Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Movie Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Movie Review. Papar semua catatan

Jumaat, 27 November 2015

The Good Dinosaur

Musim cuti sekolah dah bermula. Sempena cuti sekolah ni, kakak nak buat review sikit pasal cerita kartun yang baru je kakak pergi tengok. Ceh! Kakak la sangat. Untuk couple yang tengah bercinta macam tak sesuai kot nak tengok, sebab mesej tak sampai nanti. Haha

Kakak baca banyak review tak best pasal movie ni, tapi kakak suka je. Eh kakak lagi. Keluarga dinosaur ni ada 3 ekor anak, yang last sekali tu (Arlo) spoil sikit. Dah la penakut, lembik, emosi betul aku tengok. Rasa nak pukul je. Nampak sangat belum ada naluri keibuan.

Cerita ni tentang kekeluarga, membina keyakinan, keberanian, ada satu part masa mula-mula cerita ni start aku tengok mak dan bapa bagi kata-kata semangat bila tengok anak dia gagal atau tak berjaya. Macam setengah keluarga melayu aku tengok bila anak buat hal sikit depa pun cakap "Itu la, kan mak dah pesan.. tak dengar cakap sangat" - contoh la tu.

Lepas tu bila part bapa dinosaur si Poppa tu mati sebab hanyut dalam kepala air aku ter-menangis. Emosi lagi.

Part humour bila Arlo jumpa Spot. Best... best... Pada aku bagus kot bawa anak-anak satu keluarga pergi tengok movie ni.
credit to google
credit to google
So semalam aku dan beberapa kawan pergi ke Cathay Cineplex, Damansara. Saja isi masa lapang, feeling-feeling bujang lagi.
Private screening event
Jadi kanak-kanak riang jap.

"Sometime you got to get through your fears to see the beauty on the other side"


Ahad, 6 April 2014

Movie marathon

Hi korang.

I dah balik honeymoon. Safe and sound.

Walaubagaimanapun cerita #MH370 masih belum ada kesudahan. :'(
Sepanjang kami di Phuket, kami lost contact dengan segala berita mengenai  #MH370. Setakat tengok laporan berita online sahaja. Masa pun terhad.

Since ada cuti berbaki 3 hari untuk rest & relax, kami tidur sampai lemau rasa badan. Tidur lebih pun tak elok sebenarnya. So, dalam masa dua hari kami dah tengok empat movie, ini kes balas dendam sebab dah lama tak tengok wayang. Eh, rasanya baru bulan lepas tengok The Journey. Hew hew hew mengada sungguh.

Hajat hari pertama tu nak tengok In The Dark, macam spooky semacam trailernya. Tapi tak sempat, last show pukul 8.30pm. Postpone hari esoknya. Jom, nak buat review untuk 4 filem ni.

Dah lama tak buat review movie kan, kan, kan?

Captain Amerika: The Winter Soldier

Cerita sci-fi action pack walaupun kau tahu ini cerita imiginary comic semata-mata. Suka tengok aksi-aksi yang manusia biasa memang tak mampu nak buat. HYDRA ialah pergerakan sulit yang mempunyai agenda jahat. Captain America & the gang cuba menghapuskan mereka yang terlibat dengan Hydra. Lepas ni ada sambungan cerita ni sebab Winter Soldier tak mati lagi.




Rate: 4/5

The Machine

Mengisahkan dua orang saintis bijak yang mencipta robot untuk keamanan sejagat tapi MoD tukar robot ini menjadi askar perang. Plot cerita yang slow dan hero yang stress.

Aku takut kalau in real life kita nanti wujud robot-robot bijak begini.




Rate: 2/5

Need for Speed

Mengisahkan dendam street racer, Tobey yang memang tak sebulu dengan Dino. Dino Dino Bambino ni jahat, suka main tipu. Dia perangkap Tobey atas kesalahan membunuh Pete. Bak kata buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat akhirnya Tobey menang race dan Dino masuk penjara. Padan muka. What I like the most is kecanggihan peralatan GPS dan alat elektronik dalam kereta mereka. Kereta yang laju jangan cakap, memang suka sangat-sangat. Tapi pelik bila orang kata cerita ni tak best.

Rate 5/5



In The Dark

Movie Mandarin terbitan Astro Shaw mengisahkan hantu khunsa yang bersalah kerana tidak berterus terang dengan boyfriendnya tentang gendernya. Nampak kesungguhan Joseph nak bertemu dengan May walaupun dia dah mati. Tapi cerita ni memang terkejut-kejut yang tidak dijangka. Kita ni penakut, haruslah semua cerita hantu yang tak scarry pun ku rasa seperti menakutkan. Tapi tak boleh nak terima tu bila hantu (May) boleh call boyfriend dia bagitahu dia takut. Scarynya bila hantu dah pandai guna teknologi. Lepas ni kacau guna Whatsapp pulak.

Rate: 3/5



Bye!

Isnin, 22 Oktober 2012

Dendam manis dalam Addicted to Love

Pernah tengok cerita ini? Cerita lama zaman aku ambil PMR dulu. Zaman hingusan main kayuh basikal dan panjat pokok.

Just now I'm watching that movie again. Sweet. Nice. Rasa nak jadi Meg Ryan tetiba. Rambut dia dalam cerita ini juga cantik, nak potong begini tapi rambut curly tak sesuai kot kan? Tambahan, suami tak izin... ececeh... suami mana la pula?

Ni kisah Maggie dan Sam nak rebut balik hati bekas pasangan memasing which is masa ending ke dua-dua mereka pula yang jatuh cinta. Sweet la sangat.



Meg Ryan pegang kamera macam aku kan? Maka aku feeling jadi main actress. Hahaha.

Jom eksplorasi filem versi aku.
Versi orang tengah angin. Tiada kewarasan berfikir di kala ini.

Epilog. Aku sedang marah membara pada seseorang hamba Allah ni. I feel like he using me all this while. Sebab dia tinggalkan aku dan memberi alasan tak mahu kawin dengan aku. I want to take a revenge on him. Tak mahu dia mati, cuma sedikit penyeksaan. Seksa emosi. Biar derita yang dia rasa sampai dia menangis merayu pada aku.

Dalam urusan aku nak membalas dendam untuk mengsengsarakan makhluk perosak itu (kita namakan F), aku berjumpa si A yang tetiba mahu untuk membantu dalam projek mengenakan makhluk perosak ini. Ikut cerita asal A ni tiada kena mengena dengan sesiapa pun, mungkin simpati terhadap aku jadi dia nak tolong atur strategi.

Mula-mula aku nak rosakkan kerjaya si F. Biar hilang rasa hormat bos-bos dan anak buah dia pada dia. Sambil-sambil tu aku usik-suik kereta dia, pancit kan tayar, scratch pintu kereta, pecahkan lampu signal dan macam-macam lagi. Week by week, tak leh buat semua serentak. Nanti kantoi. Biar jahanam kereta yang dia bayar RM1500 sebulan tu.

Pastu aku huru harakan keluarga dia. Biar bini dia meroyan. Biar anak-anak dia pening. Owh... Encik F ni dah berkeluarga. Lupa nak bagitahu. Bini dia gaji besar. Gred 48 kot. Itu pun aku akan kacau. Aku suruhlah siapa-siapa ngorat walaupun dah tua menapous. Semuanya aku serahkan pada A punya planning. Aku akan buat semua jadi huru hara, kalau sampai cerai berai lagi bagus. *jahat gila aku* Aku benci orang yang riak takbur mendabik dada macam ni. Semua orang bawahan dia, dia fikir pencacai tak berduit. 

Bila semua planning kehancuran tercapai, aku akan pergi pada Encik F dan peluk dia. "Saya sayang awak lagi la bodoh... tapi kita tak sehaluan..." Dan kemudian aku berlari-lari anak sambil menekup muka. Aku tahu masa itu aku akan ter-menangis. (aku akan selit drama melayu yang suka menangis sedu sedan tu).

Mission accomplished. Say bye-bye to A. Kerja si A dah siap. So bila balik rumah dan resting, aku teringat pada si A. Si A yang banyak membantu dalam misi-misi khas. Sebab terlalu lama attached together, plan dan gelak jahat bersama akhirnya aku rasa ada keserasian dengan Si A...(plan jahat nak rosakkan keluarga orang ni ambil masa 2tahun kot). Tak kisahlah, janji dendam dan sakit hati aku terubat. 

Akhirnya aku dan A tak sedar kami in love...

-END-

Filem yang paling bangang aku rasa.

Ye lah tu, macam berjaya saja plan aku itu. Encik F yang aku kenal seorang bersedia. Mana mungkin dia nak kena tapau dengan budak hingusan macam kami. Dia ada segalanya. Dia ada pengaruh besar - baik gangster dan sebagainya. Dia pun master dalam martial art. Kau fikir aku boleh usik Encik F dan keluarga? He is very protective to his right. 

Tak apalah. Biarlah Encik F nak hina aku sekali pun, A suruh aku banyak-banyak berdoa supaya Encik F sedar kesilapan dia. Kesilapan dia dari awal lah penyebab aku jadi begini dan ending sebegini. Tapi ini bukan masa yang sesuai untuk salahkan siapa-siapa.

Dua-dua silap sebenarnya. Dan dendam merugikan masa.


Selasa, 31 Julai 2012

Dejavu Di Kinabalu - Wujud lagi cinta begitu?

Seingat aku, selama hidup ni jarang aku follow drama melayu secara tekun. Sekarang dah masuk minggu akhir, aku baru tengok 3 episod drama ini - Dejavu Di Kinabalu (Akasia TV3).


Mulanya agak curious bila mendengar kawan-kawan sepejabat bercerita tentang drama ni. Apa yang best entah? Konon-konon tak ambil port, just buat tak tahu saja. Di mana cantiknya Tiz Zakiah ni pun aku kurang pasti. Lain orang lain selera. Aku cuma mengagumi watak lakonan dia dalam Nur Kasih dulu, yang aku rasa tak wujud pun dalam dunia ni. *negatif*

Pada aku apa yang boleh dibanggakan penggambaran drama ini keseluruhannya di Malaysia - Kundasang yang mendamaikan itu. Cantiknya subhanallah! Memang nak pergi lagi nanti. Ok, back to the topic.

Persoalan aku wujudkah lelaki dan cinta yang sebegitu?

Aduhhhh... itulah sebab aku tak suka nak tengok cerita cinta melayu yang selalu mengkhayalkan itu. Sure kena kutuk. Tapi dah kantoi, terbukti hari ini aku menonton juga.

Bazli... owh Bazli, mula-mula dah macam pasrah melepaskan Nadira, lepas itu bila Nadira meroyan minta maaf, minta kahwin dengan kau semula, kau pula tinggalkan awek yang lagi sorang tu. Kesian awek tu rasa tertipu. Jadi rebounce sudahnya. Berkecai - remuk hati awek itu. Aku boleh rasa apa yang dia rasa.

Nadira lari semula ke Bazli sebab kecewa dengan fakta Ammar pernah menyintai penderma jantung/hati Nadira. Sebab itu je? Ammar pula lembab bertindak, tak boleh ke jadi lelaki gagah terus masuk meminang? Muahahaha. Bestlah jadi Nadira, dua orang lelaki menyimpan perasaan, menyimpan hasrat hati untuk memiliki dia. Hakikatnya dia menyintai si Ammar tu. Dan si Bazli tetaplah menunggu juga. Kaya dan naif.

*Pakcik baru tengok aku lepak dengan budak laki lain terus kena hamun. Tapi si Bazli ni walaupun dah tahu Nadira tak ada hati pada dia, dia give in juga.
*Pakcik tuduh-tuduh aku ada affair dengan Din yang hakikatnya tiada apa-apa hubungan langsung. Bazli aware pasal hubungan Nadira dengan Ammar, tapi disebabkan mulianya nurani si Bazli ini, maka perbuatan itu tak pernah jadi isu.

Di sini aku rasa tipunya cerita cinta melayu ni. Realiti dalam kehidupan, bila seseorang dah tahu aweknya ada hubungan rapat dengan seorang lelaki terus ditinggalkannya plus kalau seseorang itu berduit dan ada kuasa macam Bazli. Inikan pula kalau memang bercinta. Hurmmmm... wujud lagi manusia berhati suci dan cool macam Bazli?

Wujud ke tak wujud? Apa yang aku tau, dalam komuniti kita yang wujud adalah manusia yang pentingkan diri sendiri sahaja.

Sekian.

Jumaat, 25 Mac 2011

Apa motif Sucker Punch?

Melayan kesengalan dengan housemate aku. Tadi berkira-kira nak tgk cerita World Invasion: Battle Los Angeles dengan Sucker Punch. Macam biasalah venue mesti di Kuala Selangor tercinta (uweeekkk!)

Hahahah randomly we picked for Sucker Punch. Well not bad. Setakat nak layan kepala.

Mula-mula agak terganggu dengan plot cerita dari mula dia di wad gila, sampai jadi penari, sampai perang bagai, sampai sacrifice diri pastu bla...bla...bla... ingatkan dia heroin, tapi ending bukan untuk dia. Kita-kita sekali terikut fantasi dia. Kesian.

Rasa macam cerita psiko macam ni sesuai untuk orang sakit jiwa macam aku.

Cerita psiko ke? Tengok sendiri lah nanti. Tapi jangan menyesal. This movie agak merapu tapi penuh dgn maksud tersirat. Kan As?? Sebab dalam hidup ni mesti ada kepayahan, ada backstabber, ada nangis-nangis, ada teamwork... tapi yang pasti dalam cerita ini ditonjolkan kekuatan yang wujud dalam diri wanita. Jangan main-main ye en.lelaki semua. I love the script too. Certain script. Too meaningfull.





Tengok awek ni terus rasa nak bertukar jadi lelaki. Tak pun lesbian. Fuh! Comel sesangat! Kekuatan awek ni pada mata dia. Of course la fake eyelash main peranan. Owwhhh! Emily Browning! In a second I became ur fan already. Tapi mungkin kejap je kot.

Kenapa kalau adegan lawan, lompat tinggi-tinggi lepas tu mendarat kena tangan ke macam tu? Imbangan? Look pretty cute for me... hehehe

Pergi lah tengok, try for urself. Nanti komen sesama. Baiklah nak tidor dengan fantasi babydoll tu. Gud nite semua.



Setakat ini dahulu,

 

Isnin, 18 Januari 2010

Sempit punya pasal la ni




OMG!!




Kenapa jam??




Orang ramai-ramai ni nak beli stok untuk preparation gempa bumi or sebab nak tengok Adnan Sempit??




J Card Day rupanya! Manusia penuh sesak! Menakutkan!




Sempat ke nak collect tiket?






Memang tak sempat. Kami dapat tiket yang agak depan dan agak terkehel sikit leher waktu menonton. Sebab hari pertama tayangan harus la sambar juga. Hasil gamble dengan kawan-kawan main redah je. Sampai-sampai ternganga sebab terkejut orang ramai. Maklum la, Kuala Selangor tak ada JJ. Ada Tesco je.



Haih! Setiap kali pergi movie mesti orang belakang aku macam hanjeng! *tepuk dahi*








Syimalicious: Korang dah tengok belum cerita ni? Serious, kelakar!! Malas nak kasi review lebih-lebih. Pergi tengok sendiri!

Rabu, 9 Disember 2009

Lepas PTK, New Moon pulak!!

Semalam aku berkesempatan untuk menyaksikan movie New Moon di GSC Alamanda. This is my 1st time jejak kaki di GSC Alamanda. (Kecoh... itu pun nak war-warkan)



~Berlibur di waktu kerja. Mampus kalau mata-mata dapat tangkap ni.~




~Chipmunk tambahan~


Sebelum tayangan, aku bergambar gedik dulu. Maklumlah aku ni jarang tengok wayang, jakun la sikit.


Aku tak adalah berahi sangat untuk menengok movie ini. Tapi disebabkan asakkan, hasutan dan cerita-cerita yang disensasikan dalam blog mengenai movie New Moon, haruslah aku terpengaruh.

As the 1st movie ~ Twilight tu aku tak pernah nak tengok, aku merasakan payah untuk aku faham cerita seterusnya. Tapi aku cuba layankan juga.

Orang kata Edward ini hensem, tapi pada aku muka dia macam arboq*. Ada certain angle saja dia nampak macam lelaki. Hahaha. Bak kata Peej, lain orang lain citarasa. Pastu masuk pula watak si Jacob yang berambut panjang itu. Tak boleh blah. Mulalah aku mengkaji apa yang best pasal cerita ini.

Tapi... bila Jacob dah berambut pendek aku dah jadi excited. Agak menawan hati beta bila nampak wajah kejantanan walaupun hidung dia macam semacam. Itu hidung original ke?

Part yang paling best bila Jacob topless. Ada ramai yang mengaku ternganga tatkala si Jacob tidak berbaju. Betul tak? Aduyai... aku tak suka lelaki yang bermuscle tapi bila Jacob begitu aku naik syiok. Hahaha! Atau ayat yang best "Aku ghairah."

Yang tak best bila Bella terpaksa cakap pada Jacob dia lebih syok dengan Edward. Aku kesian pada Jacob. Jacob, you still have me. Haha!

Dan kesimpulannya aku macam dah masyuk dengan keasyikan cerita cinta sejati yang tak wujud dalam dunia realiti ini.

Ending dia macam tergantung pada persepsi aku, maknanya ada sambunganlah kan? Siapa notice skrip masa part last tu? Aku kasi ubah sikit. Hahaha


Kan sebelum time Edward propose Bella untuk kahwin dengan dia, dia konon-konon minta masa kan? Kalau ibaratkan aku itu Bella aku akan cakap "It's ok. Kalau u lambat sangat, I ada Jacob". Kawan-kawan aku lagi mulut jahat, diorang cakap kalau aku dalam situasi sebenar mesti dah ramai skandal aku pasang. Tak kan nak tunggu?? Huhuhuh

*arboq = bapok

Sabtu, 14 November 2009

Phobia2


Masa dilalui pemeriksaan tiket nak masuk ke panggung 6 tu, brader tiket tu cakap "Terima kasih, dan selamat menjerit!" Wah??! Horror sangat ke cerita tu? Memang dah rasa creepy la juga.

Overall i can give 3/5.

Sebabnya cerita dia ada yang tak masuk akal. Memang ada certain part yang horror tapi ada juga part yang kelakar.



Layan sneak preview movie ini.


Babak Novice

Dalam cerita ini lebih kepada hukum karma. Buat baik di balas baik, buat jahat, siap la kau kena santau. Eh! tak ada lah macam tu, maknanya setiap perbuatan kau tu akan dibalas tak kira lambat atau cepat.

Babal Ward

Yang ini aku kurang pengertian, tapi apa yang aku boleh huraikan ialah tentang saka yang nak mencari tuan yang baru.

Babak Backpackers

Dalam cerita ini aku kesian yang amat pada orang Jepun tu. Tapi sebab budak perempuan jepun tu menggedik cakap telepon, aku rasa dia patut mati. Kesimpulan di sini menggambarkan Thailand ialah laluan untuk penyeludupan manusia serta dadah. Jangan pergi Thailand seorang diri. Pergilah dalam group yang besar kalau nak selamat. Hahaha.

Babak Salvage

Cerita ini patut dipertontonkan pada car dealers semua supaya jangan menjual kereta yang pernah eksiden tapi claimed kereta tu sihat. Akibat menipu dan ketidak jujuran dalam bisnes, anak beranak kau juga nanti yang susah. Lepas tengok part ni aku takut nak cari kereta secondhand.

In The End

Ni part aku tak berhenti ketawa. Ok bohong la sangat. Tapi cerita ni buat adrenalin kita calm down. Tengok sendirilah kan?



Selasa, 17 Mac 2009

Jai Ho make me feel Hindustani

Aku sampai rumah pukul 8pm semalam. Letih. Meredah hujan lebat sepanjang highway dari Sg. Besi ke Johor Bahru. Mujur semalam pool car dengan kawan-kawan. Time aku letih Su pula yang drive. Tapi hujan lebat sesangat!

Hari ini nak start blog pun macam larat tak larat. Tapi bila on pc, terus jadi bersemangat...sikit. Owh yer, tengahari tadi aku terima kunjungan dari seorang blogger. Nanti aku cerita lagi. Mood aku sedang mengarah ke lagu dalam movie Slumdog Millionaire. Mungkin dah lama cerita ini berlalu. Tapi sebabkan masih ada yang bercerita dan memberi komen dalam blog masing-masing aku jadi ghairah untuk menonton cerita ini.

Bila boleh tengok movie ini dey??!
Sehingga kini, aku belum dapat tengok cerita itu secara pirated atau di panggung wayang. BFF, tolong cari dvd itu di kedai yer? Balik dari sini saya mahu tengok!!! As, sudahkah anda mendownload cerita ini?

Tujuan utama aku ialah mengenai lagu Jai Ho ni. Aku punya rajin search di youtube cari official videoclip dia... TIADA. Dalam youtube tulis;

"This video is not available in your country.
We are unable to show you the original featured video for this channel due to age or location restrictions."

Mesti dalam video tu mereka amat sexy bagai. Itu sebab aku tak boleh view. Atau aku yang salah cari sebenarnya? Tapi aku jumpa muzik video+lirik ini pun dah puas. Nak dengar lagu je. Aku tak dengar Jai Ho versi original lagi, aku nak dengar versi remix Pussycat Doll Hindustani yang telah di Inggeriskan.

Cantikkan diorang dalam sari hitam macam tu? Aku nak cari satu juga.




Sila kuatkan volume speaker anda supaya ada rasa tergedik-gedik untuk menari berguling-guling.


Chorus;
you are the reason
that i breathe
you are the reason
that i'm still believe
you are my destiny

no, there is nothing
that can stop us
nothing can ever
come between us
so come and dance with me
(feel me it's destiny)




Syimalicious: Tengah gila kejap lagu ini. Kejap saja.

Rabu, 24 Disember 2008

Rentetan Histeria tempoh hari

Siri menonton wayang bersama kawan-kawan di TGV Bukit Raja hari itu.

Ada isu aku lupa nak bangkitkan.

Adakah normal bila menonton wayang, orang belakang menendang-nendang atau shacking their leg kat tempat duduk kita? Babi betul! Kita sama-sama bayar tiket. Bukannya aku masuk free.

Godness! Korang tau? Yang duduk belakang aku ni rupanya orang melayu yang berlagak lulusan sekolah LONDON. Sikit-sikit " I was like....", "I thought, i was like...." tapi ayat tak habis. Poyo siot. Nak cakap omputih cakap kasi habis. Ni penyebab aku nak ludah je kat dorang. Doranglah yang paling bising. Ko dah tau nak tengok cerita hantu melayu, ko dah tau kesudahan cerita melayu jarang memberansangkan, tak perlu la nak komen-komen dalam pawagam. Kecoh siot.

Korang agak aku bergaduh tak dengan perempuan-perempuan poyoness tu?

Ye, hampir bergaduh. Masa dorang tendang-tendang kerusi tu, aku sepantas kilat menoleh ke belakang.

Aku: Fikir sikit! (ringkas tapi padat)
Perempuan gemuk serupa pau: Amboi garang nya. Orang lain pun garang juga!
Perempuan kurus macam lidi: Hek eleh kecoh je. Aku pun selalu kena.Yang kawan aku ni pula dah bajet aku akan mencetuskan adegan tarik-tarik rambut dalam panggung wayang. Owh tidak! Biarpun mulutku serupa buntot ayam, takkan aku nak jatuhkan pride aku depan orang awam. Walaupun hati aku dah mendidih 100 darjah celsius, aku biarkan saja, lantakkan dorang nak berbunyi. Tapi kalau aku melancaukan sekali, memang boleh perang tu.
Kawan aku cakap, diam lebih bijak. Maka dia memuji aku kerana aku mengambil pendekatan yang cerdik.

Kesimpulannya lebih baik beli LCD skrin tv 42" (jangan beli hutang pakai nama kawan) dan DVD cetak rompak. Tengok kat rumah tak ada siapa nak tendang kerusi ko.




***


Dek kerana aku ini seorang penakut, maka malam itu aku minta kawan aku teman aku tidur.
Takut.
Dan terbayang-bayang.
Dah tau penakut, tapi gagah nak tengok. Padan muka aku. Lepas balik tu aku tak terus tidur, layan tengok tv dulu, kebetulan cerita Transformers. Sampai la pukul 2.30am.

Semalam.
Kawan aku dah balik bercuti. Aku tak keruan. Takut menjelma balik. Paling tak boleh blah bila aku tiba-tiba terbayang hantu berbungkus yang Zeta kena cabar masuk makmal sekolah tu. Time nak tidur pula, aku terbayang-bayang hantu beraya kat sudut toilet dalam bilik tidur aku. Ceh!

As! Balik la sini cepat!!!

Kawan pejabat aku gelakkan aku. Kata dia hantu beraya dalam filem tu kelakar sebab gigi terkeluar, jongang. Boleh macam tu?

Esok dah balik Skudai. Tak takut dah.

Selasa, 23 Disember 2008

Histeria

Semalam aku tengok cerita ni. Aku penakut. Cerita yang orang cakap hantu poyo pun aku seram. Jenis adrenaline cepat menangkap emosi ketakutan yang semacam gampang.

Masa decide nak tengok wayang, aku teragak-agak nak tengok cerita yang mana satu. Kami bertiga. Sorang tu nak tengok Cicakman, sorang lagi nak tengok cerita yang Keanu Reeves berlakon tu, aku nak tengok Histeria. Kami blur, sebab yang sorang ni kata cerita Histeria lawak hantu bodoh. Aku baca review cerita The Day the Earth Stood Still macam tak best je. Cicakman tengok kat Astro je nanti. Jadi kenalah tarik nombor.

Lepas main lat-ta-li-lat (nak tarik cerita apa nak tengok ni), tapi tak dapat decide pun. Last-last aku beli tiket Histeria. Brother counter tu boleh cakap, "Biasalah cerita melayu, takutnya tak, asyik terkejut je". Siap dengan memek muka yang macam menunjukkan cerita tu tak best. Keterujaanku disentap sekejapan.

Well, overall lepas aku tengok cerita ni, (ini review dari seorang penakut macam aku) ceritanya agak scary. Orang kata ini cerita lesbian cemolot dan main bunuh-bunuh. Tapi scene lesbiannya tak sampai 5 minit pun. Frust aku. Tapi aku pelik, dalam filem ni, sikit pun tak diselit baca-baca doa. Tu yang hantu suka lagi kacau. Bacalah ayat Kursi ke, Yaasin ke, 4 Qul ke. Even dalam cerita Jangan Pandang Belakang ada juga bacaan ayat Al Quran.

Allisa (Scha) lakonannya agak kekok sikit, keras kejung dan berperanan sebagai ketua The Pink Ladies. Tapi aku suka dia. Adegan cemolot si Zeta (ex-Piere Andre) pun macam real. Murni (Liyana Jasmay) si comot yang selalu kena buli, diambil kesempatan dan naif. Kesian dia. Yang lain-lain pelakon yang agak baru tapi tak mendapat tempat dihati aku.

Dalam geng ni, semua macam nak kenakan si Murni sebab dia lurus bendul, orang lain tak nak baca mentera sebab tak nak tanggung risiko. Bijak memanipulasi orangkan? Tapi bila dah selalu sangat kena buli, kita sendiri akan rasa marah. Perasaan tu akan membusut secara sendiri. Itu DENDAM namanya kawan-kawan. Bila kita diselubungi amarah, we tend to pendek akal. Jadilah seperti kesudahan cerita Histeria ini.


Kesimpulan dari filem ini:
  • Jangan kerap buli/sakat orang. Makan diri.
  • Budak naif tak semestinya baik.
  • Jangan berani tak kena tempat. Sibuk-sibuk nak tau, kadang-kadang boleh bawa bencana pada diri.
  • Sekolah, asrama memang tempat yang "berpenghuni". Kenapa ye?
  • Skandal antara guru dan pelajar masih berlarutan hingga sekarang.
  • Masyarakat melayu dengan bomoh tak boleh dipisahkan.
  • Jangan suka-suka bawa balik benda-benda aneh.
  • Busut pun tak boleh buat main-main. Memang tempat jin. Kan mak dah pesan?
Ada lagi nak tambah?

Selasa, 28 Oktober 2008

Life Mein Kabhie Kabhie dan Sivaji The Boss

Siapa tengok cerita ni kat TV2 semalam? Hahaha katanya Deepavali. Banyak lah cerita-cerita Tamil & Hindustan.

Memandangkan cuti umum semalam, aku tak ke mana pun. Bersantai di rumah saja. Tengahari rasa lapar, pergi makan dekat open house. Kebetulan sangat ada jemputan. Itu dinamakan rezeki. Balik rumah tengok cerita Hindustan.

LIFE MEIN KABHI KABHI
Housemate aku tak berapa layan Hindustan, itu yang membuatkan aku pun dah lama tak tengok cerita Hindustan ni. Pertama: malulah kalau orang tahu kita tengok cerita tipu, tumbuk hero tak mati, peluru tak pernah kena hero dsb. Kedua: Nanti orang kata poyo pula, sebab cerita Hindustan sinonim dengan adegan syahdu yang secara tak langsung membuat kita menangis sekali. Tapi cerita Hindustan sekarang dah tak banyak main tumbuk-tumbuk. Dah pandai masuk adegan-adegan panas yang mengghairahkan.
Lagu yang pada aku sangat feeling ialah lagu Hum Khushi Ki Chah Mein. Sila dah download untuk dengar sendiri dan sinopsis cerita ini. Gigih tao aku mencari. Hahahah dah sampai mood jiwang!!

SIVAJI THE BOSS
Cerita ni lagi tak boleh blah. Dia ni lah hero. Kata hero, baling ke dinding pun pengsan je, kena electric shock pun tak mati. Kan dah cakap, cerita depa ni banyak merapu. Tapi jalan cerita dia banyak isi untuk kita adapt dalam kehidupan. Macam nak diaplikasi je kat Malaysia. Siapa sanggup jadi macam dia, yang berani memperjuangkan hak rakyat? Yang menghapuskan korupsi dan hipokrasi pihak atasan kerajaan yang tahu makan suapan je? Asal nak buat development atau apa-apa je lah kena ada "duit poket" masuk kat certain-certain parti. Macam shial kan? Kasi bunuh orang-orang macam tu!! En Sivaji, tolong selamatkan MALAYSIA!! Yang tak berapa best dalam cerita ni bila si isteri boleh ada sifat percayakan dengan orang luar. Tak baik macam tu, kita sebagai isteri tak boleh meragui si suami melainkan sejarahnya dah memang puaka.(Ceh wah... cakap macam dah ada laki je aku ni..) Dalam filem ni, si Sivaji ni amatlah berbakti dengan semua orang. Kiranya malaikat lah tu. Patutnya si isteri kenalah percayakan??
Part yang paling aku suka bila Sivaji ada style masukkan duit dalam poket dia. Bergaya beb.

Oklah, nyamuk dah start main pusing-pusing kat badan aku ni. Kang ada yang kena sawan nyamuk ni. Aku chow dulu.

Ahad, 21 September 2008

Menangis sehingga menitis air hidung

Menjelang Syawal ini, hari ini TV3 mempersembahkan drama tangkap leleh berjudul Ihsan menerusi Slot Cerekarama, which is dah pernah ditayangkan masa Maulidur Rasul dulu. Masa cerita tu ditayangkan aku tak alert sangat.

Drama hebat ini dibarisi oleh pelakon-pelakon yang agak popular seperti Dynaz, Kuza, Kartina Aziz, Zefrul Nordin, Zamarul Hisham, Abu Bakar Juah dan Kismah.

Dah lama aku tak menangis sampai keluar hingus ini kerana punyalah terlalu beremosi. Malunya aku pada housemate aku tu.

Drama ini mengajar kita erti keinsafan ini mengisahkan bagaimana si anak menerima balasan di dunia dan azab ketika menghadapi sakratulmaut sebab mengabai dan menderhaka terhadap ibu sewaktu hayatnya. Itulah, ko kurang ajar lagi dengan mak ko!

Aku banyak buat salah kat mak aku. Tak sabar nak balik kampung.
Masa kecil dulu sangatlah jahat. Semoga mak mengampunkan aku yang derhaka ini.

Rabu, 30 April 2008

Why PHAT GURLZ??

Have u seen Phat Girlz Movie?

If u r one of the big-size-chick-but-yet-so-cute,(gewdik je kan??) i recommend u to watch this movie. I'm not a movie freak, but after watching this movie (Starmovie kot?) i felt like, there's nothing wrong being fat.. Ops!! PHAT to be exact.

P.H.A.T stand for "Pretty, Hot and Thick"... Boleh macam tu?? Tak kisah la orang nak cakap apa pun, sbb aku adalah aku. I can't be anyone else. Aku tak leh berangan nak jadi superstar yang hot, glamor.

I got my own look which is...Pretty!! hahahaha mati la aku, perasan sendiri. Tp mmg kiut la. No offend! Eh??! Pretty ngan kiut tak sama eh?

Ada aku kesah??

Sometime I may look HOT. Kan?? Aku tak cakap, orang yang cakap...And not to forget, i'm THicK. Tebal dalam erti kata sedap di peluk. Boleh mcm tu? So dengan semua kombinasi yang ada jadi la aku = P.H.A.T.

Muahahahah!

Later...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...