Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengumuman. Papar semua catatan

Rabu, 15 Ogos 2012

Tinggal 12 jam untuk kenyang dengan RM1

Hari ini nak jadi juruhebah tak bertauliah untuk Abang Burn. Kenal Abang Burn tak? Dia bukan gitaris mana-mana kumpulan rock, bukan penyair, bukan juga finalis Imam muda.

Rugi korang kalau tak kenal.

Jangan berlengah, cepat-cepat plan ke Taman Dagang punya area malam ni sebab Abang Burn buat amal jariah offer burger bakar cuma RM1. Gerai burger mana berani offer Burger Beef Cheese RM1??


Okey, jangan nak order lain. BURGER BAKAR BEEF CHEESE saja. Tapi satu orang satu burger. Tapi kalau pandai undercover try la pakai wig, mana tahu dapat lagi sebiji burger lagi. Ingat ye, offer cuma dua jam saja, berakhir pada 12.00 tengah malam. 

Nasib rumah aku jauh, kalau rumah area Ampang ke, PJ ke, memang aku terjah pergi sana. Siapa-siapa yang pergi makan di sana, tolonglah makan untuk aku ye?? Sob....


Jumaat, 16 Mac 2012

HEBAHAN TERKINI : PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Y. Bhg. Datuk/Y. Bhg. Dato'/Tuan/Puan,Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 

2.         Untuk makluman, keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012.  Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012. 

Sekian, terima kasih.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 24 Februari 2012

Sticky post: Kondom dan fotografi

Sticky post uolls. Sila scroll ke bawah untuk cerita-cerita biasa Syimalicious


Kamu suka bergambar?


Suka pakai KONDOM?

Sabtu, 21 Januari 2012

Sorry Folks...

Previous entries semua dah lebur...

UNDER MAINTAINANCE

*nanges makcik nak godek semula html code. Lemah!


until then.... bye!

Rabu, 7 September 2011

Berita baik untuk ulat buku

KarnaDya Solutions Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan buku/novel sedang mengadakan Jualan Gudang sempena Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung. Setiap buku-buku terbitan kami akan diberikan diskaun sebanyak 45% daripada harga asal. Jualan gudang ini terbuka kepada semua dan akan berakhir pada 5 Oktober 2011 (tunai sahaja).



Datanglah beramai-ramai ke premis kami untuk mendapatkan buku-buku terbitan kami pada harga istimewa:



KarnaDya Solutions Sdn Bhd

12, Jalan BP 6/6
Bukit Puchong Commercial Centre
47100 Puchong, Selangor
Hari: Isnin-Jumaat
Masa: 9.30 pagi – 5.30 petang.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di 03-80684763 atau info@karnadya.com.my.



Sila war-warkan jualan gudang ini kepada yang lain-lain agar anda semua tidak terlepas peluang keemasan ini!



Layari www.karnadya.com.my hari ini!





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, 26 Julai 2011

Caution please...



Let's the picture speak for me... >: o

Owh.... thought of updating the blog today. But today seem very busy plus am not in a good mood.




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 25 Mac 2011

BBM contact dah hilang

PENGUMUMAN: Ok lah sayang-sayang semua, disebabkan kecuaian saya, saya telah dengan tidak sengaja meng-upgrade version BBM saya dan melangsungkan ke semua contact list hilang. Maafkan adik manis ini kerana masih jakun untuk mengexplore everything dalam berihitam saya ini. Adalah diharapkan kepada awak, awak, dan awak untuk menginvite semula saya di 22144E5. Muaaahhhh!

Sekian, terima kasih.


Setakat ini dahulu,

 

Selasa, 4 Januari 2011

Do click this for more info...!!!

Pretty awesome promo from #CelcomExec for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800!

Planning your holidays ahead? Starting from only RM199, AirAsiaX is now offering direct flights to Chirstchurch New Zealand! Hurry! Share this exciting adventure!

Jumaat, 16 April 2010

Lebih dahsyat dari putus cinta

Aku mati. Betul-betul mati.

Aku macam dah hilang akal.
.
.
.
.
.
.

Laptop ROSAK!!!

Kenapalah asyik aku je yang mendapat masalah? Nasib tak baik, tak ada ong langsung. Belum sampai setahun, dah dua kali claim warranty.

Itu hari sebab keyboard.

This time sebab harddisk tak boleh baca.

Shhyyytte!! All the memorable pictures GONE!!

*nak lari nangis....


Selasa, 1 Disember 2009

Ada pengumuman lagi...

Barangkali oleh kerana kealpaan aku untuk meng-update blog maka laptop aku telah meng-sial kan diri.

Untuk menaip barisan ayat diatas mengambil masa 10 minit kerana aku harus berlawan dengan kuasa keyboard yang suka hati keluar "]]]"

Kalau aku menaip] laju-laju akan keluarlah simbol gampang yang sekali gus merosakkan mood aku u]nt]u]k berblogging. Sangat cibai namanya. Memang rasa nak mencarut sangat. !}!}!}!}!}!}!}!}!!}~~~~@#$$$%$@#

Keyboard laptop ku yang berusia 6 bulan ini sudah lingkup. Brengset!}

PENGUMUMAN

Aku cari masalah lagi.
Aku godek-godek html coding ni lagi. Lepas tu jadi cacat.

Argghh! Habis semua link blogger hilang. Jenuh nak cari satu-satu. Siapa baik hati tolong tinggalkan jejak di kotak komen. Terima kasih!!



Sayang semua, ini sticky mood entry ye... sila scrool untuk entry yang terbaru.





Isnin, 21 September 2009

Berpesta makanan di bulan Syawal 1430H

Gitu tajuk nak lain dari lain.

Anyway, aku tak nak membebel tak tentu arah di bulan yang mulia ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sebenarnya itu saja aku nak wish pun. Tahun ini aku tak sempat nak meng-edit kad raya maya untuk kawan-kawan blogger dan readers. Udahku bilang... memang aku sibuk.


Dalam rendah diri ada tinggi budi.

Dalam miskin harta ada kaya jiwa.

Dalam lembut lidah ada terlanjur kata.

Dalam gurau senda ada silap kata.

Salam Aidilfitri dari rumah keluargaku di JB.

Maaf Zahir dan Batin.


Motif gambarku berpaling? Sebab tatkala aku ungkap kata-kata kemaafan, aku akan mudah mengalirkan air mata dan hidungku depan kalian semua. Aku mahu mencover reputasiku.







Syimalicious: Handphone aku lagi satu hilang dalam rumah dalam keadaan ter-off. Macamana nak misscall?

Isnin, 30 Mac 2009

Bila aku kata benci, aku memang betul-betul benci!

Dengan ini diumumkan aku tidak akan menggunakan JS-kit.com comment sebagai perantara antara aku dengan kamu.

Bila mana aku membuang JS-kit.com comment ini, bermakna komen-komen kamu semua sebelum ini pun akan terdelete sama sekali. Aku sayang komen-komen kamu tapi dah suratan takdir ia tidak berkekalan.

JS-kit.com comment menyusahkan untuk orang yang tak bijak IT seperti aku. Aku dah insaf sekarang. Aku bertaubat takkan buat perubahan pada comment setting yang asing macam jadah!!


Syimalicious: Di alu-alukan untuk kamu semua beromen mengomen untuk lima entri aku yang terdahulu. 5 je! Kalau tak nak komen pun tak apa.

Jumaat, 27 Mac 2009

Alhamdullilah...akhirnya

Aku tidak perlu lagi berteka-teki kerana kebenaran telah berhasil sebentar tadi.

Ini bukan entri aku dipinang anak tok mudim tau.

Walaupun letih, disuruh berjalan ke sana ke sini bersama bondaku, aku bersyukur kerana apa yang aku alami selama ini bukanlah disebabkan retak.

Owh, bagi yang tidak mengetahui... hari ini aku telah bertemujanji dengan doktor.
Dia tak hensem sebab dia adalah seorang perempuan di klinik pakar ortopedik di Hospital Sultanah Aminah, JB. Serius, kaki aku masih sakit dan jalan terhinjut-hinjut tetapi tidaklah pula menggunakan tongkat sakti sebagai topang.

Perkara yang akan aku ingat selalu, doktor di sini telah menyebabkan bonda dan aku berjalan berulangkali untuk ke bahagian x-ray. Adakah doktor itu tolol atau tidak menumpukan perhatian aku pun tak pasti. Macam pelik, angkle aku yang sakit, tapi di x-ray di jari jemari kakiku. Aduyai.

Kali kedua aku membuat x-ray, aku dengar bunyi kalut-malut; suara yang agak tinggi intonasinya. Dan sebagai pesakit yang terakhir, aku mencuri dengar perbincangan mereka. Sah! Doktor yang memeriksa aku tadi adalah doktor yang belum confirm dan masih tercari-cari arah kerjaya mereka. Main point mereka, "Adakah jawatan kami floating?" Jawab doktor senior yang wajahnya amat garang dengan tegas sekali, "There is no such thing in government policies!"

Eh! Apsal aku nak cerita pasal dorang? Aku nak cerita lain pasal doktor baru sangat membahaya untuk nyawa pesakit yang kritikal. Sebab mereka baru, jadi perasaan was-was kadang-kadang akan tetap wujud dalam diri mereka. Macam tadi, pasal x-ray itu. Tahukah anda x-ray boleh menyebabkan radiasi? (Korang kena buat muka blank, konon-konon tak tahu)

Aku akan merindui rumah manis rumah (home sweet home) dan keluarga aku kerana membenarkan aku duduk seperti puteri selama hampir sebulan, menjaga makan minum ku dan memanjakan aku... sob...sob...sob... Sebak.


Pagar, jangan jadi harap pagar, pagar makan padi ok?



Jadi pengumuman untuk seantero Asia Tenggara, aku tidak lagi mendapat cuti sakit, maka aku kena kembali berkhidmat kepada nusa dah bangsa. Tapi rasa macam malas pula!!! Arrrgggghhhhhh!!

And YES, my right foot still pain!

Isnin, 23 Februari 2009

Whatta....?

Since after several entries did hit my blog, viewed hundred times, readers came from all over Malaysia, i decided to do something about it.

Demi menjaga nama baik seseorang, i have too...

Dia malu.

Benci!

Should i UNDISCLOSED this blog from pervert silent readers?




P/S: Sila tinggalkan email address anda untuk saya meng-invite anda di kemudian hari.

Khamis, 22 Januari 2009

Neno...Neno...Neno...

Sticky mode. Please scroll for new entry.

PMS alert!
Aura kemarahan luar biasa mungkin menjejas kemeriahan blog ini.
Harap maklum.


* dijangka berlanjutan dari 17 - 24 Jan 2009. TQ

Isnin, 8 Disember 2008

Selamat menyambut Aidiladha


gambar dipetik dari sumber googles

Selamat Hari Raya Haji, korang!! Pagi tadi makan apa? Well, I'm sure everyone is having a good and quality time with their family; solat sunat sama-sama, makan rendang, makan ketupat, bertandang rumah saudara mara.

As for me, I'm not going anywhere. Tak balik kampung. Duduk sorang-sorang kat sini. Berkorban tapi tak ada motif. Korban apa entah?

Sekarang cuba tanya pada diri kita;
  • Apakah perasaan kita setiap kali hari raya haji?
  • Bagaimanakah kita merayakannya?
  • What first come to mind bila menyebut tentang Aidil Adha ataupun hari raya haji?
  • Korban?
  • Lembu?
  • Solat raya?
  • Pergi ke Makkah?
  • Tak ada duit raya pun?
  • Takde orang main bunga api?
  • Tak meriah?
  • Takde terasa apa?
  • Apakah pengajaran yang kita dapat daripada ibadah haji?
  • Tahukah kita bila disunatkan berpuasa dan bila haram berpuasa berkaitan dengan haji?
  • Apakah takbir kita di raya haji sama dengan takbir kita di raya puasa?
  • Bilakah disunatkan makan pada hari raya haji?
  • Di manakah solat raya patut diadakan?
Chewah.. macam ustazah je. Berapa ramai yang dapat menceritakan apa disebalik Aidiladha ini? I'm sure tak ramai yang yakin 100% mampu menjawab soalan mudah macam ni. Ye lah, kita dah tinggal alam persekolahan terlalu lama. Kalau tak diingatkan selalu memang akan mudah lupa.
Erti Aidiladha ialah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail, yang merupakan satu contoh ketaatan dan pengabdian, dan pengorbanan yang tiada tolok bandingnya. Sila surf sendiri ok?

Info tambahan untuk ingatan aku dan kawan-kawan.
  • Hari Arafah - 9 Zulhijjah - sunat berpuasa bagi sesiapa yang berada di luar Arafah
  • Hari Nahar - 10 Zulhijjah - haram berpuasa
  • Hari Tasyriq - 11, 12, 13 Zulhijjah - haram berpuasa
  • Bagi hari raya Aidiladha, sunat makan selepas korban. (Bagi hari raya Aidilfitri, sunat makan sebelum solat hari raya)
  • Solat hari raya (kedua-dua raya) seeloknya dibuat di padang yang lapang dan luas, supaya boleh turut dihadiri oleh wanita-wanita yang sedang uzur, kerana khutbah hari raya adalah untuk semua orang, bukan hanya lelaki sahaja.
  • Ibadah korban adalah sunat muakkad
  • Akikah boleh dibuat untuk diri sendiri seandainya akikah untuk diri kita belum lagi dibuat oleh ibu bapa kita.


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,
LaIlahaillaLlah waLlahuakbar,
Allahuakbar waliLlahilhamd



Semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang berfikir dan menghayati...

Khamis, 11 September 2008

11 Sept - Kebetulan atau suratan takdir?


Korang tahu ini tarikh apa?? Bukan aku ajak untuk memperingati insiden 11 Sept di Amerika tu. Grand tak title post aku hari ni? Sebenarnya tak ada kaitan pun dengan WTC ni. Aku ada pengumuman baru lagi nak dibuat.


Aku nak bagitahu... yang aku... macam dah TAK ADA APA-APA IKATAN HATI DENGAN CHENTA lagi. (mesti melompat gembira lalat-lalat yang dengki dengan aku tu, eh lalat berterbangan... bukan melompat.)
Hidup perlu diteruskan.


Well, aku akan bercerita tentang semalam bila ada kelapangan. Nanti-nantilah.


My emotion currently not stable.

Pengumuman


I've got running nose today. Sangat teruk.

I tak dapat update blog lagi.

Tunggu i sihat.

Sekian, harap maklum.

Khamis, 19 Jun 2008

Under construction


With effect today, my blog will be temporary close due to the heavy work load in the office and etc. Will be back in a new design and look. See you around. But if u guys have any idea for my blog, please email me at syima.kamal@gmail.com

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...