Sebagai seorang "kerani" yang menapis dokumen-dokumen perlesenan, aku selalu hilang sabar bercakap dengan orang-orang yang pelat berbahasa melayu ini, tak kiralah bangsa cina, india atau melayu sendiri.
Terlebih dahulu aku nak minta maaf sekiranya ada yang terasa, bukan niat dihati nak mencerca. Aku pun orang melayu juga. Tadi aku buat satu panggilan pada seorang melayu di Sg Besar. Melayu yang aku maksudkan ialah melayu jawa yang pekat likat. Mak aii, macam nak naikkan suara saja pada pakcik tu, aku cuma nakkan lesen pendaftaran syarikat (SSM), macam-macam pakcik tu pusing. Aku pun pelik, faham ke tidak dengan bahasa aku ni? Susah sangat ke nak cakap lesen SSM ada pada dia.
Setelah memberi sedikit pengenalan...
Aku : Pakcik boleh tolong faks kan SSM?
Pakcik :...anu, udah bagi sama pejabat, dua kali datang pejabat...itu hari anak bagitahu
Sangat huru-hara. Dia tak faham aku nak apa sebenarnya. Dan aku pun tak faham apa yang dia nak sampaikan. Dari tadi macam blur. Aku agak dia baru bangun tidur kot.
Aku : Pakcik, setiap perniagaan mesti ada SSM; pendaftaran perniagaan. Saya cuma nakkan lesen itu, borang D tu...baru boleh saya sediakan permohonan untuk dihantar ke Shah Alam.
Pakcik : Tengoklah kalau jumpa, kena cari dulu. Mahu tanya anak dulu.
Aku : Oklah pakcik, kalau boleh saya nak secepat yang mungkin. Assalamualaikum
Aku dah tak larat nak bersoal-jawab. Tak ke mana pun nanti. Arrghh! Marah dalam hati siapa yang tahu. Pelanggan kena layan baik-baik, walaupun tadi ada juga ter-naikkan suara. (Sorry lah pakcik.) Karang tak pasal-pasal masuk sms dalam paper tentang kebiadapan layanan pekerja pejabat ni. Tapi kita kan manusia, it's beyond our control sebenarnya. Dugaan... dugaan...
Syima... please remain CALM otherwise buka puasa je lah.. sebab pahala puasa dah tinggal sikit...

hihi...ntah la akak...saye pun tak paham ngan orang2 yg asal sini...huuuu...mcm takleh blah pun ader...kite cakap lain...dier paham lain...rase cam nak je cakap je bahasa arab ngan dorang terus...haa...kang baru terpinga2...
BalasPadam