Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Hal kawan-kawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hal kawan-kawan. Papar semua catatan

Ahad, 19 Oktober 2014

Geng PUKI

Hari Ahad biasa mesti ramai yang bangun lewat, tak mandi sampai tengah hari, bangun tengok tv pun tak gosok gigi. (wah macam pantun 2 kerat pula.) Kalau aku macam tu lah, melengkar atas katil, malas serba serbi, paksa sambung tidur sampai pukul 12 tengahari.

Tapi rutin aku tiap weekend kena kerja. Tak pelah cari duit lebih. Kan?
So dalam team bertugas tadi aku seorang saja perempuan.

Dorang tengah bersembang macam-macam topik. Yang sorang ni berbunyi, "Aku kena pergi hari keluarga hari ni, orang taman yang buat. Geng-geng P.U.K.I.(dia sebut dengan cara mengeja) taman tu aktif."

Aku yang dengar ni macam... WHAT? Mencarut ni!

Lepas tu dia jawab, "betullah geng P.U.K.I...."

"PERSATUAN UNTUK KAUM IBU"

Aku rasa nak luku je kepala, sah-sah itu persatuan yang tak berdaftar dengan ROS. Itu mesti geng-geng yang suka buat mesyuarat tingkap, tak pun yang jenis buat perhimpunan 1 jam sebelum maghrib di bawah perdu pokok mangga.

Haha. Geng PUKI sangat. Pagi-pagi ajak mencarut.


Selasa, 16 Mac 2010

Terpengaruh atau nak kurus sangat?

Semenjak Cingkenit ada Jonny dia langsung tak pandang pada endangered species dia tu. Gambar real tak ada tapi boleh rujuk pada entry ini - warna kuning. Dan itu menjadikan setahun usia bagi aku tidak menyentuh basikal aku.

Tapi Selasa minggu lepas, kami macam dapat hidayah untuk membaiki semula basikal-basikal tersebut. Aku perasan sudah tiga pasang baju kurung aku dah sendat dibahagian punggung. ~Lalalala

Cik Lily Pink meng-test basikal Cingkenit naik ke Bukit Malawati semalam, memang beliau bertenaga dan kuat untuk mendaki bukit itu dengan basikal tapi malangnya keesokan harinya BELIAU DEMAM. Mungkin disebabkan hujan lebat dan ribut petir yang jatuh di tanah Kuala Selangor.

Setelah ditimbang tara, akhirnya Cik Lily dan Iena berkenan untuk membeli basikal setiap seorang. Yang warna biru ni Cik Lily punya.

Yang warna oren ini Cik Iena punya. Grup berbasikal sudah bertambah, yeay!

Bila tengok ada absorber bagai pada basikal mereka, tiba-tiba hati seakan "Nak basikal baru juga!!!" Biarpun bukan berjenama Lerun.

Tapi nafsu seakan terkawal juga, aku tetap bersama basikal lama aku.

Nantikan perjalanan aktiviti kami tau??

Rabu, 10 September 2008

Pengintai bersiri

Dia tau aku penat.

Dia mengintai aku sebab aku separuh mati menahan gatal digigit nyamuk bawah meja ini. Nyamuk di sini sebesar ayam.

Atau sebenarnya dia mengintai untuk melihat saki baki makanan tadi.

Aku dah kekenyangan.

Nak balik tidur.

90% done according to plan. ~sigh for satisfaction...

I'm too exhausted to update blog. Esok saja lah.


BY THE WAY.....
I'M HAPPY TODAY!!

Selasa, 26 Ogos 2008

Latihan menembak di Sepang

Lokasi : Lapang Sasar, Sepang (berdepan Litar F1)
Anjuran : PPDNHEP Selangor


Free Pistol Centre Fire Pistol/Precision Side=Arms"25M
Pistol ini bukan pistol yang biasa aku buat training dulu, jadi aku tak tahu nama dia. Can anyone name it? Malunya, nak cerita pada orang tapi tak tahu nama pistol ni. Tadi lupa pula nak tanya. Sebab sibuk dengan rasa teruja. Huhuhuhu...

Pagi tadi aku menghadirkan diri untuk latihan menembak yang diuruskan oleh Cawangan Sepang. Buat aku inilah kali pertama menyertai latihan ini setelah keluar dari kursus 1 bulan di SLPGA, Ulu Kinta.

Yang duduk berbaju merah itu adalah salah sorang urusetia dan tuan rumah menganjurkan aktiviti ini. Yang lain tu semua rakan-rakan satu pejabat. Pilih nak yang mana satu...?

Kalau aku post gambar dalam ni dah tentu-tentu tak cukup space, setelah ditapis-tapis ini sahaja yang aku nak tunjuk pada readers, kalau nak tengok yang lain sila tengok dalam Friendster.

Amacam? Ada gaya sharp shooter tak? Tapi korang tak tahu macamana nervousnya aku masa nak petik picu pistol itu. Bukan tak biasa, tapi perasaan itu akan wujud juga dek lepas terdengar bunyi letupan yang kuat. Tanyalah orang lain. Melainkan kalau orang itu tiap-tiap hari training menembak sampai muntah.



Actually kami agak tersesat untuk menyampai ke destinasi kerana kepala si Cik Fais agak pusing. Pikiaq apa tah! Tapi mujur grup kami belum dipanggil. Bila sampai, ngam-ngam selepas 2 grup, giliran kami menunjuk ke-terer-an masing-masing. Semua dalam barisan menunggu wisel dibunyikan. Aku memang tak pandai menembak, dah lupa to be correct. Dan sangatlah berbesar hati, seorang brader yang ku kira agak hencem (tak dapat nak snap gambar curi), sudi membantu dan memberi nasihat sepanjang nak menghabiskan 10 bullets itu. Ah!! Aku tak yakin aku boleh tembak dengan baik, selalunya tersasar.



Kami semua pergi ke sasaran. Memang tak sangka dalam tak yakin itu aku berjaya menembak 9/10 bullets dalam target. Satu lagi, aku ni agak tak nampak, rasanya mata/penglihatan macam rabun jauh. Dalam 25meter jarak, not bad bagi aku mendapat result tersebut. Sengih lebih sikit sebab rasa macam tak percaya. Lihatlah target tengahku.

Untuk 1st session (tembak jarak 25m, 10 bullet, gaya bebas) bolehlah berasa riak, ujub dan takbur kepada rakan-rakan perempuan. Aku dapat 62/100. Kira okay lah tu daripada telurkan? Lagipun kami semua tak ada practice pun. Untuk sesion ke II (tembak jarak 25m, 10 bullets, gaya berirama), aku gagal mempertahankan markah tersebut. Aiseh sangat memalukan. But somehow, untuk sesi ke III (jatuhan 10 tin plate, jarak tak pasti) hanya 4 nama sahaja (antara markah tertinggi) dipanggil untuk sesi tersebut. Aku tersenarai bersama mamat yang tunjuk peace diatas, secara tak langsung kami berdua adalah wakil dari Kuala Selangor. Yeay! Tapi malang juga bagi aku, kerana tak ada satu pun tin plate itu jatuh dengan tembakan aku.

Satu pengalaman best untuk aku pada hari ini. Sekian...

Kesimpulan : Don't mess with me. I know how to shoot, and what to target. So BEWARE... muahahahha-gelak evil

Ahad, 20 Julai 2008

Jalan-jalan cuci mata

Kronologi: Ahad / 13 Julai 2008

Hari itu aku dan BFF pergi Sogo. Yes SOGO okay?? Kami keluar dari ke-sengal-an Kuala Selangor. Alah... saja-saja nak cuci mata hajatnya. Tapi BFF cakap kalau dia masuk Sogo dia mesti dan akan beli perfume. Mati lah... Kunun-kunun nak pergi OneUtama, lepas tu tukar pula nak pergi The Curve, lepas tu tukar nak pergi Jusco Kepong, memang pening nak decide. Last-last we choose Sogo juga. Hujan yang tersangatlah hari itu, dan hampir-hampir melemahkan semangat aku selaku driver untuk ke destinasi.

Sampai KL hujan pun dah reda. Kami parking di depan Campbell. Tengoklah, tersangat sibok! Mesti sesak. Aku dah pasang niat untuk beli handbag baru . Tapi perut rasa lapar sangat. As (housemate aku) suka makan, bukan dia saja sebenarnya... kami bertigalah. Jadi dia lead kitorang naik ke food court. Gambaran dari excalator tingkat empat, macam suasana Pasar Siti Khadijah.


Kitorang rambang mata tengok makanan. Aku nampak dimsum, rasa nak makan dimsum. Tengok nasi minang, macam nak makan nasi minang. Kalau boleh nak makan semualah!! Tapi akhirnya kami sebulat suara pilih sizzling yee mee. Nyam...Nyam...


Nampak sedapkan? Memang sedap pun!



Kitorang dah kenyang. Sekarang dah boleh jalan-jalan dengan soka hati. Ada satu view yang menarik perhatian aku. As kata ini spot dia dan kawan-kawan lepak. Tenang dan menyegarkan katanya. Jadi aku berhajat mengabadikan gambar kenangan di sini. Ceh! macam tak akan datang lagi dah.


Shopacholics di Mega Sales. Macam semut hurung gula.



Sana sini offer 50%, 70%, memang gilalah. Tak tertangan nak tengok semua. Handbag berjenama pun less sampai 70%. Tapi kadang-kadang rasa macam tipu je. Kata 50% tapi harga masih ratusan. Macamana tu? Tapi masa tengah pilih-pilih beg, BFF lari. Sedih tau kena pilih beg sendiri. Tapi kemudian BFF datang balik, tolong pilihkan dan bayarkan beg aku. Soka! Soka lagi!!

Kami naik tingkat pakaian lelaki pula. BFF nak beli baju katanya. Mula-mula nak beli sehelai, lepas tu jadi dua helai okay. Tak pe lah. Duit dia kan?! Kitorang sengal, sebab aku dah tak larat berjalan lagi dah (lagi satu sebab aku dah dapat barang yang nak) kitorang bergambar lagi. Dan... beli PERFUME sekali.

End.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...