Cari Blog Ini

Ahad, 25 Julai 2021

Dah tak lama lagi sayang...

Assalamualaikum ET. 

Kalau ikut apps, mommy akan jumpa awak lagi 8 minggu. Pejam celik, pejam celik rasa macam sekejap. Ya Allah, syukur sgt dengan peluang yang Kau berikan. 

Dalam seminggu ni mommy dah mula rasa mmg berat sgt nak usung perut berjalan. Mommy dah mula rasa senak, bahagian ari-ari menekan ke bawah mungkin sbb kedudukan placenta atau fibroid ni. Awak pun kadang-kadang berpusing sampai tegang perut mommy. Hari ni first time awak menendang perut kiri atas mommy tau. Kuat sangat. Awak tengah cuba engage kepala kat bawah ke tu? Doktor kata ruang dalam rahim masih banyak kosong, sebab itu awak masih bersuka ria berenang berpusing-pusing.

Stay strong anak mommy, jangan main tali pusat sangat. Mommy nak jumpa awak, ET. 

Kes Covid-19 dah cecah SEJUTA!!

Saat aku berperang dengan masalah nak deliver dekat mana, kes kobid masih tak nampak tanda-tanda nak menurun. Makin mencanak naiknya. Siapa tak PANIK? Nak masuk ke fasa 2 pun tak de tanda². Sedih sgt ni. 

Kesian frontliner, tapi kesian juga pada aku yang expecting untuk firstborn tapi berdepan dengan situasi hidup atau mati ni.

YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA KAMI DAN ANGKATLAH COVID-19 INI DARI MUKA BUMI DAN SEMBUHKAN LAH MEREKA YANG SEDANG BERJUANG UNTUK HIDUP. 

Jumaat, 20 Oktober 2017

Ubat Duphaston

Medicine Overview of Duphaston Tablet

Uses of Duphaston Tablet
Duphaston 10mg Tablet is used in infertility, endometriosis and hormone replacement therapy.
It is also used in the maintenance of early pregnancy with unexplained miscarriages.
Side effects of Duphaston Tablet
Common
Edema, Abdominal bloating, Anxiety, Irritability, Depression, Muscle pain.

Take this medicine in the dose and duration as advised by your doctor. Swallow it as a whole. Do not chew, crush or break it. It can be taken with or without food, but it is better to take Duphaston 10mg Tablet at a fixed time.





Hari ni Jumaat, 20.10.2017. Sejak consume ubat ni dari 10.10.2017 aku perasan perubahan pada berat dan perut aku. (nangis). Dah la memang boroi kan. Seluar aku mostly sendat dan ketat pada bahagian pinggang, meaning perut tu kembung sangat. 10 hari dengan nafsu makan membuak mempercepatkan lagi penampakan perut tu. Bayangkan seluar kerja sampai tak mampu nak zip, mujur baju labuh. Haha memang nak kena pergi tempah buat uniform baru. 

Satu lagi kerisauan aku... aku consume ubat ni tak tentu masa. Sekejap pukul 9.30pagi, sekejap 10.30pagi. Macam hari ni terus lupa nak makan. Tengahari baru teringat nak makan.

Masalah cramp perut, sakit bawah perut dekat ari-ari kanan pula hari ni. Kalau ikut tarikh period lagi 6 hari. Baca blog petanda sakit bawah perut ni mungkin gangguan hormon atau proses ovulasi. Hopefully lah ada baby dalam perut ni. Currently timbangan berat adalah 68kg.

Semoga berhasil perngorbanan mommy. Berdebar nak tunggu 2 Nov ni.

Sabtu, 22 Oktober 2016

#ArianiHijabRun2016

Achievement baru?!!

Eh tak juga. Acara larian tanpa suami. Gigih nak dapat shawl percuma masa register aritu, tapi bila tengok bib dah nombor ke 1960, memang tak de harapan la. Dah tu tak de ong plak untuk lucky draw pagi tadi.

Kisahnya pagi tadi aku dah sedikit lewat, mau nya tak lewat, tukang hantar boleh sesat salah masuk jalan. Masa flag off dari Jakel member aku dah whatsapp. Sedih la tak dapat merasai suasana dilepaskan beramai-ramai. Member yang hantar aku tu drop dekat Sogo, kira ngelat 400m lah dari tempat flag off. Aci tak? Alahhh cheat macam gitu mmg tak menang pun.

Kan? Ni bukan larian atau marathon ni, ni lebih kepada KL tour, sightseeing. Haha. Ramai betul kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik stop untuk bergambar. Jangan tak percaya, walaupun aku stop nak ambil gambar aku still berlari setempat.

Yeay! Sampai kat finish line. Tengok jam aku lari dalam 35min dengan 120 calori terbakar. 5km je pun. Orang tengok macam "ek eleh 5km kot".. Masa sampai garisan penamat aku tak nampak pun orang yang bagi medal, aku nampak orang bagi pisang dengan air botol. Haha aku tuju situ dulu sementara tunggu si Jaja.

Baru boleh posing dengan medal.
Kena membongkok nak bagi sama tinggi.
The #photobooth
Aku tak ambil gambar betapa ramainya manusia di sekitar pentas. Tadi ada Farah Fauzana, CDTK, Bella duta Ariani tu, dan si Inara. Inara kurus sangat!Jeles la juga tengok deme-deme yang sempat ambil gambar dengan retis kan. Sampaikan nak ambil gambar dekat photobooth pun kena Q panjang, tak cerita plak orang belakang aku yang asyik tonyoh-tonyoh dada dia menolak aku ke depan. Tekanan aku! Rasa nak sikukan aja. 

Summary of the day
SEMOGA TERUS ISTIQAMAH UNTUK FIT!!

Selasa, 31 Mei 2016

Misi upgrade sinki dapur (1)

Bila baca blog pasangan yang baru kahwin atau baru masuk rumah baru, hampir ke semua tengah renovate, atau dah siap ubahsuai dapur diorang. Kerdil rasa diri ini sebab kami berdua masih belum mampu untuk extend dapur yang sedia ada sekarang. Yang terbaru cuma peti ais saja bertukar dua pintu. Selalu muhasabah pada diri, tak apa lah rezeki kita mungkin lambat sikit nak merasa duduk rumah besar, nak extend rumah, nak pasang kabinet dapur, macam-macam keteringinan.

Kat situ Isdin selalu pesan utamakan yang keperluan dari kehendak. Pastu aku pun sentap. Tapi sentap sekejap je la. Benda betul.

So semalam aku dan Isdin pusing dari Pasir Penambang ke Sg Buloh Sasaran untuk recce harga sinki. Ada orang kata barang hardware banyak murah di Ijok. Malas pula nak drive jauh-jauh untuk tengok sinki semata bukan nak buat kerja kontrak besar-besar kan?

Sinki di Hardware Teik Lian 
Kami dah masuk 7 kedai hardware, harga sinki lebih kurang je. Kami ketepikan soal jenama. Lagipun aku pun kurang arif jenama apa yang bagus, kiranya kami main redah je ikut bajet poket kami. Memandangkan dapur kami kecik, so Isdin cakap cari single sink sudah. Aku ke Teik Lian Trading di Pasir Penambang,
Single sink jenama Isano saiz 600mm(L) x 450mm(W) x 205(D) thickness 0.6mm RM150, harga lama katanya. Untuk saiz 620mm (L) x 450mm(W) x 205mm(D) thickness 0.8mm, type inset RM220 sebelum GST. So aku jadikan tanda aras untuk aku recce kedai-kedai lain.

Aku planning nak ratakan tanah belakang dapur tu, asyik jadi port kucing liar berak je.
So aku tanyakan sekali pasir kasar, 1 ela hardware ni caj RM80. Satu lori kecil boleh masuk 3 ela. 3 ela = 1 scoop backhoe. (ni nak bagi aku faham & ingat dikemudian hari). Kemudian kami ke Aik Heng Chan Timber dan Abad Hebat, kat situ pasir kasar dijual RM70. Harga untuk sinki lebih kurang Rm150-160 dan design biasa. Kedai lain-lain aku tak mention sebab tak boleh nak tawar menawar langsung, jadi ok bai!



Sampai ke hardware paling last kami berkenan sungguh dengan sinki jenama Aimer ke dua dari bawah tu. Tapi bila tengok harga RM8++, urut dada dengan harga begitu. Bukan dalam bajet kami. Yang buat kami berkenan sebab ada tempat waste/ drain dan tempat letak pisau. Last-last lepas kami bargain single sink yang dah lopong dalam gambar tu dapatlah harga RM180. Dah tak boleh nak kasi kurang dah. Kelat habis muka tauke.

Sinki pilihan hati HDKS-6945
Kalau ikut harga catalog RM 255. Harga tak mau kalah. Memandangkan aku tak nak menunggu untuk next order, tauke nak bagi display je. Lepas ditekan-tekan calculator tu, harga muktamat RM180. Konfem untung dia masih dalam RM50-80. Siapa tahu kan? Tapi malas nak lama-lama dalam kedai tu, kami bayar je lah. Lagipun saiz dah ngam, tak nak lebar sangat 660m x 440m 215mm dan thickness 0.9mm just nice.

Isdin tengah usaha nak minta murah lagi. Haha

Isdin cakap Star Mart Hardware ni best datang sebab banyak barang.

Yes, dah boleh bawa sinki untuk next projek.


Isnin, 30 Mei 2016

Tak suka! Tak suka!

Esok dah masuk 31 Mei 2016. Eh! Lagi beberapa minit lagi nak masuk esok, perasaan bercampur baur. Tak suka! Tak suka dengan perasaan nak berpisah dengan laki, dengan kucing, dengan rumah. Rasanya macam nak berhenti kerja, jadi surirumahtangga yang berjaya, yang bangun jam 9am, yang tak pernah disuruh masak, yang hanya bayar helper kemas rumah. Surirumahtangga yang paling dahsyat pemalasnya tapi masih disayangi suaminya.

Tapi itu semua angan-angan. #jangankecamkakak

1 Jun pergi check up di HKL, rasa nak minta MC lagi tapi MC sampai 1 Jun je. Lepas itu esoknya dah masuk kerja dan kembali menghadap kerja hijau itu lagi. Muntoh ijo!

Itu je. Nak meroyan jap. Kbai!

Selasa, 10 Mei 2016

Program Testimoni Cosmoderm

Hai korang.

Lama sangat dah tak menaip. Banyak benda berlaku dalam hidup aku untuk beberapa bulan ni dan teringin sangat nak diabadikan dalam blog, tapi itulah... bz yang amat. Bukan buat-buat bz.

Naik balik aku dari cuti yang panjang, pagi tadi aku ditegur kakak di kaunter beritahu ada barang untuk aku. Besar katanya. Sebelum cuti-cuti Malaysia hari tu tak ada pula aku shopping online. Sekali terpandang kotak Cosmoderm.



Ok, baru teringat hari tu pihak Cosmoderm ada email offer untuk guna produk baru mereka tapi tu email lama dulu bulan Disember 2015. Ingat tak jadi. Tapi orang bagi free kita ambil la kan.



Cosmoderm bagi satu set,
- Luminious Pearl Brightening Mousse Cleanser
- Luminious Pearl Brightening Toner
- Luminious Pearl Dark Spot
- Luminious Pearl Day Active Protector SPF 50 PA+++
- Luminious Pearl Brightening Night Serum

Suka aku nak try. Cuma aku curious, biasanya muka yang naik jeragat ni lepas beranak, macam aku cuma nak cerahkan kulit muka je, boleh ke pakai?


 Cara penggunaan pun ada diterangkan sekali. Ehh.. tak zabar nak try.


Lagi-lagi night serum tu. Helps brighten skin safely, improve skin tone for lighter and radiant skin. Tapi lain orang lain kulit dia kan. Tak apa, kita test dulu.

Itu je aku nak share kegembiraan hari ni. Kbai.

Sabtu, 30 April 2016

Kenduri time!!

Lama betul tak dapat jemputan nasi minyak ni. Sejak dok berdiet macam-macam craving menduga jiwa. Tapi makan in portion insyallah angka penimbang maintain. Ececeh...

Kebetulan hari kenduri, paginya ada Sambutan Hari Keluarga Seksyen tempat kerja aku kat Taman Tema Air Desa/ Desa Waterpark tu. Lemau weh main air. Dengan tiba-tiba belah petang hujan lebat yang amat disambut dengan guruh dan petir. Menakutkan. Rasa macam tak nak pergi dah. Lagipun tempat tak familiar walaupun dekat Ampang tu je.

Tapi bila fikir keteringinan nak makan nasi minyak, kami just gamble. Dah lewat juga masa tu, jam 4. Biasa dewan dah clear, makanan dah habis. Kalau sampai dewan ada tuan rumah, ada makanan lagi itu rezeki kami. Perut dah bunyi. Kita guna waze cari jalan.

Dah sampai area yang dimaksudkan. Masuk dewan like nobody bisnes, macam keluarga kau punya kenduri main redah. Mujur nampak tuan rumah. Haha

Pelamin cantik dah mula diturunkan, tak sempat nak tumpang berangan dekat pelamin. 
Nasi minyak sedap. Buah oren manis, lauk ayam dan daging pun sedap. Kalau sampai awal tadi memang merasa kambing golek. Tuan rumah bawa 6 ekor tadi. Rugi... rugi... Aku terpandang kek pengantin, dengan tak malunya... kek pun aku minta sebat, Siap minta tapau. Teruknya... bini siapa ni kelaku buruk benor.


Dah kenyang, siap tapau semua... apa lagi sesi bergambar la.


Gambar sopan saya yang berselipar jepun je
Freestyle
Makan tak tengok kiri kanan dah
Mekap dalam kereta. Okey la ni kan?
Ok bai!

Khamis, 10 Disember 2015

Fesyen ke pejabat dan santai 2016

Hari ni aku nak share pasal fesyen lagi.

Dunia fesyen mempunyai antara pasaran yang paling kompetitif dan cukup mencabar. Fesyen ni mempunyai trend yang sentiasa berubah-ubah dan seringkali bertukar. Kalau korang perasan fesyen tudung contohnya bulan ni kita pakai bawal satin, bulan depan dah femes shawl chiffon Keknis. Pening nak kejar. Beg? Skirt? Blouse?

Saban tahun kita akan dapat lihat banyak trend fesyen terkini yang diketengahkan mempamerkan gaya yang sedang popular dan menjadi pilihan pencinta fesyen. Pergi shopping mall banyak jenama fesyen yang kita boleh dapatkan.Tapi tak semua keluarkan produk ataupun koleksi yang sama kerana setiap fashion brand itu sendiri mempunyai ciri-ciri ataupun sifatnya yang tersendiri. Ia juga bergantung kepada koleksi, nilai dan populariti jenama itu sendiri dalam dunia fesyen.

Mango antara jenama fesyen yang sering mendapat perhatian ramai pencinta fesyen. Ini kerana popularitinya telah menjangkau banyak negara di seluruh dunia sebagai antara jenama fesyen yang menjadi pilihan ramai fashionista. Koleksi Mango tops Malaysia memang sentiasa ditunggu-tunggu oleh "wanita urban" macam kita ni yang sukakan gaya fesyen terkini yang boleh didapati dengan kualiti premium terbaik. Urban sangat kita kan?



Banyak lagi stail mix and match yang korang boleh pakai untuk ke tempat kerja atau lepak dengan kawan-kawan pada hujung minggu. Mango Malaysia ada pelbagai koleksi fesyen yang menarik terdiri daripada rangkaian produk yang cukup meluas. Sangat banyak sampai korang rasa semua nak beli. Seriously the best brand untuk kita, ladies!! Dari office wear sampai pakaian santai, rekaannya tidak mengecewakan.

So kalau korang nakkan jenama yang mampu memberikan satu style samada elegan, hipster, cool, rugged Mango Malaysia adalah brand terbaik buat korang.


Ahad, 6 Disember 2015

Saya happy, bos happy, isteri bos pun happy!

Ni bukan cinta tiga segi. Bukan juga cerita jadi madu bos. Oh tidak... tidak sekali.
But certainly I'm in happy mood.

Semalam bos cakap nak buat sesuatu untuk anniversary dia. Masa tu si isteri di Pasir Mas, Kelantan nun. Kawan-kawan bagitahu dia buat cam En Isdin buat sempena birthday aku hari tu. Surprise delivery. Dah banyak kan orang buat bisnes ni, tapi di Lembah Klang yang biasa dengar pun. Kelantan ada ke? So I volunteer nak tolong bos cari surprise planner sekitar Kelantan.

Esok anniversary, hari ni baru nak cari. Jam 4 petang lebih sikit. Berdebar betul misi pencarian surprise planner Kelantan. Takut last minute deal depa tak mau ambik. Google punya google adalah 3-4 planner yang macam aktif. Whatsapp tanya pakej diorang.  3 ja yang respon.

Instagram Belon Terbang Kelantan
Setakat ni Belon Terbang Kelantan terbaik di mata ku.  Siap ada pakej. Yang lain tak ada pakej tapi ikut bajet customer. Ikut bajet la sangat. Bila buat comparison, nah.... tak de la bajet mana. First impression tu penting ye, kalau bisnes teratur, tersusun.. customer pun tak teragak-agak nak pilih. Bos agak was-was, tak percaya kejadah online ni betul-betul buat kerja mereka. Sikit-sikit tanya, betul ke ni? boleh percaya ke ni? Aku pun was-was, tapi tawakal saja lah bos. Kalau kena tipu, kita report agensi berkenaan.

Antara servis Belon Terbang Kelantan
Admin Belon Terbang Kelantan ni nama dia Shukri. Senarai pakej yang mereka offer banyak juga. Antaranya pakej Mini Happy Birthday, pakej Love Surprise, pakej Best Friend, Lovely Parents, Super Surprise Combo, semua dalam range mampu bayar; RM110-RM300. Kalau rasa terlebih bajet untuk celebrate something special boleh ambil pakej Romantis dan pakej Sweet Holiday. Macam best itinerary dia.

Rasanya selagi tak delivery surprise ni, bos memang tak senang duduk. Kejap-kejap tanya camana. Risau. Nak jadi kan cerita alamat rumah isteri bos tak ada dalam google map ataupun Waze. Payah jadi orang tengah ni, dah la bukan orang Pasir Mas tak tau nak terangkan jalan ke rumah mertua bos ni. Bos pula bagitau yang isteri dia nak keluar pergi attend kenduri, kelam kabut aku jadinya.

Tapi berkat kesabaran dan komitmen admin mencari jalan, kek dan belon sampai ke destinasi.
Dah sampai. Ampun kan saya bos, privacy isteri bos kena jaga.
Pakej RM150 ke bawah ni (plus transportation) dapat 1 belon foil besar custom nak tulis apa pun, segugus belon- which is to me depa tak kedekut belon, 1/2 kg homemade choc moist dan 3 kuntum bunga ros (kos - RM15) dapat bear sekali; yang ni add on. Berbaloi tak?

Lega hati den. Bila tanya bos, bos kata isteri dia terharu dan happy. See? Jarak KL-Pasir Mas bukan lagi penghalang. Semua di hujung jari.

Itu dari FB sang isteri. Confirm senyum sampai tahun hadapan. Hanya perempuan memahami jiwa halus perempuan lain. Ecece... Maka berakhir sudah tugas aku sebagai bidan terjun, orang tengah dsb.

Conclusionnya, kalau korang di sekitar Kota Bahru asalkan dalam Kelantan, boleh ambil servis Belon Terbang Kelantan untuk apa-apa jua kejutan, celebration buat yang tersayang. Boleh whatsapp Shukri #belonterbangkelantan di +60 13-3787011

MISSION ACCOMPLISHED!

Dah tak lama lagi sayang...

Assalamualaikum ET.  Kalau ikut apps, mommy akan jumpa awak lagi 8 minggu. Pejam celik, pejam celik rasa macam sekejap. Ya Allah...