Cari Blog Ini

Isnin, 13 Oktober 2014

Izinkan Flora pergi, mommy...

Entri khas untuk kucing kesayangan.


Hobi tidur

Dia bukan kucing mahal. Jauh sekali bukan baka luar negara. Flora, kucing betina yang dah 2 tahun aku kasi (mandulkan) ni jaga macam nyawa sendiri. Pantang hilang depan mata, aku akan pusing satu rumah atau satu taman mencari. Selagi belum jumpa, selagi itu terjurai air mata. Kerap menghilangkan diri. Tau-tau tidur dalam almari, bawah katil atau menyorok di tempat yang gelap. Tidur tak sedarkan diri walaupun kita melaung sampai terkeluar anak tekak. 

Kali ni mungkin hilang untuk selamanya.

Aku sedar kehilangan Flora pada pagi Khamis Oktober 9, lepas semalaman dia tak balik rumah. Aku tak pernah nak kurung dia sebab dia ni kuat memberontak. Pernah sekali seawal perkahwinan, dia tak menyenangi kehadiran Isdin, dia akan memancut ke kaki Isdin atau menerkam gigit. Silap kami juga. Percaya Flora tak akan pergi jauh. Selama ini dia tak akan pernah merayau jauh lebih dari tiga buah rumah.

Kami sampai rumah dalam jam 1am, dipanggil-panggil nama Flora. Tiada bayang. Tak nak fikir bukan-bukan, kami menaruh harapan Flora akan balik keesokan paginya. 

Celik mata pagi esoknya aku minta Isdin terus ke pintu takut-takut Flora dah menunggu. Tapi yang masuk Snow dan Mueq. Aku just buang rasa cemas jauh-jauh. Pergi kerja macam biasa. Hati tu masih terus berharap. Sepanjang hari di pejabat hati rasa sangat tak best. Tak senang duduk. Rasa lebih tertekan bila minggu ni kena update banyak fail unit untuk audit ISO.

Jadi semalam, kerana terlalu memikirkan keadaan Flora aku menangis teruk. Takut dia kena buli, kena pukul, tak dapat makan, tiada tempat tidur yang selesa, yang paling worst kalau dia dah mati kena langgar. (dan aku pun sedang menangis lagi). Selama ni aku bertahan sebab mungkin dah ada peneman, suami aku. Dah tak rasa sunyi seperti dulu. Isdin pun bagi kata-kata positif yang Flora akan balik. Tapi dah masuk hari ke lima rasa macam tak ada harapan lagi untuk aku berjumpa dengan Flora.

Hari ni tangan gatal membuka semula folder gambar-gambar Flora. 

Dia akan conquer katil.
Semua kucing ada sifat ingin tahu kan?
Raya pertama kami lengkap sebagai sebuah keluarga (2014)

Raya ke tiga 2014. Nak balik JB.
Port Flora. Nampak lucah tapi itu saja cara nak buat dia rasa comfort.
Flora tak suka dengan kelajuan, bila aku drive laju dia akan mengeow teruk. Sepanjang jalan walaupun aku tengah drive dia tetap akan duduk atas riba. I miss her :'(
  
Spot favorite dia ialah para kain aku. Setiap kali aku terpandang para kain, aku jadi sebak. Sebab Flora tak ada lagi di situ.

Flora satu-satunya kucing yang akan teman aku berjogging. Kalau pusing taman 3 kali, 3 kali la dia follow. Tapi semenjak dia dah gemuk ni, jalan sikit rest lebih. Kita pula yang kena tunggu dia. Huk...huk..huk.. aku dah tak boleh ingat lagi.

Sedih sangat.

3 ulasan:

  1. Doa banyak2.insyaallah flora balik.. Manja nya la flora ni.

    BalasPadam
  2. Pandainya kucing nie.... Comelnyeer... Dia jeles kot dgn isdin.. hehehe

    BalasPadam
  3. alahai...kemana la menghilangnya si flora ni kan....dia x jumpa jalan balik ni...

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...