Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label temuduga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label temuduga. Papar semua catatan

Isnin, 23 Februari 2015

Alhamdullilah... akhirnya!

 
 
Berdebar-debar tunggu tarikh 18 Februari 2015. Nak berharap tapi tak nak berharap. Macamana tu? Berharap lebih kang dia punya frust macam apatah nanti. Kalau tak berharap, macam tipu diri sendiri.
Pagi tu dah bangun timing macam biasa, lepas solat subuh relax buka page. Asyik harap maaf... harap maaf... sampai lambat thumbprint hari tu. Hahaha.
 
So kerja- rutin macam biasa, ikut member breakfast pun sembang dah tak fokus, semua ralit dengan handphone nak check status interview. Aku kerja luar pejabat hari tu, sampai ke tengahari macam-macam hipotesis kawan-kawan, kalau maklumat dalam system SPA tak update maknanya tak dapat la tu, kalau ada kolum kuning tu maknanya 50-50. Haih... macam-macam dengar.
 
Tengok pula whatsapp ada kawan-kawan yang dah dapat jawapan. Kita masih terkial-kial tak boleh buka webpage. Dah memang pasrah, call Isdin cakap lepas ni tak nak pergi interview lagi. Sodeh bonar masa tu. Sekali member satu team boleh access website. Semua jawapan mendukacitakan. Kita pun dah tak berharaplah, sekali masa dia tolong check untuk aku...
 
 
Jawapan yang tidak disangka! Aku lulus temuduga. ALHAMDULLILAH YA ALLAH!
 
Setelah hampir 9tahun berkhidmat, baru laku sijil diplomaku.
 
Terima kasih mak, abah, suami, adik beradik yang banyak berdoa, kawan-kawan yang banyak bagi kata-kata semangat. Terima kasih.
 
Lepas ni cuak memikirkan kena posting ke mana lah lagi... huhuhu
 


Rabu, 20 November 2013

Belum rezeki lagi

Hari ini, dah keluar keputusan...


Seperti yang telah dijangka, aku masih belum layak menyandang jawatan ini. Tak apa... boleh cuba lagi. Belum rezeki agaknya. Tapi sedih tu tetap ada. Cuma kesedihan itu tak menyakitkan kalau kita berharap sangat.

Orang kata tak ada cable, aku dapat kerja ni dulu pun tak pakai cable pun. Pokok pangkal kalau belum tertulis dalam qada dan qadar... jawatan itu bukanlah untuk aku. Kan?

Mode: Sedang muhasabah diri untuk menjadi positif


Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...