Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label This is what i eat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label This is what i eat. Papar semua catatan

Selasa, 14 September 2010

Ayam kunyit banjir

Lumrah mak memang selalu pok-pek-pok-pek. Mak bising. "Camanalah nak kawin kalau malas nak masak? Mati laki awak nanti..."

Dengan itu kelmarin aku merajinkan diri membuat lauk ayam goreng kunyit. Renyah. Berpeluh-peluh di dapur. Ayam goreng kunyit yang biasa makan di kedai ada bubuh kacang panjang kan? Kami makan yang ada letak hirisan yang tak seberapa nipis kentang.

Bercita-cita nak buat gravy yang super banyak supaya boleh digaul bersama nasi. Aku letak 3 labu bawang besar. Cili padi yang dikisar bersama bawang putih tadi tak sempat kering, aku dah taruk ayam goreng dan kentang konon-konon nak suruh absorb rasa tu dalam daging ayam tersebut.

Bila agak kering, garam pun secukup rasa, aku hidang atas meja.

Mak cakap, "Ayam kunyit awak banjir. Mak rasa cabai tu (orang utara) awak tak tunggu dia kering dulu tapi dah masuk ayam dan kentang goreng tu"


"Tapi mak kan... rasa dia tetap sama. Nanti makan pun jadi taik juga" counter aku balik. Abah cakap, appearance penting untuk menarik nafsu makan seseorang.

Rupanya penting rupa paras itu untuk menaikkan nafsu orang. Sob...sob...sob... Aku kecewa.



Syimalicious: Dah kata lauk ayam, masaklah macamana pun... mesti licin. Yer, yang pasti dah jadi taik.



Setakat ini dahulu,

 

Khamis, 12 Ogos 2010

Makan apa semalam?

Hi semua,

Jangan marah saya.
Kemalasan melanda tahap dewa sekarang. Why aahh?? Mode menulis blog makin suram.
And well Ramadhan just in the beginning, maka ai nak ucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua orang.

So bagaimana hari pertama korang berpuasa? Perut dah boleh adapt la kot, sebab ramai yang ganti puasa last minit macam aku. Hahaha!

Berbuka apa semalam??
Juadah berbuka puasa aku pada hari pertama puasa ni agak mewah. Yang pasti aku tak serajin itu untuk memasak. Tau ngap saja. Sejak tahun lepas, setiap kali bulan puasa ada "mak" datang untuk memasak. So tahun ni repeat lagi la. Kami bercadang takkan menjejak kaki ke PARAM, ini berikutan untuk cut living cost di bulan puasa. Agak-agak boleh saving tak??

Lawanya kain saprah dia.... Sila ignore, rumah bujang memang lapik paper saja.

Lauk pauk orang bujang
And we had ayam masak merah, kangkung belacan, kerang rebus and salad timun/tomato. Best tak??

Setakat ini dahulu,

 

Ahad, 20 Jun 2010

Malam minggu, malam BERJIMBA bersama en. kalori

Berjimba tak sama seperti berjimak. Jangan salah baca.

Rasa seperti sempurnama tak berjumpa mereka. Memang lama tak lepak sesama. Semalam aku merajinkan diri untuk turun ke Sg Buloh di pot biasa.

Untuk menggambarkan aku ialah melayu sejati aku telah berjanji untuk sampai pada pukul 8pm. Tetapi janji melayu, aku sampai pada jam 930pm diatas beberapa keadaan yang tak boleh dielakkan. Venue bertukar ke belakang Bangi Kopitiam.

Setibanya aku di P Ramlee Kopitiam (ye ke? aku dah konfius pula nama kedai aku lepak ni) aku kena makan dulu. So aku order Dry Wantan Mee. Erm, spoil mood makan sikit sebab mee kicap dia tak betul-betul kering, dah tu manis pula.

Dah kenyang, aku jadi tak tahu nak buat apa, si Apple dengan laptopnya, si Rieha pun begitu. Semua melayan Fesbuk. Aku pula boleh lupa nak bawa D90.
Tara! Gambar syok sendiri. Hahaha!

Rieha kesiankan aku, lalu dia menolong men-snapkan satu gambar untuk aku. Terasa comel pula dengan rambut baru (17 Jun 2010).

Apple tetiba nak menggedik untuk mengupdate Fesbuk maka dia mengajak kami bergambar gedik dengan WCnya. Mata dah mula mengantuk. Maklumlah begitu lama tak berembun. Si Apple ajak ke tempat dia bersosial di PJ.
Inilah tempat sosial yang selalu si Apple melepak. Lagu fengtau meletop-letop dan pemuda pemudi cina yang sangat ramai tak ketinggalan mamat-mamat foreigner (abang arab yang muda-muda especially) hensem berkeliaran di sekitarnya. Owh! Mak rasa heaven cuci mata di situ. Maklumlah, di kampung aku tinggal sekarang susah sikit nak cuci mata sebab ramai yang dah berkopiah. Yang muda-muda semua gatai kahwin.

Kami order coffee. Si Rieha order stoberi shake. Alamak tetiba mengidam stoberi shake. Aku rasa nak try makan di situ, so order lite-lite saja.

Ye, inilah dia yang lite-lite itu. Sandwich katanya. Turkey Ham and Cheese Sandwich. Kamu kira kalori aku untuk malam semalam? Menakutkan.

Penangan stoberi milk shake. Rieha pengsan tak boleh tahan mengantuk. You still kiut yer Rieha.

Nyum! Nyum! 


Setakat ini dahulu,

 

Rabu, 18 Februari 2009

Aiskrim UNDERWORLD

Have you ever heard about this ice cream? I already tasted it!



Celah mana nak jumpa aiskrim Underworld tu? Tak pasal-pasal Nestle sue aku sebab memandai tukar nama aiskrim ni. As cakap aiskrim ini sedap, so i just give it try.

Camana datang Underworld tu?

Nak jadi cerita, (dua minggu lepas) kepala tengah ting-tong, Chenta ajak aku pergi tengok OngBak II. Kami keluar merempat berempat. Sampai TGV Bukit Raja, orang packed la sangat. Yang cerdiknya kami tak booking pun, main terjah je. Tanya dekat kaunter, OngBak full. Aku tengok muka Chenta, dia dah hilang mood. Takkan nak patah balik Kuala Selangor? Gila penat! I twist to Underworld. Masing-masing tak confidence cerita itu best ke tidak.

Gamble.

Tengok tiket lagi satu jam waktu tayangan, itu timbul idea pergi makan aiskrim dulu.

THE END.

Khamis, 12 Februari 2009

Roti-licious : Butterscotch

Sempena nama URL aku, syimalicious, aku nak bercerita tentang kegemaran baru aku iaitu roti-licious. Ini bukan sebarang roti, bak kata aku roti ini sekali makan hendak lagi. Tak percaya, korang try la.

Dulu mak pernah cakap, kalau nak diet, makanlah roti ini waktu lunch. Dan kalau aku ikut cakap mak aku dulu, mungkin aku tak setembun sekarang. Ini dia roti yang dulu-dulu; TOAST'EM. Mesti korang pun biasa makan, kan?

Suatu hari, semasa aku nekad untuk meringankan berat badan, aku cari roti Toast'em tu. Yang ada raisin oatmeal tu, sebenarnya aku suka dua-dua jenis tu. Datanglah kawan aku yang memberitahu Gardenia ada roti baru. Ada raisin tapi versi coklat. Mula-mula aku ingat macam dia ni menipulah kan, sebab dia jarang serious dalam apa jua perbuatannya. Tapi Chenta aku meng-iya-kan. Sah-sah aku pelik sebab tak pernah nampak lagi.

Demi mengisi perutku, aku gigih mencari.

Dan ini ialah kegilaanku sekarang. Kalau dulu lepas balik kerja, lapar macamana pun buat rentung makan maggi je. Sekarang, biarpun harganya RM4.00 aku sanggup pergi mencari.



Chenta dan housemate dia suka versi coklat ni. Tapi ai, no, no, no. Rasa dia pahit sikit walaupun ber-kismis, tapi itu tekak aku yang merasa. But ai loike this one, BUTTERSCOTcH. Bunyi pun dah ala-ala very the english kan?


Sedap! Berlemak! Empuk! Dan yummy!



Untuk lebih maklumat sila layari roti-licious.

Notakaki: Aku rasa mereka patut bagi aku imbuhan sikit sebab aku promo product dia.

Ahad, 9 November 2008

Morning breakfast

Sengsara wei...

Sakit gigi. Berdenyut-denyut. Makan pain killer banyak pun still tak boleh kurangkan sakit aku ni. Dah macam-macam petua aku ikut. Kumur-kumur dengan air suam bercampur dengan garam lah, bubuh ubat gigi kat tempat sakit tu lah, macam-macam.

Huuuuuu nangis!!

Hari ini bangun pagi je gigi aku dah berdenyut-denyut lagi. Letih wei! Aku nk makan ubat, tapi tak boleh makan dengan perut kosong. Korang sedih tak tengok aku cuma makan ini je. Roti dicelup bersama susu segar. Macam baby tak ada gigi makan.

As keluar beli paper tadi, dia cakap dia tak "stim" baca paper online. Kelakar betul. Dia bawa balik tomyam bungkus dan ayam goreng. Aduh! Merana lagi aku. Dia ni pandai betul alter makanan. Kalau korang datang rumah aku, merasalah maggi dia dulu. Sedap! Yang kali ni dia rebus mee Sedap tu dan campur ke dalam kuah tomyam tadi. Sedap juga!! Macamana aku tak sakit gigi? Nafsu makan aku memaksa untuk aku merasa makanan tu. Tengoklah makanan tengah hari kami.



Sangat berbeza rasanya kalau kita makan mee tomyam di kedai dengan mee sedap+kuah tomyam kedai, pun sangat berbeza kalau makan mee atau bihun instant perasa tomyam. Cuba try!!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...