Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Merepek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merepek. Papar semua catatan

Khamis, 9 Februari 2012

Sendu di hati tak siapa yang tahu

Sedih lagi.
Aku mudah kalah dengan hal berkaitan emosi. Sangat kalah.
Nora dah balik ke KL. Dah tak ada kawan nak disakat. Kesian pada dia, kesian juga pada aku.


Kerapkali aku bertanya, kenapa laluan hidup aku tak semudah orang lain? Kenapa aku tak setabah Nora? Rupanya sakit memendam rasa lebih teruk. Kritikal. Dipalsukan kegembiraan, dibuat-buat keceriaan itu. Tipu manusia lain.

Tapi aku tak mampu menyorok rasa. Seperti dia.


Khamis, 2 Februari 2012

Kamu perempuan yang lahir hari Khamis??

Masa mak lahirkan kamu dulu hari apa? Khamis?

Habislah...

Sebab tafsiran yang dibuat oleh siapa-siapa entah ini macam banyak sangat ke-negatif-annya.
  • Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif.
Ini betul. Dari awal lagi aku sudah bilang, aku sudah pesan bila nak berkenalan dengan aku, nak berkawan dengan aku, bersiap sedialah dengan "kejahatan" mulut aku. Aku cuba jadi wanita melayu terakhir, cuba untuk kurangkan bercakap, cuba untuk tidak berkawan, sebab natijahnya banyak sekali. Ramai yang tersinggung, yang terasa hati dengan kata-kata aku. Aku mudah untuk melepaskan kata-kata yang aku rasakan betul dalam hati tanpa berfikir panjang. Hanya yang betul-betul kuat sahaja yang akan kekal dan boleh hadap dengan mulut aku. Tapi aku tak nak macam tu, tak ada niat nak jadi mulut longkang.
  • Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi.
Erm... betul ke? Rajin? So-so kot. Sebab aku ada timing bila aku nak rajin. And I am evening person, dah petang-petang karang baru roh rajin aku datang. Bercita-cita tinggi? Semua ada cita-cita. Cita-cita aku ialah berkahwin tapi dengan Dato' ke, dengan CEO company yang dah established atau level-level bos.
  • Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta.
Mudah terpikat tak bermakna tak setia. Mudah suka pada orang dan sangat mudah untuk "melekat" dengan orang itu.Suka tak bermaksud nak selalu jatuh cinta selalu. Setakat mata melilau tengok buntot orang yang padat, dada bidang, tangan berbulu, tak salahkan? Tapi hati tetap pada manusia kesayangan. Untung siapa dapat kasih sayang aku ni. Haha!
  • Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk.
Hati tak tetap? Mudah terganggu kot. Yup! Cepat percaya pada kata-kata manis dan janji palsu manusia. People always take me for granted. Sebab aku baik, aku senang nak terima kata-kata manusia-manusia bertopeng iblis ini. Selain baik, perkataan yang tepat ialah BODOH.
  • Dia pandai mengurus dan merancang kewangan.
Tapi hakikatnya saya boros. Dan suka berbelanja. Apa maksud pengurusan dia ni? Well, alhamdullilah, walaupun aku ditakdirkan hidup keseorangan tanpa kehadiran suami, tanpa sokongan kewangan dari sumber tidak sah dan membela Flora sebagai anak angkat, I managed to pay everything. Normallah bagi yang bergaji kecil macam aku, sekejap tak bayar itu, tak bayar ini. Nanti tampung balik.Masalah kewangan tak berapa nak jadi isu sebab aku murah rezeki, so far. :)
  • Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.
Yang ini kurang setuju. Adakah kehidupan aku nanti akan selalu bercerai berai? Dah puas hidup dengan orang ini, cerai dan kawin lain. Eh! Berangan pula aku ni. Umur dah 30 pun berangan nak cerita pasal kawin. Kahwin pun tidak bila masa nak cerai berainya?
  • Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
Ini siapa mau buat confirmation? Aku kuat seks yeh?

until then.... bye!

Selasa, 24 Januari 2012

Syiling baru ringan macam token funfair

Makcik duduk dan kerja di kampung ni seakan "jakun" bila memegang syiling baru ni. Nama nak merasa duit kertas baru yang lain-lain tu belum lagi. Tunggulah 2-3bulan baru melambak tukaran duit baru ni di Kuala Selangor.
gold plated tu
Syiling 50sen dah sama besar dengan syiling 20sen lama
suka kerawang-kerawang ni.
tapi apa motif tepi-tepi syiling tu dilekuk-lekukan?
tak berapa nak cantik...
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AKHIR SEKALI.... 

model tak berbayar lagi - motif nak tunjuk dah curvy. bukan syiling
HAHAHA!

until then.... bye!

Rabu, 18 Januari 2012

Hidup dalam kehidupan yang cibai!

‎"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"




Tapi...
Seriously aku macam dah putus asa. Hidup ni adilkan?


Hidup aku diasak dengan macam-macam hal lah. Aku tak pedulilah masalah orang lain. Semak! Serabut!


Babi!




Sekian, terima kasih




Isnin, 5 September 2011

Kalau dah gila Angry Bird, bra pun nak burung marah juga


Kalau I ada kuku cantik gini, dah tentu manicure buat gini juga

Tempting. Appertizer for kids pun ok kot

Kiut sangat. Nak makan pun sayang



 
Angry-cino Bird?

Sekali pandang macam Airasia dah

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Nak juga.....! Tapi ada ke saiz?





source: Fun Lobby Yahoogroup



Khamis, 4 Ogos 2011

Ramadhan 2011 - day 4 (flu teruk)

Alhamdullilah, masih bernafas untuk meneruskan hidup.

Tapi hari ini agak menggangu gugat kewibawaan untuk berpuasa dek kerana flu teruk yang tak semena-mena. Nak kata sepanjang minggu ni bedal minum air berais, tak ada lah pulak. Ntah-ntah pasal air tebu tempoh hari kot.

Itu pun salah satu sebab kenapa hari ke 2 dan 3 tak berupdate langsung. Diri ini rasa amat lemau. Semalam ku gagahi jua pergi operasi di Puncak Alam. Sambil-sambil tu ku bantai 2 ulas durian yang lemak berkrim.

Then hari ini, batuk dan selesema semakin mengganas. UwaAaa! Harga yang perlu

dibayar. Pagi - tak terbangun untuk makan sahur kekdahnya. Harap-harap perut ini kuat sehingga ke petang. Amin



*muka bahagia sumbat durian...





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Isnin, 18 Oktober 2010

Saya memang kera sumbang

Kera sumbang. Tapi tahu tak anda, bahawa dia lonely dan jadi begitu sebab sikap orang-orang disekeliling??
Kadang-kadang aku rasa seperti nak lari jauh dari orang. Tak mahu berkawan. Biarlah orang kata aku ni kera sumbang. Sebab kadang-kadang kawan ramai lebih membawa bahana. Tapi kadang-kadang mereka juga penghibur dikala kita berduka. Mana satu baik sebenarnya?

At this moment aku memang rasa nak berkurung, dan tak mahu berkawan dengan siapa-siapa. Aku tak mahu kecewakan hati sesiapa. Tak mahu sakitkan hati sesiapa. Biarkan sorang-sorang. Biarkan orang mengata perihal aku. Aku tak heran.

Leave me alone la....
Syimalicious: Aku pun tak tahu kenapa entry aku agak emo. Mungkin sebab nak kaitkan gambar yang aku capture masa shoot outdoor haritu. Boleh terima tak alasan tu? Tapi mungkin tengah beremosi dan agak stress juga sebab hari ini saja dah tiga kali makan nasi lemak. Oh gosh...!


Setakat ini dahulu,

 

Isnin, 4 Oktober 2010

Yes, I'm happy and MARRIED.




“'You'll get over it...' It's the clichés that cause the trouble. To lose someone you love is to alter your life for ever. You don't get over it because 'it' is the person you loved. The pain stops, there are new people, but the gap never closes. How could it? The particularness of someone who mattered enough to grieve over is not erased by anyone but death. This hole in my heart is in the shape of you and no one else can fit. Why would I want them to?”



Jatuh cinta dan kecewa. Kecewa dan merintih. Bangun bertatih dan kuatkan semangat. Kumbang bukan seekor.
Senang untuk menasihati. Tapi tak mudah bagi yang menghadapi.

Murahnya air mata aku. Bukan sebab mengingatkan memori silam. Bukan. Aku dah kuat. ~Patutkah persahabatan diteruskan bila hati pernah dikecewakan? Pada aku boleh tapi kena melalui tempoh bertenang. Sekurang-kurangnya setahun. Setahun yang tiada apa-apa hubungan atau perkhabaran.

Bila aku diajukan soalan samada sudah "berganti" ke belum, aku rasa macam sesuatu. Macam nak maki pun ada. Kalau bukan untuk tujuan kebaikan, tak perlu tanya. Aku memang tak terbuka bab-bab begini. Tak perlu sibuk-sibuk nak tahu. Sememangnya aku berkawan dengan ramai lelaki. Sejak dulu lagi. Tapi tak patut buat andaian aku mudah cari pengganti.

Proses mengenali hati budi tak mudah. Tambah pula dalam peringkat umur begini. Daripada menunjukkan reaksi "terdesak" dan dipermainkan... aku rela bujang. Serious. Bukan nak cakap besar. Rata-rata lelaki yang berdamping dengan aku semua suka dengan istilah "flirt", "open relationship", "no comittment" . Setiap 2 hari bertukar pasangan untuk memadu kasih. Hari ini pergi movie dengan A. Lusa makan dengan B di TGI Friday.  Rotate aweks. Itu normal.

Orang kata aku salah bercampur. Terpulanglah persepsi masing-masing.

Bila hati dah terpaut, selalunya ada saja yang menghalang. Negative thought datang menyapa. Baik berundur dan biar kaki jejak ke tanah. Jadi tak salah rasanya bila aku memilih untuk flirt juga. Alasan? Lelaki jujur dah kurang. Player bersepah-sepah. Baik muda, baik tua.

Gembira?

Aku gembira dengan  keadaan yang aku sekarang. Jangan peduli keadaan aku atleast setahun. Bagi aku masa setahun untuk lepaskan segalanya pergi. Owh lupa! Untuk makluman satu-satunya pengubat hati aku yang tak pernah berselingkuh dengan aku ialah D90.

Curi dari Mr Google
And i officially married to him.



Setakat ini dahulu,

 

Isnin, 23 Ogos 2010

Apa dah jadi?? Renew azam lagi...

Semangat saya memang hot-hot chicken shit.

Dulu berkobar-kobar nak turunkan berat badan. Bila tengok berat badan stagnant terus rasa tak mahu berdiet. Bila berdiet, badan makin naik maka makan la seperti biasa. Sebab itu blog ini tak ada progress sebab menyampah dengan semangat yo-yo saya. Ngeee...

Pada saat saya mencipta blog khas utk monitor berat saya, berat saya adalah 70kg. Kawan-kawan lain semua menunjukkan penurunan yang positif. Saya? Bagaikan di pam-pam. Saya salahkan diri sendiri sebab tak boleh mengawal tabiat pemakanan saya.

Last July, saya menimbang kembali berat saya. Owh goddddd.....! Berat saya sudah mencecah 72kg. Angka tujuh di depan sudah cukup men-depress kan diri saya. Semenjak bulan berpuasa ini saya, dengan nafsu yang menggila saya pasrah... Saya tak ada feeling untuk menurunkan berat lagi.

Baru-baru ini saya menggagahkan diri untuk membeli penimbang berat digital yang baru di Cosway.


Sikit-sikit timbang. Sikit-sikit timbang.

Pagi tadi, dengan baju tidur nipis saya, saya naik ke atas penimbang itu. Pastu saya agak menyengihkan diri. Sengih je.

Berat saya 68.3kg. Boleh tak nak gembira?

Rabu, 17 Mac 2010

Anda kenal dia?

Saja hendak tunjuk kelainan. Kena ke tak kena ke dengan rupa aku, aku pakai juga tudung stail begini. Ada orang sound aku tak suka tengok toncet (sanggul) tinggi sangat. Eh, ada aku kisah?




Macam Lebonese tak?








Syimalicious: Don’t hate me because i’m beautiful, hate me because your boyfriend thinks I am.

Selasa, 23 Februari 2010

Yang baru tetap tak sama dengan yang lama

Yang lama....
Usah dikenang...



Apakan daya jodoh tak panjang.

Lihatlah betapa beratnya aku sampai ada rekahan gempa bumi di tapak tumit sandal aku. Tapi padanlah, 2 tahun dia berjasa pada aku...



Yang baru...
Hargailah ia...




Shrek in memory...




Rabu, 17 Februari 2010

Nak buat koleksi gambar mengandung tapi BOGEL

Sejak aku menyaksikan perubahan ketara pada tubuh rakan aku yang pertama kali nya mengandung, aku rasa amat teruja.

Aku tak fancy sangat dengan orang lain punya pregnancy sebab.... ada aku kesah?? LOL!

Sebab lagi satu, masa mak aku mengandung pun aku tak macam ni excited, mungkin masa tu belum feel gatal nak kahwin kan...?

Perempuan mengandung seksi kan??!

So nanti... andaikata termakbul cita-cita untuk bernikah dan mengandung, aku teringin nak bergambar sebegini untuk koleksi peribadi.

Ada tak yang berfikiran macam aku??




Jumaat, 5 Februari 2010

Rasa apakah ini...?

Hari ini mood swing.

Sekejap suka, sekejap sedih.



Hari ni rasa....

seperti rasa...

ada sesuatu perasaan...

dan rasa ingin...



MENANGIS!!!




Khamis, 28 Januari 2010

You should see This!!

Perkara yang menggemparkan seluruh Sweeden.


Video ini mungkin mengambil masa, tetapi worth it. Percaya lah!!


TEKAN SINI.




Isnin, 28 Disember 2009

Talam dua muka

*sumber kopipes lagi...
Ini talam bukan sebarang talam. Bukan Talam Holdings yang tak gheti buat rumah tu. Bukan nama dia talam bin sekian-sekian. Ini talam tarak elok punya talam. Kalau tanya sama itu Samy Vellu pun, dia tarak tau sapa. Ini talam bukan untuk makan punya talam atau untuk bawaq ayaq minuman. Ini talam sangat bahaya wooOOOOo.

Dalam dunia sekarang ini bermacam-macam ragam manusia ada. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai.

Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Pasai aku kata merbahaya? Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali.

Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin. Jenaih yang begini memang banyak dalam dunia sekarang ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari.

Manusia talam dua muka ini sebenaqnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita. Talam dua ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Dalam Islam, orang sebegini boleh dianggap sebagai munafik. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji.

Talam muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan belas!

Ahad, 22 November 2009

Kakak yang cacat!!






Ini antara snapshot ketika aku berwebcam dengan ahli keluarga ku, melalui Skype.


Jumaat, 20 November 2009

Buat onar di Tesco

Semalam adalah hari sengal aku. Lepas main ping pong dan mengurut bagai, aku melepakkan diri dengan berwindow shopping di Tesco.

Hajatnya WINDOW SHOPPING saja!

Walaupun di tengah bulan, di kala kesesakan poket ~ nafsu membeli belah menguasai. Aku meraba-raba mencari berus gigi walaupun yang ada dalam toilet sekarang boleh pakai untuk sebulan dua lagi.

Sangatlah teruja melihat warna, dan jenis berus gigi yang berbaris mengikut jenama, tersusun cantik. Aku capai satu berus gigi jenama #### atas faktor ia murah. RM3.90 sahaja.

Belek punya belek, aku macam tak berahi nak membeli kerana rupabentuknya yang straight. Berus gigi sekarang kan bend sedikit dan boleh lentur?

Aku paksa berus gigi itu dilenturkan, terkuat pula power lenturan, maka praaakkkkkkkk! Bunyi patah.


kesan koyak pada kertas itu adalah bukti berus gigi itu patah

Aduyai, aku agak cuak seandainya pekerja Tesco nampak. Tengok kiri kanan line clear, aku letak balik di barisan susunan tu tapi pada jenama yang berdekatan dengan aku. Cuba teka berus gigi jenama apakah yang telah dipatahkan oleh aku??

Hahahahhaha! 10 orang macam aku dah cukup buat bahagian inventori Tesco pening kan?
Sorry, ai tak sengaja. Dan malam itu aku telah terbang sebanyak RM65 for nothing.


Khamis, 19 November 2009

Tercedera lagi!

Aku rasa aku memang dasar sendi lembik.

Ataupun badan aku tak mampu lagi menampung tumbesaran aku.

SEBAB...

Aku terpeliot lagi untuk kali ke berapa entah semasa training badminton baru-baru ini.

Aku tak mahu jadi seorang yang gemok sembab, at least biarlah gemok yang proaktif. Malang itu tidak berbau dan kasut futsal adidas baru aku itu bersagat time jatuh tu.

Hasilnya kaki ku bengkak, kembung dan lebam lagi.


Yang bulat-bulat merah tu semua bentuk lebam-lebam selepas di urut kakak urut. Yang bulat hitam tu adalah rupa kaki ku yang agak tidak sekata dan bengkak hasil balutan bandage.

Owh sampai bila aku nak berhadapan dengan masalah angkle begini?

Dan inilah penyebab aku malas untuk update blog. (wah??! apakah kesinambungan cerita kaki aku dengan malas nak update blog??)




Ahad, 15 November 2009

Weekend yang memenatkan



Cantik tak?


Kalau tak cantik pun, aku rasa tetap cantik juga. Hahahaha!!


Nanti update lagi.




Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...