Cari Blog Ini

Selasa, 2 September 2014

Openhouse pertama sebagai suami isteri

Syawal dah habis tapi malas betul nak bercerita dalam blog. Kita share gambar aci tak?

Haritu masa berkunjung ke rumah-rumah kawan-kawan Isdin, mereka ada tanya bila nak buat openhouse. Masa tu juga saya jawab, kalau datang rumah memang saya hidang makanan kucing je. Rumah tunggang langgang, peralatan untuk openhouse semua masih dalam kotak. Serious malas nak ber-openhouse. Baru kahwin, apalah sangat barang yang ada dalam rumah ni.*Membebel pula makcik ni*

Malam sebelum majlis tu saya laki bini terus sibuk pergi beli persiapan untuk openhouse pertama kali. Isdin mulanya agak ragu-ragu, ya lah sebelum ni saya upah orang untuk masak, kali ini saya yang nak handle semua. Yakin la abang... saya mesti boleh! Saya beli 3 ekor ayam, 5 paket mini ketupat, dan bahan-bahan untuk buat lontong dan rendang ayam. Bajet masak untuk 100 orang lebih kurang. Jemputan saya terhad dalam lingkungan 40km kerana saya buat pada hari bekerja, penutup bulan Syawal.

mini ketupat di rebus
rendang ayam. esoknya baru masuk santan
Dapur bujang kami yang bersepah
suami yang membantu kerja-kerja membersihkan ayam.
Kebetulan hari sebelumnya open office di pejabat. Jadi geng-geng gigih buat photobooth. Saya dengan tak malunya request pada mereka untuk pasang di rumah saya. At least ada something la di rumah saya selain orang tengok sofa buruk dalam rumah tu. Tak sangka mereka betul-betul tolong pasang di rumah sewa kami. 
gigih kan?
Team gigih enterprise. 
Bos bagi excuse balik awal (tengahari) untuk siapkan juadah. Satu saja yang saya ralat, saya tak ambil gambar bila 2 budak praktikal datang bantu-bantu saya di dapur tak ketinggalan Sab yang jadi backup saya memasak kuah kacang dan sambal ikan bilis. Gambar meja yang dah siap juadah pun tak sempat nak snap. Memang tak menang tangan. 

Nampak tak bos di situ??


Geng-geng pejabat saya datang lepas waktu kerja. Memang bangku semua tak tersusun. Masa ni budak cendol tak sampai lagi, mereka makan apa yang ada saja. Bubur pulut hitam pun belum masuk santan lagi.

Lepas maghrib tetamu mula memenuhi ruang porch rumah sewa kami. Geng-geng Isdin datang dengan keluarga. Serious takut tengok ramai macam tu. Sampai tak ada tempat duduk. Di sebabkan panik, Isdin kata makanan tak cukup. Saya tergocoh-gocoh merebus macaroni (backup) dan nasi impit. Kuah lontong saya yakin berbaki sebab masak dalam periuk 40cm. (ingatan utk diri sendiri kalau lepas ni nak buat makan-makan lagi)

juadah pada malam itu yang tiada dalam gambar, rojak buah
Rasa kembang punggung bila orang memuji kuah lontong saya sedap. Cuma ayam rendang gagal menggembirakan tekak kerana terlebih masin. Lontong dan rendang ialah main dishes openhouse rumah saya. Saya usaha siapkan semua dengan bantuan tukang potong bahan-bahan mentah. Cuma cendol saya upah orang dari Tg Karang. Memang sedap sangat tak tipu. Saya yang bukan penggemar cendol pun boleh cakap sedap. 

Sesi bergambar dan selfie.

wefie dgn geng opis yang datang malam


Dengan sis Laili yang sponsor hand bouquet time kahwin dulu
Adik sepupu yang sanggup drive dari Rawang untuk bantu saya di dapur.
kawan baru saya yang ada 2 orang princess yang manis dan saya belum double, baju je besar.
Lepas ni kalau nak buat openhouse saya kena upah orang. Kalau tidak fungsi nak suaikenal dengan isteri kawan-kawan suami tidak kesampaian. Asyik sibuk keluar masuk ke dapur sampai tak sempat beramah mesra dengan tetamu.

Terima kasih tak terhingga pada kawan-kawan yang sudi luangkan masa untuk datang. Terima kasih juga pada yang membantu di dapur sehingga berjaya menyediakan 4 juadah. Tanpa korang mesti tak jadi makanan-makanan ni. Walaupun terkontang-konteng saya rasa bangga dengan hasil yang tak seberapa ini. Terima kasih kepada yang berterus terang mengatakan masakan saya terlebih masin dan tak sedap, air kurang manis dll. Saya akan perbaiki skill memasak saya ini. Terima kasih suami kerana turut membantu mengeluarkan duit dan ke sana ke mari membeli bahan mentah. I love u. 

*guna perkataan saya supaya nampak seperti isteri solehah yang sopan santun.

 

1 ulasan:

  1. Perghhhh!!! Gigihnya ko.. Kagum aku baca n3 nih.. Untung Isdin... :)

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...