Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label tekanan perasaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tekanan perasaan. Papar semua catatan

Isnin, 30 April 2012

Aku dan Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Dah banyak penyakit aku rupanya. Makin meningkat usia, makin menjadi-jadi. Baru nak masuk 30 tahun. Sempat ke nak merasa duit pencen nanti.

Wooo wooo wooo merintih. Tak habis-habis merintih.

Hari ini aku tak kerja. Mood ke laut. Monday blues. Maklumlah letih travel sampai ke Kota Bharu kononnya. Sampai rumah 5am tadi. Jadi nak save cuti aku cari MC. Lagipun memang tak sedap badan. Semalam pun muntah-muntah. Berak tak lawas. Macam-macam hal.

Sepagian tidur. Tengahari baru bangun. Petang, masuk jumpa doktor. Doktor tak hensem kali ni. Pffft! Sebabkan tadi menangis beria dalam kereta (emosi kucar kacir lagi), hidung aku tertutup injap. Selsema. So bagitahu doktor, aku selesema selain susah nak berak dan kejadian muntah pagi tadi. Doktor tarik lengan aku dan ambil tekanan darah. 

Doktor kerut muka dan cakap "Adik, you selalu bangun tidur atau buat apa-apa ada pening kepala?". "Itu biasa lah doktor, selalu juga. Kenapa?", aku bersuara. "Your pressure is below 100", dia respon. Aku jeling pada pengukur tekanan tu. Alamak tak reti tengok. Tanya balik. Doktor sebut 90 tadi. 

Mulalah nak emosional. Cakap dalam hati, aku dah nak mati ke? Dah la sebelum ke klinik memang emosi tengah berombak. Menangis macam orang mati laki. Balik rumah terus terpa laptop untuk gugel menatang yang doktor tu bagi tahu tadi. 

Isnin, 19 Mac 2012

Gamophobia: Fobia pada perkahwinan


Fobia terhadap perkahwinan memberi punca kepada tekanan emosi yang berpanjangan bagi kebanyakan orang di seluruh dunia tanpa mengira bangsa. Fobia ini telah menjadi kebiasaan pada hari ini dan membuatkan kehidupan ramai orang menjadi tidak keruan. Adakah kamu salah seorang yang fobia pada perkahwinan?

Bagaimana kamu hendak mengenali jenis fobia ini?

Fobia terhadap perkahwinan adalah ketakutan yang tidak rasional daripada perkahwinan. Mereka ini kerap mengelak/melarikan diri dari diaju hal-hal berkaitan perkahwinan. Mereka mempunyai sebab-sebab yang tidak terkira banyaknya untuk berasa takut. Secara umumnya, baik lelaki dan wanita - punca menjadi fobia pada perkahwinan adalah disebabkan pandangan dan andaian peribadi bahawa kehidupan mereka boleh berubah secara drastik selepas perkahwinan. Ia boleh menjadi kesukaran melampau bagi mereka. Mereka juga mungkin mempunyai beberapa contoh-contoh nyata (dalam real life) tentang perkahwinan yang menjadi buruk - antara penyumbang kepada sebab-sebab takut dalam diri mereka.

Ketakutan pada perkahwinan akan mengundang banyak masalah dalam kehidupan. Ia boleh memberi kesan buruk ke atas kesihatan mereka, kerjaya, pendidikan, dan kehidupan keluarga secara keseluruhan. Jika mereka hidup seperti ini untuk jangka waktu yang lama, ia boleh menghancurkan keyakinan mereka, keyakinan diri, mengakhiri hidup dalam bayangan masalah.

Gejala-gejala yang biasa menunjukkan kamu seorang yang takut pada perkahwinan boleh jadi - sesak nafas, berpeluh, degupan jantung yang tidak teratur, loya dan lain-lain perasaan yang dahsyat. Setiap orang menghadapi fobia perkahwinan dengan cara mereka sendiri. Setiap orang mempunyai gejala yang berbeza. Sesetengah orang boleh berasa serangan panik. Kamu mungkin mempunyai banyak masalah-masalah lain dan ini dikenali dengan nama Gamophobia atau Takut Perkahwinan.

Kesan fobia perkahwinan adalah serius, ia boleh memisahkan mereka ini dari orang yang tersayang dan orang-orang sekeliling / rakan sekerja. Banyak kerugian terutama melibatkan kewangan.

Punca fobia terhadap perkahwinan

Seperti ketakutan dan lain-lain fobia, ketakutan terhadap perkahwinan adalah dibawah pengaruh minda separuh sedar. Punca yang mungkin menjadi penyebab kepada ketakutan ini adalah insiden-insiden yang pernah berlaku dalam kehidupan sebenar yang mengaitkan perkahwinan atau sesebuah perhubungan dan masalah emosi dalam hidup kamu. Ia juga mungkin melalui pembacaan rencana-rencana, artikel, filem, televisyen atau melihat rakan kamu yang mengalami trauma.

Apabila perasaan negatif menguasai pemikiran kamu, minda separuh sedar mula berfikir: "Oh, episod perkahwinan adalah sesuatu yang tidak selamat. Bagaimana saya boleh hindari situasi ini?" Dari sini perasaan takut kahwin akan timbul. Kelakuan mereka yang fobia ini adalah kesan dari lebihan emosi negatif tersebut. Mereka yang mempunyai ketakutan terhadap perkahwinan ini secara sendirinya menampakkan kelakuannya dengan cara yang berbeza. 

Adakah kamu seorang Gamophobia? Dengan simptom-simptom yang dinyatakan kamu boleh nilai sendiri.

sumber. disunting semula oleh syimalicious.

Jumaat, 27 Januari 2012

Saya nak bunuh diri...

credit: Google

MITOS
Orang yang bercakap tentang bunuh diri, tidak membunuh diri. 
FAKTA
Mana-mana 10 orang yang akan melakukan, 8 telah diberi amaran pasti  dengan niat untuk membunuh diri mereka. 


MITOS
Orang yang bercakap tentang bunuh diri, tidak membunuh diri. 
FAKTA
Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang membunuh diri memberikan banyak petunjuk dan amaran mengenai niat mereka untuk membunuh diri. 


MITOS
Orang membunuh diri memang berniat untuk mati. 
FAKTA
Orang-orang yang membunuh diri belum membuat keputusan mengenai hidup atau mati, dan mereka menggunakan kaedah “gamble with death”, berharap ada orang lain untuk menyelamatkan mereka. Hampir tiada satu pun kes membunuh diri tanpa membiarkan orang lain tahu bagaimana mereka rasa. 


MITOS
Apabila seseorang itu ingin membunuh diri, mereka akan berterusan berkeinginan yang sama.
FAKTA
Individu yang ingin membunuh diri hanya untuk tempoh masa yang pendek. 


MITOS
Bunuh diri adalah diwarisi atau penyakit keturunan
FAKTA
Ia bercorak individu


MITOS
Bunuh diri lebih kerap berlaku di kalangan orang kaya, atau sebaliknya, hampir secara eksklusif di kalangan golongan miskin
FAKTA
Bunuh diri bukan penyakit orang kaya, mahupun orang miskin. Bunuh diri berlaku dalam semua peringkat masyarakat. 


MITOS
Bila krisis untuk membunuh diri dalam diri seseorang berkurangan bermakna bahawa tiada lagi risiko untuk orang itu membunuh diri.
FAKTA
Kebanyakan kes bunuh diri berlaku kira-kira selepas 3 bulan individu mempunyai kekuatan untuk meletakkan pemikiran dan perasaannya untuk membunuh diri.


MITOS
Orang yang cuba bunuh diri hanya mencari perhatian
FAKTA
Kebanyakan orang yang sering berfikir untuk bunuh diri hanya inginkan orang yang ikhlas menghulurkan tangan untuk membantu. Tangisan dan permasalahan mereka tidak harus dipandang ringan.


MITOS
Bercakap mengenai bunuh diri menggalakkan orang ramai untuk melakukannya.
FAKTA
Bila sesuatu permasalahan diberikan perhatian, orang yang ingin membunuh diri berpeluang untuk meluahkan perasaan dan sekurang-kurangnya menenangkan diri mereka


MITOS
Semua individu yang membunuh diri adalah pesakit mental, dan bunuh diri ialah perbuatan orang gila.
FAKTA
Kajian beratus-ratus nota bunuh diri yang tulen menunjukkan bahawa orang-orang membunuh diri adalah seorang yang sangat tidak gembira dengan kehidupannya dan tidak berpuas hati, mereka tidak semestinya menghidapi sakit mental



Sumber: Befriender Malaysia


until then.... bye!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...