke ofis. Tiba-tiba je. Out of sudden. Terus snap gambar upload dalam FB.
Siapa gerangan si pemberi?
Ingatkan dalam drama telenovela atau cerekarama saja adegan hantar bunga ke ofis. Ke aku mimpi? Tak pernah seumur hidup berdepan kejadian macam ini. Aku gadis rock. Mana main bunga hantar ke pejabat. Punahlah imej gadis kental yang kasar bahasanya. Kental sangat ke jiwa aku?

***
Jam menunjukkan 1155hrs.
Masa itu lagu Adele, I set fire to the rain dah 70juta kali diulang dari pagi. Mesti kawan depan kubikel aku dah bernanah telinga dengan lagu ini diulang-ulang.

Tiba-tiba,
Ofismate: Fuyooo...! Syima dapat bunga. (sambil berjalan menuju ke kubikel aku membawa jambangan bunga yang kecil comel tu)

Ada pakngah lain?
Aku tergamam. Betul ke ni? Ke mereka ni nak main-main? Sebab masa tu tak nampak bunga pun, plastik wrap itu yang lebih obvious. Aku terima bunga tu dan belek. Ada tulis "From Pakngah". Lima minit menjadi kaget dan blurr. Aku mana ada pakngah lain selain pakcik. Masa tu perasaan dah menekan, jantung berdegup usah cakap, laju mengepam darah yang naik ke otak. Rasa takut pun ada, rasa gembira nak melompat-lompat pun ada, rasa terkejut, rasa berbagai rasa. Lalu terkeluar sedikit air mata kerana terharu tapi dalam masa yang sama tertanya-tanya motif bunga itu.

Aku menjerit. "Siapa yang nak main-main ni? Tak suka lah." Nak tahu siapa yang hantar. Bingkas bangun menuju ke kaunter sebab apa jua surat, dokumen atau parcel accessnya melalui kaunter sahaja. Aku tanya ofismate aku itu dan dia kata ada orang perempuan datang bagi bunga dan sebut nama penuh aku.

Dah berkerumun orang datang ke meja aku tengok bunga itu. Tak ada lah berkerumun, maksudnya 2 - 3 orang yang "concern" silih berganti datang nak tengok bunga. Barangkali pelik la kot sebab tempoh hari macam orang sasau hilang arah, alih-alih hari ini dapat bunga.

"Siapa bagi?"
"Pakngah ke?"
"Pakngah bawah?"
"Pakngah la tu...."
"Patutlah asyik dengar lagu cinta..." (lagu adele ni lagu kecewa kan?)
"Hai makngah..."
"Amboi makngah dapat bunga..."
"Pergh... Syima dapat bunga..."
"Pakngah? Pakngah mana ni??"
"Beli bunga bagi diri sendiri ke?"

Sudahnya bertali-tali menyambut sorakan yang seakan menganjingkan aku tu. 
Dan last sekali...
"Bunga ni sempena Thaipusam ke?"

***
Bos dalam laluan nak ke biliknya.Tiba terpandang ke arah kubikel aku.

Bos: Uihhhhhhhhhhh! Siapa bagi ni? (tanya bos kepada ofismate ku)
Ofismate: Pakngah

Bos: Pakngah mana? (seraya melihat aku)
Aku: (aku dah ketawa besar) Mana saya tau. Tiba-tiba je ni.
Bos: Owwhhh... patutlah nak minta cuti seminggu.

Memek muka bos seperti tidak suka, menatap muka aku dengan menguntum satu senyuman tak ikhlas, senyum kambing.

Maafkan saya bos, saya tak bermaksud nak berlaku curang.

Aduyai...


until then.... bye!

Isnin, 23 Januari 2012

Nama baby sekarang memang nak panjang-panjang kan?

Biasanya kalau orang datang jenguk new born orang selalu buat dan bawa apa yer?? Bab-bab kemasyarakatan aku ni kurang sikit. Jadi blank. Nak kena orang advice dulu, bawa buah ke, duit ke,  pakaian macamana? Aku jenis pakaian macamana pun main bedal saja. 

Rasanya kawan-kawan yang lain dah datang tengok baby ini, aku saja yang tertinggal, mungkin masa mereka pergi tu aku MC kot. Kebetulan hari ini aku bekerja, dan kebetulan lalu kawasan perumahan dia maka aku singgah luangkan masa melawat mereka. Owh... si suami ini adalah rakan satu pejabat. Sampai rumah bukan terpa tuan rumah, melilau cari budak kecil ini dulu. Kemudian haruslah bergambar sana sini.

pucat tak muka saya? ke yang obvious ialah gigi kapak saya?
ada sesiapa berani biarkan aku pegang anak dia macam gini?
saya ialah mommy rock kan??
pelik? ibu dia kecik montek je, aku besar godang.
I mean fizikal orang nya bukan dadanya 
Inilah ayahnya merangkap kawan sepejabat aku. Aku selalu tak sebulu dengan dia, kalau aku sound dia kami tak ada sampai nak bergaduh dan dia tak adalah sampai nak tarik muka empat belas, tak bertegur sapa dengan aku. Professionalkan? Ye, aku yang tak professional asyik nak hamun orang saja.

anak bersusun dah. senang tua nanti
muka fotostat
teringin anak jantan, tapi rezeki anak perempuan juga
aku tak faham apa motif pakcik ni mendada
kami suka ambil gambar kontroversi
dah makin rapat. laga-laga bahu pula dia. ini ada kang dapat surat layang
baby dah rimas. siapa kata dada godang empuk, baby suka? 
baby kena agah baru nak diam. tapi tak tengok BB pula kan?
"cukup-cukuplah bergambar, saya dah mengantuk ni"
baby dah start annoyed. saya tak berjaya menidurkan dia
akhirnya terlena di pangkuan pengantin baru
Dah lena si Nur Alifah Zahirah binti Mohd Fairus 
"saya nak tidur, jangan kacau"
Itu saja aku nak cerita untuk aktiviti hari ini. Selamat tahun baru Cina ye!

until then.... bye!

Selasa, 17 Januari 2012

Kenapa saya fobia untuk berkahwin : Part 1, Isteri curang dan bermadu

Sejak dulu aku sering menjadi tempat luahan rasa seseorang tak kira jantina atau umur. I'm a good listener. :) Yang terbaru, seorang yang aku boleh anggap seorang bapa (kerana beza umur kami 25 tahun) datang berjumpa dengan aku kerana dugaan tak putus-putus menimpanya. Beliau kusut.

Perkataan pertama yang aku boleh cakap, aku simpati / kesian dengan apa yang berlaku.

Persahabatan kami atas nama kerja menjangkau 10 tahun, jadi aku kenal hati budi, perilaku En A. Aku bercerita bukan nak mengaibkan beliau, sekadar untuk pengetahuan kita semua supaya boleh dijadikan teladan. 

Dalam soal bermadu, rupanya bukan semua lelaki jahat. Dalam 1000 lelaki jahat beristeri ramai, inilah pertama kali aku jumpa lelaki yang telus dan baik. En A telah berkahwin 30 tahun lalu dan dikurniakan 6 orang cahayamata (anak nombor dua sama umur dengan aku) serta seorang isteri yang baik dan mempunyai seorang cucu. Tapi disebabkan gatal anu atau dah jodoh dia, En A berkahwin lagi dengan seorang wanita dari seberang pada awal tahun 2000. 

Isteri ke dua kufur nikmat / tak tahu bersyukur

Dikurniakan seorang anak dari perkahwinan isteri ke dua (Si B), En A bekerja siang dan malam. Dari pengakuan beliau kadang-kadang berlaku ketidakadilan yang minor terhadap Si B. Kenapa aku pandai-pandai cakap Si B yang beliau tak pandai bersyukur? 

Alkisah, diawal fasa perkahwinan semuanya okey. Servis tempat tidur, makan pakai, rumah semua terurus. Sampailah En A memberi kebenaran kepada Si B untuk mencari kerja kerana kasihankan isterinya tidak berkawan.

Bagaimana nak bekerja dalam Malaysia ni kalau tiada pengenalan diri yang sah? Maka usaha la si suami untuk mendapatkan Visa, Kad Pengenalan PR, lesen memandu kereta dan motor. Siang malam bekerja untuk menyara kedua-dua keluarga. Even wang persaraannya nanti telah awal-awal lagi dibahagi secara adil dan didokumentasikan secara sah. Dari segi pembahagian masa untuk bersama En A telah membuat perjanjian bahawa isteri pertama akan mendapat waktu kualitinya pada hari Sabtu dan Ahad. Jadi Si B mendapat hari Isnin hingga Jumaat selepas waktu bekerja. Cuma kadang kala akan di-switchkan masa itu.

Usah cerita lah perit jerih En A ke seberang dan menikah, diwalikan oleh bapa Si B sendiri, balik semula ke Malaysia dan didenda, tentangan keluarga sendiri dan kemudian membuat dokumen pengenalan diri Si B secara sah kerana sayangnya kepada isteri ke dua.

Disangka mendung sampai ke petang, rupanya panas di tengah hari. Kebebasan dan kepercayaan En A terhadap Si B telah disalahgunakan olehnya. Si B mempunyai hubungan sulit dengan orang lain di tempat kerjanya. Pada mulanya angin berita tersebut ditepis sebaiknya oleh En A. Menganggap Si B tak mungkin mengkhianati beliau. 


Bangkai tikus boleh ditutup, tapi tak mungkin bangkai gajah. Tuhan itu Maha Kaya. Selang empat tahun perkahwinan, suatu malam sewaktu En A dan Si B bersama-sama menonton cerekarama "Sehangat Lantana" (cerita pasal isteri curang), Si B jadi tak keruan. Berlarutan seminggu sikapnya itu dan suatu hari Si B histeria dan meracau-racau. (Mungkin terlalu memikirkan sesuatu, jiwa tertekan lantas memudahkan gangguan makhluk halus.) En A pergi merata mencari dukun. Bila Si B sedar, beliau menangis-nangis mohon maaf dan mengaku telah terlanjur dengan lelaki hubungan sulitnya itu.

Korang boleh bayangkan betapa hancurnya hati seorang suami?

Everyone deserve a 2nd chance. Kerana anak dan hati masih sayang En A memaafkan Si B. Dipendekkan cerita (nak cerita keseluruhan memang tak habis entry ni 10hari 10malam) selang 5 tahun Si B buat hal lagi, kali ini dengan jantan Lombok. Orang Lombok kan sweet talker? Si B dengan berani meminta cerai atas alasan En A tidak adil dan kurang perhatian padanya. Minta cerai! Tak payah lah nak cerita tentang hukum, sebab perkara itu memang berdosa. Si B tidak lagi melayan En A secara zahir apatah lagi batin. 

Secara psikologinya bila tiada lagi rasa cinta atau sayang, maka tiada lagi perasaan ingin bersama. Am I correct? Batin Si B mungkin telah diserahkan secara mutlak kepada jantan Lombok ini. En A tawar hati. Apa yang patut beliau lakukan pada saat ini? Semua dah buat, menasihati sampai berbuih mulut, memisahkan tempat tidur dan pukul yang tidak memudaratkan, merujuk perkara ini kepada Jabatan Agama tapi tiada hasil. Si B memang tak mahu kembali pada En A. Hampir dua bulan En A tidak dipedulikan biarpun beliau berusaha memujuk.

Aku menangis.

*****

Aku tak ada pengalaman untuk menasihati bab-bab ini, berdasar logik akal aku berkata berpisah cara yang terbaik. Rosak psikologi kanak-kanak melihat si ibu membuat perkara maksiat dengan lelaki yang bukan bapanya. Jadi aku merasakan En A patut tuntut hak penjagaan anak, tarik semula taraf PRnya, visa dan segala-galanya. Biar Si B tahu langit tinggi rendah.

Memanglah ini cerita kehidupan orang, tapi aku takut sekiranya aku juga tergolong dalam isteri-isteri curang ini suatu hari nanti. Kita tak tahu masa yang ke depan. Macam-macam cara tuhan nak menduga hambanya. Ini bukan cerita Ombak Rindu. Bukan semua orang suka melihat kita bahagia, dicucuk sana cucuk sini, menghasut dan sebagainya kerana kita yang tidak tetap pendirian mudah terusik imannya.

Aku takut. Sebab ex-bf aku cakap aku perempuan yang tak tahu erti setia walaupun hakikatnya aku adalah seorang yang sangat setia. Bila kerap diulang-ulang maka terhasillah aku yang memang tak tahu untuk setia. Ahhh! Soal kahwin bukan untuk sehari dua. Aku tak mahu fikir risikonya. Lagipun pada umur 30an, soal untuk membina keluarga macam dah terlewat. Tak lama selepas itu, menopous. Dalam pada itu si suami akan menikah lagi. :(

Tak mahu kahwinlah. Takut. Nanti aku jadi isteri yang derhaka
The end. @0220hrs


Jumaat, 26 Ogos 2011

Renungan: Kawan atau Sahabat?

Kita boleh mencari ramai kawan, tetapi untuk mendapat sahabat yang baik bukanlah satu perkara yang mudah. Susahnya bagai mencari emas di dalam lumpur. Dalam ramai berkawan, kita sangka merekalah sahabat yang memahami dan setia. Apabila berlaku kesilapan atau kesalahan kita, sikap mereka pun berubah. Persahabatan pula menjadi makin renggang.

****

"Biarlah pd awalnya orang membenci dan mengata. Namun kita perlu bersabar dan anggaplaj ini ujiab untuk menguji persahabatan.



Satu lagi faktor penting dalam persahabatan, JANGAN TERLALU BERKIRA terutama dalam soal wang. Wang boleh dicari, namun mendapatkan sahabat setia memerlukan pengorbanan tenaga, perasaan dan mungkin harta benda kita. Kitalah yang terlebih dahulu patut menghulur atau berbuat baik tanpa mengharapkan balasan. Dan Allah S.W.T juga menyukai jika dapat berbuat baik kepada orang lain."



~Solusi isu #35





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rabu, 27 Julai 2011

Cemburu itu tidak sihat katanya

"Jealousy is a disease,♥ is a healthy condition.The immature mind often mistakes one 4 the other or assumes dat the greater the ♥,the greater the jealousy."

A friend forwarded this lovely quote to me.

Thank to who wrote this. Samada khas untuk aku atau orang lain, tak kisah dah...

Jangan disebabkan susulan tindakan aku meng-deactivate-kan fesbuk dikatakan penyakit kecemburuan. That is so not TRUE. Or maybe it's true... just a part of it! Hahaha :) Dah kata IMMATURE mind kan?

Terpulang cara interpretasi masing-masing. Aku bagaikan menegak benang yang basah saja . Pusing la cerita macamanapun tetap, dikatakan aku yang salah sangka, yang cetek akal, yang terlebih-lebih akan isu ini. Fine! Korang yang bijak pandai teruskan buat kajian.

Cemburu bukan menjurus kepada perhubungan cinta semata. Boleh jadi pada persahabatan, adik beradik, perhubungan sesama rakan sekerja, bos.

Siapa yang nak dengar rasa hati aku kalau yang rapat dengan aku pun mostly nak counter aku balik? Yang memberi nasihat seolah-olah aku baru pandai berfikir, yang mengeluarkan kata-kata macam aku ni baru nak bertamadun. I just want people to listen, to support. Not to condemn.

Kenapa? Kenapa aku ambil keputusan ini? Sebenarnya...
  • Aku tak suka kawan-kawan aku yang kau kenali melalui aku menjadi kawan-kawan "baik" kau.
  • Aku tak suka kau rapat, ber-huha-huha dengan kawan-kawan aku tanpa aku.
  • Aku sangat tak suka kau keluar dengan kawan-kawan aku walaupun sekadar minum atau lunch bersama tanpa pengetahuan aku.
  • Aku tak suka bila kawan-kawan aku itu datang bercerita pada aku yang kau dan dia pernah lepak bersama lebih dari sekali.
Tapi itu hak kau dan attitude aku itu cemburu namanya. Yer, aku mengaku. Tapi bukan cemburu buta bangang yang dikatakan jatuh cinta, sayang dan menjadi seorang pencemburu (seperti yang telah di-highligt-kan). Kalau itu yang korang nampak, rasanya korang yang exaggerate things.

Pernah sekali aku di-approached oleh kawan kau untuk menjadi kawan aku, then suddenly dia terpaksa putuskan persahabatan kami dek kerana kau merajuk kerana dia berkawan dengan aku. Aku tak mati pun. Kalau nak diikutkan IMMATURE mind aku tu, dah tentu aku soal kau bertubi-tubi, TAPI??

Hormatilah keputusan aku walaupun ia nampak seperti kebudak-budakkan. Itu saja cara aku untuk mengelakkan rasa yang tak seronok timbul dalam hati.

Aku kena sedar diri, aku tak happening, tak hot, tak cerdik, tak reti nak mixed around dengan golongan-golongan bangsawan macam kau. Jadi tak perlu la kot, kawan aku yang seorang tu mempertahankan kau seolah-olah aku yang bodoh, jahat tak berotak membuang kau. Infact, aku bukan buang kau berdua, aku buang semua sekali.

When someone stops givin u their attention its for one of two reasons.
  1. They don't want ur attention anymore
  2. Someone else has theirs!!
Setakat ini dahulu,

Saya dah deactivate fesbuk


Last 2 days tanpa pikir panjang aku dah buang FB akaun aku. Kedua-dua akaun. Akaun utama untuk famili dan kawan-kawan masa belajar. Akaun ke dua untuk kawan-kawan se-kerjaan. Mungkin apa yang aku buat ini sementara atau delete terus. Tindakan aku juga dipersoalkan beberapa manusia yang concern, "kenapa??"


Agak sayu juga hati bila kemeriahan ber-fesbuk di ragut oleh kebodohan sendiri. Aku tak ada jawapan untuk tindakan aku. Fikiran aku berkecamuk. Lost.

And now aku terfikir, apa jadah ada Blackberry dan internet bulan-bulan dibayar kalau tiada fesbuk lagi... dang!

 

Jumaat, 22 April 2011

Pengorbanan seorang ibu yang lasak

Jam dah pukul 5.30pm.

Seisi keluarga nak balik kampung, tapi dek kerana IP tak settle lagi si ibu kena stay back.

1. Ada ke orang buat keje sambil gendong budak?? Teror makcik ni...

2. Mak angkat pun menyibok. Dengan muncung nya...

3. Si ayah yang sentiasa sabar menunggu. Kome ada ke encik suami yang macam ni??



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...