Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Story-telling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Story-telling. Papar semua catatan

Selasa, 7 April 2009

Episod berjumpa dengan Blogger

Ini cerita sudah basi. Dia dah up entri ini (awal bulan Mac) sejurus aku balik dari Ipoh. Aku lambat. Sebab aku malas.

Aku selalu jengah blog dia. Sekarang dia sedang sibuk menguruskan hal-hal perkahwinan pada bulan 5 ini. Hidup dia pun selalu dihinggapi lalat. Macam aku. Hahaha. Orangnya sangatlah kecil molek. Patutlah nampak muda belia walaupun sebaya aku.

Kami ditakdirkan berjumpa di Restoran Kayu Nasi Kandar Tesco Extra, Ipoh. Tak adalah nak gosip apa sangatkan. Cerita-cerita pasal kerja, pasal kahwin, pasal LALAT, pasal study. Nak borak-borak panjang masing-masing ada hal. Aku nak balik Kuala Selangor lagi.





****



Inilah Mr Boban, aku, dan Zuris. Aku doakan semoga ko gembira dan sihat sejahtera dan terselamat dari gangguan LALAT yang mahu merampas En.Boban dan kebahagiaan ko.

Ini gerai cendol yang pernah dia cerita dulu. Ramai orang maknanya sedap. Tapi aku sudah FULL ketika itu, secara tak langsung nafsu tak membuak-buak untuk merasa cendol itu. Tapi ketika aku lapar dan dahaga, teringat-ingat aku pada cendol yang sejuk dan nyaman. Bila lagi aku berpeluang ke sana untuk merasa cendol ko tu??



Syimalicious: Ini ialah blogger ke dua yang aku berkesempatan untuk berjumpa sebelum kakak yang penyayang kepada 3 orang anak yang chumel.

Sabtu, 28 Mac 2009

Cinta terlarang atau cinta tidak kesampaian atau cinta bertepuk sebelah tangan?


Apa kesudahan untuk Incik Zorro Baik dan Puteri Hanky Panky?

Tersebut al kisah seorang puteri bernama hanky panky, dari kelas pertengahan hendak mencari bakal suaminya. Dalam pencarian, si puteri ini seringkali berjumpa dengan lelaki-lelaki keparat & durjana yang cuma berkeinginan untuk mengambil kesempatan diatas kemewahan dan kelembutan beliau.

Setelah merantau ke seluruh kayangan hampir suku abad umurnya, si puteri jatuh hati dengan dengan Incik Zorro yang berketurunan dewa Hercules yang baik lagi berbudi bahasa. Cinta itu terdetik tanpa dirancang. Dan ia berlangsung sehingga ke beberapa purnama. Dek kerana perwatakan easy-going sang puteri, timbullah cerita bermacam-macam kisah untuk menjatuhkan si puteri ini mengikut siaran Astro Vanavil.

Fitnah-fitnah ini disebarkan oleh Mak Lampir Pipi Bulldog and the gangs.Incik Zorro dilanda kekeliruan yang amat sangat. Beliau tidak pasti dengan keputusan untuk bersama puteri hanky panky. Beliau lebih rela mengikut kehendak Mak Lampir Pipi Bulldog itu.

Alangkah musnah harapan dan impian si puteri untuk hidup bahagia seperti orang lain. Incik Zorro baik tapi tidak berpendirian. Si puteri merasakan hidupnya bagai retak menanti belah.

Apa kesudahan cerita tersebut? Dapatkah mereka bersatu? Adakah selama ini si puteri cuma bertepuk sebelah tangan??







Syimalicious: Best tak baca cerita fantasi?? Hahahahaha... terima kasih kerana sudi membuang masa anda untuk membaca kisah puteri dan bakal suaminya dan sekali gus mencuba avatar manga dari blog diva belle.

Tapi kalau korang ada idea lagi hebat sila tambah perisa untuk cerita aku di atas.
Chaiyok!


~sticky post, scroll down for new entry~

Khamis, 19 Mac 2009

Doktor mengugut?

Hari ini hari last mc setelah doktor Hospital Tg Karang bagi dua minggu untuk berehat. Walaupun kaki aku dah susut bengkaknya dan walaupun aku boleh berjalan sikit-sikit tapi di pergelangan kaki aku tidak menunjukkan sebarang petanda ingin baik.

Demi mengambil langkah berjaga-jaga aku telah ke Hospital Johor Bahru untuk membuat pemeriksaan susulan. Doktor cakap melihat daripada bengkak di kaki aku ni, nampaknya aku tak boleh lagi berjalan seperti biasa dan tak boleh memakai high heel lagi.

Aduh! Aku dah terbayang-bayang aku bakal berjalan ke pejabat dengan jalan terhenjut-henjut. Time kahwin nanti masa berarak jalan macam nenek kebayan... Owh! Tak sanggup. Aku taknak jadi Suster Ngesot.

Aku degil. Doktor pesan berehat sepenuhnya, tapi aku naik turun tangga. Rumah keluarga aku dua tingkat, nak makan kena turun melalui tangga juga. Gediklah kan kalau nak berhidang makan kat katil.

Doktor perempuan itu bersuara dalam bahasa campuran "You are not properly rest. I'll give you 5 days more-MC....bla...bla...bla... but you have to come on Monday, i will check your kaki. ...bla...bla...bla... kalau tak baik juga kaki, i buat you kena admit di wad."

OMG!! What the....?

Ayah aku percaya dengan tidak memanja-manjakan sakit ni, kaki aku akan cepat sembuh. Tapi apa yang dah jadi? Ayah aku suruh mengurut, tapi hari itu doktor tak bagi. Aku percaya perubatan moden dan perubatan tradisional sama-sama bagus.

Dah dua minggu kaki aku masih bengkak di buku lali, apa yang harus aku buat sekarang??




Aku nak pakai kasut tumit tinggi balik!!!!

Rabu, 18 Mac 2009

Main kejar-kejar di hari Ahad

Kesian aku kan? Hari Ahad korang semua membukang tidur. Aku pagi-pagi dah terkejar-kejar kena pergi kelas.

Inilah pengorbanan bila dah tua-tua baru nak belajar. Cis! Pinjam sekejap ayat Min_ena.

Tapi hari Ahad tu aku skip satu kelas, kerana terlalu mengantuk aku bangun pukul 8am. Ikutkan pukul 7am kena keluar rumah untuk ke sana. Mana tak mengantuk, aku sampai rumah pukul 12.30mlm, sebab ada assignment last minute aku buat sampai pukul 4am. Tapi tak sia-sia jugalah aku dapat B+ untuk assignment itu. Layaklah dengan kerja last minute kan?

Dalam banyak-banyak kelas, aku suka kelas Mandarin. Tapi betullah, how fast you catch-up certain subject bukan bermakna markah anda tinggi dalam test; reading & speaking. Disini peranan bodek membodek amat penting.

Tapi aku redha. Kita kenalah berbaik sangka dengan lecturer itu. Mungkin aku yang gagal menepati piawai yang ditetapkan.

Masa ini kami diminta membawa sekeping gambar keluarga untuk diceritakan dalam mandarin. Aku tak menghafal langsung. Sebab kalau hafal tapi tak faham, apa jadahnya? Aku rasa aku dah bersedia, apa yang aku nak cakap semua dalam kepala. Aku rasa aku tau apa yang aku nak cakap.


Ini Su. Dia dari JB tapi dia tak ada blog. Hahaha. Kunun-kunun buat muka cuak macam tak pandai. Tapi markah dia lagi banyak. Tsk...tsk...tsk...

Turn aku dipanggil. Owh! Untuk pengetahuan aku ke sekolah hari itu pakai tongkat. Nampak tak tongkat aku? Hajat nak minta simpati. Tapi sampai kat depan tu, aku macam kena sampuk. Blank. Penyakit parkinson datang secara tiba-tiba. Apa yang lecturer tanya aku sengih dan jawab "Wo bu zhidao". Sah! Aku ada penyakit pekak badak sebab aku tak dapat capture apa yang dia tanya. Sedih.

Gila! Disebabkan aku tak dapat datang kelas yang lepas, masa tu juga lecturer nak aku buat quiz dan ujian membaca. Entah apalah result aku tu.

Kenapa aku nak cerita semua ni dalam blog? Entahlah, kadang-kadang manusia ni bila datang angin monsun, fikiran dia kacau sikitkan? Anggap saja aku tengah jiwa kacau.


Syimalicious: Wo shi er shi qi sui le. Wo hai meiyou jiehun. Sob...sob...sob

Selasa, 17 Mac 2009

Mata gerak-gerak isyarat blogger mahu datang

Semalam, aku lepak-lepak makan dengan mak aku. Bersembang sambil menikmati saat-saat masa yang berkualiti bersama bonda terchenta. Mak aku cakap mata kanan dia terasa bergerak-gerak. Mengikut pengalaman dia, gerak-gerak mata itu petanda ada orang nak datang ke rumah. Aku gelakkan saja.

Mata aku pun selalu gerak-gerak. Orang kata kanan untuk maksud yang baik, kiri untuk perkara yang malang. Tapi, aku rasa terpedaya pula sebab macam tak ada apa-apa berlakupun.

****


Hari ini aku terima sms. Ada orang nak datang ke rumah. Huh? Time tu aku baru celik mata. Mulalah kelam kabut pergi mandi. Mujurlah sangat blogger itu orang Pontian. Satu jam tempoh masa nak sampai ke rumah aku. Fuh! Sempatlah aku dan mak mengemas, sapu-sapu rumah kan?

Ini dia...

Budak kecil ini mungkin sedang sangat pelik tengok aku; kakak montel yang cacat. Mesti dia tengah berfikir, "Kenapa orang ini tangkap gambar aku. Tak kenal pun."
Budak kecil ini sedang mengadu sesuatu pada ibu dia
Budak kecil ini suka berposing rupanya. Kakak-kakaknya yang lain malu-malu.Aku dan mereka


Inilah keluarga Kak Ell. Mereka ada hal di JB kalau tak silap. Dah alang-alang lalu area Kangkar Pulai, Kak Ell datang menyinggah ke rumah untuk tengok aku dan saja-saja nak berkenalan. MIL dia pun ada. Sangat sporting habis! Lupa pula nak snap gambar MIL Kak Ell.

Actually kami (aku & Kak Ell) tak banyak perkara bercerita. Aku sibuk mengacau Arryan. Yang banyak bercerita adalah parent aku dengan MIL dan suami Kak Ell. Aik? Siapa yang nak berkenalan ni?? She is so motherly... mak saya cakap.
Tak pe Kak Ell, lainkali kita bercerita together-gether.

Kak Ell datang bawa buah tangan nenas dalam tin tu. Besar sangat! Adik aku sangat teruja dengan nenas itu. Lupa pula, Pontian kan sinonim dengan nenas. Betul ke aku cakap ni? Dengan agar-agar kering. Rasa oren. Terima kasih Kak Ell dan keluarga.

Sewaktu kunjungan Kak Ell ke rumah, Arryan baru bangun tidur. Jadi Arryan agak blur-blur sikit. Yang kelakar, bila dia tengok gambar mak ayah aku atas coffee table, dia cakap "Atok..atok.." dengan pelat budak kecil. Hahaha.

Kak Ell ialah kawan blogger yang ke tiga aku jumpa live. TQ sesangat kerana sudi singgah ke rumah. Dan sudi meneguk air teh bujang yang saya buat ye?

****


Then lepas Kak Ell sekeluarga pulang, mak aku cakap "Kan betul mak cakap ada orang nak datang. Mata mak gerak-gerak semalam."


Syimalicious: Mak aku ada 6 sense rupanya dan ini merupakan entry yang sangat cepat aku publishkan.

Khamis, 12 Mac 2009

Buat check up kaki

...sambungan cerita dulu

Hari ke 3 - tidak menunjukkan tanda-tanda untuk surut bengkak di kaki.



BFF ajak aku ke klinik untuk buat pemeriksaan pengimejan (xray). Mula-mula kami ke Poliklinik Sinaran yang berdekatan rumah aku. BFF cakap, untuk xray mereka charge RM50. Ketika dalam keadaan gawat begini RM50 adalah berharga. Aku ditemani As ke sana.

Keluarlah aku terhenjot-henjot. Sampai di kaunter, aku cakap nak buat xray.
"Doktor cuti hari ini." budak kaunter tu jawab. Aduh marahnya aku! BFF dah terkebil-kebil. Semalam dia tanya okay je, tak ada pula kerani klinik tu nak cakap doktor cuti ke apa. Aku pun tanya soalan tambahan "Rate sini berapa?" Dia buat muka blur. Pantang aku bila orang yang incharge customer service tak bijak bahasa inggeris ni. Annoying ok? Ke budak klinik tu dengar aku cakap "rape" (rogol)??

Kemudian kami ke klinik ke dua, Klinik Penawar. Kali ini aku tak larat nak terhenjot-henjot. BFF yang keluar bertanya. Jawapan yang hampir serupa " Doktor tak masuk petang ini, datang esok. Doktor ada." Hampa aku.

Nak tak nak, ini last resort. Kami ke klinik kesihatan Kuala Selangor. BFF aku yang pergi tanya lagi. Tapi orang kat dalam cakap "Sini mana ada xray, hospital adalah", mesti dengan gaya yang poyo. Maklumlah... kerajaan.

Aku kena pergi ke Hospital Tg Karang. Ini satu lagi benda aku nak komen, hospital dalam pekan/kampung. Aku ni punyalah terhenjot-henjot, sementara BFF cari parking kereta; aku melangut dekat kaunter, tapi mereka buat muka sardin sibuk bersembang. Biarkan aku termanggu. Ada ke patut? Memang sakit hati. Senyum pun tak makcik-makcik ni.

Lepas registration semua, aku dipanggil masuk ke bilik MA. Dia tanya sakit apa. Aku notis dia pandang perut aku. Cis. Then bila nampak aku terhenjot-henjot dia punya concern tu buat aku cool balik.
"Kenapa tak ambil wheelchair dekat Kecemasan?"
"Nurse buat tak tahu je pun" aku jawab dengan penuh emo.


Akhirnya merasa aku naik wheelchair. Yeay!

*Bukan semua orang yang kerja kerajaan tak berperasaan, lembab. Dalam entry ini banyak betul perkataan terhenjot-henjot kan?



P/S: Tiada lagi kata ganti nama Chenta ye kawan-kawan. Sila setkan minda anda untuk BFF. Kenapa saya tukar?? Adalah sebabnya.

Jumaat, 6 Mac 2009

Am I being cursed or Chenta memang berdaulat?

Hari ini 2 hari sudah aku berada di rumah kerana aku injured. Kata MC tapi tak pergi cari MC lagi. Dan tak mandi.

Kakiku terseliuh.

Well, my instinct said my heel cracked. Probably. Don't got me wrong, bukan cracked yang kena sapu krim Scholl tu. Tapi mengaku je la memang ada rekahan di tumit ku kerana ketidakupayaan kaki ku menampung berat badan berlebihan..

Sekarang aku cuma boleh duduk, baring dan menjadi seorang separuh OKU sambil surf internet dan tengok tv. Bayangkan perjalanan dari katil ke toilet mengambil masa hampir 5minit dan berpeluh-peluh walhal tak sampai 5saat pun nak masuk ke toilet. Pergerakanku amat perlahan. Makanan pun disediakan orang. Mujur ada As, dialah jururawat sementara aku. Tapi dia tak pergi ke kelas bukan sebab aku tapi sebab cuaca mendung-mendung untuk pujuk dia stay di rumah saja.

Tapi sangat tak boleh blah kan? Perut nak makan masakan itali. Homemade spagheti versi bujang.




Baru aku sedar, betapa penting dan berharganya kakiku walaupun tak pernah buat pedicure. Sekarang aku sangat terseksa untuk bergerak!

Pingpong punca terseliuh.
Pejabat aku ada ruang sebesar sekangkang kera untuk bermain ping pong. Ini ialah antara aktiviti riadah kami sepejabat diwaktu lunch dan juga selepas pejabat, setiap hari. Itu juga adalah senaman bagi sebahagian kami disamping merapatkan ukhwah sesama kami. Sabreena dan Salina antara nama-nama yang digeruni sebagai pencabar untuk perlawanan ping pong wanita. *Sab, kembanglah lagi rahang awak tu... Siapa berani mencabar mereka?

Chenta balik dari pejabat dalam kemarahan.
Kelmarin, dek kealpaan dan keterujaan melampau aku telah meng-ignore ajakkan dia untuk pulang. Pulang kerana mahu singgah ke Tesco untuk makan yee mee sizzling di sana. Aku pula jarang mendapat peluang bermain ping pong kerana aku bukanlah pemain pilihan peringkat pejabat. Jadi dalam keadaan dia menyimpan bara kemarahan yang aku tidak sedari, dia pulang dengan perut yang lapar.
*Saudara, saudari... Tuhan amat murka sekiranya para isteri menidakkan arahan suami. Dan satu perkara lagi, untuk menjadi kesayangan suami, haruslah kita menjaga perutnya supaya tidak kelaparan.
Dan ternyata aku gagal dalam dua perkara diatas. Jadi aku cuma boleh, " MAAFKAN SAYA ABANG..."

Senja menjelma, time Syaitan sibuk mencari arah untuk menyorok kerana azan bakal berkumandang.
Kami masih sibuk bermain dan bergelak ketawa. Satu ketika di set 2 untuk memukul bola bagi mendapatkan poin, aku telah tersadung lalu menghentam ke dinding pembahagi di workstation orang. Kerana pendaratan yang tidak sempurna aku jatuh tersimpuh lalu confius samada nak ketawa untuk cover malu atau mengerang kesakitan. Akhirnya aku ketawa dan juga mengerang. Mula-mula yang lain ketawakan aku tapi sebab aku dah mengerang sakit secara serius baru diorang dekati aku.

Sakit beranak atau sakit terseliuh?




Aku dipapah balik ke rumah Tok Bomoh (Cik Salina). Disebabkan dia adalah bekas athelete sewaktu usia mudanya aku percaya dengan terapi ais minor yang dia suruh buat. Celup kaki dalam ais yang sejuk gedi. Ada sesiapa pernah layan terapi ais?



Lepas rendam kaki dalam ais, tok bomoh urut aku dengan minyak gamat (alternatif lain kerana tak ada minyak kelapa) kemudian dia balut bandage sebab nanti masuk angin katanya.

Hari ini bengkak aku tak susut juga. Dah rupa macam kena sakit untut. Chenta kata inilah sejenis sakit "minta duit". Nak pergi x-ray kena charge kan? Adeh, minggu ini ada kenduri. Minggu depan ada kenduri juga, ada kelas. Macamana nak berjalan?

Ada "sesuatu" yang bermain di aras satu.
This one is a bit spooky. Tapi berasaskan cerita pakcik guard, lately mereka sering mendengar sesuatu berjalan dan berlari-lari di level pejabat aku. Kadang-kadang bunyi sesuatu berlanggar ke pintu atau dinding. Adakah "sesuatu" yang menolak aku sehingga terseliuh sebegini? Sungguh misteri.

Wallahualam.

P/S: Aku tak tahu membuat kesimpulan. Apa kata survey?

Selasa, 3 Mac 2009

Kuala Selangor meriah sebab TESCO


Sadiskan?

Tesco di tengah pekan kecil ini?

Inilah kenyataan. Dan aku adalah salah seorang pengunjung yang berduyun-duyun menyerbu ke sana pada hari pembukaan. Very-the-jakun-one.

Aku nak cari barang kering untuk rumah. Tapi ya ampun... Sesak!

Tipu. Aku ke sana tiada motif. Saja-saja nak meramaikan umat.

Sebagai reporter tak berlesen, korang mesti nak baca keadaan dan nak tengok suasana sepanjang hampir 1 jam setengah berada dalam situasi yang amat conjested seolah-olah seperti konsert Dato Siti.

Zasss! Jom layan gambar.





Nak access ke parking space punyalah azab. Tak semena-mena jam. Gilosh! Bukan tak ada parking. Tapi laluan entrance kena block macamana entah, langsung berlakunya kesesakan. Masa ni aku dah ada feeling Kuala Lumpur, iyolah Kuala Selangor mana ada sebab nak jam kan?

Queue punya queue rasa macam lambat pula. Timbul satu idea aku masuk laluan yang sepatutnya access untuk keluar sahaja. No entry. Akulah mastermind. Akhirnya dapat parking. Cara tak?


Polis pun stanby. Agak-agak ada rusuhan diorang masuk.





Kiri kanan manusia. Tergesel sini, teraba sana. Bau tak boleh nak cakaplah. Ada bau tengin. Ada bau Gucci tiruan. Macam-macam ada. Yang sorong troli pun ada, yang buat sesi jejak kasih ada, yang bergaduh tengah-tengah jalan pun ada. Mengong.

Dari aku merasa nak membeli belah di sini, langsung tak bernafsu. Yang beratur dekat kaunter berderet-deret. Aku bajet sampai penghujung masa mesti ramai yang tinggalkan troli macam tu saja sebab dah give up nak beratur. Letih tu.

Yang best, ada butik baju kurung/kebaya yang cantik dan murah sangat. Dari saiz XS sampailah XXXXXXXL. Ada kedai kek King Confectionery. Tak habis survey lagi.

Jalan punya jalan aku tak sedar dah terpisah dengan 2 orang housemate aku. As tak ada sebab dia balik Penang. Aku tak larat nak tunggu. Masa nak keluar jumpa pula kawan pejabat. Lepak dengan diorang dekat foodcourt sementara nak tunggu budak 2 ekor itu.



Acara belum tamat.

Aku kelaparan yang amat. Order sizzling mee, habis ok? Order bihun sup. Sangat menyayat hati bila bihun sup aku itu cuma diletak 3 hiris fish cake dan sup serupa air garam. Aku tapau dan ajak mereka makan di kedai mamak setelah 2 budak itu selesai shopping.

Tamat sudah pengembaraan aku bersama Dora Explorer Tesco.


P/s: Aku gembira sebenarnya. Atleast adanya Tesco walaupun kecik tak adalah mati pekan ini. Boleh window sopping dikala ting-tong.

Khamis, 26 Februari 2009

Kecelaruan jantina Ver 1.0

Aku confius.

Bukan. Iya.

Mental?

Bukan juga. Iya kot? Entah!

Aku jarang buat pengakuan terbuka dan ekslusif. Kira siapa yang terbaca entry ini sudah tahu bahawa aku ada masalah dengan jantina.

To be exact and specifically, it's not only in term of gender we are talking about, I'm purposely want to talk about my split identity.

Semasa dalam kandungan-belum pasti
Abah atau mak teringin hendakkan anak lelaki. But it turned out to be me, which is obviously i got a woman's part. Tak best jadi anak sulung, perempuan pula tu.

Kanak-kanak ribena- kejantanan
Aku teringat lagi, masa darjah lima aku adalah seorang yang amat berkulit hitam kerana berjemur di tengah panas; selain kegiatan kokurikulum di sekolah, aku juga suka mengayuh basikal dan panjat pokok bersama kawan-kawan. Aku pernah saja-saja terjun berulang kali dari balkoni rumah 2 tingkat bersama adik-adik lelaki ku yang lain. Nak tunjuk siapa lagi terer.

Alam sekolah menengah - keperempuanan
Aku pelajar bermasalah. Kena pelempang dan soal siasat sebab kaler rambut dan kecapoian mulutku kerana me-laser terhadap guru. Padan muka kan? Aku juga telah menambah tindik telinga kepada 2 lubang pada setiap telinga. Ketika itu aku sudah pandai mengalter keningku serupa nyonya tua pasar pagi. Masa ini dah gatai nak berboifren. Tapi malangnya aku ditackel oleh seorang pengkid di stesen bas.

Alam remaja di U - 50% perempuan 50% tidak pasti
Ketika ini aku berikrar untuk menjadi wanita ayu pujaan lelaki seperti heroin dalam novel. Oleh kerana gaya aku pada masa itu belum meletop seperti sekarang maka tiada lelaki yang mengidamkan aku. Langsung berlaku kecelaruan, sama ada untuk bersikap tomboy-ish atau girlish. Sebab masa itu juga budak-budak engine mana ada vogue sangat pun.

Zaman ditemukan Boifren hansuang pertama
Kalau dulu aku pakai bedak baby semata-mata, tapi aku dah pandai pakai krim Safi sebagai UV protectant atenya. Aku masih mengekal elemen-elemen Islamiah kerana aku amat naive ketika itu. Bertudung dan berbaju besar gabak.

Tahun makan tahun, akhirnya aku tertanya-tanya, "Aku nak jadi apa dan siapa sebenarnya?"

Siapa boleh jawab?

Khamis, 19 Februari 2009

Underworld: Rise of the Lycans versi Syima

Since aku dah tengok cerita ini, aku amat teruja dengan kehidupan seorang vampire berchenta pula dengan werewolf hensem.

Jap... seorang ke seekor? Sebab dia boleh buat anak dan beranak, penjodoh bilangan dia adalah seoranglah kan?

Ok, sambungan cerita tadi, aku nak bagitahu bahawa AKU TAK MENYESAL tengok cerita Underworld. Chenta yang blur-blur pasal cerita ini pun kusyuk mengadap screen. Hangpa dah tengok ka?


Bukankah sebelum masuk wayang aku bersiar-siar sambil memakan aiskrim? Saja nak kasi korang loya tengok pose aku yang ala-ala vampire+werewolf tak jadi. TaDaa!

Matilah... aku dah sengaja expose gambar reporter aku. Do you know her?

Minta maaflah, lupa nak snap gambar As dan Chenta hatiku. Sampai rumah dah almost 2am. Perut dah berbunyi, maka tiada istilah berdiet di tengah malam. Sangat sadis ok?

Rise of Syima

Memang buruk perangai. Bila dah lapar tak ada makna nak sopan-sopan. Kata kat rumah bujang.

Notakaki: Rambutku memang rawk SUCK-SES!
Notakaki 2: Aku dan Chenta telah bersungguh-sungguh mencari DVD dan menonton movie Underworld 1 dan 2 sekaligus. Shiok habis!!

Rabu, 18 Februari 2009

Aiskrim UNDERWORLD

Have you ever heard about this ice cream? I already tasted it!



Celah mana nak jumpa aiskrim Underworld tu? Tak pasal-pasal Nestle sue aku sebab memandai tukar nama aiskrim ni. As cakap aiskrim ini sedap, so i just give it try.

Camana datang Underworld tu?

Nak jadi cerita, (dua minggu lepas) kepala tengah ting-tong, Chenta ajak aku pergi tengok OngBak II. Kami keluar merempat berempat. Sampai TGV Bukit Raja, orang packed la sangat. Yang cerdiknya kami tak booking pun, main terjah je. Tanya dekat kaunter, OngBak full. Aku tengok muka Chenta, dia dah hilang mood. Takkan nak patah balik Kuala Selangor? Gila penat! I twist to Underworld. Masing-masing tak confidence cerita itu best ke tidak.

Gamble.

Tengok tiket lagi satu jam waktu tayangan, itu timbul idea pergi makan aiskrim dulu.

THE END.

Sabtu, 24 Januari 2009

Selamat bercuti-cutian!!

Hari ni, aku masih bekerja.

Esok pun kena kerja.

Tapi aku ada emergency dan terpaksa balik kampung.

Hari ini aku seronok, tengok queue panjangggggggggg dekat laluan utama Kuala Selangor - Sabak Bernam. Bukan selalu dapat tengok pemandangan jammed macam tu. Sini sesak yang luar biasa.


Selamat beraya di rumah kawan-kawan yang berbangsa Cina. Silalah kutip angpau!


Gong Xi Fa Chai!!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...