Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label pet lover. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pet lover. Papar semua catatan

Ahad, 8 April 2012

Flora, kucingku yang pernah STRESS!

Psychogenic Alopecia adalah terma yang digunakan untuk keguguran bulu berlebihan akibat tekanan psikologi (psychological stresses). Tanpa kita sedari, haiwan mudah terdedah kepada tekanan dan kebosanan. Tekanan dan kebosanan menyebabkan haiwan kesayangan kita banyak menghabiskan masa berdandan dan membersihkan bulu secara berlebihan.

Antara penyebab-penyebab tekanan yang sering dikenalpasti ke atas kucing-kucing belaan: 

  • Berpindah ke rumah/bilik/sangkar baru 
  • Kematian atau kehilangan kucing sepermainan 
  • Kematian atau kehilagan ahli keluarga pemilik kucing 
  • Kehadiran individu baru dalam keluarga pemilik kucing 
  • Kehadiran kucing baru
  • Tekanan yang di hadapi oleh pemilik kucing seperti kehilangan pekerjaan, baru berpindah tempat kerja baru, kehilangan orang yang tersayang boleh memberi kesan kepada 'mood' pemilik kucing dan memberi impak kepada kekerapan pemilik kucing berada di rumah untuk meluang masa bersama haiwan-haiwan kesayangan
  • Kebosanan mudah menyerang kucing-kucing yang dibela bersendirian tanpa kucing lain sebagai teman bermain, tiada permainan (toys) untuk menggalakkan mereka bermain ataupun sering ditinggalkan bersendirian dan kurang mendapat perhatian daripada pemilik masing-masing.

Psychogenic Alopecia dikesan dengan kehilangan bulu bermula pada bahagian perut, dan merebak ke bahagian peha dan pangkal ekor. Ada sesetengah kes, bulu akan terus hilang pada bahagian belakang badan.
Flora pernah botak sekejap pada akhir Disember 2011
Masalah ini tidak akan menjejaskan kesihatan kucing anda dari sudut negatif. Walau bagaimanapun, adalah penting bagi mendapatkan pemeriksaan veterinar atau doktor haiwan bagi mengenalpasti punca-punca keguguran bulu pada kucing anda.

Sekiranya Psychogenic Alopecia adalah punca keguguran bulu pada kucing anda, anda boleh mengurangkan tekanan dan kebosanan kucing anda dengan meluangkan lebih banyak masa untuk bermain bersama, bergurau dan bermanja. Fikirkan jenis permainan yang kreatif yang boleh dimainkan bersama dan sentiasa mengubah jenis permainan supaya kucing anda tidak cepat bosan. 

sumber.


until then.... bye!

Isnin, 5 September 2011

Neraka Petknode : Dianggarkan 9 terbunuh

Ini yang dinamakan harapkan pagar, pagar makan padi. Something like that la. Sekarang macam-macam cara nak menipu kalau nak instant money.

On the way back to JB, I read the TL; @klubbkiddkl about Petknode, (pusat jagaan binatang peliharaan) - for animal boarding yang tiba-tiba owner dia menghilangkan diri sedangkan kucing dan anjing penuh dalam premis Petknode di area Damansara Damai / Desa Moccis, Sg Buloh ditinggalkan dahaga dan kelaparan. KEJAM tak? Babi pun tak kejam macam ni.

Ku cuba fikir positif, mungkin owner dia ni ada emergency so had to leave. Tapi... bila melibatkan nyawa dan melihat pada gambar-gambar yang diuploadkan, aku rasa tak logik pula.

Sampai kurus kering macam ni. Dahsyat! Hati perut babi tau depa ni.

Snapshot dari Myanimalcare.org . Si gebus mati berpelukan.

Yang seekor tu macam tak lama lagi je tu tah hidup ke mati tu, yang gebu dua ekor tu memang dah mati tragis berpelukan. Sadiskan?

Aku cepat sebak, sebab mereka ini binatang yang dengar cakap dan manja.

Dan idiots ini (owner) mengikut maklumat @klubbkiddkl seorang bernama Shahrul Azuwan bin Adanan 821017-10-5289 Lot 2739, PT No 1426, Taman Genting Permai, 44300 Batang Kali, Selangor, 03-60574134 dan seorang lagi bernama Yushairi bin Khairuddin, 820227-05-5107 605, Lorong Anggerik 18 Jalan Anggerik 4 Bandar Sunggala 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Ha kau! Seorang dari Batang Kali seorang dari PD. Yang dari Batang Kali tu kot bawa lari duit main kat kasino Genting la tu. Yang seorang lagi berpoya-poya di pantai PD gamaknya. Eh, terfitnah pula.

Nak tengok gambar dorang?? Terjah Blog Serious Obefiend atau twitter @klubbkiddkl atau Myanimalcare atau Kucing Terbiar & Anjing Jalanan, hasil maklumat ini credit kepada mereka. 






Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...