Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Koleksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi. Papar semua catatan

Jumaat, 29 April 2011

Kekejaman wang ringgit terhadap diri sendiri

Tada... Koleksi seterusnya.

Owh... Kekejaman wang ringgit yang terdahulu tidak ku paparkan disini kerana belum ada kesempatan.

Tapi... Cantik tak?? Simple kan??




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Isnin, 8 Februari 2010

Sempena Valentine: Kehendak atau Keperluan??

Tiap-tiap tahun orang memperkatakan ke-tidak bagus-an Hari Valentine dan akibat serta kesan menyambut hari tersebut.

Aku dah bosan perkara yang di remind berulang-ulang. Yang nak ditegur bukan budak-budak lagi kan? Tepuk dada tanya iman.

Cis! Dah rupa ostajah pula aku bermukadimah.

Sebenarnya, bila menjelang Valentine atau apa jua perayaan banyaklah tempat-tempat yang membuat offer. Yer, ini adalah cerita shopping bukan segmen agama.

Aku menemani rakan sekerja untuk membeli barang bertunang dia, masuk ke sebuah kedai jam. Aku tertarik dekat dua utas jam ni. Aku tak tengok jenama, cuma pada aku kombinasi warna dan design dia buat aku rasa best sangat.

Jam untuk lelaki. Aku suka tengok lelaki yang pakai jam kaler sebegini. Tak tau kenapa. Mungkin pada aku nampak dia bergaya ekskutif kot.



Dan aku terlah ter-ber-kenan jam Elle ni. Jam ni dah lama ke? Tak kisah lah. Rasanya harganya tak membebankan dan mampu dimiliki.
Tapi persoalannya, jam di rumah dah ada 6 buah termasuk jam dinding, patutkah aku beli lagi jam yang baru? KEHENDAK atau KEPERLUAN??
Susah betul menjadi perempuan yang bernafsu...


Rabu, 29 Oktober 2008

Apa aku nak buat dengan benda ini?



Bersinar tak? Sakit tak mata korang?

Aku pernah meminati rama-rama. Sangat suka dengan apa jua barang berbentuk rama-rama. Gila dengan icon rama-rama. Pernah menyimpan cita-cita nak buat tatoo rama-rama atas bahu atau punggung macam Mariah Carey. Tapi itu dulu. Lepas banyak orang mengandaikan rama-rama itu sinonim dengan perempuan murahan. Bodoh! Otak cetek! Sekarang aku tak beria sangat kalau nampak barangan berbentuk rama-rama.



Ini antara koleksi terawal aku. Jam ini masih boleh digunakan lagi, cuma ia berdebu sebab tuan jam ini pemalas. Malas nak lap debu-debu itu.

Ini sebahagian barang-barang yang terkini.


Nak kata banyak tu tak adalah, tapi aku ada lah koleksi rama-rama. Ada yang orang hadiahkan, ada yang beli sendiri. Jangan tak tahu, setengah orang kenal aku dengan nickname Butterfly dulu. Even sekarangpun kalau aku perkenalkan diri sebagai Syima orang tetap kenal Butterfly dari Syima.

Last year Chenta hadiahkan satu brooch sempena hari jadi aku. Tapi sampai sekarang aku tak berkesempatan nak pakai brooch tu. Brooch yang mana? Brooch rama-rama warna biru tu lah. Korang tengoklah, hampir sebesar tapak tangan aku.
Nak cucuk kat mana? Ni atleast jadi pin cucuk pada selendang ke kan?



Korang ada idea?

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...