Cerita asal >>> sini
(Kejadian minggu lepas) Hampir seminggu tak jumpa Flora, aku dah mula pasrah. Mula untuk menerima hakikat Flora tak ditakdirkan hidup tua bersama aku. Tak sempat nak tengok macamana kucing nyanyuk, tak merasa nak bagi anak-anak sendiri main dengan Flora.
Berita pasal Flora hilang aku kongsikan dengan famili aku. Mak whatsapp aku, ikhtiar minta aku buat flyer edarkan ke setiap rumah di taman selain buat solat hajat dan baca Yasin. Lantaklah orang nak kutuk, nak kata aku beria sangat sedih berlebih-lebih. Orang lain mungkin tak faham macamana bondingnya aku dengan Flora selama 4 tahun lebih. Dari aku bujang tak laku sampai dah berlaki. Semua dengan Flora, sedih dan gembira aku dengan Flora. Bila dia hilang, memang terasa sangat.
Cari Blog Ini
Memaparkan catatan dengan label kucing hilang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kucing hilang. Papar semua catatan
Rabu, 29 Oktober 2014
Isnin, 13 Oktober 2014
Izinkan Flora pergi, mommy...
Entri khas untuk kucing kesayangan.
![]() |
| Hobi tidur |
Dia bukan kucing mahal. Jauh sekali bukan baka luar negara. Flora, kucing betina yang dah 2 tahun aku kasi (mandulkan) ni jaga macam nyawa sendiri. Pantang hilang depan mata, aku akan pusing satu rumah atau satu taman mencari. Selagi belum jumpa, selagi itu terjurai air mata. Kerap menghilangkan diri. Tau-tau tidur dalam almari, bawah katil atau menyorok di tempat yang gelap. Tidur tak sedarkan diri walaupun kita melaung sampai terkeluar anak tekak.
Kali ni mungkin hilang untuk selamanya.
Selasa, 21 September 2010
Harapan tipis untuk saya temui dia kembali
Putus cinta pun tak macam ni. Perasaan aku?? Huh!!
Aku tak pernah rasa macam ni punya sedih. Tak pernah berusaha berhari-hari mencari kucing ni waktu petang. Kucing-kucing peliharaan aku sebelum ni tak pernah dapat perhatian aku macam sekarang ni. Yang mana dah hilang, aku lantakkan je.
Hampir 2 minggu. Tak nampak bayang dia mahupun bau tahi dia di litterbox. Kesian Flora. Dia tak ada kawan main combat. Apa harapan aku untuk jumpa dia balik? Menangis lagi. Tiap-tiap malam sebelum tidur mesti berbantal dengan air mata. Silap aku. Silap aku sebab tak kurung dia sehari sebelum aku balik ke JB.
***
Petang tadi bertemankan seorang kawan dari MDKS, aku pusing taman aku tu lagi sekali. Lepas tengok iklan kucing hilang ni dia cakap kawan dia yang kebetulan duduk di taman yang sama pernah di tanya ada kehilangan kucing atau tidak. Katanya ada nyonya cina datang ke rumah nak bagi kucing. Merayau lagi kami mencari nyonya tu.
Tanya beberapa rumah yang ada kebarangkalian wujudnya nyonya tu, kami berjaya jumpa. Jumpa nyonya tu. Jacob tak jumpa lagi. Dia cakap kucing tu ada pakai collar warna hijau. Dia lari ketakutan dan menyorok bawah katil. Memandangkan dia ada anak kecil dia terpaksa buang kucing aku tu. Tapi dia cuba bagi makan, bagi biskut makanan anjing tu. Dan dia beritahu, kali terakhir dia jumpa kucing tu adalah pada Isnin lepas, 13 Sept 2010. Tak tau lah macamana nasib si Jacob sekarang. Owh! Sedih betul aku dengar.
Jacob balik lah...
Setakat ini dahulu,
Langgan:
Catatan (Atom)
Salam Kenal
Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...
-
Skandal-skandal aku dalam Facebook sakan letak relationship status sebagai "In an open relationship". Bukan setakat skandal, kaw...
-
Medicine Overview of Duphaston Tablet Uses of Duphaston Tablet Duphaston 10mg Tablet is used in infertility, endometriosis and hor...

