Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan

Rabu, 25 Januari 2012

TUTORIAL: Bagaimana nak letak burung twitter yang pandai terbang

Cutekan burung biru ni? Kita scroll ke bawah nak baca entri yang lain-lain dia pun ikut. Pastu stop tenggek, pastu terbang lagi.

Jangan main-main, aku bela burung biru ni. Bagi makan ayam putih dengan setitik darah dari jari manis aku setiap malam Khamis.

Haha merepek lagi.

Hari ini makcik nak kongsi cara-cara untuk meletakan icon burung twitter ini. Mudah sangatlah. Sambil makan kacang kita boleh buat benda ni.

  1. Mula-mula pergi ke Blogger > Design > Edit HTML
  2. Backup dulu template (mana tau jadi apa-apakan?)
  3. Tekan Ctrl+F dan taip </body>
  4. Paste code dibawah betul-betul atas yang kita search tadi

<script src='http://bloggerblogwidgets.googlecode.com/files/way2blogging.org-tripleflap.js' type='text/javascript'> 
</script> 
<script type='text/javascript'> 
var twitterAccount = &quot;syimalicious&quot;; 
var tweetThisText = &quot; <data:blog.pageTitle/> : <data:blog.url/> &quot;; 
tripleflapInit(); 
</script>

    5.  Ganti syimalicious dengan username akaun twitter anda.
    6.  Save.
    7.  Preview blog dan burung anda pun berterbangan.

Kalau jadi bagitahu, kalau tak jadipun bagitahu, Okey?


 until then.... bye!

Isnin, 2 November 2009

Amukan muzik Rock

Rata-rata orang dalam FB (Facebook) akan bercerita tentang game-game seperti Farmville, Farm Town, Top Restaurant, Barn Buddy, Restaurant City dan segala bagai jadah game yang ada dalam FB.

Walaupun usiaku menginjak ke alam 30-an, computer game bukanlah sesuatu yang janggal bagi aku. Hoh! ayat tak ingat.

Have you try Rock Riot? Aku suka muzik. Sangat menyintai muzik. Tapi aku tak reti bermain organ, piano ataupun memetik gitar.


Dengan game ni, kita boleh la feel main gitar, setakat goreng-goreng tu tak de hal lah. Man kidal pun meleleh air mata tengok aku goreng lagi Smoke of the water ~ Deep Purple.


Main game ni senang je, jari korang yang kena tergedik-gedik. Aku mengakulah aku masih di peringkat novice ~ tiga not je berfungsi; 3, 4, 5. Tapi tanpa tumpuan korang punya not boleh caca merba. Serupa orang main kereta; guna gear dan clucth. Otak turut memainkan peranan to shift the gear/finger.



Akhirnya, bila keputusan memberangsangkan, korang bolehlah challenge orang lain. Aku suka game ini sebab banyak lagu boleh main. Ada muzik yang buat korang relax-relax, ada yang menggelupur laju, try la.



Selasa, 18 Ogos 2009

Bayar Roadtax & Driving License dengan MyEG Service

Aku seorang yang gemar explore teknologi. I trust technology so much. Tapi bos dan ayah aku tak percaya pada perubahan teknologi yang kita alami sekarang. Maksudnya disini setiap transaksi online itu tidak bermakna berjaya melainkan orang itu sendiri pergi ke kaunter dan ada resit pembayaran atau deposit wang.

Untuk orang pemalas seperti aku, kaedah "dunia dihujung jari" sangat efisien.

MyEG Services Berhad merupakan sebuah syarikat pemegang konsesi kerajaan elektronik Malaysia di bawah aplikasi Perdana MSC. Berperanan sebagai pembekal aplikasi e-khidmat yang menghubungkan pihak kerajaan, rakyat dan syarikat perkhidmatan. Semua ada. Kamu boleh check saman JPJ ataupun PDRM, renew roadtax, insurans kereta dan banyak lagi.

Cuma pemilihan insurans kereta terhad kepada 3 jenis insurans iaitu Etiqa Takaful, RHB dan MAA. Sebelum ini aku dah ada experience dengan Kurnia dan Uniasia. Sekarang aku pilih MAA. Belum try belum tahu kan?

Apa beza insurans itu semua? Secara peribadi aku pun tak pasti. Tapi menurut kawan aku, semua insurans tak best sebab kena ambil duit kita. Dia cakap insurans yang best ialah insurans yang cover kita tapi tak perlu bayaran dari kita. Boleh macam tu?

Cara untuk memohon pembaharuan lesen memandu dan roadtax. Aku gabungkan sekali.


Ini ialah form untuk renewal driving license.

Ini pula form untuk renewal auto-insurans. Setelah kamu isi semua particular, kamu klik "Hantar".

Kemudian akan tertera form untuk confirmation dan seterusnya klik "Hantar" lagi.

Selepas itu kita akan diberi pilihan untuk buat bayaran. Ikut kesesuaian, aku guna Maybank2u.

Setelah itu satu resit pengesahan bayaran akan keluar. Kalau rajin print-out, kalau tak rajin print screen saja. Ini ialah contoh e-resit untuk bayaran insurans kereta mak aku.

Dan step terakhir ialah resit penghantaran, iaitu pemberitahuan bahawa duit telah diterima dan penghantaran akan dibuat terus ke alamat yang kamu isikan dalam masa 1 - 2 hari.

Kalau tak silap aku, pembaharuan roadtax dan insurans dengan cara ini boleh dapat diskaun dari agen. Tak percaya cubalah. Mengenai cover note/ polisi insurans kereta, mereka (wakil MyEG) akan terus hantar kepada email kita dalam tempoh 5 hari bekerja.

Dengan duduk seperti tok sami di depan desktop, semua roadtax, lesen dan polisi insurans akan berada di depan mata kamu dalam peti surat kamu dalam tempoh 48jam.

Ada pertanyaan?
*Diskaun akan diberi untuk renewal roadtax, bukan insurans kereta.

Ahad, 21 Jun 2009

Nak buat Signature macam aku?

Anak murid sekalian, hari ini saya hendak mengajar kamu semua bagaimana untuk mencipta tandatangan. Tandatangan ini adalah sesuatu yang unik untuk menunjukkan identiti blog kamu. Tak semestinya di blog, pada email pun boleh juga kot. Kot?? Hahaha.. Jelas dengan penjelasan cikgu?

Chewahh... berangan nak jadi tutor pula kan?

Aku pasti ramai dah install signature mereka dalam blog masing-masing. Aku saja yang melewatkan signature ini dalam blog sebab malas. Tutorial yang mudah ini telah aku adaptasi dari blog ceeramoon. TQ!

Dalam entry yang ini aku akan terus menerangkan cara-cara untuk meletakkan signature secara tetap tanpa menyusahkan diri untuk copy&paste pada setiap entry baru.

  1. Buka website ini.
  2. Ikut arahan dalam website tersebut. Disitu kamu akan rambang mata kerana banyak pilihan font stail yang boleh kamu pilih.
  3. Bila dah selesai, kamu secara rasminya mempunyai signature id.
  4. Kemudian klik pada Dashboard - Settings - Formatting - Post Template, kemudian paste code dibawah;

<br /><p><br /><img style="border:0;" align="right" src="SIGNATURE URL" /><br /></p><br />

Signature URL kamu boleh cari pada properties signature kamu tu. Right click dan seterusnya.

Setting alignment tu very the simple, kamu boleh letak center, left pada wording yang di highlight - right dalam coding tersebut.

Dan hasilnya macam dibawah. Terror tak?? Tepuk tangan untuk diri sendiri.

Selamat Mencuba

edited at 10.25pm: Cikgu telah salah masukkan coding








Syimalicious: Aku suka sign yang ini sebab titik pada huruf "I" tu unik. Macam sperm. Hahahaha!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...