Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label kucing beranak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kucing beranak. Papar semua catatan

Ahad, 2 Disember 2012

Saat genting Flora nak ter-beranak

Aku telah menyaksikan satu keajaiban dunia. Subhanallah. Hebatnya kejadian-Mu.

Flora dah tiga kali bunting. Dan inilah kali pertama aku turut berada bersamanya. Syahdu. Seolah-olah Flora nak aku bersamanya untuk sama-sama menyambut kelahiran bakal anak-anaknya. Masa dia bunting dulu, tiap-tiap malam dia akan tidur dengan aku. Untuk 5 minit pertama sebelum beradu atas katil dia akan tidur atas dada atau perut aku dan pada ketika itu aku dapat merasai suatu pergerakan dibahagian abdomennya. Agaknya macam ini wanita yang mengandung rasa di-tickle oleh bayi mereka.

Malam itu aku sibuk depan laptop mencari artikel tentang persediaan dan tips untuk berdepan dengan situasi kucing beranak. Macam biasa, Flora masih menghimpit aku. Khatam 2 artikel aku baca, aku rimas dengan ekor dan perangai Flora yang serba pelik. Aku tolak dia ke tepi. Dia duduk sekejap, kemudian dia mengeow. Aku dah nak anginlah kan? Langsung aku angkat dia.

Angkat-angkat, ya ampun air ketuban dah pecah. Harus la aku jadi kalut. First time nak handle. Dulu okey lah bidan yang bernama Aslina ada.
Terus masukkan ke dalam hospital bersalin sejak beberapa zaman dulu. Masih kuat dan tegap hospital yang aku dan As bina bersama. Haha. So, tak perlu ku huraikan proses-proses terberanak ini. Gap kelahiran antara anak-anak Flora tak jauh, dalam 10-20minit. 







Tiba-tiba terbaca taman aku akan berlaku ketiadaan air dan aku tak sempat menyimpan. Camana nak basuh darah  Flora ni??



until then.... bye!

Sabtu, 7 April 2012

Flora, kenapa malam ini kau mengeow pelik?


si bunting ni ada masalah kurap, sedang beransur pulih

Sejak dia bunting, masuk ni dah dua kali aku handle dia, I mean dari segi penjagaan, mandi dan makan dia. Ya Allah, jaga kucing pun aku dah kurang sabar, macamanalah nak jaga anak sendiri nanti.

Dari aku balik kerja, dia asyik mengekor ke mana aku pergi. Rimas!
Flora bunting kali ini betul-betul mencabar dan menduga aku, makin over aku rasa. Aku buat-buat pijak bulu di ekor dia, dia mengeow macam sakit sangat. Drama queen la Flora ni.

Sekarang makan pun tak nak. Tadi mengeow sangat. Dah buka pack makanan basah, dia buat tak pandang. Tapi terus mengeow. Bising, rasa nak pukul saja tadi. Aku buat tak reti. Sambung balik meniarap mengadap laptop.

Dia tak puas hati tengok mommy dia tak concern kot, dia kacau pula mommy yang tengah sibuk meng-google pasal ciri-ciri kucing nak terberanak. Mommy dia sibuk hal dunia sampai lupa nak buat persiapan untuk menyambut kelahiran bakal cucu-cucunya nanti.

Then I found out from this website dan this website, basically it tell me, Flora is about time. Melalui calculation rambang aku dari tarikh last Flora projek dulu, lebih kurang akhir bulan Januari 2012, sekarang dah masuk hari ke-60 lebih and she are ready to deliver the babies. Cuaknya saya. Saya tak mahu terlepas moment melihat proses kelahiran anak-anak Flora seperti dulu. Saya mahu menjadi mommy yang bertanggungjawab dan memberi semangat serta kekuatan pada Flora untuk mengharungi proses yang mendebarkan ini.




Aku berjalan ke bilik belakang, aku pesan pada dia "Flora ini wad kecemasan awak, kalau awak nak terberanak. Duduk sini diam-diam. Jangan pindah-pindah macam dulu". Flora pun masuk dalam kotak yang digubah khas sejak dia beranak kali pertama dulu. As arkitek untuk wad khas ini. Flora curious pergi cium setiap penjuru kotak ini. Aku cari kain, kain yang dulu aku campak hilang mana entah. Alas dengan paper saja dulu. Aku harap dia selesa. Tapi bila aku keluar dari bilik, dia pun sibuk keluar juga.

Dia kacau aku lagi. Mengekor dan membuat bising saja dia tahu.

Tak mahu berenggang. Asyik menggesel pada mommy dia. 
Aku meniarap balik depan laptop. Tak pernahlah perangai si Flora ni begini. Selalu time aku nak masuk tidur saja dia ikut rapat. Ini macam dia nak cakap sesuatu. Asyik ikut saja. Duduk sebelah, panjat belakang aku, cium-cium kaki. Rimaaasssss sangat!

Last-last fed-up, merajuk duduk atas beg laptop.

Mommy nak buat apa sekarang?
Mommy tak nak respon yer? Flora duduk betul-betul atas tangan mommy, mommy dah tak boleh menaip. Owhh sabotaj ya?? Dia libas-libas ekor dia habis masuk mulut, hidung. Sudahnya aku selesema. Aku tolak dia ke tepi. Dia mengeow lagi. Aku angkat dia tengok-tengok air warna coklat keperangan dah keluar.

Halamak!!! Air ketuban dia dah pecah! Aku panik! Aku panik!

Babai, aku dalam misi menyaksikan keajaiban dunia....

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...