Cari Blog Ini

Ahad, 6 Julai 2008

Just Married

Nampaknya planning untuk ke zoo negara tidak kesampaian jua. Sebab semalam aku tengok tv sehingga pukul 3.00pg. Cerita Honey tu la. Korang ada tengok tak? Jadi pagi itu aku tak mampu untuk bangun dari tidur yang indah walaupun aku telah kunci jam untuk bangun pada 9.00pg. Lainkalilah pergi menjengah zoo tu. Kebetulan ada kenduri kahwin di Batang Berjuntai atau nama barunya Bestari Jaya. Jadi aku akan ke sana. Dan hari ini juga aku tidak akan posting gambar-gambar makanan. Ok Izan?

Jadi aku dan Chenta reserve perut yang kosong untuk makan di kenduri itu nanti. Memandangkan ini kenduri kawan-kawan PPH (Pegawai Pemantau Harga), aku kenalah deal dengan mereka dulu. Bukan aku yang deal, Chenta yang deal sebab dia juga berperanan sebagai driver nanti. Ni gambar mereka sesudah mengisi tangki masing-masing. Kenyang suda... Mereka sanggup berpanas demi kami (kami dalam rumah dah masa tu) yang nak menunggu pengantin tiba. Muahahaha!

Itu dia pasangan mempelai dah tiba. Lebih kurang jam 2 petang lebih sikit. Mereka pinjam masjid Unisel untuk sembahyang dan buat last touch-up. Lepas makan aku pula rasa macam tak senang duduk, terasa macam ada perubahan pada badan. Nak kata kenyang sangat tak juga, tapi memang terasa sangat baju aku tu dah ketat. Aku dah gemuk kembalikah? Ah! Lantak lah.

Pasangan pengantin dah duduk di pelamin. Jurukamera sibuk-sibuk membetulkan kain-kain biar nampak cantik bila nak snap gambar nanti.

Macam adat biasa kita, upacara renjis merenjis oleh orang-orang veteran didahulukan. Tapi ini bukan la sesuatu kemestiankan? Masa pengantin perempuan (Syaidatul Akma) direnjis oleh bapanya (i was informed by Lia so), it touched my heart when i saw her eyes started to shed tears. Macam itu la aku kot nanti bila abah peluk dan tepuk belakang aku, meaning his responsible is nomore. Aku sebak siot masa itu.


Ada satu kejadian, so hillarious! Ada makcik ni lingkungan 60-an, still steady, masih melawa eventhough tudung senget-senget sikit, pergi untuk merenjis pengantin ini. Pastu secara spontan, dia menoleh pada the viewer (para-kami dan hadirin) dia renjis air wangi tu. Air wangi tu nama apa sebenarnya?? Pastu dia baling-baling bunga rampai dan beras tu. Konfius aku, siapa punya majlis ni? Ke nak perli aku sebab belum kahwin lagi?? Kawan-kawan cakap, " Takpe kita ambil restu mereka, mana tau lepas ni giliran kita pula... " Cis!

Somehow aku nampak pasangan pengantin ini seolah-olah mengejar masa or something. Very rushing. Itu dari pandangan mata kasar aku. Mungkin sebab tak nak buat famili ternanti-nanti nak makan beradab pula. Gambar di atas ni masa mereka membaling gula-gula okeh? Dorang baling agak kuat macam main sofball, aku terpaksa mengelak macam cerita matrix. Gagagaga... Tak adalah sampai kuat macam tu, dah excited membalingkan, tambah pula pengantin baru... excitednya dijana oleh tenaga-tenaga tertentulah. Huhuhuh mati la aku buat statement macam ini.

Well, i don't collect those gula-gula as i concentrate to snap a few pictures. Disamping mengelak dari balingan gula-gula tersebut. Tapi kalau aku kahwin nanti aku nak baling chenta, nak tengok siapa sanggup sambut. Chenta kan besar dan sangat berat? Kihkihkih. Boleh gitu?? Berangan sangat aku ini kan?? Kahwin ke??

As you see, this picture is very unbecoming. Kitorang pun terpaksa rushing, sebab chenta dan kawan-kawan sudah penat kepanasan duduk dibawah matahari, jadi mereka telah menghantar beberapa signal untuk balik.

My goodness! Aku sudah kelihatan sedikit tembam. Uwa!! Recently I quite miss out the diet programme. I ate a lot, like yesterday i had roti canai and half boiled eggs for supper. Haiya!! I put some weight already!

On the way back, near the Unisel's roundabout, Chenta saw something. He was craving for cendol. Alahai, berhenti lagi.

Nampak macam yum-yum but I don't feel like to suggest you people try the cendol. Comparing the cendol at Sg Buloh Sasaran and Cendol Klang, this cendol i gave rate 4.5 out of 10. Sorry lah uncle. Somehow this is my 1st time tengok cendol yang ada barli. Makan kena perhabiskan, jadi habis jugalah cendol aku itu.

Mereka sedang menikmati.
Alamak... tadi statement tak nak letak cerita makan, tapi terselit juga cendol ini. Ini desert la, boleh kasi excuse ka??
Later.

4 ulasan:

  1. ko tak tunjuk gambar mkn tp ada ice cendol.. uwaaa... shedapnya...

    BalasPadam
  2. mana aku nak mencari cendol kat italy ni??? cam tak wujud je rasanya...

    BalasPadam
  3. tak pe... apakata ko bawa cendol ke sana, test market.. wakakaka!!

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...