Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Resipi Hari Ini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi Hari Ini. Papar semua catatan

Khamis, 18 November 2010

Resepi Pecal Lele

Hari ni, aku mencuba resepi baru yang selalu aku singgah makan kat kedai je. Pecal lele. Aku google dalam internet resepi ni dan rata-rata menyajikan masakan ikan keli berkuah santan putih. Aku tak mau yang ini, aku mengidam rasa masakan Jawa/Indon. So, cari punya cari aku try n error dengan hasil bantuan mak, Ati dan Mimi.


Bahan-bahan untuk menggoreng ikan keli
Serbuk Lada hitam
Tepung Jagung
Sedikit garam dan kunyit
*perap selama 30 minit

Cara-cara:
Goreng secara deep fry la.

Tips: Ikan keli lain kali jangan beli besar-besar, beli comel-comel senang ratah dan sedap. Besar pun best juga tapi kena deep fry lama-lama bagi garing. Mak suka masak dengan minyak yang sikit maka goreng ikan keli selalunya akan meletup jadi masukkan asam keping untuk kurangkan letupan minyak dalam kuali.

Bahan-bahan untuk sambal pedas meletup
2 genggam ikan bilis
4 biji bawang besar
5 biji bawang putih
30 biji cili padi
5cm belacan
3 senduk kecil cili boh yang memang dah pedas
garam dan gula kabung (gula melaka)

Cara-cara:

  1. Goreng ikan bilis sampai garing
  2. Potong kasar bawang putih, bawang besar dan cili padi
  3. Goreng belacan dan masukkan bahan yang dipotong tadi dan tunggu sehingga layu. 
  4. Masak cili boh sampai agak-agak kering
  5. Tunggu semua bahan agak sejuk dan kisar kasar.
  6. Kemudian masak balik bahan yang dikisar dengan cili boh tadi dan masukkan garam serta gula kabung secukup rasa.
Tips: Masukkan daun limau purut untuk menaikkan aroma sambal pedas meletup ini.


Sambal cili dia yang memainkan peranan untuk menyedapkan makanan.

Setakat ini dahulu,

 

Selasa, 14 September 2010

Ayam kunyit banjir

Lumrah mak memang selalu pok-pek-pok-pek. Mak bising. "Camanalah nak kawin kalau malas nak masak? Mati laki awak nanti..."

Dengan itu kelmarin aku merajinkan diri membuat lauk ayam goreng kunyit. Renyah. Berpeluh-peluh di dapur. Ayam goreng kunyit yang biasa makan di kedai ada bubuh kacang panjang kan? Kami makan yang ada letak hirisan yang tak seberapa nipis kentang.

Bercita-cita nak buat gravy yang super banyak supaya boleh digaul bersama nasi. Aku letak 3 labu bawang besar. Cili padi yang dikisar bersama bawang putih tadi tak sempat kering, aku dah taruk ayam goreng dan kentang konon-konon nak suruh absorb rasa tu dalam daging ayam tersebut.

Bila agak kering, garam pun secukup rasa, aku hidang atas meja.

Mak cakap, "Ayam kunyit awak banjir. Mak rasa cabai tu (orang utara) awak tak tunggu dia kering dulu tapi dah masuk ayam dan kentang goreng tu"


"Tapi mak kan... rasa dia tetap sama. Nanti makan pun jadi taik juga" counter aku balik. Abah cakap, appearance penting untuk menarik nafsu makan seseorang.

Rupanya penting rupa paras itu untuk menaikkan nafsu orang. Sob...sob...sob... Aku kecewa.



Syimalicious: Dah kata lauk ayam, masaklah macamana pun... mesti licin. Yer, yang pasti dah jadi taik.



Setakat ini dahulu,

 

Ahad, 11 April 2010

Makan apa hari ini??

My homemade lasagna

Last week my housemate and I done something try and error but marvellous. Hahaha.

Kami main masak-masak jenis campak-campak ingredient. Tapi kenyang dan tampung kelaparan for two days.

Sedap...

Nak resipi? Silalah komen...

Isnin, 17 Ogos 2009

Feeling Italiano

Golek sana, golek sini.

Jalan sana, jalan sini. Bosan MC ni sebenarnya. Baik pergi kerja.

Godek-godek di dapur jumpa something.



San Remo La Pasta Creamy Mushroom and Onion


Masak kejap.

Masuk susu, butter, air kemudian masuk ke dalam microwave. Mudah, pantas dan pemalas.
Hanya 15minit masak, walaupun dalam direction cakap 8 min dalam microwave, but i intend nak masak lama-lama juga.



Jom makan!!




Selasa, 11 Ogos 2009

Jom diet! Resepi kerabu suhun dan sup fishball

Hari ini buat sekian lamanya, dapurku kembali berasap. Muahaha. Ternyata memang aku perempuan yang amat malas. Adakah tabiat pemalas ini akan berubah bila berkahwin nanti?? Orang tua-tua cakap bila sudah kahwin nanti, otomatik jadi terer memasak. Betulkah?

Pada suatu hari BFF dapat terlalu banyak fishball sampai aku blank nak masak apa. Punyalah pemalas aku ini maka aku rebuskan saja 1/5 fishball yang ada dan suruh BFF cicah dengan sos. Sadiskan?

So pada malam ini aku telah memasak, ok tipu, aku telah mengimport seorang tukang masak dari Taiping yang marbeles. Kalau korang berkenan bolehlah mencuba resepi ini. Aku sekarang tengah terdampar kekenyangan seperti singa laut tatkala menulis blog ini. Nyamuk gigit badan pun tak larat nak pukul dah.

Ini ialah ingredient untuk 2 resepi. Satu resepi menggunakan fishball sebagai asas masakan dan satu lagi limau.

Macam biasa, kamu tumis minyak + bawang sehingga bau dia wangi semerbak. Kemudian masukkan air dan satu sudu kecil sos tiram (agak-agak je lah). Masukkan ubi kentang. Kalau nak buat lauk berkuah aku suka pakai ubi kentang yang kiut tu tapi leceh nak kupas kulit. Tapi aku tak bimbang sangat sebab semua itu dibuat oleh tukang masak importku. Ok kamu boleh letak carrot, lobak putih ke, ikut selera kamulah. Bila agak-agak dah empuk masukkan fishball. Bila dah agak-agak nak siap masukkan suhun, cendawan telinga kera, dan baby kailan. Tak payah lama-lama masak nanti hilang vitamin sayur tu. Settle satu hidangan. Hidangan ini tak ada nama, maka aku namakan Sup Fishball Syima. Ish! Macam tak boleh blah je nama.

Yang ini cara-cara nak buat Kerabu Suhun. Tukang masak aku ini celur ke semua bahan-bahan yang mentah satu persatu. Sementara itu tumbuk bawang putih dan lada burung (kalau rasa nak pedas, bubuh banyak-banyak cili burung tu), garam, gula, dan perahan limau secukup rasa. Kita nak bagi rasa masam-masam, pedas dan manis. Kemudian potong tomato dan bawang merah halus (ikut sedap kamu). Campur dan gaulkan hingga sebati. Kamu boleh letakkan kacang. Lagi sedap. Oleh kerana aku jarang ke dapur, maka suhun itu hancur setelah kena gaul oleh aku.

Punya la tak tahu nak kata, makan pun meniarap. Anak-anak muda adalah dilarang meniru aksi singa laut ini. Tapi apa yang aku boleh cakap... SHEDAP SHANGAT!!


Khamis, 14 Ogos 2008

Tolong namakan masakan ini

Well dear friends, as today i don't have mood to update my Part III on kursus induksi umum story-telling.
Will update later... soon...

Setelah kebosanan melanda semalam akibat keterlampauan memakan oat campur susu pekat manis dan susu anlene coklat, aku dan as bercadang nak masak malam ini. Bujang-an hendak memasak, okay?

Nak masak sesuatu berasaskan oat. Oat bagus untuk kesihatan, kan kawan-kawan? Surf segala mak nenek website mengenai resipi tentang oat. Masuk website Martha Stewart (tak hengat...mengada-ngada), AFC (Asian Food Channel), My resipi, Mesra.net dan sebagainya.

Tapi ini yang jadi...


Ha... mesti korang fikir mee mamak. Silap tekaan korang itu. Ini ialah spaghetti. Tapi masak apa, aku pun tak tau. You name it. That's why aku letak post title yang begitu.

Bahan-bahan:
Ikan bilis yang telah dikopek isi perutnya







Bawang besar yang telah diracih halus, tak halus sangatlah







Cendawan tiram kelabu, atau cendawan yang lain-lain mengikut kegemaran korang






Bebola ayam atau apa saja bebola yang anda rasakan kena pada selera anda






Lobak asin, our favourite!!








Spaghetti
Sayur campur
1 biji telur
Sos tiram
Sos cili
Sos lada hitam
Kicap cair
Secubit garam

Bahan-bahan ini adalah bahan-bahan "terjah" yang terdapat dalam peti ais rumah kami.

Goreng bahan-bahan tadi seperti lobak asin, bebola ayam, ikan bilis, sampai agak garing dan rangup secara berasingan. Ikan bilis tadi hendaklah ditumbuk atau dikisar.


Masak semua sos tadi. Sukatan mengikut suka hati korang semua. Sementara itu rebuslah spaghetti anda dan toskan. Setelah sos tadi agak mengelegak dan likat, masukkan semua benda dalam senarai tadi kecuali cendawan. Cendawan masuk last sebab kalau kita bubuh awal-awal nanti jadi lembik sangat. Tak best dah. Agak-agak bahan-bahan tadi dah gaul rata baru masukkan cendawan dan last sekali telur. Masukan spaghetti dan wallah! Boleh ngap-ngap oredi.

Ada beran (berani) mencuba?

As masih makan walaupun cerita di tv dah tukar banyak kali, secara terus terangnya dia dah tambah 3 kali. Korang bayangkan betapa hoo-liau resipi kami ini.

Silalah mencuba resipi orang bujang ini.

Ahad, 6 Julai 2008

Puding Caramel on Satuday

Aku tak keluar ke mana pun. Aku dan Chenta mulanya planning nak ke zoo. Pelik betul dia ni, dah lama dia sebut-sebut nak pergi zoo. Tapi hari Sabtu tu, aku agak sakit perut. Jadi cancel, kononnya nak postpone hari Ahad.

Jadi hari itu, aku buat puding caramel. Chenta aku mengidam katanya. Lagipun dah lama aku tak buat puding caramel, jadi hari itu aku merajinkan diri. Chenta pergi beli bahan-bahannya. Aku tau korang mesti pandai buat puding ini, tapi tak kira, aku nak post juga. Ini ialah resepi turun temurun mak aku.

Bahan-bahan:-

10 biji telur gred A (kalau tak de gred A pun tak pe...) Pukul telur ini jangan sampai kembang, kita bukan nak buat kek pun. Pukul secukup rasa.

Susu sejat. Sebab ekonomi sekarang yang agak kronik, korang cari je susu sejat yang murah, rasanya sama juga. Tin itu nanti jangan terus buang, letak ke tepi.

Gula. Kalau korang tak nak susah, korang kacau gula ini dengan susu sejat tadi sampai gula tu larut sebelum masuk kedalam telur yang telah dipukul. Sukatan gula ikut suka hati korang, kalau suka manis letak banyak. Tapi aku guna 1/2 tin susu sejat untuk sukat gula.


Beb, disebabkan aku buat semua ini di rumah bujang chenta jadi perkakasan dapur tak berapa nak lengkap. Semua bahan-bahan tu aku campur dalam periuk nasi je. Seperti mana yang korang lihat, telur, susu sejat dan gula dimasukkan dan kacau. Jangan kacau sampai berbuih, itu yang akan mengakibatkan lubang-lubang udara wujud dalam puding caramel korang. Kacau slow-mo (perlahan-lahan). Hari itu aku tak letak esen vanilla, sebab chenta aku tak cerewet pasal bau-bauan telur ini. Tapi bagi korang yang rasa tak boleh bau hanyir telur itu, bubuhlah dalam 1 1/2 sudu esen vanila. Masukkan air lebih kurang satu tin susu sejat tadi. Kacau lagi.


Sekarang kita perlu masak gula sehingga cair dan perang. Aku guna 1 tin susu sejat tadi untuk sukatan gula. Bukan goreng dengan minyak, goreng kosong sampai cair. Hati-hati bila goreng gula itu. Sebab kadang-kadang dia suka hati je nak meletup, memercik. Kalau kena tangan melecur. Lepas dah cair warna perang cantik, korang masukkan ke dalam loyang. Gula cair ini cepat beku tapi panas. Boleh korang faham ayat aku ni?


Masa masukkan gula cair tadi, korang tak perlu nak letak cantik-cantik, somehow masa kukus nanti, ia secara otomatik akan cair dan rata dengan sendiri. Sebelum masukkan bahan yang telah dikacau tadi, korang tapis dulu supaya tekstur puding ni cantik dan gebu.


As i said ealier, ini rumah bujang. Jadi untuk mengukus aku menggunakan kuali yang telah diisi air. Tutup loyang itu. Biarkan ia dikukus selama... ikut la observation korang sebab hari itu aku masak hampir 3 jam. Kalau ikutkan, pakai periuk steamer yang betul, kita kukus dalam sejam pun dah ok. Cucuk la guna garpu, kalau garpu tu tak ada saki baki puding itu maka ia sudah sedia untuk diangkat.


TaDa. Siap juga dengan jayanya dan telah dimakan sedikit oleh chenta. Puding ini lebih sedap korang simpan dalam fridge dan makan masa sejuk-sejuk.

Any comment people??

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...