Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya. Papar semua catatan

Selasa, 2 September 2014

Openhouse pertama sebagai suami isteri

Syawal dah habis tapi malas betul nak bercerita dalam blog. Kita share gambar aci tak?

Haritu masa berkunjung ke rumah-rumah kawan-kawan Isdin, mereka ada tanya bila nak buat openhouse. Masa tu juga saya jawab, kalau datang rumah memang saya hidang makanan kucing je. Rumah tunggang langgang, peralatan untuk openhouse semua masih dalam kotak. Serious malas nak ber-openhouse. Baru kahwin, apalah sangat barang yang ada dalam rumah ni.*Membebel pula makcik ni*

Malam sebelum majlis tu saya laki bini terus sibuk pergi beli persiapan untuk openhouse pertama kali. Isdin mulanya agak ragu-ragu, ya lah sebelum ni saya upah orang untuk masak, kali ini saya yang nak handle semua. Yakin la abang... saya mesti boleh! Saya beli 3 ekor ayam, 5 paket mini ketupat, dan bahan-bahan untuk buat lontong dan rendang ayam. Bajet masak untuk 100 orang lebih kurang. Jemputan saya terhad dalam lingkungan 40km kerana saya buat pada hari bekerja, penutup bulan Syawal.

mini ketupat di rebus
rendang ayam. esoknya baru masuk santan
Dapur bujang kami yang bersepah
suami yang membantu kerja-kerja membersihkan ayam.
Kebetulan hari sebelumnya open office di pejabat. Jadi geng-geng gigih buat photobooth. Saya dengan tak malunya request pada mereka untuk pasang di rumah saya. At least ada something la di rumah saya selain orang tengok sofa buruk dalam rumah tu. Tak sangka mereka betul-betul tolong pasang di rumah sewa kami. 
gigih kan?
Team gigih enterprise. 
Bos bagi excuse balik awal (tengahari) untuk siapkan juadah. Satu saja yang saya ralat, saya tak ambil gambar bila 2 budak praktikal datang bantu-bantu saya di dapur tak ketinggalan Sab yang jadi backup saya memasak kuah kacang dan sambal ikan bilis. Gambar meja yang dah siap juadah pun tak sempat nak snap. Memang tak menang tangan. 

Nampak tak bos di situ??


Geng-geng pejabat saya datang lepas waktu kerja. Memang bangku semua tak tersusun. Masa ni budak cendol tak sampai lagi, mereka makan apa yang ada saja. Bubur pulut hitam pun belum masuk santan lagi.

Lepas maghrib tetamu mula memenuhi ruang porch rumah sewa kami. Geng-geng Isdin datang dengan keluarga. Serious takut tengok ramai macam tu. Sampai tak ada tempat duduk. Di sebabkan panik, Isdin kata makanan tak cukup. Saya tergocoh-gocoh merebus macaroni (backup) dan nasi impit. Kuah lontong saya yakin berbaki sebab masak dalam periuk 40cm. (ingatan utk diri sendiri kalau lepas ni nak buat makan-makan lagi)

juadah pada malam itu yang tiada dalam gambar, rojak buah
Rasa kembang punggung bila orang memuji kuah lontong saya sedap. Cuma ayam rendang gagal menggembirakan tekak kerana terlebih masin. Lontong dan rendang ialah main dishes openhouse rumah saya. Saya usaha siapkan semua dengan bantuan tukang potong bahan-bahan mentah. Cuma cendol saya upah orang dari Tg Karang. Memang sedap sangat tak tipu. Saya yang bukan penggemar cendol pun boleh cakap sedap. 

Sesi bergambar dan selfie.

wefie dgn geng opis yang datang malam


Dengan sis Laili yang sponsor hand bouquet time kahwin dulu
Adik sepupu yang sanggup drive dari Rawang untuk bantu saya di dapur.
kawan baru saya yang ada 2 orang princess yang manis dan saya belum double, baju je besar.
Lepas ni kalau nak buat openhouse saya kena upah orang. Kalau tidak fungsi nak suaikenal dengan isteri kawan-kawan suami tidak kesampaian. Asyik sibuk keluar masuk ke dapur sampai tak sempat beramah mesra dengan tetamu.

Terima kasih tak terhingga pada kawan-kawan yang sudi luangkan masa untuk datang. Terima kasih juga pada yang membantu di dapur sehingga berjaya menyediakan 4 juadah. Tanpa korang mesti tak jadi makanan-makanan ni. Walaupun terkontang-konteng saya rasa bangga dengan hasil yang tak seberapa ini. Terima kasih kepada yang berterus terang mengatakan masakan saya terlebih masin dan tak sedap, air kurang manis dll. Saya akan perbaiki skill memasak saya ini. Terima kasih suami kerana turut membantu mengeluarkan duit dan ke sana ke mari membeli bahan mentah. I love u. 

*guna perkataan saya supaya nampak seperti isteri solehah yang sopan santun.

 

Jumaat, 25 Julai 2014

Raya dan lesen memandu

Jumaat. 27 Ramadhan 1435H

Jumaat yang terakhir untuk Ramadhan kali ini. Dan juga permulaan episod bersesak di atas jalan raya. Lama cuti, so hari ni bos dah bagi half day. Separuh Jumaat sampai hari Selasa, 4 hari kau. Yang mana tamak cuti sambung sampai Ahad depan. Bestnya lah...

Saya?? Saya masih di pejabat. Pandang fail-fail yang tertangguh rasa dah tak lalu. Memang banyak yang pending tapi mood yilek. Saya tak balik mana-mana. Raya pertama sebagai suami isteri dan pertama kali juga tak bersama mana-mana keluarga. Suami bertugas. Sedih.

Terlanjur hari ni sangat free baru saya teringat lesen memandu saya dah tamat tempoh. Sebulan. Semalam saya dengar radio operasi abang JPJ dah berjaya menyaman hampir 3000 pesalah trafik terutama yang memandu tanpa lesen. Dah sebulan saya merayau sana sini macam tak bersalah.

Saya ke Pos Malaysia sini dengan Isdin, tak sangka ramai betul umat yang nak renew roadtax & insurans dan bayar bil utiliti. Letihnya menunggu. Ish... kenapalah mereka tak nak guna Myeg?? Tak pun bayar bil guna akaun bank online. Giliran saya ada lagi 15 orang. Tunggu setengah jam baru 4 orang. Jadi saya hantar Isdin balik yard dulu.

Bila saya patah balik ke pejabat pos nombor saya pun dah terlepas 2 orang. Jalan raya dah mulai sesak. Saya terus ke kaunter. Terkial-kial juga nak renew lesen ni, lupa dah berapa ringgit nak bayar. Oleh sebab lesen saya mati pada bulan 6 dan tarikh lahir saya pada bulan 11 saya cuma dikenakan RM2 sebagai bayaran tambahan untuk menyamakan tarikh expired lesen memandu dengan tarikh lahir yang akan datang. Jadi untuk tiga tahun saya cuma perlu membayar RM92. Misal kata tarikh mati lesen ialah selepas dari tarikh lahir ada tambahan RM15 untuk samakan tarikh mati lesen tersebut dengan tarikh lahir korang.

Saya baru tahu sebenarnya. Hihihi

kedut-kedut jari jemari saya sekarang :'(
So, selepas ini saya boleh jadi co-pilot Isdin, nak balik kampung raya ke 3 nanti. Hati-hati memandu ye??

Khamis, 9 Ogos 2012

Iklan raya Bernas 2012, buat orang nangis




Nak termenangis tengok iklan raya tahun ni. Haaa.... memang menangis pun.

Bersyukurlah kita yang dianugerahkan pancaindera yang lengkap.

Yang masih mempunyai ibubapa, hargailah.



Ahad, 14 Ogos 2011

Nak raya kena semua baru ke?

Kesian kat mak. Dapat anak kerja pun gaji tak besar. Aku maksudkan diri aku la tu. Tiap kali raya, pakai je barang yang sama, ulang-ulang.

Tapi selagi boleh pakai, tak rosak, tak buruk buat apa nak tukar-tukar kan? Itu pendapat aku la. Jadinya... Tahun ni kalau ada rezeki mahu cari curtain baru kot. Hehehe... dan bukan aku yang sponsor.

Warna apa yang cantik untuk hall yang guna perabot kayu berukir? Blank sekejap. Perabot di hall pun memainkan peranan untuk pemilihan warna langsir. Ataupun tukar perabot tu dengan couch yang lebih up to date? Lagi byk pakai duit kan...?

*tengah pening pilih warna dan costing





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rabu, 15 September 2010

Blogger dating dalam bird nest di Alibaba

Ini bukan nak cerita pasal Alibaba yang Alibaba website pengiklanan produk tu. Ni lain, ni cerita pasal dua lelaki yang dilanda keboringan dan seorang budak perempuan yang tak ada kawan. Budak perempuan...? Tapi tak budak dah sangat.

Orang kata sesuatu aktiviti yang bukan formal kalau kita dok rancang sangat, tak menjadi. Yang adhoc mengejut ni yang selalu on. Begitulah alkisahnya semalam. 

Sebulan berpuasa, sesi berkaraoke pun puasa sekali. Eh, dah lama dah stop karaoke atas banyak faktor. Sebab colleague aku yang sorang tu mengandung dan sebab kurang kouta dek ex-chenta aku dah bekerja di tempat lain.  Sambung ke cerita asal, maka semalam kami bertiga menjejakkan ke Alibaba Karaoke dalam Giant Tampoi.


Silapnya aku tak tahu nak ke sana, kalau tak mesti aku berpakaian tema alibaba. Lalalalala..

Entrance
Kaunter bayaran dan registration
Pokok tamar menghiasi interior building. Nice kan??
Cantek sangat...
Karaoke room kami. Inilah birdnest yang aku cakap dalam tajuk entry ini. Love sangatkan? Bilik kecil siap ada langsir transparent. Ala-ala kelambu. Sangat unik di sini.
Agaknya malam tu dah abih small room, so kami dapat medium room. Tak silap aku 3 jam = RM80. Mahal tak? Ntah, malam tu aku di sponsor oleh abang-abang yang baik hati. Sponsor dengan ikhlas ya abangs~

Screen LCD. Walaubagaimanapun control system dia agak kekok sikit, tak macam di Redbox/Greenbox 
Ini buah hati saya di JB. Saya pinjam dia temporary. Dan saya suka suara dia yang macam Marc Anthony. Tapi apakan daya saya tak mampu jadi JLo dia. Huhuhu
Tengok en hafis kita. Dia ialah hantu lagu-lagu dari seberang juga. Semua lagu Kerispatih ada dalam kepala dia.  Nasib baik suara memang terbaik dari ladang.
Kusyuk dan penuh perasaan brader ni menyanyi.
Tapi siapa dia ni? Aku tak kenal dia. Itulah first time berjumpa. Dan kami boleh bermesra alam. Aku kan friendly?
Anda kenal dia??

Masyaallah. Kecik betul dunia kan? Adik aku sekian lama kenal dengan dia. I mean tahu kewujudan brader ini dalam dunia blogging. And all this while dok blogging aku langsung tak alert brader ni. Ye la, aku kan selalu sakit jiwa, blog aku dalam dunia tersendiri.

Sila lah hit blog beliau. En Rohaizad. Pada mulanya aku menyangkakan kawan aku ni memperlekehkan aku pasal blog. But went i get thru blog dia pagi ini, alangkah terkejutnya bila En. Ijad ini menjadikan blog sebagai punca pendapatan dan dia adalah fulltime blogger. Sila kagumi beliau. Dan beliau juga seorang photographer.

Aku ada klip dia menyanyi lagu yang berunsurkan patah hati. Nak tengok??


Setakat ini dahulu,

 

Dari sempadan Singapura ke sempadan Betong, Thailand

Thanx to google map untuk kami merancang perjalanan

Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, doakan kami sekeluarga selamat pergi dan pulang. Kami akan turn on mode raya pada pagi ini untuk berkunjung ke rumah sanak saudara dan kubur-kubur mereka yang telah pergi.
Ye, mode untuk beraya kami lambat seminggu.

Apa pun doakan kami ok?

Setakat ini dahulu,

 

Isnin, 30 November 2009

Sebuah pengorbanan, sebuah pertunangan



Sorry kengkawan, ai sibuk sejak kebelakangan ini. Tak dapat nak update blog macam biasa. Dan keletihan masih bersisa.

Tapi terimalah gambar terbaru ku yang tidak seberapa.

Sebuah pengorbanan di Aidiladha.





Khamis, 15 Oktober 2009

Boleh tak...?

Biarpun Syawal sudah hendak ke penghujung, boleh tak kalau aku nak cerita pasal preparation raya haritu?

Kan korang tahu kadang-kadang aku ni terlalu sibuk dengan tugas-tugas peng-kerani-an? Jadi tak ada masa nak blogging. Sementara ada masa ni, boleh la kot?

Malam raya dulu mak sangat menunjuk minatnya untuk keluar bershopping. Untuk pengetahuan mak memang tak suka berjalan, dia lebih suka duduk rumah baca buku dan tengok channel AFC. Sebagai anak yang baru nak dengar cakap (dulu nakal) aku mem-follow dia, ... kalau mak aku cepat rasa letih tapi dia kuat lagi nak berjalan ke sana ke mari. Aku dah macam nak pengsan.

Mula-mula pergi Plaza Angsana, zas sana... zas sini... beli tudung, beli baju, beli kasut, beli perhiasan rumah. Belum puas pusing satu complex, abah telefon suruh balik. Abah sangat jeles mak berjalan-jalan dengan aku. Macam adik dan kakak kan?

Berbonjol-bonjol plastik aku usung. Antara muka nak bangga dan lupa diri kerana berbelanja tak ingat dunia.

Rupanya dikerah balik awal sebab lepas solat Isyak ada rombongan takbir. Sementara menunggu mereka datang kami pun tukar semua sarung bantal yang baru.

Setelah majlis selesai, mak ajak keluar balik. Huhuhu. Dahsyat sungguh rupanya bila nafsu membeli-belah membuak-buak kan? Ia menyerang tak kira umur tatkala duit memenuhi poket.




*Lagi 3 jam aku sambung entry berikutnya. Dah letih mata asyik tengok laptop.






Rumah terbuka PKNS Kuala Selangor

Ini betul-betul fast update. Makan-makan pukul 11.30pg tadi, sekarang dah upload gambar dalam blog.Tak larat nak taip panjang-panjang, perut dah sengkak.











See? Memang taksub betul aku bab-bab makan. So how am i going to lose weight?

Cakap pasal kurus ni, aku ada blog baru. Janganlah ketawa. Ini belog kesihatan gue.


Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...