Cari Blog Ini

Khamis, 5 Januari 2012

Perempuan simpanan? Kekasih gelap? Apa beza?

Perempuan simpanan

Apa yang korang faham tentang perempuan simpanan?
Perkataannya sahaja menunjukkan sesuatu yang tak baik. Kotor. Tidak bermaruah. Kasar sekali bunyinya kan?
Jadi mistress pada orang kaya lah best, semua dapat!
Perempuan simpanan atau mistress atau gundik atau kekasih gelap, sama saja maksudnya. Barang/objek simpanan sang lelaki. Bermotifkan keseronokan dan seks. Mungkin fahaman aku dan orang lain tak sama, atau boleh jadi sama. Jadi aku rasa macam nak share untuk menghuraikan pengertian perempuan simpanan dalam bahasa aku.

Dalam wikipedia,

A mistress is a long-term female lover and companion who is not married to her partner; the term is used especially when her partner is married. The relationship generally is stable and at least semi-permanent; however, the couple does not live together openly. Also the relationship is usually, but not always, secret. There is an implication that a mistress may be "kept"—i.e., that the lover is paying for some of the woman's living expenses.
Keyword dia di sini; wanita belum berkahwin yang bersama dengan lelaki yang sudah berkahwin. Secretive.

Perempuan simpanan tak boleh disamakan sebagai pelacur sebab pelacur menggunakan transaksi seks tanpa melibatkan sebarang perasaan untuk mendapatkan wang dan akan tidur dengan ramai orang. Tapi perempuan simpanan ekslusif untuk seorang lelaki sahaja. Mungkin dalam kes-kes terpencil perempuan simpanan mempunyai hubungan ekslusif bersama lebih dari seorang lelaki. (Tapi macamana nak ukur kesetiaan kalau dah ramai?)

Kekasih gelap

Kekasih gelap pula bukanlah disebabkan pasangannya adalah gelap, oleh kerana hubungan itu tersembunyi maka kekasih tak sah taraf ini dipanggil kekasih gelap. Kawan-kawan sekeliling tidak akan tahu menahu tentang hubungan ini. Rahsia. Bergantung pada individu. Tak seperti normal couple di alam percintaan yang lain, kalau boleh mereka nak war-warkan tentang hubungan mereka pada kawan-kawan, facebook, twitter dll.

Menjadi perempuan simpanan dikatakan semua keperluannya ditaja. Dari undergarment, dress, perfume, aksesori, rumah, kereta dll semua dipenuhi oleh si lelaki. Di sini bezanya status perempuan simpanan dan kekasih gelap. Bezanya ialah kekasih gelap tidak afford untuk menaja semua keperluan si kekasih. Nak beli spender untuk "bersama" pun si perempuan itu sendiri yang beli guna duit sendiri.Cuma sesekalilah bila si lelaki itu dapat bonus atau menang judi, merasalah si perempuan ini seutas jam, contohnya. Penggunaan kekasih gelap ini sesuai untuk pasangan yang lelakinya tidak mewah, hidup sekadar di kelas pertengahan atau bawah lagi. Atau mungkin berduit tapi tak mahu berbelanja besar pada perempuan mainan sementara. Kiranya status kekasih gelap ni adik kepada perempuan simpanan.
Isteri sekarang pun dah pandai "makan luar". This picture refer to the man hiding under the bed.
Kenapa nak jadi kekasih gelap kalau tahu tak mampu?
Bukan tak mampu. Lelaki kan tak pernah puas dengan yang satu.? Yang halal disimpan di rumah, yang haram itu lebih nikmat. Ahh! Sama saja lelaki perempuan. Kalau tak bertepuk sebelah tangan tak jadi semua ni. Pokoknya manusia tak pernah puas. Dah nama kekasih biarpun kekasih gelap, sharing is caring kan? "Duit  I duit you juga. Kita masing-masing ada komitmen. Kita tempuh susah senang bersama-sama." So dalam erti kata lain, sama-sama menaja satu sama lain. Haha!

Isteri ke dua, tiga dan empat adalah perempuan simpanan

Aku juga mempunyai anggapan menjadi madu yang sah taraf turut boleh di samakan sebagai perempuan simpanan tapi versi halal. Jangan nak melenting tak tentu pasal ye ahli-ahli agama yang lain. Aku cakap berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan melalui bacaan dalam merata blog dan artikel. Kenapa aku cakap macam tu? Gugel sendiri lah. 70% bercerita mengenai penderitaan, berat sebelah, tak adil yang dilakukan si suami. Realiti manusia akhir zaman. Mesti ada orang cakap, "Saleh Yacob pun boleh kahwin empat. Tak ada masalah pun kan?" Korang dah cek gaji dia, side income dia berapa? Bila banyak duit, boleh allocate bulan-bulan besar, hati, perut, jiwa dah kenyang, isteri-isteri tak kan bunyi la bro. Lagi satu, ilmu agama cukup tak?
Yang common berlaku, kalau kahwin ramai ni selain nak mengikut sunnah Nabi (kononnya), mereka ni lebih kepada "gatal batang" atau strategi untuk dapatkan income household per month lebih dari isteri-isteri.

Nikmat sementara, sedap sama2,
untungnya adalah lelaki
Menjadi perempuan simpanan atau kekasih gelap tak serumit permohonan nikah di Malaysia. Tidak perlu hantaran atau mas kahwin ribu-ribu. Tidak memerlukan dokumen untuk ditandatangani. Tidak memerlukan pengesahan majikan atau ahli keluarga. Both parties main peranan. Si lelaki tanya "How?", dan si perempuan cakap "Deal!" = DONE. Dengan cuma persetujuan si perempuan atau si lelaki, berbekal rasa suka dan senang hati, jalinan hubungan terlarang ini berlaku.

Tepuk dada, tanya selera. Berselerakah anda untuk menjadi objek seks pada mereka ini? Padankah pulangan atau keuntungan masa dan tenaga yang anda bazirkan untuk perhubungan sebegini? Kalau disuruh tepuk dada, tanya IMAN dah tentu perkara ini salah, berdosa. What say you?


1 ulasan:

  1. Dari kekasih gelap... i prefer to use term "scandal"... sebab skandal lebih kejam kot... kekasih gelap at least u still hv heart for him pastu willing to share la hape... plus scandal easy come easy go.

    Sebelum ni sy selalu mengalah je ngan pompuan lain yg kebas "kekasih" saye... tapi kalo gune term skandal... bleh buat sesuka hati... awek skandal sy dlu pon bengang tak sudah ngan sy... sbb sy ley kontrol bf dier... haha...

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...