Cari Blog Ini

Jumaat, 6 Mac 2009

Am I being cursed or Chenta memang berdaulat?

Hari ini 2 hari sudah aku berada di rumah kerana aku injured. Kata MC tapi tak pergi cari MC lagi. Dan tak mandi.

Kakiku terseliuh.

Well, my instinct said my heel cracked. Probably. Don't got me wrong, bukan cracked yang kena sapu krim Scholl tu. Tapi mengaku je la memang ada rekahan di tumit ku kerana ketidakupayaan kaki ku menampung berat badan berlebihan..

Sekarang aku cuma boleh duduk, baring dan menjadi seorang separuh OKU sambil surf internet dan tengok tv. Bayangkan perjalanan dari katil ke toilet mengambil masa hampir 5minit dan berpeluh-peluh walhal tak sampai 5saat pun nak masuk ke toilet. Pergerakanku amat perlahan. Makanan pun disediakan orang. Mujur ada As, dialah jururawat sementara aku. Tapi dia tak pergi ke kelas bukan sebab aku tapi sebab cuaca mendung-mendung untuk pujuk dia stay di rumah saja.

Tapi sangat tak boleh blah kan? Perut nak makan masakan itali. Homemade spagheti versi bujang.




Baru aku sedar, betapa penting dan berharganya kakiku walaupun tak pernah buat pedicure. Sekarang aku sangat terseksa untuk bergerak!

Pingpong punca terseliuh.
Pejabat aku ada ruang sebesar sekangkang kera untuk bermain ping pong. Ini ialah antara aktiviti riadah kami sepejabat diwaktu lunch dan juga selepas pejabat, setiap hari. Itu juga adalah senaman bagi sebahagian kami disamping merapatkan ukhwah sesama kami. Sabreena dan Salina antara nama-nama yang digeruni sebagai pencabar untuk perlawanan ping pong wanita. *Sab, kembanglah lagi rahang awak tu... Siapa berani mencabar mereka?

Chenta balik dari pejabat dalam kemarahan.
Kelmarin, dek kealpaan dan keterujaan melampau aku telah meng-ignore ajakkan dia untuk pulang. Pulang kerana mahu singgah ke Tesco untuk makan yee mee sizzling di sana. Aku pula jarang mendapat peluang bermain ping pong kerana aku bukanlah pemain pilihan peringkat pejabat. Jadi dalam keadaan dia menyimpan bara kemarahan yang aku tidak sedari, dia pulang dengan perut yang lapar.
*Saudara, saudari... Tuhan amat murka sekiranya para isteri menidakkan arahan suami. Dan satu perkara lagi, untuk menjadi kesayangan suami, haruslah kita menjaga perutnya supaya tidak kelaparan.
Dan ternyata aku gagal dalam dua perkara diatas. Jadi aku cuma boleh, " MAAFKAN SAYA ABANG..."

Senja menjelma, time Syaitan sibuk mencari arah untuk menyorok kerana azan bakal berkumandang.
Kami masih sibuk bermain dan bergelak ketawa. Satu ketika di set 2 untuk memukul bola bagi mendapatkan poin, aku telah tersadung lalu menghentam ke dinding pembahagi di workstation orang. Kerana pendaratan yang tidak sempurna aku jatuh tersimpuh lalu confius samada nak ketawa untuk cover malu atau mengerang kesakitan. Akhirnya aku ketawa dan juga mengerang. Mula-mula yang lain ketawakan aku tapi sebab aku dah mengerang sakit secara serius baru diorang dekati aku.

Sakit beranak atau sakit terseliuh?




Aku dipapah balik ke rumah Tok Bomoh (Cik Salina). Disebabkan dia adalah bekas athelete sewaktu usia mudanya aku percaya dengan terapi ais minor yang dia suruh buat. Celup kaki dalam ais yang sejuk gedi. Ada sesiapa pernah layan terapi ais?



Lepas rendam kaki dalam ais, tok bomoh urut aku dengan minyak gamat (alternatif lain kerana tak ada minyak kelapa) kemudian dia balut bandage sebab nanti masuk angin katanya.

Hari ini bengkak aku tak susut juga. Dah rupa macam kena sakit untut. Chenta kata inilah sejenis sakit "minta duit". Nak pergi x-ray kena charge kan? Adeh, minggu ini ada kenduri. Minggu depan ada kenduri juga, ada kelas. Macamana nak berjalan?

Ada "sesuatu" yang bermain di aras satu.
This one is a bit spooky. Tapi berasaskan cerita pakcik guard, lately mereka sering mendengar sesuatu berjalan dan berlari-lari di level pejabat aku. Kadang-kadang bunyi sesuatu berlanggar ke pintu atau dinding. Adakah "sesuatu" yang menolak aku sehingga terseliuh sebegini? Sungguh misteri.

Wallahualam.

P/S: Aku tak tahu membuat kesimpulan. Apa kata survey?

9 ulasan:

  1. nasib baik terseliuh kaki..kalau terseliuh jari jemari cam na nak hupdate?huhuhu..(meh saya tiup-tiup biar cepat sembuh hehe)

    BalasPadam
  2. aku rasa penyakit yg popular skang,
    penyakit seliuh!!! hahahaha...

    skang ko amik la takhta aku jadi minah senget yer...kekekkee

    BalasPadam
  3. apa kata suh chenta ko yang urut.. mesti cepat baik bila kene penagan chenta ko. tol dak????

    BalasPadam
  4. cinta cukulet
    tiupan mu tak sampai ke sini, sebab mulut penuh dengan maggi. tu la.. akak agak bersyukur kerana akak tidak terseliuh jari jemari tangan.

    faryn
    aku OKU, bukan setakat minah senget dah.. aku pakai wheelchair skang..

    izan
    tak de maknanya... tangan dia serupa beruang... kalau dia urut mau meraung aku, ngeri alam semesta...

    BalasPadam
  5. jururawat pun sibuk men tenet gak...haha...adeihhh...nape la gambar saye nampak cacat kat situ?

    BalasPadam
  6. as
    kenapa jururawat nampak cacat?? sebab mana boleh pesakit lebih buruk dari jururawat.. kan dah bagi tau... adeh...

    BalasPadam
  7. hahaaa..aku tlg gelak gak.boleh? ;P
    kesimpulannya...takde apa2 sebab pun kaki kau terseliuh tu
    takde makna nya "sesuatu' tolak pulak
    bikin suspen aje.
    dah tersurat kau nk jatuh time tu..
    terima je lah
    heheee...

    cepat2 baik ye
    :)

    BalasPadam
  8. time kasih la syim...i rase rahang i ni nk meletup2 dh..xtahan ngan puji2an u tu...kembang juboq i u wat...hehehe...i terer dsebabkn i slalu praktis ping pong ngan chenta ati i kat kg...bola ping ping BAIK PUNYERRRRR....hehehe...u try la...i like....

    BalasPadam
  9. haha.."sesuatu yg menolak" iskh..iskh..mcm ketikdak logikan jer..menurut sumber2 yg d percayai..pd wktu kejadian,mereka yg bermain pingpong telah berada di rumah sebelum mag lg...eran bagaimana anda mengatakan yg anda bermain pingpong pd wktu mag????kemusykilan nih????anda kompem yg anda bermain dengan mereka yg terlibat itu?adakah??????(adakah anda terpikir ape yg saya pikir kan)saya di unit harga ini amatlah merasa dukacita dengan berita ke"mc" lan anda itu kerana saya pasti,saya akan menjadi bidang terjun di unit bekalan dan menyetelkan kerja2 laporan yang anda tinggal oleh kerana ke "mc"lan anda itu....(sbnarnya saya pasti rindu untuk mendegar "babi"anda itu....hahaha..anda mc lh puas2 ok...jg makan minum...nnti bukan terseliuh jer kaki tuh tkut patah plak kerana tidak mmpu menampung beban yg bertmbah..dan jgn risau,sepeniggalan anda,sy akan memantau gerak geri chenta anda ok....babai...take cr!

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...