Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label perlindungan pengguna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perlindungan pengguna. Papar semua catatan

Isnin, 1 Julai 2013

Peraturan Berniaga Online berkuatkuasa hari ini (1 Julai 2013)

Mulai tarikh hari ini pengguna yang membuat pembelian secara atas talian (online business) akan dilindungi salah satu peraturan dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.


Peraturan ini digunapakai kepada semua transaksi melibatkan duit yang menggunakan tapak web seperti blog, Facebook, e-bay, Lelong, mudah.com dan sebagainya untuk tujuan perdagangan.Tak ada excuse untuk skip, faham?

Penjual – Apa Yang Perlu Dilakukan?
Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan yang mana pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahui ia dengan mudah. Antara yang perlu dipaparkan adalah termasuk:
  • Nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian, atau nama perniagaan, atau nama syarikat. 
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat. 
  • Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian. 
  • Perihal tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu. 
  • Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain. 
  • Kaedah pembayaran 
  • Terma dan syarat-syarat 
  • Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli.
Selain daripada ini, ia juga perlu diambil perhatian dimana setiap pemilik yang membuat jualan perkhidmatan dan produk melalui online ini perlu menyimpan data-data (nama, alamat dan nombor telefon) pembekal sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012
Klik untuk bacaan lanjut.

Faedah kepada pengguna? 
Sudah tentu dengan adanya peraturan ini sedikit sebanyak menggerunkan pihak-pihak yang berniat untuk menjadikan medan internet untuk jual beli palsu. Jadilah pengguna bijak dan pastikan apa yang telah diwartakan dalam undang-undang ini di implement oleh peniaga- peniaga online. Ini adalah salah satu usaha kerajaan dalam memastikan para pengguna dan pembeli tidak ditipu dengan mudah melalui laman-laman jualan yang terdapat dengan banyak di arena internet pada hari ini.

Pengguna ditipu Mudah.my RM1juta




So, kepada bakal/peniaga online anda tak boleh sekadar memikirkan keuntungan semata-mata. Ingat tau, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya disambar petir. Kita bukan lagi hidup di zaman telegram. Semuanya dihujung jari. *wink* *wink*

Sumber: Amanz.my


 

Sabtu, 22 Oktober 2011

Pengguna kita ditipu RM1juta oleh mudah.my

Beli: Kes tipu melalui Internet meningkat

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta.

Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, modus operandi sindiket penipuan itu ialah suspek akan mengiklankan barangan dalam laman web dengan menawarkan harga rendah untuk menarik minat pembeli.

"Mangsa dan suspek hanya akan berurusan melalui telefon ataupun emel. Mangsa menyedari tertipu apabila tidak menerima barangan walaupun pembayaran telah dibuat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Ramli, sejak Januari hingga September tahun ini, sebanyak 1,241 kertas siasatan telah dibuka bagi kes penipuan pembelian melalui Internet membabitkan kerugian RM2,969,420.34.

Beliau berkata, jumlah tersebut didapati meningkat berbanding 1,114 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu, walaupun jumlah kerugian menurun berbanding RM3,124,836.72.

Katanya, jumlah kes yang disiasat bagi tempoh dua tahun ini adalah meningkat lebih 50 peratus berbanding hanya 551 kes dengan kerugian sebanyak RM786,029.89 dicatatkan dalam tempoh sama pada 2009.

"Sehubungan itu, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dalam membuat transaksi ke atas pembelian barangan melalui Internet terutama bagi laman web mudah.my yang mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding lain-lain laman web.

"Sejak Januari hingga September lalu sahaja, sebanyak 872 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat penipuan pembelian barangan melalui mudah.my dengan kerugian berjumlah RM1,354,120.12," ujarnya.
Menurut Ramli, jumlah kes penipuan membabitkan mudah.my didapati meningkat setiap tahun dengan 739 kes membabitkan RM1,216,506.64 kerugian dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lalu dan 458 kes dengan RM616,522.89 kerugian pada 2009.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan urus niaga melalui Internet kerana sifat tersebut adalah faktor utama mangsa-mangsa ditipu.

"Orang ramai yang menggunakan kemudahan pembelian barangan melalui Internet perlu membaca langkah-langkah keselamatan terdapat dalam laman web tersebut, memastikan membeli daripada pengiklan berdaftar atau berjumpa dengan pengiklan bagi proses pembelian.

"Sekiranya masih ragu-ragu, orang ramai boleh membuat semakan di pejabat Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di talian 03-26163972 (waktu pejabat) atau Bilik Gerakan JSJK (03-26163999) selepas waktu pejabat," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1022&sec=Jenayah&pg=je_01.htm#ixzz2XmeHhJpY 
© Utusan Melayu (M) Bhd


 

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...