Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label maal hijrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maal hijrah. Papar semua catatan

Rabu, 14 Oktober 2015

Salam Maal Hijrah 1437

Bismillahirahmanirahim...

Dah masuk tahun baru Islam.
Awal muharam 1437H di pertengahan bulan Oktober 2015.

Hijrah dalam konsep kehidupan masa kini adalah berpindah untuk mencari kehidupan yang baru yang lebih baik bagi kehidupan yang maju dan sempurna pada masa akan datang. Semua orang idamkan satu kehidupan yang lebih baik, lebih cemerlang dan berjaya baik di dunia dan akhirat. Aku malu sebab masih belum berhijrah menjadi mukmin sejati. Masih banyak sisa-sisa hitam dan dosa-dosa belum tercuci.

*tarik nafas panjang*

Feeling ambil gambar macam seorang bos yang busy

Semoga kita semua terpelihara dibawah rahmat Nya dan dapat membuat sesuatu yang baik dan lebih baik. In sha Allah.

Azam tahun baru aku adalah dot...dot... (kita sorang tahu dah lah), selain itu aku nak update blog atleast sebulan sekali.

 

Jumaat, 24 Oktober 2014

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam

Kelmarin aku ditanya oleh kawan cina "Apsal Melayu banyak cuti? Cuti raya adilfitri, cuti raya potong lembu. Ini weekend pun ada cuti lagi. Apa itu awal muhalam?" sambil mata membaca kalender kuda dia.

Erk?! Macam tak bersedia kena soal macam tu. Ye lah ilmu tak khatam nak terangkan pada non-muslim. 

So aku jawab, "Macam Chinese New Year. Itu tahun baru cina kan? Macam itu juga minggu ni. Awal Muharam ialah tahun baru Islam.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...